engkau boleh !!

Monday, August 24, 2015

Macam Mana Wida Dapat Ke Korea?

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Terlebih dahulu Wida nak ucapkan terima kasih kepada seseorang yang bernama Shra. Dia ada tinggalkan msg dalam inbox FB Wida dan dia beritahu Wida dia ada baca blog Wida ni pasal Korea. "Kak Wida tak cerita pun macam mana akak dapat ke Korea tu".


Actually, dia adalah salah seorang penuntut sebuah institusi yang tidak dapat menyambung pelajaran peringkat ijazah dan sedang membuat permohonan. Wida ada sarankan dia untuk mengisi satu borang dalam laman web yang Wida beri pada dia. Kalau ada sesiapa yang belum dapat sambung belajar peringkat ijazah 2015 dalam masa terdekat ni sebelum 31 Ogos 2015 sila inbox Wida di FB. InsyaAllah Wida share link untuk masuk ke UPM. Tapi tak janji dapat la asalkan usaha itu ada.


Ini untuk Shra dan Wida kongsikan cara bagaimana Wida dapat pergi ke Korea. 

Selepas lebih dari 3 tahun pengajian di UPM pelajar diminta untuk membuat pilihan tempat praktikal atau nama lain adalah Latihan Industri (LI). Disebabkan Wida pernah menjalani praktikal semasa menuntut pengajian peringkat Sijil di Politeknik Shah Alam maka Wida dapat pengecualian selama 2 bulan daripada 6 bulan sepatutnya bagi pelajar bachelor.


Course yang Wida ambil di UPM selalunya diwar-warkan boleh menjalani praktikal di luar negara seperti contoh Poland, Korea, Oklahoma, Indonesia, dan banyak lagi. Itulah antara negara2 yang classmate Wida pergi menjalani praktikal berdasarkan course Sains Teknologi Kayu. Siapa kata belajar tentang kayu tak boleh pergi jauh. Seluruh negara ada kayu so, rugi sangat orang2 diluar sana yang tidak mempelajari ilmu berkaitan kayu. Mana2 student yang tak tahu nak ambil kos apa, pilih la kos sains teknologi kayu.


Oh panjang lebar dah mukadimah Wida. Back to story ada seorang kawan Wida ni dia ajak Wida untuk buat praktikal di luar negara. Wida kata kalau ada peluang WHY NOT? kan kan kan. Sekali seumur hidup. Start dari haritu Wida dengan kawan Wida isi borang dan uruskan segala proses untuk praktikal di oversea. Teruja tu memang teruja. Wida dah tak fikir apa dah janji dapat dan diluluskan oleh pihak universiti.


Hari demi hari urusan pun berlangsung. Ada kala terpaksa naik turun pejabat dan berjumpa pensyarah yang menguruskan berkaitan praktikal di oversea. Bukan mudah dan tak la susah sangat. Sepatutnya Wida dengan kawan2 lain nak buat praktikal di Thailand tapi last minute UPM tak benarkan sebab katanya masa itu ada kes rusuhan di negara jiran yang berkemungkinan akan mengancam keselamatan kami di sana.


Last diberitahu oleh pihak fakulti adalah pilihan terakhir adalah praktikal di Korea. Terus la Wida dan kawan Wida bersetuju. "Ikin aku ni bukannya terror sangat cakap BI. Aku takut pulak kalau nak ke oversea" Wida luahkan perasaan pada rakan Wida. Ikin pun balas "Ko lulus TOCIE Band 4 (muet UPM) dah kira terror la tu Wahid lagipun orang korea ni bukan pandai cakap BI pun. So, kita sama dua kali lima dengan diaorg sama2 tak terror". 


Terus Wida semangat sebab kata2 kawan Wida tu. Ini baru betul kawan support kawan sendiri. Lepas tu Wida dah beritahu pada family Wida dan diaorg senyum je. Mana yang terbaik untuk Wida mereka sokong.


Kawan Wida ada cakap kami sebenarnya ada pilihan untuk menjalani praktikal tapi kawan Wida ni nak pergi negara 4 musim dan pensyarah yang membantu urusan praktikal kami sarankan kami pergi ke Korea dan menjalani praktikal pada bulan 9 kerana waktu itu adalah summer season maka tak jauh beza la dengan Malaysia dan bukannya waktu musim sejuk yang ada salji baai tu.


Walaupun kami pergi sebulan je, tapi adalah amat2 penting untuk kami di Korea supaya sihat dan selamat. Kalau pergi sebulan ke Korea musim sejuk mahunya kami kesejukkan. Lagipun bukannya kami ada pengalaman dan tak ada pun orang yang bantu kami sepanjang di sana nanti. Semuanya atas dasar kenalan di universiti sana dan sumber internet.


Sebenarnya semua orang boleh pergi ke mana sahaja asalkan berusaha dan berdoa. Impian Wida salah satunya sudah tercapai. Dulu Wida selalu tulis surat pada kawan2 Wida dan bagitahu cita2 Wida nak belajar kat luar negara dan inilah sebenarnya Tuhan tunaikan dan makbulkan apa yang Wida tulis dulu2 zaman sekolah. Apa yang kita tulis apa yang kita ucap dan apa yang kita niatkan semuanya doa. Jadi mulai dari sekarang berbuatlah seperti itu dan yakin la Tuhan maha mengetahui.


Ini la kawan Wida nama dia Ikin yang sama2 mengila kat Korea

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :