engkau boleh !!

Friday, February 26, 2016

2016 Ke Korea Ke Kita First Day

Assalammualaikum w.b.t
Annyeonghaseyo..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



30 Jan 2016 Sabtu
Alhamdulillah untuk kedua kalinya Wida dapat pergi ke Korea lagi. Tapi kali ni Wida pergi dengan orang yang Wida tak kenali. Seawal pukul 3 pagi kami dah berkumpul di KLIA 2 dan pukul 4 pagi kesemuanya sudah cukup 16 orang untuk check in dan menuju ke pintu Balai Pelepasan Antarabangsa.

Abg Zizan dan Pak Tam tour guide kami


Ini la geng Wida yang akan bersama Wida selama 5 hari di Korea

Bergambar dulu sebelum daftar masuk penerbangan lebih kurang pukul 5 pagi. Mata dah tahan ngantuk je ni.

Muka anak jawa memang macam ni tak berapa nak cerah sangat hihihi



Lepas melalui imigresen maka lalui la beberapa bahagian yang ada di dalam KLIA 2 sebelum sampai ke gate yang ditetapkan. So, Wida solat subuh berhampiran dengan gate dimana Wida akan naik flight.



Sebelum ni Wida solat subuh before masuk imigresen tapi disebabkan kami perlu masuk awal ke gate pelepasan maka Wida ambil keputusan solat di bahagian dalam selepas selesai urusan cek imigresen. Makan masa juga tau nak cek semua tu bagai. Wida tak pakai tali pinggang sebab kalau pakai terpaksa buka dan scan sekali.


Masa lalui imigresen cek beg tu kantoi pulak Wida bawa air mineral. Wida sebenarnya nak makan ubat sebelum berlepas tu. Last2 polis tu suruh makan ubat kat situ juga. Gagah juga la makan ubat time tu juga. Lepas tu terpaksa buang botol air mineral kat situ jugak.


Sampai je kat gate yang sepatutnya Wida terus pergi solat subuh dengan kawan2 lain. Kalau takde kawan nak jaga dan tengokkan beg so Wida letak dulu beg kat dalam gate dan beritahu dengan petugas dikaunter yang ambil tiket flight kita tu. Kalau nak keluar masuk gate tu kena tinggalkan tiket bording pass kita. Tak boleh keluar masuk sembarang je.


Tunggu giliran nak masuk perut kapal



Wida siap2 pakai baju tebal supaya bila dah sampai Korea tak la sibuk nak buka beg cari baju tebal.




Tepat pukul 8 pagi maka kami akan berlepas ke Incheon Airport. 



Wida duduk dengan Zatil and Alia...Azny duduk kat depan seat kami tercampak plk dia sorg2




Macam2 gaya tidur. Lepas bangun makan tidur balik lepas tu bangun lagi eh tak sampai2 jugak. Maka tidur lagi sampai tak tahu nak buat apa lagi. Kalau yang rajin membaca tu bawa la buku atau bahan bacaan tak pun menulis la coretan apa2.

*Azny tengah makan. Dia tertidur masa kami semua makan. Nasib ada anak kapal jual makanan lagi. Rezeki dia dapat makan. * Durra peace yoo *Alia tidur la best kan... *Zatil malu... *Wida tidur nak jadi geng Alia



 Geng Ke Korea Ke Kita
Kebanyakkannya semua Wida baru kenal dalam gambar di atas macam Haida, Zatil, Dania, Myza, Biha, Asro Fendy. Kalau Alia, Azny dan Aizat Wida kenal masa kat UPM sama2 daftar nak pergi Korea.


Wida and Zatil




Kalau nak senang beli makanan melalui internet jangan macam Wida beli makanan kat atas flight mahal walaupun tak berapa ringgit. Better beli online. Lagipun kebarangkalian nak dapat awal makanan tu lebih besar daripada tak booking online.




Makan lagi burger kawan Wida si Dania bagi. Minum milo panas uhhh sedapnya sambil tulis diari and tengok anak kapal ke kanan ke kiri berjalan ke sana ke sini.


Kalau boleh bawa pen ke mana sahaja sebab sebelum landing anak kapal akan beri dua form untuk foreigner macam kita. Lupa pulak Wida nak snap gambar form tu. Satu form serah masa cop imigresen dan satu lagi serah masa nak keluar dari airport.


Tapi kalau tak dapat form tu boleh je ambil sebelum masuk barisan imigresen ada table penuh dengan form yang diberi masa dalam kapal. Walaupun ni kali kedua Wida datang tapi still lagi tak tahu pasal form tu. Make sure tulis berapa hari nak stay kat Korea dan tulis nama tempat penginapan.



Masa ni kami excited dah tengok kalau2 nampak salji. Tapi tak nampak pun. Cuma nampak putih2 dibeberapa tempat je.





Alhamdulillah akhirnya selamat mendarat dibumi Korea. Syukur sangat2 semuanya baik2 sahaja. Pukul 3.15 petang selamat mendarat dan terus serta merta sejuk yang amat tahap gaban.




Kami biarkan diaorang yang ramai2 tadi lepas dulu baru la kami tunggu giliran nak naik train ke bahagian pintu ketibaan.


Happy dah selamat mendarat di bumi Korea


Giliran kami pulak menunggu train setelah membiarkan train yg ramai orang tu berlalu. Kalau masuk juga tadi confirm tak muat.


Peace Pak Tam...
Abg Zizan tdo kejap


Wida lalui cafe ni menuju ke ruangan untuk membeli T-Money dan terus Pak Tam topapkan setiap kad T-Money ala2 touch 'n' go supaya senang kami naik bas and train. Tak perlu beli2 tiket nak naik train dan bus.



Nampak tak budak2 kat sana main Roller Blade. Kat Malaysia sekarang dah popular RB ni.


Make sure papan tanda kalau nak pergi kemana2...jgn main naik dan jalan je. Karang sesat pulak tapi takpe sesat pusing2 dalam tu jugak.


T-Money

Ini la yang digunakan sepanjang berada di Korea. Kalau nak balik Malaysia kad ni boleh dijual semula dan mereka akan pulangkan semula duit kita. Tak ingat pulak harga beli tiket T-Money ni. Sorry...

Wida tak pulangkan semula sebab Wida nak simpan mana tau nanti satu masa dapat pergi Korea lagi boleh la Wida gunakan T-Money tu.

Setelah selesai proses tambah nilai T-Money setiap seorang kami terus menuju ke station untuk naik train. Lebih kurang pukul 4 ptg juga kami selesai proses di airport. Masing2 dah tak sabar nak check in tempat penginapan kami sepanjang 5 hari di Korea.


Kami sedang menuju ke K-Pop Guesthouse di Seoul Station.

Naik train ni tak ingat pulak berapa harganya sebab main touch n go je. Best juga naik train ni daripada airport sebab tak ramai sangat. So, boleh la pilih tempat duduk mana2 yang kosong. Cuma kami sebagai geng tak la duduk berjauhan of course la duduk rapat dan dekat2 supaya tak terlepas pandang.




Setelah beberapa minit kami berada di dalam train menuju ke Seoul Station akhirnya kami sampai juga di sini dan kami keluar di gate 11 berhampiran dengan guesthouse kami.


Nah ko keluar je dari Seoul Station tu perghhh gila sejuk yang terlampau. Sekali anginnya bertiup berasap2 keluar dari mulut bila bercakap.


First time Wida betul2 rasa 'oh macam ni ke' tanya dalam hati hati sendiri. Kalau kat Malaysia makan air batu lepas tu konon nak bercakap sambil keluarkan asap2 gitu.


Aizat a.k.a Bos besar steady je berdiri di luar guest house konon nak uji diri tahan ke tak kat tempat sejuk...hihi tak lama pun lepas tu dia masuk semula ke dalam. Dia la yang handle kami ke Korea


Masing2 berkumpul di lobi sementara tunggu Pak Tam bagi kunci bilik. Dapat la kami lepak2 kejap kat lobi a.k.a tempat kami makan malam dan breakfast. Memandangkan diluar sejuk kami panaskan badan duduk lobi ni sebab lantainya ada pemanas. Hangat2 gitu...best la takde la sejuk sangat.


Antara kemudahan yang guesthouse ni sediakan seperti Microwave, Peti Sejuk, dapur, cawan pinggan dan sambil2 makan boleh tengok tv walaupun tak faham sangat apa yang disampaikan. Kalau pagi tu selalunya diaorg pasang lagu korea je.


Selalunya sarapan pihak guesthouse sediakan. Ada roti,


Yeahhh!! Dah dapat kunci bilik.

Sekali dapat bilik tingkat 4 daa...jenuh naik tangga tapi okay la takde la tinggi mana sebab tangganya kecil je tak besar mana.

Wida satu bilik dengan Haida. Haida yang Wida baru kenal masa di airport.


Lepas letak barang kat bilik dan solat Wida dengan Haida dah turun ke tingkat bawah dan nampak la Pak Tam dgn Zizan siapkan makan malam untuk kami semua.


Disebabkan ruang makan tak besar mana maka bergilir-gilir la kami makan. Semua sekali ada 16 orang so lepas 8 orang makan 8 orang lagi turun makan.


Pak Tam dengan Zizan the best... makanan semua sedap




















Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :