engkau boleh !!

Tuesday, August 6, 2013

Salam Akhir Ramadhan

Assalammualaikum & Salam Ramadhan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


 Siapa nak duit raya angkat tangan!!! Hihihi


Sebenarnya inilah antara perkara yang Wida akan lakukan diakhir2 ramadhan seperti sebelum2 ni. Lagi2 tinggal Wida je seorang kat rumah ni dengan mak abah. So, jadi kerja Wida la buat semua ni. Sebelum ni Wida juga la yang hias rumah, pasang pelita keliling rumah, jahit langsir dan baju family. Emm...tapi tahun ni macam takde mood so tak buat pun semua tu. Buat persiapan ala kadar je.


Tahun ni kakak and adik Wida beraya di rumah mak mertua mereka maka Wida yang masih single ni confirm la beraya dengan mak abah sendiri dengan adik lelaki Wida yang masih bujang jugak. Raya ke 2 InsyaAllah abang kakak dan anak2 saudara baru la balik ke rumah Wida. Meriah tu tak payah kata la, kadang2 Wida suruh senyap siap anak saudara Wida kata "apa la cik wahid ni, raya2 mana boleh marah2, maafkan la kami ya". Aduh bersabar je la.




 Alhamdulillah rezeki ada untuk tetamu yang akan hadir di rumah dan kunjungan apabila melawat saudara-mara. InsyaAllah cukup la seadaanya untuk semua.


Lepas siap masukkan duit dalam sampul. Macam biasa pergi dapur sediakan makan untuk berbuka. Yang ada di rumah pun 3 orang je so senang la. Masak pun tak banyak cukup la ala kadar untuk kami berbuka. Wida ni masak campak2 je janji boleh makan. Sedap tak sedap kira no 2 la. Janji tersedia dan boleh makan.


Tengah berbuka puasa tiba2 handphone Wida ada masej. Sepupu Wida cakap nak tumpang pergi masjid solat terawih. Wida ok je sebab memang lalu depan rumah dia kalau nak ke masjid. Tiba dekat masjid tu adik kesayangan Wida tu bisik kat Wida dia lupa nak bawa sesuatu yang dia nak bagi pada Wida. Emm...Wida cakap nanti Wida singgah la rumah dia untuk ambil barang tu. Khuatir esok tak jumpa lagi. 


Sebenarnya Wida nak ajak Qila naik kereta baru Wida tu, sebab tu Wida nak pergi ambil barang tu kat rumah dia. Rumah Qila tak jauh dari masjid. Pergi la sekejap. Emm...kalau dah ke sana memang takde maknanya la nak pergi sekejap, lama juga Wida kat sana. Berbual dengan neneknya Qila yang peramah tu. 


Bercerita lagi pasal kereta Wida tu. Emm macam2 yang ditanya Cik Lyn dan semua termasuk suami Cik Lyn. Aduh kelakar la pulak. Tiba2 Qila keluar dari rumah dia bagi Wida satu paper beg. Ala comel sangat. Terus dia cakap "buka kat rumah kak". Dekat pukul 10 lebih juga la baru Wida dengan sepupu Wida balik dari rumah adik Qila. 



 Inilah yang Qila beri pada Wida tadi. Terus buka nak tengok apa yang ada kat dalam tu.



 Wah!! Cantiknya dapat tudung 4 helai lagi tu. Tudung raya la ni. Suka2. Lagipun Wida jarang beli tudung. Selalunya guna tudung kakak yang dia dah taknak pakai. Tapi kali ni dapat tudung confirm2 la ni tudung Wida sendiri. Alhamdulillah...



Ohh...pandai dia selitkan kad ucapan dalam beg tu. Terima kasih adikku Qila aka anak murid saya. Alhamdulillah rezeki bulan ramadhan. Walaupun hari kelahiran dah lepas tapi still lagi dapat hadiah. Sebenarnya Wida punya birthday sama tarikh dengan mak Qila. 27 Julai. Itu yang Cik Lyn suka sangat tu. Siap wish2 lagi masa kat masjid lepas solat terawih. Punya la excited bila tahu sama tarikh lahir.

2 comments:

Cik Itah said...

nak duit raya ............bole ? hihi

wahid wida said...

datang rumah kalau nak duit raya hihihi...

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :