engkau boleh !!

Saturday, December 7, 2013

Amali Pulpa & Kertas BSTK 2013

Assalammualaikum & Salam Mesra 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Saya seorang student yang tidak berapa pintar macam kawan2 saya yang lain. Kerana itu saya sedar akan kekurangan saya. Tapi saya suka belajar dan menuntut ilmu. Ilmu bukan mudah untuk kita perolehi jika kita tidak melibatkan diri kita dengan sesuatu pembelajaran tersebut. 


Macam masak juga, jika seseorang itu malas hendak ke dapur makan dia tidak akan masak. Jika dia tidak masak dia tidak ada ilmu untuk dipelajari. Bodoh macam mana seseorang itu jika dia mahu pergi ke dapur dengan sendirinya dia akan ada keinginan untuk mencuba sesuatu walaupun dia tidak pakar dalam apa juga masakkan. Dalam tidak sedar sebenarnya kita mendapat ilmu walau sebesar zarah sekalipun jika kita masuk ke dapur dan memasak, cuma nama manusia ini tidak akan sedar dan lihat akan benda sekecil itu. 



Wida nak kongsi sedikit la apa yang Wida buat di makmal sebagai pelajar Bacelor Sains Teknologi Kayu Fakulti Perhutanan. Jom tengok Wida dan rakan sekelas melakukan amali. Tajuk amali ni pembuatan kertas. So, semua nak tahu macam mana kertas dihasilkan dan kita sendiri menggunakan kertas setiap hari tanpa kita sedar walaupun kertas itu hanya satu tanda harga ataupun resit pembelian. Itu dikira kertas juga. 




Fatin sediakan campuran terlebih dahulu sebelum memulakan proses memasak. 



Ini mesin yang kami gunakan



Hedir memasukkan bahan ke dalam mesin


Masukkan campuran yang Fatin sediakan tadi



Kali ini kami memasak serat batang pokok pisang. Ada dua bahan satu lagi Acacia tetapi hari ni kami buat Banana dahulu. 



Inilah nama mesin yang kami gunakan iaitu Twin Digester. Kenapa twin?? sebab memang pada mesin ni ada dua tempat pemprosesannya tetapi sebelah lagi tidak berfungsi. Maka satu persatu la kumpulan kami akan membuat proses tersebut.



Skru ketat-ketat. Hedir hanya memerhati Abang Majid dengan sepenuh tenaga mengetatkan skru.



Satu corong panjang tu adalah tempat dimana asap dikeluarkan



Pastikan semua skru sudah dipasang ketat supaya dapat menjalankan proses dengan baik



Hidupkan suis dan pusing butang yang ada kat papan mesin


Pufffftttt!! nampak tak ada asap keluar dari corong tu?? Asap ini sangat bahaya. 
Memasak bahan tadi mengambil masa 3 jam dan kami semua terpaksa menunggu sehingga bahan tu masak. Nak tahu apa terjadi seterusnya jom tengok gambar di bawah.



Langkah keselamatan mestilah diutamakan. Roger dan Hedir menutup muka dengan Mask. 


Skru tadi dibuka semula untuk keluarkan bahan yang dimasak.



Siramkan air untuk mengurangkan kepanasan



Dapat lihat air yang berwarna coklat macam air karat. 



Anis keluarkan bahan yang dimasak tadi selama 3 jam.



Nampak tak warna hitam. Tadi warna lain sebelum dimasak. Perubahan warna pada Banana ini adalah dari campuran yang telah dimasukkan tadi.



Ini air dari proses memasak tadi dan kita perlu buang.



Banana yang telah dimasak perlu dileraikan untuk disimpan kedalam peti sejuk untuk proses seterusnya.



Inilah dia antara proses pembuatan kertas. Banyak lagi proses yang akan dilakukan. InsyaAllah Wida akan kongsikan apa yang Wida pelajari. Moga sesiapa yang membaca mendapat sedikit gambaran bagaimana proses kertas dihasilkan daripada batang pokok pisang.


2 comments:

Anonymous said...

ooo...student fakulti perhutanan...
macam tu rupanya proses dia..thanks for sharing...

salam perkenalan :)

-izudean

wahid wida said...

haah mcm tu la serba sedikit buat kertas...salam perkenalan juga :)

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :