engkau boleh !!

Sunday, August 9, 2015

Bakal Miliki Butik

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


30 Julai 2015

Ikhsan daripada Facebook UPM


Peluang menyertai Akademik Butik Siswa tajaan Kementerian Pendidikan sejak Mei lalu bakal merealisasikan impian Nurul Wahida Sarbani, 28, untuk memiliki butik sendiri.


Pelajar Bacelor Sains Teknologi Kayu, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu antara pelajar bertuah apabila dipilih Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) untuk menyertai kelas jahitan sebagai persediaan memulakan perniagaan pakaian muslimah.


Menerusi Akademik Butik Siswa, Nurul Wahida berpeluang mempelajari kemahiran dalam bidang jahitan termasuk memotong pakaian, mejahit jubah, tudung dan selendang.


"Saya bersyukur kerana diberi peluang ini sebagai persiapan membuka perniagaan berkonsepkan butik kafe di kulaijaya tahun depan.



Modal Kecil 
"Selain butik kafe, saya turut mendapat pendedahan dan bimbingan daripada CEM menerusi Bengkel Lab Minda Keusahawanan bagi melancarkan perniagaan berangan terpakai bergred tinggi dari Singapura di kampus," katanya.


Beliau menggunakan modal kecil untuk menjalankan perniagaan barangan terpakai dan kini meraih keuntungan bersih ratusan ringgit.


Katanya, kajian dilakukan terlebih dalu mengenai apa yang diperlukan pelajar sebelum memilih barangan terpakai bergred tinggi dari Singapura sebagai produk jualan perniagaannya.


"Antara barangan yang menjadi pilihan ialah pakaian, barangan sukan lasak, permainan kanak-kanak, helmet basikal, kasut roda dan papan luncur".


"Kebiasaanya saya akan mengambil tempahan terlebih dalu daripada pelajar sebelum mendapatkannya daripada pembekal Singapura. Saya menjualnya pada harga yang berpatutan sesuai dengan kemampuan pelajar," katanya.  



Syukur Selalu bak kata TV3. 27 Julai 2015 Wida menyambut ulangtahun kelahiran ke-28 tahun alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan menambah amal untuk bekalan. Tak pernah termimpi untuk keluar muka di dada akhbar apatah lagi akhbar itu Berita Harian. Surat khabar No.1 di Malaysia yang Wida kira sentiasa menemani Wida sejak Wida kecil lagi. Daripada akhbar BH ni sebesar alam sehingga la sekecil alam dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.


Alkisahnya macam ni...
Pada 18 Jun 2015 Wida dapat panggilan daripada pihak CEM dan menyuruh Wida datang ke pejabat. Wida janji datang awal tapi disebabkan kereta Wida kena halang dengan kenderaan lain maka tak dapat Wida pergi dengan cepat menaiki kereta maka Wida jalan sedikit ke kolej 13 dan naik bas dari bus stop berhampiran dengan car park. Terpaksa dan terdesak sebab Wida kalau boleh nak naik kenderaan sendiri. Nasib memang baik sebab tak lama menunggu bas pun sampai. Lega sangat hati sebab taknak orang pejabat CEM fikir Wida memang suka2 lambat.


Time Wida sampai je kat pejabat tu terus masuk bilik perbincangan. Tiba2 Encik Isnain bagitahu "awak terpilih untuk masuk surat khabar". Ya Allah macam tak percaya je. Lepas dengar penerangan daripada Encik Isnain dia minta Wida datang keesokkan harinya iaitu hari Jumaat.

Keluar je daripada pejabat CEM Wida tersenyum je. Wida tak bagitahu pada sesiapa pun pasal hal ni even pada family Wida dan roommate Wida. Wida simpan sebagai rahsia.Tetiba Wida tergerak hati nak share dengan seorang kakak ni yang Wida panggil Cik Ila. Dia Student PHD bakal doktor falsafah. Dia senyum2 je lepas Wida bagitahu dia dan dia siap pesan kalau dah keluar news paper jangan lupa dia. Malam tu sibuk cari baju sebab tak tahu nak pakai baju apa. Banyak baju dah bawa balik kampung. So, hentam je la pakai baju kurung yang ada dalam locker.


Pilih punya pilih tapi tudung takde pulak. Entah macam mana roommate Wida bagi cadangan suruh guna tudung dia sebab dia dengar Wida cakap kena pakai tudung warna cerah tak boleh pakai tudung gelap. Tiba2 dia tanya "akak ni kenapa? pakai tudung apa2 je kan boleh" hahaha dia tak tahu sebenarnya Wida dah dapat arahan kena pakai baju yang melambangkan seorang pelajar dan pakaian yang cerah2.


Last2 Ana bagi pinjam tudung dia. Dia always support Wida dan dia la pekerja Wida masa Wida buka Kiosk Makanan di Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi. Thanks Ana. Semangat pulak malam terus gosok baju tudung semua la. Wida tak fikir pulak nak solek2 bagai. Jadi diri sendiri je la. Wida bukan suka over sangat tapi kalau dapat dimakeover best juga. Hahahaha berangan jew kite ni...



Hari Jumaat 19 Jun 2015 lepas solat zuhur terus Wida siap2 sebab Wida tahu laluan dalam UPM ni mesti sesak lepas solat jumaat dan alhamdulillah Wida sampai pada waktu yang ditetapkan. Semua dalam pejabat CEM tu tertengok2 Wida sebab Wida bawa baju jubah guna hanger. Diaorg ingat Wida nak menjual agaknya sebab ada beberapa pekerja perempuan mendekati Wida dan bertanya itu ini dengan Wida tapi bila ada seorang pekerja yang Wida kenal nama Abg Is suruh Wida masuk ke dalam bilik perbincangan Wida terus menuju ke sana.


Dalam bilik perbincangan tu la WIda akan ditemubual dan sesi photoshoot akan dijalankan. Sebenarnya ada seorang lagi kawan Wida nama Asyraf yang akan ditemubual juga. Dia merupakan usahawan Serunding Warisan. Ok Wida pun ditemubual dalam beberapa minit. En Basir Zahrom yang temubual Wida. Dia tanya Wida jawab and yang bestnya dia pun sama peminat barangan bundle.


Macam2 dia tanya Wida dan Wida cuba jawab sebaik mungkin dengan bimbingan oleh En Isnain. Lepas sesi temubual diganti pula dengan Asyraf dan Wida continue photoshoot pula dalam bilik tersebut. Wida ikut je arahan cameraman tu suruh buat macam mana. Bila dia kata senyum Wida senyum bila dia kata macam ni macam tu Wida buat semuanya. First time ni ada orang ambil gambar Wida kalau tidak Wida je yang selalu ambil gambar orang or kawan2 Wida.



Masuk kereta terus selfie sendiri lepas sesi photoshoot. Ada ramai yang komen kenapa?? Tapi Wida tak bagitau apa2 pun Wida rahsiakan je daripada pengetahuan sesiapa. Tiba2 mak call dan tanya Wida ada di mana..emm macam lagu 'awak kat mana? awak2 kat mana?' itu la selalu mak Wida tanya. Actually, Wida nak pergi rumah pakcik Wida di Shah Alam selepas sesi photoshoot tu dan time tu la mak terkejut "kenapa lewat petang baru nak gerak, nanti jalan sesak tak sempat nak berbuka di Shah Alam". Emm time ni la Wida jujur dengan mak Wida dan beritahu semuanya.


Mak Wida mulanya terkejut juga dan bermula la perbicaraan yang akan panjang lebar. "Mak nanti Wahid cerita ya sebab Wahid nak drive ni" hihihi terus mak kata ok and than don't forget to tell her. Apa lagi lepas tu pecut la Wida menuju ke Shah Alam. Nasib baik sempat berbuka puasa di rumah pakcik Wida tu. Kalau tidak memang Wida berbuka puasa dalam kereta je la.


Hari yang Wida keluar paper tu Wida baca whatsapp Asyraf Serunding Warisan tu. Dia hantar gambar Wida di muka depan paper bahagian varsiti.



Seterusnya, En Isnain pula ucap tahniah sebab Wida dah keluar paper. Terus dia hantar gambar ni dalam whatsapp Wida.

Terus dia suruh Wida dapatkan paper hari tu. Apa lagi kirim dengan adik Wida la suruh dia belikan.
Mulanya Wida tak perasan dalam paper tu bila selak semula OMG muka sendiri dalam paper. Tak sangka.





Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada semua. Mak Abah Wida senyum je lepas tengok Wida dalam paper. Wida pun tak sangka akan sampai ke tahap ini. Secara jujur, Wida mungkin lemah dalam pelajaran dan beberapa kali gagal dalam ujian dan peperiksaan. Tapi Wida tak mungkin akan jatuh untuk selama2nya. Wida boleh bangkit bila2 masa sahaja dengan kekuatan yang Wida ada. 
 
 
Macam lagu ni "Terpulang la mahu jadi apa, mahu jadi hantu mahu jadi buaya..." tapi Wida sebenarnya kisah Wida nak jadi apa. Wida akan jadi seseorang yang akan membantu orang yang memerlukan perkhidmatan Wida. Tidak kira la jadi apa pun. Wida berharap sangat dengan apa yang Wida ada Wida akan buat sehabis baik dan Wida kongsikan kepada orang yang memerlukan. 
 
 
InsyaAllah jika diizinkan Tuhan Butik Cafe akan beroperasi satu masa nanti dan Wida berharap dengan adanya butik kafe akan memberikan perkhidmatan yang  baik kepada orang yang memerlukan satu masa nanti. Lepas Wida masukkan gambar Wida dalam facebook ramai yang memberikan feed back yang baik dan menyokong serta mendoakan kejayaan Wida. Tanpa mereka siapalah Wida dan terutama sekali kepada semua keluarga Wida. 

Salah satu impian Wida hampir tercapai. Tapi ada lagi satu impian Wida untuk memenuhi impian emak Wida untuk melihat Wida menjadi seorang guru, pensyarah atau mana2 tenaga pengajar. Wida akan pastikan Wida tercapai impian emak Wida tu. Dia nak jadi seorang guru tapi tak kesampaian dan impian dia tu diberikan kepada Wida dan merealisasikannya. 


Kalau Wida perlu mencapai impian emak Wida, Wida perlu pergi sampai ke tahap Wida boleh mengajar. Apa guna juga ilmu yang ada tetapi tidak disampaikan kepada orang lain. Apa pun yang terjadi Wida berserah kepada Allah. 


TERIMA KASIH ALLAH S.W.T

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :