engkau boleh !!

Saturday, December 7, 2013

Attending Wedding at Jengka and Temerloh Pahang

Assalammualaikum & Salam Kasih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang 




Program nak pergi majlis persandingan kak mia sebenarnya tak dirancang. Last minute punya planning. Wida tanya Sue classmate Wida samada dia tahu atau tidak pelan ke rumah kak mia. Terus dia cakap "Lebak Seberang tak jauh dari rumah Sue. Kenapa Wahid nak pergi sana ke?"


So, dah alang2 Wida pun pergi la dah kebetulan pakcik Sue pun akan melangsungkan perkahwinan juga pada hari minggu yang sama. Wida pergi rumah pengantin perempuan pakcik Sue dulu. Kemudian baru pergi rumah Kak Mia. 


Dari petang jumaat Wida sampai di Jengka rumah nenek Sue hujan dah mulai turun. Tapi takde la lebat sangat cuma gerimis yang berpanjangan. Hari sabtu nak ke rumah pengantin perempuan, hujan turun agak lebat tapi tetap teruskan perjalanan. Wida macam biasa memandu dengan Purple Wida tu. So, purple Wida dah sampai Pahang. 


Nak pergi ke Pahang tu kami gerak dari UPM dalam pukul 11 pagi. Tak jadi nak gerak awal pagi sebab Wida pergi fakulti dulu ambil bacaan amali biojisim. Emm...Sue tanya Wida nak ikut jalan mana samada Jalan Karak atau highway? Wida jawab "nak try la ikut jalan karak, nak tengok macam mana jalan yang selalu orang dok cerita itu ini". 


Nak ke Pahang masuk tol bayar RM3 lepas tu ada tol lagi kena bayar RM5. Ini memang harga tol tetap. Kat Pahang tak macam highway utara selatan dia akan bagi kad masa masuk tol dan keluar tol kena pulangkan semula.Kat Pahang takde ok. So, make sure sediakan duit RM8 itu je. 







Kompang dipalu pengantin malu...Tersenyum je Cik Mujib. Ini la pakcik Suhaila.



Meja makan berdamai













Antara barang hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. Tak sure berapa dulang tapi banyak la jugak.













Ini la classmate Wida nama dia Suhaila



Sue dengan makcik dia baju kuning dan sepupu dia. Makcik Sue tu lebih muda dari Sue. 





Ahli keluarga dari pihak pengantin lelaki. 



Pengantin lelaki tu adik kepada mak Sue. Mak Sue anak yang sulong daripada 12 orang adik-beradik. Kiranya Cik Mujib pakcik sue ni anak yang ke-10 kot.








Lepas makan Wida dengan Sue terus minta diri untuk ke rumah Kak Mia pulak. Perjalanan dari Jengka ke Temerloh ambil masa dekat 1 jam jugak memandangkan cuaca hujan Wida tak bawa laju. Tapi cepat la juga kami sampai tu. Memang dah agak pun Wida akan jadi tetamu akhir majlis Kak Mia tu.




SELAMAT PENGANTIN BARU KAK MIA & EN ALIAS



Kak Mia ni sebenarnya housemate Wida dulu masa belajar kat Politeknik Shah Alam. 





Akhirnya sampai juga Wida di Temerloh kerana menghadiri majlis perkahwinan sahabat Wida yang sorang ni. Biasa la kan hujan mesti la jalan becak. Time tu habis Purple Wida comot dek lumpur dan tanah. Singgah sekejap kat mana2 surau tu Wida sempat lagi cuci sikit kereta Wida. Segan la kereta anak dara kotor sangat nampaknya. 


Selang beberapa hari balik dari Temerloh dan Jengka, dapat khabar berita kawasan sana telah mengalami banjir besar. Rumah Kak Mia dah la tepi Sungai Pahang. Maka naik la air sampai ke rumahnya dan atas jalan tempat laluan ke rumah Kak Mia. Minggu depannya rumah pengantin lelaki pula. 




Terbaru Wida dapat masej dari Sue. Dia tunjukkan gambar Kak Mia. Terpaksa naik sampan dimajlis perkahwinan pihak lelaki. Apa2 pun moga semuanya selamat wahai rakyat negeri Pahang darul Makmur. Wida doakan moga semuanya kembali seperti biasa. Tahniah kepada Kak Mia kerana sudah bergelar seorang isteri. 



No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :