Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Pagi ni kami perlu pergi ke fakulti sebab ada professor nak berjumpa dengan kami. Awal pagi juga keluar dari bilik sewa kami hanya demi professor tu. Macam biasa kami perlu berjalan kaki menuju ke fakulti yang mengambil masa 30 minit. Penat juga sebab kami tak biasa. Kalau kat UPM takde maknanya nak jalan kaki. Wida start enjin terus tekan minyak. Tau2 je dah sampai fakulti.
Tapi kat sini semua orang Korea berjalan kaki kot. Jauh diaorg berjalan laju2 pulak tu semuanya. Mak aii kalah kami ni yang berjalan lenggang kangkung macam ke pasar. Mula2 jalan kaki tu dekat 40 minit jugak la nak sampai fakulti sebab ada kawan yang tak larat. Maka semua jalan slow je.
Sampai je fakulti dah termengah2 minta nyawa. Mana tak nya naik turun tangga lagi. Bernafas2 kami di foyer. Elok duduk2, sampai dah professor yang nak jumpa dengan kami tu.
"You all look fresh. So how Korea?"
Masing2 senyum "Korea Nice" mana tak senyum masing2 semua mandi pagi so nampak la kesegarannya. Diaorg tak tahu la mandi pagi ke tak. Mungkin cuci muka je kot. Professor tu bersalaman dengan kami berlima. Emm...berbual2 seminit dua lepas tu dia minta diri untuk beredar selepas jumpa kami, itu je... Lepas tu dia terus pergi ke pejabat dia. Ingatkan kami dia nak jumpa kami lama2.
Masing2 senyum "Korea Nice" mana tak senyum masing2 semua mandi pagi so nampak la kesegarannya. Diaorg tak tahu la mandi pagi ke tak. Mungkin cuci muka je kot. Professor tu bersalaman dengan kami berlima. Emm...berbual2 seminit dua lepas tu dia minta diri untuk beredar selepas jumpa kami, itu je... Lepas tu dia terus pergi ke pejabat dia. Ingatkan kami dia nak jumpa kami lama2.
Jam tengahari lebih kurang macam tu ada pelajar master bawa kami pergi makan dan tunjukkan sekali cafe kat mana. Punya jauh nak pergi makan. So, ikut je la. Kali ni bayar sendiri untuk makan. Takde siapa nak belanja makan dah. Kena guna duit sendiri.
Laluan kami nak pergi ke Cafe KNU. Jauh juga naik turun bukit. Fuh...lengguh juga kaki ni. Hari ni semua pelajar dah masuk semester baru pada pertengahan tahun. Macam di Malaysia juga, cuma mereka disini start class awal bulan. Kalau tempat kita di Malaysia selalunya budak2 yang baru nak mendaftar universiti la kena daftar awal semester satu la katakan.
Baru hari ni juga kami jumpa ramai pelajar sebab sebelum ni kami datang KNU kosong lagi takde student. Ada pun beberapa pelajar je yang dah balik ke hostel. So, memang tak sangka ramai sangat orang dalam dewan makan. Teruja juga nak tengok macam mana keadaan kat dalam cafe tu. Adakah sama dengan cafe kami di Kolej Serumpun atau berbeza.
Ok kami dah sampai ke tempat yang di tuju. Ramai sangat student time tu keluar masuk cafe. Depan tu ada peti surat. Sama warna macam tempat kita warna merah juga cuma yang membezakannya tulisan je.
Sampai2 je kat cafe tu terus tuju kat ruang memilih makanan. Kat sini sangat bersistem. Buat pilihan berdasarkan makanan yang terhidang yang dipamerkan dalam almari cermin. Lepas tu beratur buat bayaran dan dapatkan resit. Resit tu tunjuk masa kat kaunter jualan makanan. Wida fikirkan makanan yang dipamerkan tu betul2 rupanya plastik. Memang sebiji sangat2 replika tu dengan yang real.
Tak jauh mana pun dengan yang real. Suka Wida tengok makanan dalam cermin tu. Kreatif la diaorg kat sini. Emm...student master tu terangkan pada kami satu persatu makanan yang kami boleh makan sebab ada juga jual makanan yang tak halal untuk kami di sini. Bagus juga ada kawan yang macam ni.
Lepas buat pilihan makanan tu semua terus beratur kat dalam dan buat bayaran.
See...ramai dah pelajar time ni sebab memang masa untuk makan. Punya la sopan diaorang makan tak bunyi langsung. Wida sempat lagi memerhati ada la seorang mamat korea ni makan sopan je. Sekali ngap terus habis semangkuk. Mak aii...air kat sini confirm la air macam yogurt botol kecil tu. Kalau kat Malaysia mesti la secawan besar atau setin minuman gitu. Kat sini susah nampak yang macam tu.
Ni makanan Wida. Sempoi je, tapi tak tau apa nama makanannya.
Kuah cecah warna kuning tu kuah jagung.
Lepas makan kami semua balik semula ke fakulti. Kawan Wida kata belum sempat makanan nak jadi lemak dah kena nyah semula sebab berjalan jauh lagi kami semua. Balik2 je dah lapar semula. Hahahaha...
Balik semula ke fakulti sambung buat experiment. Actually, ni semua kerja diaorg berdua ni saja Wida datang menganggu gugat. I want to introduce my new friend, Bo-Yeon Kim is a girl and man is Chan-Woo Park.
Kuah cecah warna kuning tu kuah jagung.
Lepas makan kami semua balik semula ke fakulti. Kawan Wida kata belum sempat makanan nak jadi lemak dah kena nyah semula sebab berjalan jauh lagi kami semua. Balik2 je dah lapar semula. Hahahaha...
Balik semula ke fakulti sambung buat experiment. Actually, ni semua kerja diaorg berdua ni saja Wida datang menganggu gugat. I want to introduce my new friend, Bo-Yeon Kim is a girl and man is Chan-Woo Park.
Rasanya first day Wida kat fakulti takde buat apa2 pun cuma berkenalan dengan semua yang ada di fakulti dan di bawa pergi ke bengkel2 melawat. Seriously peralatan diaorg kat sini canggih2 semuanya. Kat fakulti Wida di UPM pun tak macam ni.
Gitu gini gitu gini dah masa nak balik rumah. So, sambung esok. Wida dengan kawan2 Wida santai2 je sambil baca nota yang diberi.
Malam tu Wida takde buat apa2 pun kat motel. Makan, tengok running man lepas tu tidur. Macam penat la pulak.
Blog Wida pun bertukar bahasa korea.
Terima Kasih Allah
No comments:
Post a Comment