engkau boleh !!

Tuesday, August 27, 2013

Si Pengetuk Pintu Hati Yang Sengal

Assalammualaikum w.b.t
Ada beberapa minggu lalu Wida ckp pasal orang yang mengetuk pintu hati Wida. Aduhai...boleh pulak pagi2 td dia hantar masej kat Wida ""kmu cpe yew?" (bahasa masej). Alamak macam tu pulak...emm reject la awal2 kalau macam tu. Dia yang dah masej Wida awal2 dulu, boleh pulak dia lupa atau dia sengaja nak tanya Wida mcm tu. Takkan la dia tak save no tel Wida sebelum ni. Kalau mcm tu tak payah kot nak kenal2. Biar kita tegur2 mcm tu je atau biarkan saya tak kenal kamu langsung. Bukan saya nak sombong2 dgn kamu tapi kalau mcm ni...emm alahai taknak la komen lebih2. Thanks la sbb senang2 cari no tel saya utk bgtahu saya yang kita pernah bertegur sapa sebelum ni. 


*lama dlm draf x perasan
 

Sambutan Hari Raya Bersama Perdana Menteri


Tempat : MAEPS Serdang Selangor
Tarikh : 29 September 2011
Hari : Khamis

Sebenarnya kami tak rancang nak pergi majlis ni sbb time dapat mesej dr salah s'orang bdk kelas kami si Hizami, aku dengan geng2 tengah tengok wayang cerita "Bini-biniku Gengster" kat The Mines. Maka habis wayang kul4 lebih. Agak lama jugak la kami tunggu bas utk balik ke UPM semula. Pukul 6petang dah nak bergerak pergi.



Clarisha Wahid and Nadia







Masih mampu tersenyum lagi...
Aku with Clarisha


Kat sinilah tempat kitaorg disuruh duduk. Kami ingatkan duduk dikalangan pelajar2 tetapi rupa2nya tidak. Memang ramai sangat2 time ni, kitaorang pun binggung tapi kami sempat la dapat tempat duduk.





Monday, August 26, 2013

Lawatan Subjek Perekat

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



 
Sebenarnya pelajar Bacelor Sains Teknologi Kayu (BSTK) ni memang selalu juga la buat lawatan ke luar dari UPM. Kali ni kami tak masuk hutan, semester ni banyak lawatan ke tempat2 industri seperti contoh ke kilang pembuatan perekat aka gam la dalam bahasa pasarnya.


Selalunya kami pergi mengikut jadual subjek berikut seperti contoh subjek perekat maka waktu pagi awal ke kuliah kami akan mulakan perjalanan ke tempat lawatan. Biasanya memang pergi satu bas sebab budak kelas Wida takde la ramai sangat so muat la satu bas apabila kami pergi lawatan.



 
Perjalanan kali ni ke Shah Alam. Sebenarnya dalam bas ni penuh orang tapi macam tak nampak sangat orangnya sebab semuanya tidur. Malam buat assignment siang confirm la tak cukup tidur. Masing2 ambil peluang tidur sebelum sampai ketempat lawatan.




Setelah beberapa kali pusing2 sekitar kawasan perindustrian Shah Alam akhirnya kami sampai ke tempat yang ditujui. Sesat jalan sebenarnya kami ni, sampaikan lalu kat satu2 kawasan tu berulang kali. Itu la malu bertanya sesat jalan, lepas dah tanya orang kat situ baru la jumpa tempat ni. Guna GPS tak betul juga. Naik pening kami semua.




Ok sini la kilang perekat yang kami buat lawatan. Alhamdulillah dah tak sesat lagi selepas bertanya.


SEPANJANG LAWATAN KAMI











Sepanjang lawatan kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar, ini atas sebab2 bahan terpelihara. Lepas kami dijamu dengan minum petang lebih kurang pukul 4 kami bertolak balik ke UPM. Hari pun dah nak hujan tak sempat bergambar beramai2.


Banyak ilmu yang kami perolehi tentang bahan2 untuk menghasilkan pelekat. Pelbagai kegunaan pelekat yang kami ketahui.

Sunday, August 25, 2013

Orientasi Kolej 16

Assalammualaikum & Salam Kerinduan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Masih terkenang hari pertama mendaftar di Kolej 16 Universiti Putra Malaysia.


Wida pinjam Fasi Kolej 16 - Kak Az punya kad fasilitator


2. 9. 2012 Alhamdulillah selamat akhirnya kawan Wida nama NURULAIN KHAIRUL pelajar diploma dari Politeknik Kota Kinabalu mendaftar di UTHM. Rezeki dia dapat sambung ijazah bidang kejuruteraan elektrik kos elektronik perubatan di UTHM. Wida dulu memang dah niat, mana2 kawan yang Wida kenal di PoliKK yang dpt sambung belajar di Johor Wida akan bantu apa2 yang patut selagi Wida termampu. Sedikit sebanyak Wida dapat melalui saat2 mereka apabila berada di tempat baru yang jauh dari keluarga apatah lagi di semenanjung. Akhirnya, dapat juga Wida tunaikan niat Wida yang dulu. Sayu juga hati Wida tadi bila lihat Ain menangis apabila ibubapa dia melangkah kaki meninggalkan Ain untuk mencari ilmu di situ.




Wida juga pernah melalui saat itu ketika di UPM. Pada 9 September 2011 Wida menjejakkan kaki ke Kolej 16 dengan penuh semangat dan menanam niat utk berjaya mencapai apa yang Wida impikan di sini. Hati sememangnya girang tidak terkata. Pada permulaan memang tak ada kawan tapi bila tiba di dewan pendaftaran Wida dah mula nampak orang2 yang Wida kenali. Ada Rasdianah dan Mastura iaitu pelajar Politeknik Kota Kinabalu juga.


Saat itu, Wida turut mengambil tempat untuk berbaris bersama pelajar lain bagi memudahkan penyerahan borang serta pendaftaran yang lain. Macam2 yang Wida nampak ragam sepanjang pendaftaran tersebut. Alhamdulillah Wida punya borang semuanya sempurna dan tiada masalah. Berjalan dengan lancar sehinggalah Wida mendapat kunci bilik di kolej 16.



Hari berlalu tanpa disedari walaupun tiap masa menghitung hari. Penat pun ada juga tapi Wida fikir positif je. Lalui je la apa yang berlaku. Dari dulu sampai sekarang orientasi je balik2 benda yang sama.




Keadaan dalam dewan UPM.  Menunggu kehadiran pelajar kolej lain sebelum majlis bermula. Kolej Wida perlu naik bas utk ke dewan ni, jauh la juga kalau nak berjalan. Kalau kolej yang berdekatan diaorg jalan kaki je.




Kesian Cheong asyik dia je yang kena ambil gambar kami






Antara rakan2 Wida sepanjang program suai kenal kolej 16



Wida kenal dia ni dengan nama Farah. Comel2 je orangnya. Dia duduk sebelah kumpulan Wida. Mula2 tu dia macam nak tegur Wida tapi dia duduk depan. Wida ni selalu duduk belakang. Bila Wida duduk depan baru la dia rapat2 dengan Wida. Wida pun senang berkenalan dengan dia. 




Jenny



Wida pun senang berkawan dengan Jenny. Dia ambil kos alam sekitar. Dia sama kumpulan orientasi dengan Farah tadi. 



Sememangnya kenangan orientasi berbeza-beza mengikut tempat dan beza dengan apa yang Wida lalui. Kepada bakal2 pelajar yang akan mendaftar di Universiti Putra Malaysia terutama kepada pelajar baru Kolej 16, Wida ucapkan Tahniah dan Selamat Datang. Selamat menempuhi alam universiti yang penuh cabaran, fizikal serta mental. Good Luck !!!

Thursday, August 22, 2013

Wedding Caie & Ayie







 
 Assalammualaikum & Salam Bahagia
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Actually gambar ni dah lama. Majlis kahwin orang satu kampung dengan Wida. Diaorang minta kami sekeluarga hantar rombongan time nikah and bersanding. Mak, kak Ain, Wida dan Dekmi je yang ikut time tu. Petangnya baru abah teman sekali.




Wida pun tak ingat dah berapa dulang time tu. Kami pun bantu la apa2 yang patut, tak cukup tangan nak bawa barang hantaran.



Kak Ain tolong bawa salah satu barang hantaran. 



Ni family belah pengantin perempuan



Dekmi dengan barang hantaran dari pihak perempuan untuk pengantin lelaki


Sebenarnya majlis nikah ni sama hari dengan majlis persandingan tempat pengantin perempuan. Sebelah pagi majlis nikah dan petang pukul 2 barulah diadakan majlis di rumah pengantin perempuan. Lagipun rumah pengantin lelaki tak jauh sangat dengan pengantin perempuan. Cuma bersebelahan kampung je.



Nurul 'Amira 


Nurul 'Ain



Nurul Wahida



Kalsom Rameli my mother


Time ni kami disuruh singgah makan rumah pengantin perempuan selepas majlis akad nikah. 


 
Tadaaaa!!! Pelamin yang indah bertemakan warna biru laut. 





Ruang makan berdamai pasangan pengantin Caie & Ayie



Tepat pukul 2.30 petang rombongan pengantin lelaki hadir ke majlis di rumah pengantin perempuan. 
Ada la dalam 6 buah kereta yang mengikut rombongan menghantar pengantin lelaki. 



Agak2 kenapa dengan orang dalam gambar ni?
Sebenarnya pengantin lelaki kena block dengan orang dari pengantin belah perempuan. Biasalah kalau kat Johor ni ada je diaorg kenakan tol. Nanti kalau dicakap dah ada tol sepanjang jalan diaorg tahan juga tak bagi laluan pengantin nak ke pelamin. 



Pengantin lelaki dah berpeluh dan setia menanti pintu tol dibuka untuk laluan ke pelamin.
Sebenarnya suka2 je tu bukannya wajib pun. Memeriahkan suasana je. Apa salahnya mendermakan.




Ramai tetamu dah hadir. 



Macam biasa ada persembahan silat daripada tetamu2 yang hadir. Sukarela takde yang memaksa. Tapi sebenarnya yang silat ni adik kepada pengantin lelaki. Demi abang tersayang adik sanggup bersilat di majlis perkahwinan belah perempuan.



Aik pengantin lelaki macam dah tak sabar je nak bertemu pengantin perempuan kat atas pelamin.
Sabar ya, kejap je lagi lepas habis orang bersilat boleh la pergi ke pelamin.



Ok adik pengantin lelaki dah tarik pengantin lelaki untuk ke pelamin. Kesian dengan abang dia berpanas duduk kat situ. 



Emm...kat sini pun sesi tol jugak. Tapi ni tol dengan mak andam pulak. Berpantun2 jugak la time ni. Aduhai kelakar pulak hihihi




Ok time ni mak andam dah bagi laluan untuk bagi laluan kepada pengantin lelaki bertemu pengantin perempuan sebab dah bagi tol kat mak andam. Entah berapa ratus la mak andam dapat. 


 
Pang pang kompang kompang kompang...aicehhh macam tu la bunyi kompang dipalu. 
Selamat Pengantin Baru


Duduk bersanding tersipu malu.








Wida dengan Dekmi sedondong juga pakai baju biru ikut tema. Time ni Kak Ain tak ikut sekali tak tahu kenapa. So, kami tumpang2 la kereta yang mana ada kosong.




Sesi menepung tawar




Sesi memotong kek. 





Pengantin bergambar bersama ibu bapa pengantin perempuan



Bersama keluarga pengantin lelaki




Lepas makan berdamai sesi memotong kek pulak....potong jangan tak potong.



Apa2 pun sekarang mereka sudah mempunyai seorang anak. Wida doakan semoga mereka bahagia hingga keakhir hayat. Amin

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :