engkau boleh !!

Wednesday, August 12, 2015

Tip Persediaan Ke Korea

Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Wida nak share apa yang Wida buat sebelum pergi ke Korea. Wida dengan mak dah bincang2 nak bawa pakaian beberapa helai je. Tak nak bawa pakaian lebih2. Lagipun Wida pergi autumn season. So, tak perlu nak bawa pakaian tebal2 macam winter season. 


Tips Wida Bawa Pakaian & Kasut :

1. Bawa baju yang sederhana tebal. Macam tshirt selalu pakai kat Malaysia. Jangan terlalu nipis.Wida bawa baju 6 colour sahaja. Setiap warna yang sama 2 helai.

3. Seluar 4 helai. Jeans yang berat tu better kita pakai. Jangan masuk bagasi sebab nanti lebih timbangan.

3. Bawa tudung 6 helai sebab 6 colour baju. Hitam lebih sesuai dengan mana2 baju. Wida kan pergi sebulan.

4. Kasut bertutup, senang untuk jalan jauh. Stokin perlu pakai bawa 2 pun cukup. Tak payah la nak over sangat pakai kasut yang entah apa2 sebab semua tu akan menyusahkan diri sendiri kelak. Lama kita nak guna kaki lebih2 lagi di Korea banyak berjalan.

5. Sweater. Wajib. (Benda penting ni la Wida tertinggal. Nasib baik adik Wida pakai sweater bila dia hantar Wida ke Senai Airport. Terpaksa la merayu kat adik minta sweater dia. Nasib baik juga sweater adik Wida tu Wida dah basuh semalam. Faham2 je la kalau bau lelaki ni, lain macam sikit).

6. Sarung tangan. (Walaupun Wida pergi Autumn Season tapi Wida tetap bawa sarung tangan. Sejuk di Korea lain macam. Lagi2 orang yang pertama kali pergi macam Wida ni).

7. Kalau Wida ada teringat lagi nanti Wida tambah kat entri lain.


Tips Bawa Peralatan, Barang Mandian & Ubatan :

1. Sepit kuku. (Wida simpan dalam beg yang nak bawa masuk ke kargo. Kita memang kena tau segala benda tajam memang kita tak boleh bawa naik ke kabin.)

2. Sabun yang bukan cecair. Kalau cecair make sure tak lebih dari 100ml.

3. Pencuci muka

4. Bedak / Bedak muka

5. Alat make up dan lain2. 

(Semua benda ni Wida masuk dalam bagasi yang simpan dalam kargo. Kalau backpacker make sure anda boleh lepas kastam la).



Kalau nak bawa cecair pastikan balut dengan plastik rapi2 supaya tidak tertumpah dan masukkan dalam bagasi untuk dimasukkan dalam kargo. Kalau bawa dalam beg sandang pastikan tidak melebihi 100ml. Kalau bawa juga, emm...nasib la masa lalu dimesin scan confirm kena tahan dengan pegawai imegresen. Last2 kena buang pulak perfume yang mahal tu, mandian ke, and lagi satu air minuman like mineral water confirm kalau pegawai yang tegas pasti tak boleh dibawa masuk.


Tips Bawa Makanan :

1. Makanan ringan macam maggie, mee hoon / bubur segera

2. Biskut / Coffee 3 In 1 / Roti / Planta (Penganti Minyak)

3. Sardin / Tuna / Ikan Bilis / Makanan dalam tin

4. Beras /  Ketupat Mini / Serbuk Secukup Rasa / Kiub Pati Ayam

5. Serunding / Ikan bilis goreng / Keropok

6. Mayonis Paket / Sos Paket (Macam kita dapat masa beli KFC or McD tu) / Kicap


Emm...rasa macam banyak je senarai yang Wida taip ni. Actually, Wida bawa periuk nasi saiz kecil masa pergi Korea tu sebab Wida kan belum jumpa kedai makan yang sesuai untuk beli makanan. Beras Wida bawa 5 KG je. Ye la kat tempat orang kena la sedia macam tu sebab kita tak jumpa lagi kedai runcit yang jual barangan macam tu. 


Lain-lain Barang :

1. Cawan Plastik / Sudu Plastik / Plastik Bungkus

2. Shampu / Sabun Basuh


Wida bawa shamfu botol kecil, insyaAllah cukup untuk sebulan. Kalau boleh tak payah la bawa perapi sekali. Jimat ruang dan jimat berat. Wida ada bawa sabun basuh baju paket2 kecil sebab kat sana Wida confirm la nak basuh bajukan sebab duduk sana sebulan. Kalau nak pergi travel setakat 3-4 hari tak payah la nak basuh baju. Balik kampung nanti basuh la bersih2.


Apa lagi ya? Emm barangan lain Wida bawa dalam beg tangan seperti :

 
1. Sarung Tangan

2. Beg Dompet

3. Pasport Wajib sebagai penganti Kad Pengenalan

4. Kamera

5. Tisu / Tisu Basah

6. Pen /  Buku Catatan

7. Power Bank

8. Cermin Mata

9. Gincu / Bedak Muka

10. Botol Air Mineral

Hahaha berat juga sebenarnya beg Wida time ni. Kalau boleh banyak lagi nak bawa. Botol air bawa la sebab tandas kat Korea takde kepala paip. Diaorg kan pakai lap2 je mana pakai cebok2 macam orang Islam. Lepas tu bawa beg sandang or bawa beg tepi yang selesa. Masa Wida dulu bawa beg besar dah tu susah kejap kendong sebelah kanan kejap sebelah kiri. Bawa la yang bersesuaian.


Ok nanti kalau ada perkongsian lagi Wida share la apa2 yang patut.

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :