engkau boleh !!

Monday, August 24, 2015

Macam Mana Wida Dapat Ke Korea?

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Terlebih dahulu Wida nak ucapkan terima kasih kepada seseorang yang bernama Shra. Dia ada tinggalkan msg dalam inbox FB Wida dan dia beritahu Wida dia ada baca blog Wida ni pasal Korea. "Kak Wida tak cerita pun macam mana akak dapat ke Korea tu".


Actually, dia adalah salah seorang penuntut sebuah institusi yang tidak dapat menyambung pelajaran peringkat ijazah dan sedang membuat permohonan. Wida ada sarankan dia untuk mengisi satu borang dalam laman web yang Wida beri pada dia. Kalau ada sesiapa yang belum dapat sambung belajar peringkat ijazah 2015 dalam masa terdekat ni sebelum 31 Ogos 2015 sila inbox Wida di FB. InsyaAllah Wida share link untuk masuk ke UPM. Tapi tak janji dapat la asalkan usaha itu ada.


Ini untuk Shra dan Wida kongsikan cara bagaimana Wida dapat pergi ke Korea. 

Selepas lebih dari 3 tahun pengajian di UPM pelajar diminta untuk membuat pilihan tempat praktikal atau nama lain adalah Latihan Industri (LI). Disebabkan Wida pernah menjalani praktikal semasa menuntut Sijil di Politeknik Shah Alam maka Wida dapat pengecualian selama 2 bulan daripada 6 bulan sepatutnya bagi pelajar bachelor.


Course yang Wida ambil di UPM selalunya diwar-warkan boleh menjalani praktikal di luar negara seperti contoh Poland, Korea, Oklahoma, Indonesia, dan banyak lagi. Ini antara negara2 yang classmate Wida pergi menjalani praktikal berdasarkan course Sains Teknologi Kayu. Siapa kata belajar kayu tak boleh pergi jauh. Seluruh negara ada kayu so rugi sangat orang2 diluar sana yang tidak mempelajari berkaitan kayu. Mana2 student yang tak tahu nak ambil kos apa, pilih la kos sains teknologi kayu.


Oh panjang lebar dah mukadimah Wida. Back to story ada seorang kawan Wida ni dia ajak Wida untuk buat praktikal di luar negara. Wida kata kalau ada peluang WHY NOT? kan kan kan. Sekali seumur hidup. Start dari haritu Wida dengan kawan Wida isi borang dan uruskan segala proses untuk praktikal di oversea. Teruja tu memang teruja. Wida dah tak fikir apa dah janji dapat dan diluluskan.


Hari demi hari urusan pun berlangsung. Ada kala terpaksa naik turun pejabat dan berjumpa pensyarah yang menguruskan berkaitan praktikal di oversea. Last diberitahu pilihan praktikal di Korea. Terus la Wida dan kawan Wida bersetuju. "Ikin aku ni bukannya terror sangat cakap BI. Aku takut pulak kalau nak ke oversea" Wida luahkan perasaan pada rakan Wida. Ikin pun balas "Ko lulus TOCIE (muet UPM) dah kira terror la tu Wahid lagipun orang korea ni bukan pandai cakap BI pun. So, kita sama dua kali lima dengan diaorg sama2 tak terror". 


Terus Wida semangat sebab kata2 kawan Wida tu. Ini baru betul kawan support kawan sendiri. Lepas tu Wida dah beritahu pada family Wida dan diaorg senyum je. Mana yang terbaik untuk Wida mereka sokong.


Kawan Wida ada cakap kami sebenarnya ada pilihan untuk menjalani praktikal tapi kawan Wida ni nak pergi negara 4 musim dan pensyarah yang membantu urusan praktikal kami sarankan kami pergi ke Korea dan menjalani praktikal pada bulan 9 kerana waktu itu adalah summer season maka tak jauh beza la dengan Malaysia dan bukannya waktu musim salji.


Walaupun kami pergi sebulan je adalah amat2 penting untuk kami di Korea supaya sihat dan selamat. Kalau pergi sebulan ke Korea musim salji mahunya kami kesejukkan. Lagipun bukannya kami ada pengalaman dan tak ada pun orang yang bantu kami sepanjang di sana nanti. Semuanya atas dasar kenalan di universiti sana dan sumber internet.


Sebenarnya semua orang boleh pergi ke mana sahaja asalkan berusaha dan berdoa. Impian Wida salah satunya sudah tercapai. Dulu Wida selalu tulis surat pada kawan2 Wida dan bagitahu cita2 Wida nak belajar kat luar negara dan inilah sebenarnya Tuhan tunaikan dan makbulkan apa yang Wida tulis dulu2 zaman sekolah. Apa yang kita tulis apa yang kita ucap dan apa yang kita niatkan semuanya doa. Jadi mulai dari sekarang berbuatlah seperti itu dan yakin la Tuhan maha mengetahui.


Ini la kawan Wida nama dia Ikin yang sama2 mengila kat Korea

Wednesday, August 19, 2015

Jom Kita Ke Korea

Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang maha Pengasih Maha Penyayang 


Tarikh : 28 Ogos 2014
Tempat : KLIA 2

Ni la kali pertama Wida tidur kat airport. Bangun seawal pukul4 pagi sebab semua kawan2 Wida dah berkumpul cuma nak tunggu seorang je lagi yang belum sampai. Kami ambil keputusan untuk terus check-in sebab kalau orang dah ramai beratur memang kami la yang paling belakang sekali.


Lebih kurang pukul 5 pagi kami selesai masukkan bagasi kami. Sementara tunggu kawan lagi seorang sampai kami duduk2 dulu sekitar di pintu masuk sebab nak solat subuh. Time kami di KLIA2 tu, Wida rasa banyak penerbangan di waktu pagi contohnya ada yang nak ke Filipina, Bandung, Sarawak dan banyak lagi la. Wida tengok orang tak putus2 kat KLIA2 tu. Wida tidur kat airport tu pun ada je penumpang yang baru tiba entah dari mana je.



Lebih kurang pukul 5 pagi lebih tu, kawan Wida tiba. Lepas suruh dia check-in barang terus minta tolong dia jaga beg kami semua sebab nak solat subuh. Masing2 muka dah tahan ngantuk tak tidur. Wida pun tidur kejap je tu pun main selit2 je sebelah orang yang tak dikenali. Masing2 semua pakat tidur situ Wida pun tidur la. Dah penat sangat.



Ngam2 la nak ambil wuduk air pulak takde kat dalam surau tu. Maka semua nak solat. Pakat guna air mineral semuanya. Wida pulak dah buka tudung semua takkan nak pakai balik, Wida tunggu la kat situ sampai air keluar tu pun sikit je last2 ada orang bagi air mineral dapat la Wida cuci kaki.



Wida cadangkan kalau nak solat dan flight subuh better terus pergi surau dan ambil air wuduk so boleh terus tunggu sampai waktu masuk. Kalau dah lepas je solat kan senang hati. Bagi ruang pulak pada orang yang nak solat, kesian masa tu Wida tengok orang tua susah nak bergerak pergi ambil wuduk kat tandas.


Kalau nak cuci muka ke gosok gigi ke pergi la tandas. Kurang2 kan sikit kesesakkan dalam surau tu. Ini cadangan Wida la. Selesai solat kami stay lagi berdekatan dengan pintu nak masuk ke imigresen tu, siap member Wida ni pergi beli sarapan lagi. Dekat pukul6.30 kami baru masuk pintu imigresen tu.


Punya la jauh nak berjalan rupanya. Sabar je la. KLIA2 besar kot...ada pulak tu kena lalu kat bahagian scan. Dengan badan2 semua di scan memang canggih la. Just letakkan kita punya pasport pada tempat yang disediakan dan kita perlu berdiri tegak dan lihat ke depan. Memang amazing...terbaik dari Malaysia. Kalau siapa yang dah ke luar negara memang dah lalui la perkara ni di KLIA2.


Masa tu Wida dah perasan kami semua dah macam lambat nak ke bahagian pintu flight. Punya la jauh perjalanan kami nak menuju ke pintu yang dimaksudkan. Lepas sudah satu bahagian scan tadi kami kena scan lagi lepas turun ke tingkat bawah. Kali ni semua kena tanggalkan. I Mean kasut yang ada macam besi2 kena buka, tali pinggang dan jam tangan. Beg semua tentulah perlu letak di mesin pengimbas.Mak aiii ramai la pulak orang tengah beratur.


Nasib baik pegawai tu buka satu lagi kaunter dapat la kami melepasi kastam. punya laju kami jalan sebab kami dah perasan yang kami sebenarnya dah terlambat sangat2. Ngam2 tengah berjalan tu kawan pulak nak singgah toilet membuang hajat yang besar. Wida masa tu tak boleh tunggu lagi sebab takut pintu pesawat dah tutup karang sia2 je tiket ke Korea yang kami dah beli.


Wida dengan kawan Wida yang selalu sangat dah naik flight tu dah berpandangan sebab kami dah lambat sangat. Tu la jalan jauh sangat dalam KLIA2 tu nak menuju ke pesawat. Nasib la juga ada eskalator bergerak maka kami lalu di situ sambil terlari2. 3 orang lagi kawan Wida masih tertinggal dibelakang.

 Kat sini la kami terlari2...

Wida dengan kawan lagi sorang dah terlari2 sebab kami dengar ada pekerja AirAsia jerit "Incheon, Korea....cepat sikit" kami pun apa lagi angkat tangan la sambil lambai2 tiket kami dengan semangat lari2 dengan beg sandang belakang. Wida pun apa lagi jerit la "kami kami...sekejap tunggu". Semua orang pandang kami. Terus kami cakap ada kawan lagi 3 orang dibelakang kami. Memang ngam2 kami naik pesawat tu. Tak lama beberapa minit lepas tu pesawat bergerak.


Selangkah je ni masuk kapal terbang

Ya Allah syukur sangat2 kami sempat naik pesawat. Kalau lambat selangkah je memang tinggal la. Beg pula dah sampai ke Korea. Memang jadi pengalaman kami. Sebab tu la kena datang awal ke airport dan cepat2 la masuk ke ruangan menunggu. Kes kami ni bukan je tak sempat nak ke ruangan menunggu tapi memang takde nak tunggu apa pun terus masuk sebab semua penumpang dah masuk.


Bila masuk tu Wida tengok semua dah penuh tempat duduk kat dalam tu. Almost la orang korean dalam tu. Orang Malaysia Wida cuma perasan yang pakai tudung and lelaki yang bercakap dalam bahasa melayu. Ok fine...kira berapa ketul je orang melayu. Tempat duduk Wida tak sama dengan 4 orang kawan Wida. Seat mereka baris 47 sederet tapi seat Wida 24 kat depan nun jauh sebelah Oppa Korea. Nasib baik la Wida duduk paling tepi ok lagi la daripada kena duduk tengah berhimpit-himpit sesak nafas.


Actually, Wida beli tiket sendiri tak sama dengan kawan Wida 4 orang tu. Sebab tu tempat duduk tak sama. Jauh pulak tu. Masa masuk ke pesawat tu dan pramugari tunjukkan arah laluan Wida, Wida siap tertanya2 kenapa diaorang lalu lorong lain dan Wida disuruh lalu kat lorong yang lain. Oh...rupa2nya laluan tu untuk memudahkan kita duduk di seat yang telah ditetapkan.


Bila Wida dah letak beg kat bahagian atas tu Wida terus duduk dan tak nampak kawan Wida duduk kat mana. Dalam hati ada niat juga nak tahu diaorg duduk kat mana...emmm nanti la time dah stabil baru Wida cari kawan2 Wida. 


Wida perasan dekat belakang Wida ada budak perempuan Malaysia sebab dia pakai tudung. Mula2 tu takut nak tegur tapi Wida ni jenis slumber semua orang dia nak tegur gitu la nampaknya Wida ni. So, Wida tanya la dia itu ini. Dia memang student kat Korea, dah tiga tahun dia kat Korea. Mesti dia ni budak pandai. Muda2 lagi dah merantau. Confirm2 la pandai cakap Korea kan...eee jealous la. Tapi dia tak la peramah macam Wida. Dia tak banyak tanya Wida itu dan ini. Last2 Wida ambil keputusan untuk berdiam diri dan tidur.


Lebih kurang 6 jam perjalanan ke Korea. Pilihan pertama mesti la Wida pilih untuk tidur memandangkan tidur tak nyenyak malam semalam Wida pun sambung tidur dalam kapal. Wida tengok mamat korea sebelah Wida sedap je tidur so, Wida pun join tidur la. Entah macam mana Wida sedar bila ada orang lalu sebelah Wida. Oh...anak kapal bawa makanan. Yeahhh!!! times to eating. Lapar dah ni. Tadi sarapan pun makan sikit je.


Wida terus keluarkan pas yang ada dan beri pada pramugari.

Yeah dah dapat makanan nasi ayam, kek choc, air kotak perisa apple & tak lupa juga mineral percuma.


 Masa untuk makan...
Wida beli set makanan ni masa booking ticket sebab murah sikit jika nak dibandingkan beli sebelum tempah harganya lain. Wida pelik sebab tak dapat pun sos nasi ayam. Seret (kering tekak) Wida makan, dah la takde kuah takde sambal. Tapi fikir positif jugak sebab tak makan sambal nanti perut terkejut. Nak uk uk dalam flight tak selesa pulak. Nasib baik ada air.



Alhamdulillah selesai makan. Kek choc Wida tak ingat Wida makan habiskan or Wida simpan. Sayang sebab sedap sangat.


Lepas Wida habis makan tu Wida saja la konon nak pergi ke toilet. Wida pilih untuk ke toilet belakang sebab niat hati tadi nak tengok kat mana kawan2 Wida duduk. Nasib2 je bila Wida bangun tu Wida nampak ada orang keluar dari tandas. Apa lagi tersenyum la terus masuk dalam tandas. Wida selalunya naik flight takde niat nak pergi tandas pun tapi kali ni disebabkan ruangan dalam flight lain so saja Wida nak pergi.


Lepas keluar tandas tu Wida terus cari kawan2 Wida. Tengok kat bahagian belakang tempat duduknya lain dari tempat duduk Wida kat depan. Itu la dah diaorg beli tiket awal so, dapat la tempat duduk dibahagian belakang. Wida yang beli lambat kok dapat tempat duduk depan. Takpe la rezeki masing2 berlainan kan...janji satu kapal.


Bila nampak je diaorg Wida terus senyum2 sambil cakap 'jauh bebenor korang duduk'. Wida terus pesan pada mereka kalau diaorg lambat keluar Wida terus tunggu kat pintu luar nanti bila dah sampai. Wida tanya2 juga diaorg ok ke tidak. Siap Wida tengok diaorg makan tak habis. Bila Wida tanya diaorg pesan makanan apa diaorg kata nasi lemak. Pulak tu 4 org semua makan nasi lemak. Wida tanya kenapa tak pesan lain2 kan boleh share2 rasa. Diaorg kata memang diaorg nak makan nasi lemak. Air confirm2 la tak habis sekotak masing2 simpan dalam beg buat bekalan.


Tak lama lepas duduk lepak2 dengan diaorg ada pramugari suruh Wida duduk kat tempat sendiri. Lepas makan apa lagi tidur la. Lagipun tak boleh nak buat apa2 dalam flight tu. Lama lagi nak sampai Korea ni. Jam tangan Wida tu saja Wida tak tukar kepada waktu Korea sebab Wida tahu memang Malaysia waktunya lewat 1 jam daripada Korea.


Sambung nanti nak tidur...


Terima Kasih Allah

Monday, August 17, 2015

Tip Persediaan Ke Universiti

Assalammualaikum & Salam Mesra 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Tahniah kepada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tak kira la ke universiti mahupun mana2 institusi awam & swasta. 
Alhamdulillah Wida baru je dapat berita yang Wida sudah bergraduat pada tahun ni daripada sistem maklumat pelajar. 


Dekat sini Wida nak share apa2 la yang berkaitan dengan persediaan sambung belajar. Wida jadikan pengalaman selama dari Wida berumur 16 tahun sehingga la ke 28 tahun sekarang. Paling penting sekali adalah sediakan buku untuk senaraikan apa2 yang diperlukan.
 


Senarai Barangan Peribadi

First mesti Wida senaraikan pakaian
- Baju kurung 7 helai
- Tudung mengikut warna baju (Hitam & Putih Wajib)
- Baju kurung warna putih & kain hitam (Selalunya wajib untuk sesi orientasi universiti)
- T'shirt lengan panjang 7 helai
- Seluar track 4 helai
- Seluar slack 3 helai
 - Baju tidur / santai
- Kain batik 2 helai
- Baju & Seluar dalam suka hati nak bawa berapa hahahaha
- Singlet
- Baju kemeja / blouse
- Kasut hitam / warna bertutup
- Kasut sukan
- Kasut ladies pergi kelas
- Selipar jamban
- Stokin 4 pasang
- Skaf / sarung kepala 


Senarai Barangan Keperluan

- Baldi 
- Gayung
- Sepit baju
- Hanger
- Sabun Mandi / Shower Gel / Bekas sabun
-Berus gigi & Ubat gigi
- Bakul Mandian
- Pencuci Muka
- Pad / Tuala wanita
 


Senarai Keperluan Lain

- Gunting
- Jarum & Benang (Hitam & Putih)
- Bekas makanan (Mangkuk & Cawan) Wida bawa mangkuk & cawan bertutup
- Sudu & Garfu
- Heater / Pemanas air
- Seterika
- Bantal
- Sarung Tilam 
- Beg ke kelas
- Botol air


Keperluan Dokumen (Kalau boleh letak dalam satu fail)

- Surat tawaran kemasukkan
- Salinan sijil2 yang telah disahkan (kalau boleh buat 10 set & semuanya telah disahkan)
- Pen
- Kertas kosong 
- Gambar Pasport (Buat banyak salinan)
- Resit bayaran & apa2 kertas yang dapat simpan jangan buang

Okay itu je yang Wida terfikir sekarang. Lain kali Wida share lagi apa yang terlintas difikiran Wida


Terima Kasih Allah

 
 


Wednesday, August 12, 2015

Tip Persediaan Ke Korea

Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Wida nak share apa yang Wida buat sebelum pergi ke Korea. Wida dengan mak dah bincang2 nak bawa pakaian beberapa helai je. Tak nak bawa pakaian lebih2. Lagipun Wida pergi autumn season. So, tak perlu nak bawa pakaian tebal2 macam winter season. 


Tips Wida Bawa Pakaian & Kasut :

1. Bawa baju yang sederhana tebal. Macam tshirt selalu pakai kat Malaysia. Jangan terlalu nipis.Wida bawa baju 6 colour sahaja. Setiap warna yang sama 2 helai.

3. Seluar 4 helai. Jeans yang berat tu better kita pakai. Jangan masuk bagasi sebab nanti lebih timbangan.

3. Bawa tudung 6 helai sebab 6 colour baju. Hitam lebih sesuai dengan mana2 baju. Wida kan pergi sebulan.

4. Kasut bertutup, senang untuk jalan jauh. Stokin perlu pakai bawa 2 pun cukup. Tak payah la nak over sangat pakai kasut yang entah apa2 sebab semua tu akan menyusahkan diri sendiri kelak. Lama kita nak guna kaki lebih2 lagi di Korea banyak berjalan.

5. Sweater. Wajib. (Benda penting ni la Wida tertinggal. Nasib baik adik Wida pakai sweater bila dia hantar Wida ke Senai Airport. Terpaksa la merayu kat adik minta sweater dia. Nasib baik juga sweater adik Wida tu Wida dah basuh semalam. Faham2 je la kalau bau lelaki ni, lain macam sikit).

6. Sarung tangan. (Walaupun Wida pergi Autumn Season tapi Wida tetap bawa sarung tangan. Sejuk di Korea lain macam. Lagi2 orang yang pertama kali pergi macam Wida ni).

7. Kalau Wida ada teringat lagi nanti Wida tambah kat entri lain.


Tips Bawa Peralatan, Barang Mandian & Ubatan :

1. Sepit kuku. (Wida simpan dalam beg yang nak bawa masuk ke kargo. Kita memang kena tau segala benda tajam memang kita tak boleh bawa naik ke kabin.)

2. Sabun yang bukan cecair. Kalau cecair make sure tak lebih dari 100ml.

3. Pencuci muka

4. Bedak / Bedak muka

5. Alat make up dan lain2. 

(Semua benda ni Wida masuk dalam bagasi yang simpan dalam kargo. Kalau backpacker make sure anda boleh lepas kastam la).



Kalau nak bawa cecair pastikan balut dengan plastik rapi2 supaya tidak tertumpah dan masukkan dalam bagasi untuk dimasukkan dalam kargo. Kalau bawa dalam beg sandang pastikan tidak melebihi 100ml. Kalau bawa juga, emm...nasib la masa lalu dimesin scan confirm kena tahan dengan pegawai imegresen. Last2 kena buang pulak perfume yang mahal tu, mandian ke, and lagi satu air minuman like mineral water confirm kalau pegawai yang tegas pasti tak boleh dibawa masuk.


Tips Bawa Makanan :

1. Makanan ringan macam maggie, mee hoon / bubur segera

2. Biskut / Coffee 3 In 1 / Roti / Planta (Penganti Minyak)

3. Sardin / Tuna / Ikan Bilis / Makanan dalam tin

4. Beras /  Ketupat Mini / Serbuk Secukup Rasa / Kiub Pati Ayam

5. Serunding / Ikan bilis goreng / Keropok

6. Mayonis Paket / Sos Paket (Macam kita dapat masa beli KFC or McD tu) / Kicap


Emm...rasa macam banyak je senarai yang Wida taip ni. Actually, Wida bawa periuk nasi saiz kecil masa pergi Korea tu sebab Wida kan belum jumpa kedai makan yang sesuai untuk beli makanan. Beras Wida bawa 5 KG je. Ye la kat tempat orang kena la sedia macam tu sebab kita tak jumpa lagi kedai runcit yang jual barangan macam tu. 


Lain-lain Barang :

1. Cawan Plastik / Sudu Plastik / Plastik Bungkus

2. Shampu / Sabun Basuh


Wida bawa shamfu botol kecil, insyaAllah cukup untuk sebulan. Kalau boleh tak payah la bawa perapi sekali. Jimat ruang dan jimat berat. Wida ada bawa sabun basuh baju paket2 kecil sebab kat sana Wida confirm la nak basuh bajukan sebab duduk sana sebulan. Kalau nak pergi travel setakat 3-4 hari tak payah la nak basuh baju. Balik kampung nanti basuh la bersih2.


Apa lagi ya? Emm barangan lain Wida bawa dalam beg tangan seperti :

 
1. Sarung Tangan

2. Beg Dompet

3. Pasport Wajib sebagai penganti Kad Pengenalan

4. Kamera

5. Tisu / Tisu Basah

6. Pen /  Buku Catatan

7. Power Bank

8. Cermin Mata

9. Gincu / Bedak Muka

10. Botol Air Mineral

Hahaha berat juga sebenarnya beg Wida time ni. Kalau boleh banyak lagi nak bawa. Botol air bawa la sebab tandas kat Korea takde kepala paip. Diaorg kan pakai lap2 je mana pakai cebok2 macam orang Islam. Lepas tu bawa beg sandang or bawa beg tepi yang selesa. Masa Wida dulu bawa beg besar dah tu susah kejap kendong sebelah kanan kejap sebelah kiri. Bawa la yang bersesuaian.


Ok nanti kalau ada perkongsian lagi Wida share la apa2 yang patut.

1 September 2014 Di Korea

Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Pagi ni kami perlu pergi ke fakulti sebab ada professor nak berjumpa dengan kami. Awal pagi juga keluar dari bilik sewa kami hanya demi professor tu. Macam biasa kami perlu berjalan kaki menuju ke fakulti yang mengambil masa 30 minit. Penat juga sebab kami tak biasa. Kalau kat UPM takde maknanya nak jalan kaki. Wida start enjin terus tekan minyak. Tau2 je dah sampai fakulti. 


 Antara laluan Wida dan rakan2 pergi ke fakulti


Tapi kat sini semua orang Korea berjalan kaki kot. Jauh diaorg berjalan laju2 pulak tu semuanya. Mak aii kalah kami ni yang berjalan lenggang kangkung macam ke pasar. Mula2 jalan kaki tu dekat 40 minit jugak la nak sampai fakulti sebab ada kawan yang tak larat. Maka semua jalan slow je.


Sampai je fakulti dah termengah2 minta nyawa. Mana tak nya naik turun tangga lagi. Bernafas2 kami di foyer. Elok duduk2, sampai dah professor yang nak jumpa dengan kami tu.
"You all look fresh. So how Korea?"



Masing2 senyum "Korea Nice" mana tak senyum masing2 semua mandi pagi so nampak la kesegarannya. Diaorg tak tahu la mandi pagi ke tak. Mungkin cuci muka je kot. Professor tu bersalaman dengan kami berlima. Emm...berbual2 seminit dua lepas tu dia minta diri untuk beredar selepas jumpa kami, itu je... Lepas tu dia terus pergi ke pejabat dia. Ingatkan kami dia nak jumpa kami lama2. 



Jam tengahari lebih kurang macam tu ada pelajar master bawa kami pergi makan dan tunjukkan sekali cafe kat mana. Punya jauh nak pergi makan. So, ikut je la. Kali ni bayar sendiri untuk makan. Takde siapa nak belanja makan dah. Kena guna duit sendiri.





Laluan kami nak pergi ke Cafe KNU. Jauh juga naik turun bukit. Fuh...lengguh juga kaki ni. Hari ni semua pelajar dah masuk semester baru pada pertengahan tahun. Macam di Malaysia juga, cuma mereka disini start class awal bulan. Kalau tempat kita di Malaysia selalunya budak2 yang baru nak mendaftar universiti la kena daftar awal semester satu la katakan.


Baru hari ni juga kami jumpa ramai pelajar sebab sebelum ni kami datang KNU kosong lagi takde student. Ada pun beberapa pelajar je yang dah balik ke hostel. So, memang tak sangka ramai sangat orang dalam dewan makan. Teruja juga nak tengok macam mana keadaan kat dalam cafe tu. Adakah sama dengan cafe kami di Kolej Serumpun atau berbeza.


Ok kami dah sampai ke tempat yang di tuju. Ramai sangat student time tu keluar masuk cafe. Depan tu ada peti surat. Sama warna macam tempat kita warna merah juga cuma yang membezakannya tulisan je. 

Sampai2 je kat cafe tu terus tuju kat ruang memilih makanan. Kat sini sangat bersistem. Buat pilihan berdasarkan makanan yang terhidang yang dipamerkan dalam almari cermin. Lepas tu beratur buat bayaran dan dapatkan resit. Resit tu tunjuk masa kat kaunter jualan makanan. Wida fikirkan makanan yang dipamerkan tu betul2 rupanya plastik. Memang sebiji sangat2 replika tu dengan yang real. 


Tak jauh mana pun dengan yang real. Suka Wida tengok makanan dalam cermin tu. Kreatif la diaorg kat sini. Emm...student master tu terangkan pada kami satu persatu makanan yang kami boleh makan sebab ada juga jual makanan yang tak halal untuk kami di sini. Bagus juga ada kawan yang macam ni.



Lepas buat pilihan makanan tu semua terus beratur kat dalam dan buat bayaran.



See...ramai dah pelajar time ni sebab memang masa untuk makan. Punya la sopan diaorang makan tak bunyi langsung. Wida sempat lagi memerhati ada la seorang mamat korea ni makan sopan je. Sekali ngap terus habis semangkuk. Mak aii...air kat sini confirm la air macam yogurt botol kecil tu. Kalau kat Malaysia mesti la secawan besar atau setin minuman gitu. Kat sini susah nampak yang macam tu.



Ni makanan Wida. Sempoi je, tapi tak tau apa nama makanannya.
Kuah cecah warna kuning tu kuah jagung.


Lepas makan kami semua balik semula ke fakulti. Kawan Wida kata belum sempat makanan nak jadi lemak dah kena nyah semula sebab berjalan jauh lagi kami semua. Balik2 je dah lapar semula. Hahahaha...


Balik semula ke fakulti sambung buat experiment. Actually, ni semua kerja diaorg berdua ni saja Wida datang menganggu gugat. I want to introduce my new friend, Bo-Yeon Kim is a girl and man is Chan-Woo Park.
  
 
Rasanya first day Wida kat fakulti takde buat apa2 pun cuma berkenalan dengan semua yang ada di fakulti dan di bawa pergi ke bengkel2 melawat. Seriously peralatan diaorg kat sini canggih2 semuanya. Kat fakulti Wida di UPM pun tak macam ni.
 
 
Gitu gini gitu gini dah masa nak balik rumah. So, sambung esok. Wida dengan kawan2 Wida santai2 je sambil baca nota yang diberi. 
 
Malam tu Wida takde buat apa2 pun kat motel. Makan, tengok running man lepas tu tidur. Macam penat la pulak.



Blog Wida pun bertukar bahasa korea.


Terima Kasih Allah



Monday, August 10, 2015

Dah Boleh Konvo

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Hari ni 10 Ogos 2015 Wida dapat message daripada seorang doktor dia bagitahu dah dapat tengok rekod dan dia beritahu Wida dah boleh bergraduat. So, maknanya subjek yang Wida repeat tu dah lulus. Alhamdulillah...syukur selalu. Keluar dari bilik terus bagitau emak. Dia pun cakap dah boleh siap2 kan la baju untuk konvo bulan 10 nanti. 


Wida ada bagitau mak pasal Wida ada bernazar kalau lulus subjek repeat tu Wida potong rambut. Emm lepas ni takde la lagi rapunzel. Atuk Wida pun asyik dah tanya je bila nak potong rambut. Nanti tok Wahid potong rambut lepas tu tunjuk kat atok. Hihihi


Ada juga beberapa kenalan Wida cakap jangan la potong rambut tu sayang sangat. Katanya nanti nak belai rambut yang panjang dah takde lagi. Mak Wida pun sebenarnya sarankan lepas Wida kahwin baru potong rambut. Memandangkan Wida tak tahu bila Wida akan kahwin maka Wida dengan rela hati melepaskan la rambut Wida yang Wida jaga selama dari Wida tingkatan 1 umur 13 tahun sampai la ke sekarang umur 28 tahun. Haa...lama kan. Bayangkan la dah panjang mana rambut Wida.



Tapi takpe la rambut bukannya tak tumbuh lagi tapi tu la hajat nak potong lepas kahwin tak kesampaian kot. Huhuhu...dan harapan mak pun tak de harapan la. Dan semestinya angan2 Wida konon nak tanya suami dia nak lihat Wida rambut sampai mana pun hanya la mimpi tak jadi kenyataan pon. Takpe la nak buat macam mana kan. Wida pun dah bernazar. Nazar ni kena tunaikan bila mana apa yang kita hajati tu tercapai.


Tapi setakat ni Wida tak terfikir lagi nak potong sampai paras mana. Kalau potong pendek Wida confirm nampak gemuk sebab dulu pernah rambut pendek dan auchhh!! macam lelaki yoo...hahaha tak nak la kan. Dengan nama Wida yang kadang2 orang panggil Wahid. Nanti kena perli lagi. Cukup la dulu2 orang gelar Wida tomboy. Sekarang dah ladies2. Cuma Wida bukan la ladies yang bergaya sangat dengan rambut2 yang entah apa2 sebab Wida bertudung.


Nanti sebelum potong Wida nak bergaya sakan dan nak deko rambut macam2 gaya lepas tu ambil gambar banyak2 baru la potong. Emmm tipu la kalau Wida tak sedih nak potong rambut. Entah2 nanti time nak potong rambut menangis teresak2 hahahaha. Oppss!! Wida sekarang tabah tau mungkin sedih tu ada tapi dalam hati je la kot takde la sampai meraung2. Kawan Wida siap pesan lagi kalau nak potong rambut dia nak teman dan nak tengok. Tapi pada Wida tak mungkin kot itu semua hanya kata2 dia. Mahunya dia nak tengok sebab dia dah kahwin dan dia ada isteri. Impossible kan...

Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan pada Wida selama ini. 

Terima kasih Ya Allah
Syukur selalu

Sunday, August 9, 2015

Bakal Miliki Butik

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


30 Julai 2015

Ikhsan daripada Facebook UPM


Peluang menyertai Akademik Butik Siswa tajaan Kementerian Pendidikan sejak Mei lalu bakal merealisasikan impian Nurul Wahida Sarbani, 28, untuk memiliki butik sendiri.


Pelajar Bacelor Sains Teknologi Kayu, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu antara pelajar bertuah apabila dipilih Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) untuk menyertai kelas jahitan sebagai persediaan memulakan perniagaan pakaian muslimah.


Menerusi Akademik Butik Siswa, Nurul Wahida berpeluang mempelajari kemahiran dalam bidang jahitan termasuk memotong pakaian, mejahit jubah, tudung dan selendang.


"Saya bersyukur kerana diberi peluang ini sebagai persiapan membuka perniagaan berkonsepkan butik kafe di kulaijaya tahun depan.



Modal Kecil 
"Selain butik kafe, saya turut mendapat pendedahan dan bimbingan daripada CEM menerusi Bengkel Lab Minda Keusahawanan bagi melancarkan perniagaan berangan terpakai bergred tinggi dari Singapura di kampus," katanya.


Beliau menggunakan modal kecil untuk menjalankan perniagaan barangan terpakai dan kini meraih keuntungan bersih ratusan ringgit.


Katanya, kajian dilakukan terlebih dalu mengenai apa yang diperlukan pelajar sebelum memilih barangan terpakai bergred tinggi dari Singapura sebagai produk jualan perniagaannya.


"Antara barangan yang menjadi pilihan ialah pakaian, barangan sukan lasak, permainan kanak-kanak, helmet basikal, kasut roda dan papan luncur".


"Kebiasaanya saya akan mengambil tempahan terlebih dalu daripada pelajar sebelum mendapatkannya daripada pembekal Singapura. Saya menjualnya pada harga yang berpatutan sesuai dengan kemampuan pelajar," katanya.  



Syukur Selalu bak kata TV3. 27 Julai 2015 Wida menyambut ulangtahun kelahiran ke-28 tahun alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan menambah amal untuk bekalan. Tak pernah termimpi untuk keluar muka di dada akhbar apatah lagi akhbar itu Berita Harian. Surat khabar No.1 di Malaysia yang Wida kira sentiasa menemani Wida sejak Wida kecil lagi. Daripada akhbar BH ni sebesar alam sehingga la sekecil alam dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.


Alkisahnya macam ni...
Pada 18 Jun 2015 Wida dapat panggilan daripada pihak CEM dan menyuruh Wida datang ke pejabat. Wida janji datang awal tapi disebabkan kereta Wida kena halang dengan kenderaan lain maka tak dapat Wida pergi dengan cepat menaiki kereta maka Wida jalan sedikit ke kolej 13 dan naik bas dari bus stop berhampiran dengan car park. Terpaksa dan terdesak sebab Wida kalau boleh nak naik kenderaan sendiri. Nasib memang baik sebab tak lama menunggu bas pun sampai. Lega sangat hati sebab taknak orang pejabat CEM fikir Wida memang suka2 lambat.


Time Wida sampai je kat pejabat tu terus masuk bilik perbincangan. Tiba2 Encik Isnain bagitahu "awak terpilih untuk masuk surat khabar". Ya Allah macam tak percaya je. Lepas dengar penerangan daripada Encik Isnain dia minta Wida datang keesokkan harinya iaitu hari Jumaat.

Keluar je daripada pejabat CEM Wida tersenyum je. Wida tak bagitahu pada sesiapa pun pasal hal ni even pada family Wida dan roommate Wida. Wida simpan sebagai rahsia.Tetiba Wida tergerak hati nak share dengan seorang kakak ni yang Wida panggil Cik Ila. Dia Student PHD bakal doktor falsafah. Dia senyum2 je lepas Wida bagitahu dia dan dia siap pesan kalau dah keluar news paper jangan lupa dia. Malam tu sibuk cari baju sebab tak tahu nak pakai baju apa. Banyak baju dah bawa balik kampung. So, hentam je la pakai baju kurung yang ada dalam locker.


Pilih punya pilih tapi tudung takde pulak. Entah macam mana roommate Wida bagi cadangan suruh guna tudung dia sebab dia dengar Wida cakap kena pakai tudung warna cerah tak boleh pakai tudung gelap. Tiba2 dia tanya "akak ni kenapa? pakai tudung apa2 je kan boleh" hahaha dia tak tahu sebenarnya Wida dah dapat arahan kena pakai baju yang melambangkan seorang pelajar dan pakaian yang cerah2.


Last2 Ana bagi pinjam tudung dia. Dia always support Wida dan dia la pekerja Wida masa Wida buka Kiosk Makanan di Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi. Thanks Ana. Semangat pulak malam terus gosok baju tudung semua la. Wida tak fikir pulak nak solek2 bagai. Jadi diri sendiri je la. Wida bukan suka over sangat tapi kalau dapat dimakeover best juga. Hahahaha berangan jew kite ni...



Hari Jumaat 19 Jun 2015 lepas solat zuhur terus Wida siap2 sebab Wida tahu laluan dalam UPM ni mesti sesak lepas solat jumaat dan alhamdulillah Wida sampai pada waktu yang ditetapkan. Semua dalam pejabat CEM tu tertengok2 Wida sebab Wida bawa baju jubah guna hanger. Diaorg ingat Wida nak menjual agaknya sebab ada beberapa pekerja perempuan mendekati Wida dan bertanya itu ini dengan Wida tapi bila ada seorang pekerja yang Wida kenal nama Abg Is suruh Wida masuk ke dalam bilik perbincangan Wida terus menuju ke sana.


Dalam bilik perbincangan tu la WIda akan ditemubual dan sesi photoshoot akan dijalankan. Sebenarnya ada seorang lagi kawan Wida nama Asyraf yang akan ditemubual juga. Dia merupakan usahawan Serunding Warisan. Ok Wida pun ditemubual dalam beberapa minit. En Basir Zahrom yang temubual Wida. Dia tanya Wida jawab and yang bestnya dia pun sama peminat barangan bundle.


Macam2 dia tanya Wida dan Wida cuba jawab sebaik mungkin dengan bimbingan oleh En Isnain. Lepas sesi temubual diganti pula dengan Asyraf dan Wida continue photoshoot pula dalam bilik tersebut. Wida ikut je arahan cameraman tu suruh buat macam mana. Bila dia kata senyum Wida senyum bila dia kata macam ni macam tu Wida buat semuanya. First time ni ada orang ambil gambar Wida kalau tidak Wida je yang selalu ambil gambar orang or kawan2 Wida.



Masuk kereta terus selfie sendiri lepas sesi photoshoot. Ada ramai yang komen kenapa?? Tapi Wida tak bagitau apa2 pun Wida rahsiakan je daripada pengetahuan sesiapa. Tiba2 mak call dan tanya Wida ada di mana..emm macam lagu 'awak kat mana? awak2 kat mana?' itu la selalu mak Wida tanya. Actually, Wida nak pergi rumah pakcik Wida di Shah Alam selepas sesi photoshoot tu dan time tu la mak terkejut "kenapa lewat petang baru nak gerak, nanti jalan sesak tak sempat nak berbuka di Shah Alam". Emm time ni la Wida jujur dengan mak Wida dan beritahu semuanya.


Mak Wida mulanya terkejut juga dan bermula la perbicaraan yang akan panjang lebar. "Mak nanti Wahid cerita ya sebab Wahid nak drive ni" hihihi terus mak kata ok and than don't forget to tell her. Apa lagi lepas tu pecut la Wida menuju ke Shah Alam. Nasib baik sempat berbuka puasa di rumah pakcik Wida tu. Kalau tidak memang Wida berbuka puasa dalam kereta je la.


Hari yang Wida keluar paper tu Wida baca whatsapp Asyraf Serunding Warisan tu. Dia hantar gambar Wida di muka depan paper bahagian varsiti.



Seterusnya, En Isnain pula ucap tahniah sebab Wida dah keluar paper. Terus dia hantar gambar ni dalam whatsapp Wida.

Terus dia suruh Wida dapatkan paper hari tu. Apa lagi kirim dengan adik Wida la suruh dia belikan.
Mulanya Wida tak perasan dalam paper tu bila selak semula OMG muka sendiri dalam paper. Tak sangka.





Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada semua. Mak Abah Wida senyum je lepas tengok Wida dalam paper. Wida pun tak sangka akan sampai ke tahap ini. Secara jujur, Wida mungkin lemah dalam pelajaran dan beberapa kali gagal dalam ujian dan peperiksaan. Tapi Wida tak mungkin akan jatuh untuk selama2nya. Wida boleh bangkit bila2 masa sahaja dengan kekuatan yang Wida ada. 
 
 
Macam lagu ni "Terpulang la mahu jadi apa, mahu jadi hantu mahu jadi buaya..." tapi Wida sebenarnya kisah Wida nak jadi apa. Wida akan jadi seseorang yang akan membantu orang yang memerlukan perkhidmatan Wida. Tidak kira la jadi apa pun. Wida berharap sangat dengan apa yang Wida ada Wida akan buat sehabis baik dan Wida kongsikan kepada orang yang memerlukan. 
 
 
InsyaAllah jika diizinkan Tuhan Butik Cafe akan beroperasi satu masa nanti dan Wida berharap dengan adanya butik kafe akan memberikan perkhidmatan yang  baik kepada orang yang memerlukan satu masa nanti. Lepas Wida masukkan gambar Wida dalam facebook ramai yang memberikan feed back yang baik dan menyokong serta mendoakan kejayaan Wida. Tanpa mereka siapalah Wida dan terutama sekali kepada semua keluarga Wida. 

Salah satu impian Wida hampir tercapai. Tapi ada lagi satu impian Wida untuk memenuhi impian emak Wida untuk melihat Wida menjadi seorang guru, pensyarah atau mana2 tenaga pengajar. Wida akan pastikan Wida tercapai impian emak Wida tu. Dia nak jadi seorang guru tapi tak kesampaian dan impian dia tu diberikan kepada Wida dan merealisasikannya. 


Kalau Wida perlu mencapai impian emak Wida, Wida perlu pergi sampai ke tahap Wida boleh mengajar. Apa guna juga ilmu yang ada tetapi tidak disampaikan kepada orang lain. Apa pun yang terjadi Wida berserah kepada Allah. 


TERIMA KASIH ALLAH S.W.T

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :