engkau boleh !!

Wednesday, December 25, 2013

Lawatan Pelajar Bac. Sains Teknologi Kayu Part 1

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Muka orang tak tidur...Wida pun tak sempat nak tidur dah kena siap2 untuk tunggu bas




Emm...ini first time Wida naik flight dari LCCT. Sebelum ni Wida naik flight semua dari Airport Senai je. Ternyata punya la jauh nak berjalan menuju ke kapal tu. Lenguh kaki Wida ni berjalan. Beg pun berat nasib baik la ada kawan2 so, sambil jalan tu berbual2 so tak terasa sangat. Wida baru la ingat nak ajak mak Wida naik flight ke Langkawi. Tapi bila fikir2kan mak Wida perlu jalan jauh so tak jadi la. Kesiannya dengan kaki mak yang sakit tu kalau nak berjalan jauh2.



Penerbangan yang dijadualkan pada pukul6.45 pagi yang akan berlepas dari LCCT membuatkan Wida terpaksa menahan mata sebab tak tidur malam nak pergi tu. Kami berkumpul di Cafe Serumpun seawal pukul3.45 pagi dan menaiki bas UPM pada pukul 4.00 pagi. 

Nak dijadikan cerita kerana masih awal maka sepanjang perjalanan ke LCCT semuanya tidur di dalam bas. Mengantuk gila kot tak tidur sepanjang malam sebab khuatir tertidur dan tak sedar kalau kami tidur di bilik malam tu. Wida pun tak tidur bilik sendiri sanggup tumpang bilik Mastura. 

 Wida duduk sebelah Clarisha. Sebenarnya tempat duduk Wida bukan kat situ tapi sebab nak duduk tepi tingkap Wida pindah duduk sebelah Clarisha kebetulan tempat Wida duduk tu seat Anis yang tak dapat pergi Sabah dengan kami.


 Macam ni la pemandangan yang Wida suka tengok kalau duduk tepi tingkap.





Ok akhirnya kami semua selamat mendarat di International Airport Kota Kinabalu Terminal 2.


Semua muka bangun tidur tapi kami dah lepak kat airport ni lebih kurang 1 jam lebih juga la sebab menunggu penerbangan kumpulan yang satu lagi. Kami penerbangan yang pertama. 


 Ok ni van a.k.a bas panggilan di Sabah. 


Wida naik bas yang satu ni. Tadi tu bas pensyarah and student master. Kami dalam bas ni 7 orang je. Wida biasa la duduk kat bahagian belakang memandangkan semua dah cop duduk kat bahagian depan. Tak kisah la mana2 pun janji dapat duduk. Sakit pinggang ni 2 jam duduk dalam flight. Dalam flight tu bukan Wida pandai pun nak pergi toilet ke apa ke, bila dah duduk start terbang sehinggakan dah sampai ke destinasi baru la Wida bangun dari tempat duduk tu. Hahaha kunu kan Wida ni.



 Taraaaa!!! Dah sampai...Inilah dia rumah yang kami menginap di Sabah. Rumah ni kami sewa dengan UMS. Satu malam RM10 seorang kalau tidak silap Wida. Besar rumah ni. Ada banyak bilik. Ada katil, tilam dan bantal. Ok la rumah ni. Selesa juga la semalaman kami tidur di situ.


 Ni rumah yang kami menginap malam tu. Rumah kami sebelah dengan ruma budak lelaki and pelajar master. Tapi kami satu rumah ramai la, tak macam lelaki sikit je.



 Sementara tunggu Qoma buka pintu yang tak boleh buka tu Wida snap2 la gambar kejap. Sebenarnya masing2 dah penat. Tapi gagahkan juga la.




 Yeahhhh!!!! Lepas letak bag yang berat2 tu kami rancang nak pergi ke bandar KK. Nak pergi Pasar Filipine and nak pergi cari makan tengahari. Kami pergi ni pun naik kenderaan awam sendiri. Bas yang hantar kami tadi dah balik sebab katanya ada urusan. Huh...bayar mahal2 tapi naik kejap je. Apa la sangat dari Airport KK tu sampai Kingfisher. Tak panas lagi punggung maka dah sampai.



 Jom jalan2 cari makan.


 Ok bergambar dulu kita r. Seronok la sangat sebab dapat bas. Mana tak nya kami tertunggu2 juga bas sampai. Akhirnya dalam beberapa minit selepas menunggu kami dapat bas juga. Liyana dengan Qoma la yang pandai sebab menjerit2 panggil bas. Aduhai kelakar sungguh.


 Ini la Qoma. Itu nama panggilan dia je Qoma, nama sebenar dia panjang gila. Macam biasa dia always update status facebook dia. Dia kan ramai kawan.



 Kami lalu kat jalan ni. Terus nampak signboard tu
INI KALI LAH! Ayam Peri-Peri tiba di KK


 Ok fine dah jumpa tempat makan. Kami pergi Centre Point je ni. Wida dulu belajar kat Sabah selalu juga turun CP. Jalan2 cari makan.



Ini ketua kami rombongan pelajar wanita. Nama dia Azmi. Nama popular dia Kem POP. Gaya dia macam k-pop la apa lagi kan. Huhuhu...Azmi ni la yang jadi guard kami. Tapi sekejap je la. Lepas tu back to normal


 Setelah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki di Sabah, ini kali la Wida pergi semula ke Sabah. Wida pun bukan lupa dimana tempat Wida menuntut ilmu suatu ketika dahulu. Ohh...PKK still in my mind.



Liyana - Wida - Qoma



 Ok makanan dah sampai. Wida order ni je. Ini pun dah kenyang gila makan tu.




 Jemput makan :)


 Lepas makan apa lagi kami round2 KK la. Lepas satu tempat ke satu tempat kami masuk dan pergi. Ok kami cuci mata je sebab kewangan tidak mengizinkan kami beli apa2. Kalau Wida ok je sebab Wida dulu pun selalu juga shopping kat KK ni. Dah banyak duit Wida laburkan kat Sabah ni. Beli t'shirt la, mutiara la gelang bagai. Wow!! macam la berharta sangat nak beli itu ini. Wida syukur atas setiap yang Tuhan beri


 Sebabkan Wida yang pegang kamera maka takde la Wida dalam gambar ni


 Kali ni la Wida sorang2 berdiri di situ.



 Dia ni pun nak juga. Ok snap sekejap la.




 Ok pergi tepi laut pula tengok apa ada kat laut.



 Panas juga time ni



Thanks Clarisha tolong pegang dan ambilkan gambar kami.


 Ala Liyana ni...bertelefon je...x pandang kamera pun...


 Ok beberapa langkah je dah sampai laut



Posing la apa lagi. Actually ini raasanya kali pertama Wida vacation with my friend sekali dengan lawatan sambil belajar. Kami mana pernah keluar jalan sama2 walaupun dah masuk tahun ke 3 kat UPM tu.

 6 orang sudah menjejakkan kaki di sini. Hanya kita berenam sahaja mendapat pengalaman yang sama sepanjang perjalanan kami di Sabah. Allah mahu menguji manusia tidak kira masa dan tempat.



Ok la jom kita pergi pasar filipino tu. Sebelah je dengan tempat kami bergambar2 di tepi laut ni.



 Tuuudiaaa...banyak aiii makanan ringan yang diaorg jual. Selalunya pelancong dari semenanjung akan beli kuih cincin dan amplang. Berkotak2 selalunya bawa naik dalam kapal tu. Kalau tak pun mesti bawa balik ikan terubok masin. Boleh tahan la harganya kalau pandai tawar menawar.



 Jalan dan terus berjalan tanpa menoleh kanan kiri sebab tak cukup kewangan nak beli apa2. Sekadar mencuci mata ditempat orang.



 Kalau nak tahu disepanjang kaki lima pasar filipine ni terdapat banyak sangat tukang jahit yang menawarkan perkhidmatan menjahit dengan kadar yang segera. Apa jenis benda diaorg jahit. Dari seluar, beg, baju, langsir dan macam2 lagi la.


 Tu naa...Qila membeli-belah untuk family dia. Qila baru pertama kali pergi ke Sabah.


 Bersandar sebentar. Disinilah yang mereka katakan Pasar Filipine atau lebih dikenali sebagai Pasar Kraftangan. Macam2 yang ada jual kat sini. Kraftangan tentu la sekali dari pelbagai barangan. Gelang mutiara paling banyak di sini la. Semua pembeli perlu bijak membuat pilihan. Jangan mudah tertipu. Jika ada rakan2 di Sabah, bawalah mereka semasa membeli barang kerana dari segi cara percakapan juga mereka dapat menilai dan meletakkan harga yang terbaik.



 Selesai sudah Qila memborong. Hahaha...tengok ada satu beg plastik tu.



 Teruskan perjalanan walaupun hari semakin senja. Maklum la Sabah ni satu jam awal dari semenanjung, cepat gelap. Baru pukul 5 petang tapi dah macam nak masuk waktu maghrib.



Wida dengan geng Wida nak pergi kat tempat yang ada ikan todak tu. Tiba2 kawan Wida satu kelas masa kat SM Teknik BP dulu yang sekarang menetap di Sabah panggil Wida. Kami pun tak jadi nak meneruskan perjalanan kami ke Jeselton Point dan tempat ikan todak tu.


Kawan Wida nama Sufian berkerja di Sabah dan isteri dia juga orang Sabah. Dia ajak kami semua minum petang tapi kawan Wida yang lain pergi bawa diri ke Karamunsing berjalan2 di sana. Wida berborak2 la dengan Pian, lama dah tak jumpa Pian lepas habis SPM dulu. Pian sebenarnya pelajar yang baru berpindah ke sekolah Wida dari Kota Tinggi. So, Wida tak berapa nak kenal dia sangat tapi kami still kawan satu kelas

Lepas maghrib tu kami teruskan perjalanan pulang semula ke rumah persinggahan UMS dengan menaiki kereta Pian. Terima kasih Pian kerana membantu kami semua. Jasa kamu takkan kami lupa. Tak sempat kami semua nak bergambar2 lagi. Bila tiba dirumah masing2 dah kepenatan. Azmi yang dah sampai dulu ke UMS hanya duduk diluar menunggu kami pulang.


Eleh takut la tu duduk rumah tu sorang, maklum la semua orang lelaki belum balik. Dia pun cuak nak duduk sorang2. Last, dia lepak2 dengan kitaorg. Ini adalah hari pertama kami di Sabah. Ada beberapa hari lagi kami di Sabah. Melawat ke kilang2 yang berkaitan dengan kertas. Semua dah keletihan berjalan ke sana sini akhirnya semua memilih untuk tidur dan berehat. Cas tenaga untuk hari esok. Perjalanan jauh ke Sipitang Sabah pula.


Selamat Berehat...Sabah Tetap Di Hati

Terkilan tak dapat jumpa kawan Wida yang jual mutiara kat Pasar Filipine tu, nama dia Jes. Nama sebenar tidak diketahui. Katanya dia bercuti. Emm...tak apa la, belum jodoh lagi kita mahu ketemu. 

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
wahid wida said...

Sorry ter 'remove' comment. Salah tekan. kmu ckp apa ea?

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :