engkau boleh !!

Tuesday, August 13, 2013

Hantar Sepupu Balik Kolej

Assalammualaikum & Salam Sesuci Lebaran
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Sudah hampir seminggu kita meraikan bulan syawal. Alhamdulillah setelah beberapa hari rakyat malaysia merayakannya kini semuanya akan kembali meneruskan rutin harian seperti biasa. Tapi Wida masih berkesempatan untuk cuti lagi sehingga awal bulan 9. InsyaAllah 8hb september Wida akan balik ke UPM. Maklum la 9hb dah start kuliah.



Terminal Bas Pontian, Johor

Sebenarnya hari ni Wida hantar sepupu Wida yang sama kampung dengan Wida. Dia nak balik kolej dia yang kebetulan sama tempat belajar dengan anak saudara Wida yang bernama Farhan Rahimi. Khalilah naik bas maju ekspress kali ni, lagipun pakcik dia jaga kaunter tiket so senang la dia tempah online. 


Kami ber3 hantar sepupu kembar Wida juga nama Halimatunnisak, dia nak balik JB. Halimatussaadiah stay kat rumah je sebab dia tukang jahit. So kami berlima la dari rumah. Mulanya Wida dah minta izin dengan Cik Lyn minta Qila temankan Wida hantar Nisak dengan Alil tapi saat akhir Cik Siti dengan  Diah ikut. Kebetulan juga saat2 akhir Qila call bagitahu tak dapat teman. Emm...takpe la.


Wida baru ingat nak jalan2 dengan adik Qila tapi dia tak dapat ikut pulak. Alil naik bas pukul 3.30 petang so kami gerak dari rumah pukul 2 lebih macam tu la. Alil dengan Nisak naik bas kat Terminal Pontian. 


Tiba2 lepas parking kereta diaorang nampak Cik Lyn dari jauh ada kat terminal juga. Cik Lyn ni ibu pada Qila. Makanya sepupu Wida ni semuanya rapat dengan Cik Lyn maklum la Cik Lyn ni peramah orangnya, semua orang dia mesra. 



"Qila anak Cik Lyn mana? Jawab dulu mana anak Cik Lyn?" tetiba ibu Qila tanya anak dia. Aduhai kelakar la pulak mak cari anaknya sampai macam tu sekali. Wida pun bagitahu la yang anak dia tak dapat ikut sebab temankan orang lain buat rawatan muka, sebab hanya Qila je yang tahu tempat tu. Terpaksa la dia teman orang lain.



Pelik dia tengok anak dia takde ikut sama dengan kami. Cik Lyn pun sebenarnya baru turun bas dari Larkin pergi ambil pelajar KKBN. Siap jadi pemandu arah lagi pada pelajar tersebut. Lepas sorang2 naik bas kami pun beransur pulang. Sempat lagi Wida singgah bank masukkan duit raya yang Wida dapat. Kumpul2 dapat la masukkan dalam bank seratus setengah. Alhamdulillah rezeki.



Masa Wida terfikir nak cari siapa yang teman Wida balik lepas hantarAlil and Nisak, Wida terfikir kat Adik Qila, terus la Wida masej Cik Lyn, minta kebenaran dari maknya la kan kalau nak bawa anak dia keluar.

"Assalammualaikum Cik Lyn, wahida ni. Nk tnya Qila hr ni ada g mna2 x? Nk ajk Qila teman hntr Alil ke Pontian. Boleh ke?" (Bahasa SMS)

Mula2 tu takut juga nak tanya Cik Lyn, tapi tak lama dia balas masej Wida

"skrg ni Cik Lin otw dr Larkin ke Pontian, ada urusan. Apa2 hal call dia kat rumah, Cik Lyn izinkan dia ikut cikgu wahida".


Lepas ucap terima kasih tu tak lama, tak sampai 5 minit tiba2 Qila call Wida tanya "kenapa kak?" Terus la Wida bagitahu tujuan sebenar. Emm...tapi lepas tu tak jadi ikut pun. Sampai Cik Lyn tunggu kami agaknya kat terminal pontian.


Kadang2 Wida tergelak sendiri kalau Cik Lyn panggil Wida cikgu. Wida bukan cikgu bertauliah macam Cik Lyn. Wida pun secara tak sengaja terlibat untuk bantu anaknya. Apa2 pun Wida cuba untuk bantu anak dia. Wida tak mahu la kalau anak Cik Lyn dapat keputusan peperiksaan macam Wida. Sedih...

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :