engkau boleh !!

Tuesday, August 13, 2013

Raya Pertama

Assalammualaikum & Salam Lebaran
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin


 Hai Selamat Hari Raya. Saya adik upin ipin 
Hahaha...songkok senget macam kartun upin ipin



 Nama saya Muhammad Nazim Haziq 


Jemput makan semua...

 Baju tema raya tahun ni warna merah. Jangan jealous tau...





Haziq makan ketupat cik wahid sedap...


Sebenarnya gambar budak kecil kat atas ni anak sepupu Wida yang sulung, lagi beberapa hari lagi dia dah nak dapat adik. Seronok la dia. Raya kali ni giliran sepupu Wida kat rumah atok Wida. Alah kampung sepupu Wida dengan suaminya tak jauh pun.



Lepas makan pagi tu keluarga sepupu Wida datang rumah atok. Lepas mereka makan, ada tahlil ringkas diadakan dan bacaan doa disedekahkan untuk adik-beradik mak Wida 4 orang yang telah kembali kerahmatullah dan seluruh keluarga yang telah menghadap penciptaNya.





Amin amin amin alhamdulillah selesai sudah bacaan doa tahlil. Selepas itu kami semua bersalaman dan bermaaf-maafan dengan semua.



Alhamdulillah rezeki dapat duit raya saudara mara beri. Boleh buat duit tambang balik UPM. Tapi kali ni balik bawa kereta sendiri. Dari kiri Muhammad Izuddin (sepupu Wida), Wida dan Nurul Natasha Azira (anak sepupu Wida). Diaorang duduk rumah berdepan dengan rumah atok Wida kat kampung yang sama.



Disebabkan Wida tak bawa langsung pakaian ke rumah atok malam tu, maka terpaksalah Wida balik semula ke rumah untuk bersiap2 dan balik semula ke rumah atok. Rumah Wida pun sebenarnya tak la jauh sangat dengan kampung atok. Dalam perjalanan balik tu ada kemalangan yang berlaku sebelum sampai rumah Wida. Ya Allah Wida perasan orang lelaki berbaju melayu dah terbaring sebelah kereta dan ditutup dengan kain pelekat or samping kalau tak silap. Motornya habis remuk, tapi tak perasan pulak berlanggar dengan apa cuma Wida nampak ada satu kereta proton kat situ.


Sepanjang perjalanan Wida dari rumah atok ke rumah Wida memang kereta bertali arus la, tak putus2 kereta keluar dan masuk ke kampung2. Masa Wida dah sampai rumah dan sedang bersiap2 nak ke rumah atok Wida ada dengan brek mengejut dari kenderaan yang lalu lalang depan rumah Wida. Sebenarya perjalanan akan lancar jika pemandu bawa pada kelajuan yang sekata. Kalau bawa perlahan macam siput lambat la maknanya perjalanan kenderaan tak kira la kat mana2 pun.




Wajah pada hari raya pertama. Simple je. Bergaya dengan jam tangan baru milik sepupu Wida. Hihihi. Baju pun pakai yang sedia ada je. 



Tasya darjah satu. Ni la tuan pada jam yang Wida gayakan tadi.



Ni adik Tasya namanya Muhammad Azril Haqim





Lepas tu apa lagi pergi beraya la kat rumah saudara mara jiran tetangga, ziarah menziarahi.

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :