engkau boleh !!

Thursday, August 22, 2013

Wedding Caie & Ayie







 
 Assalammualaikum & Salam Bahagia
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Actually gambar ni dah lama. Majlis kahwin orang satu kampung dengan Wida. Diaorang minta kami sekeluarga hantar rombongan time nikah and bersanding. Mak, kak Ain, Wida dan Dekmi je yang ikut time tu. Petangnya baru abah teman sekali.




Wida pun tak ingat dah berapa dulang time tu. Kami pun bantu la apa2 yang patut, tak cukup tangan nak bawa barang hantaran.



Kak Ain tolong bawa salah satu barang hantaran. 



Ni family belah pengantin perempuan



Dekmi dengan barang hantaran dari pihak perempuan untuk pengantin lelaki


Sebenarnya majlis nikah ni sama hari dengan majlis persandingan tempat pengantin perempuan. Sebelah pagi majlis nikah dan petang pukul 2 barulah diadakan majlis di rumah pengantin perempuan. Lagipun rumah pengantin lelaki tak jauh sangat dengan pengantin perempuan. Cuma bersebelahan kampung je.



Nurul 'Amira 


Nurul 'Ain



Nurul Wahida



Kalsom Rameli my mother


Time ni kami disuruh singgah makan rumah pengantin perempuan selepas majlis akad nikah. 


 
Tadaaaa!!! Pelamin yang indah bertemakan warna biru laut. 





Ruang makan berdamai pasangan pengantin Caie & Ayie



Tepat pukul 2.30 petang rombongan pengantin lelaki hadir ke majlis di rumah pengantin perempuan. 
Ada la dalam 6 buah kereta yang mengikut rombongan menghantar pengantin lelaki. 



Agak2 kenapa dengan orang dalam gambar ni?
Sebenarnya pengantin lelaki kena block dengan orang dari pengantin belah perempuan. Biasalah kalau kat Johor ni ada je diaorg kenakan tol. Nanti kalau dicakap dah ada tol sepanjang jalan diaorg tahan juga tak bagi laluan pengantin nak ke pelamin. 



Pengantin lelaki dah berpeluh dan setia menanti pintu tol dibuka untuk laluan ke pelamin.
Sebenarnya suka2 je tu bukannya wajib pun. Memeriahkan suasana je. Apa salahnya mendermakan.




Ramai tetamu dah hadir. 



Macam biasa ada persembahan silat daripada tetamu2 yang hadir. Sukarela takde yang memaksa. Tapi sebenarnya yang silat ni adik kepada pengantin lelaki. Demi abang tersayang adik sanggup bersilat di majlis perkahwinan belah perempuan.



Aik pengantin lelaki macam dah tak sabar je nak bertemu pengantin perempuan kat atas pelamin.
Sabar ya, kejap je lagi lepas habis orang bersilat boleh la pergi ke pelamin.



Ok adik pengantin lelaki dah tarik pengantin lelaki untuk ke pelamin. Kesian dengan abang dia berpanas duduk kat situ. 



Emm...kat sini pun sesi tol jugak. Tapi ni tol dengan mak andam pulak. Berpantun2 jugak la time ni. Aduhai kelakar pulak hihihi




Ok time ni mak andam dah bagi laluan untuk bagi laluan kepada pengantin lelaki bertemu pengantin perempuan sebab dah bagi tol kat mak andam. Entah berapa ratus la mak andam dapat. 


 
Pang pang kompang kompang kompang...aicehhh macam tu la bunyi kompang dipalu. 
Selamat Pengantin Baru


Duduk bersanding tersipu malu.








Wida dengan Dekmi sedondong juga pakai baju biru ikut tema. Time ni Kak Ain tak ikut sekali tak tahu kenapa. So, kami tumpang2 la kereta yang mana ada kosong.




Sesi menepung tawar




Sesi memotong kek. 





Pengantin bergambar bersama ibu bapa pengantin perempuan



Bersama keluarga pengantin lelaki




Lepas makan berdamai sesi memotong kek pulak....potong jangan tak potong.



Apa2 pun sekarang mereka sudah mempunyai seorang anak. Wida doakan semoga mereka bahagia hingga keakhir hayat. Amin

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :