engkau boleh !!

Tuesday, September 27, 2016

Tips Persediaan ke Boracay Island 2016

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Part 1 
#gengboracay #triptoboracay #wahidwidatravel #boracayisland
ig : nurulwahidasarbani


 Dalam mangkuk plastik ada - cawan kertas - ubat seperti panadol aktif fast & soluble, pil pocai - mayonis - coffee 3 in 1 - sudu plastik 2


Kelengkapan Peribadi
1. Ubat Gigi & Berus Gigi 
2. Mandian (Wida bawa Carry Junior botol kecil) 
3. Pencuci Muka & Krim Muka
4. Losyen (Penting bila pergi bercuti ke pulau atau pantai)
5. Bedak Muka & Gincu (Perempuan biasa la kan)
6. Sikat Rambut 
7. Wet Tissue (Bila perlu)
8. Perfume & Deodoran (Botol kecil atau yang dah nak habis)
9. Putik Kapas 
10. Jam Tangan & Gelang sbg aksesori 

Aksesori seperti gelang ni Wida dapat kesan bila mana Wida nampak kawan Wida pakai gelang yang ada nama dia tetapi bukan gelang biasa sebab gelang dia ada tulis no telefon bapa dia, nama penuh dia dan nama dia dalam bahasa korea. 

"kenapa ko buat macam tu?"
- " sebab aku ada sakit. Anything happen aku ada back up bila orang yang tak dikenali menjumpai aku"


Pada Wida bagus la dia buat macam tu sebab kalau la antara kita ada yang tersesat atau apa2 pun yang diingini berlaku kita masih ada petunjuk untuk sesiapa yang dapat monolong kita. Wida pakai gelang biasa2 je tapi kalau dah lima hari duduk sana orang yang sama jalan dengan Wida mesti perasan tanda2 untuk mengenali Wida. 


Ok, cukup untuk penerangan kelengkapan peribadi. Kadang-kala orang yang tak biasa nak pergi melancong mesti terfikir2 barang apa yang perlu dibawa so Wida dah share senarai barangan yang perlu dibawa dan sangat berguna. 


Oh ya lagi satu, cecair seperti mandian tu masukkan dalam plastik yang seelok2nya di seel atau bungkus dengan plastik yang boleh menghalang daripada cecair mengalir atau tertumpah sekiranya pecah atau meletup. Maklum la tekanan udara luar biasa bila naik flight.



 Story pasal makanan yang perlu dibawa. Memandangkan di Boracay Island ni susah sikit nak dapat makanan halal so, kena la bawa bekalan dari Malaysia. Apa yang Wida nampak orang Malaysia bawa Rice cooker yang saiz kecil dan boleh masuk dalam beg galas. Tapi bungkus elok2 ya. Jgn bawa pisau masak sudah. Confirm tak lepas kat imigresen bila kena scan.

Kelengkapan Makanan
1. Minuman 3 in 1 (3 pack per person)
2. Meggi Cup (2 cup per person)
3. Biskut 
4. Pringles (makan santai2 kalau lapar)
5. Nasi Arab / Nasi Tomato / Nasi Briyani (Brahim instant senang rendam dlm air panas je atau masuk dalam microwave)
6. Mentos & Gula2 berangin untuk segarkan mulut
7. Roti berperisa

Boleh bawa mushroom sup instant
Kalau rajin bawa la serunding daging / ayam ke 
Ikan bilis goreng ke

Apa yang Wida perhatikan orang yang duduk dalam satu bilik Wida diaorg bawa rice cooker dan beras untuk 3 hari diaorang di sana. Diaorg bawa kertas macam bungkus nasi lemak dan burger tu sebagai penganti pinggan. Bagus juga macam tu lepas makan terus buang kertas tu.


Wida pula bawa mangkuk plastik yang boleh masuk microwave supaya Wida boleh panaskan nasi brahim yang Wida bawa dari Malaysia tu. Wida bawa sudu plastik juga. Tak pun kalau ada beli makanan dalam flight kan dapat sudu so sudu tu simpan la lepas makan. Balut guna tisu yang diberikan sekali dan selit la kat tepi beg. Nak balik malaysia tak payah bawa balik buang je. Tapi Wida tak buang sebab cantik sangat sudunya warna merah dari Air Asia. Hahahaha


 Balut pringles dan megi cup. Lepas tu masukkan dalam plastik. 


 Senang je gulung2 dah siap lagipun kain balut tu Wida guna untuk pakai masa kat sana nanti.


 Bila dah siap balut guna kain tu masukkan dalam bungkusan plastik dan letakkan kat bahagian beg paling bawah supaya bahagian bawah tu ringan sikit semasa kita galas beg kita dan boleh dijadikan sebagai tapak pada bahagian bawah beg tu. Sesuai untuk traveler yang backpacker. Kalau bawa bagasi tak perlu ikut cara ni, ada cara lain yg lebih bersesuaian.

Mulanya Wida nak bawa tripod tapi last minit jumpa monopod Wida terus tukar. Masukkan je dalam beg insyaAllah lepas bila scan kat airport. 


 Wida buat cara macam dalam youtube yang Wida pernah tengok. Ternyata berhasil juga la mengurangkan ruang dalam beg sandang belakang yang tak berapa nak liter sangat. 


 Pakaian kita tu lipat dua sahaja tapi bersilang supaya ianya sama2 bertindan/bertindih bila di satukan. Sorry Wida takde gambar yang jelas. Lain kali Wida tunjuk ya macam mana caranya.


Ini adalah gambaran yang telah siap dilipat secara silang2. Senang terus masuk dalam beg. Disebabkan Wida pergi melancong ke pulau Wida siap2 masukkan dalam plastik dahulu sebelum masukkan ke dalam beg. 


Ini mengelakkan pakaian kita basah sekiranya cuaca hujan atau termasuk ke dalam air. Siapa nak sangka kan kalau2 kita ni tak bernasib baik tengah jalan atas bot nak turun ke nak naik bot ke tetiba kita terjatuh. Berkemungkinan beg kita akan basah tapi bila kita masukkan ke dalam plastik sekurang2nya takde la basah sangat pakaian bersih kita tu. 


Lagi pula plastik yang kita guna untuk masukkan pakaian bersih kita tu, kita boleh gunakan semula untuk letak pakaian kotor. So, tak payah la kita masukkan plastik kita pada ruang yang lain. Kalau nak selamat terus bungkus dengan 3 plastik. Rasanya cukup kot 3 plastik untuk baju kotor, seluar kotor atau kasut kotor. 


Tips Bawa Pakaian 
1. Tuala Mini & Sapu Tangan 1 (Bersedia je takut hostel tak sediakan)
2. Telekung tanpa kain. Gantikan dengan stokin. Sejadah mini
3. Jeans - 2 Helai (tapi satu pakai)
4. Stokin untuk pakai kasut. Wida pakai masa pergi dan balik je sebab berkasut
5. Selipar tepi pantai (Wajib)
6. T'Shirt - 4 helai (pakaian yang guna waktu malam boleh guna untuk aktiviti air waktu siang)
7. Inner hitam - 2 Helai (Sesuai untuk aktiviti air) Kalau boleh dalam pakai inner luar pakai t'shirt sebab khuatir terselak masa nak masuk dalam air)
8. Seluar Track - 2 Helai (Pakai waktu malam santai2)
9. Seluar Legging -1 Helai (sesuai untuk aktiviti dalam air. Kalau malu pakai dua lapis)
10. Kain apa entah yang pakai macam kat tepi pantai tu (Wida bawa satu)
11. Tudung - 4 Helai termasuk yang pakai (Kalau boleh bawa tudung yang macam kain lycra tu sebab ianya melekat kat kepala bila nak masuk dalam air. Wida pakai shawl tak sesuai langsung sebab bila masuk dalam air tu macam obor2 pulak)
12. Seluar dalam dan baju dalam tu pandai2 la nak bawa berapa Wida bawa 4 setakat ni selamat. Hihi
13. Kain Batik (wajib bagi Wida)
14. Skaf @ anak tudung - 2 Helai

Ok cukup rasanya


Yang Paling Penting
1. Baju hujan (sebab masa Wida pergi tu musim hujan. Patut la tiket murah flight murah hahaha)
2. Cover Handphone (waterproof supaya handphone kesayangan tak masuk air, atau beli beg waterproof. Kat Boracay Island banyak jual. 50 Peso ada jual paling murah tapi kena pandai cari di kedai2 yang jual cenderahati yang bergantung2)
3. Passport masukkan dalam bekas Waterproof juga sebab everyday kami kat Boracay Island hujan memanjang. Tak pernah tak basah)
4. Minyak Cap Kapak (Kalau mabuk laut)
5. International Plug (Budak dalam bilik Wida bawa plug yang panjang tu so boleh guna ramai2 tapi international plug kena bawa juga la)
6. Duit Peso secukupnya (Wida tukar RM500 cukup dan ada lebih) 


Lain-lain Keperluan
1. Cermin Mata
2. Cas Kamera 
3. Monopod / Tripod
4. Power Bank / USB
5. Bantal Tiub (Sesuai guna sepanjang penerbangan)
6. Camera (Wida bawa camera takut handphone full memory)
7. Selipar yang bersesuaian dan tahan lasak


Okay thanks sudi membaca. Nanti Wida share lagi. Tata Titi Tutu
Annyeong

Wida ni skema sikit so, ayat pun macam korang baca tu dan seperkara lagi Wida ni pakai redah je dan takde maknanya nak melawa2 sangat. Wida simple je. Jangan la korang ikut sangat apa yang Wida senaraikan tu. Jika ada kelengkapan lain yang lebih penting dari apa yang Wida share tu korang buat la yang mana patut. Diharapkan apa yang Wida share ni sedikit sebanyak dpt membantu. Wassalam

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :