engkau boleh !!

Monday, December 9, 2013

Emak Wahid Rindu Mak!!!

Assalammualaikum & Salam Ingatan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Teringat al kisah mak sakit. Wida sensetif sikit kalau pasal ingat dan cerita pasal emak Wida. Asal ingat mak yang jauh kat Johor mesti rasa rindu sangat2. Kalau baca apa2 pasal yang melibatkan seorang ibu tak kisah la dalam majalah ke facebook ke mesti terus rasa sebak dalam hati. Wida akan terbayang2 jika satu masa nanti Wida hilang semua tu. 



Tanggal 15/4/2013 bermula al-kisahnya Wida dalam semester ke 4. 
Tadi sblm g cls kuanti aku tel mak. Byk kali jgk aku call mak x angkat. Time tu aku dalam bas nak pergi ke kelas. Dh tu mak tel smula ckp mak sakit muntah darah. Mak kata pening kpla dh tu mak nk solat x larat mak baring semula, tiba2 mak ckp mak rasa nk muntah. 


Bila mak nk g blk air mak kata dh x smpt sampai ke bilik air mak dh terkulai jatuh kat tingkat2 kain baju. Mak kata mak rasa dah muntah. Mak x tau mak muntah darah sbb mak x nmpk. Mak dah jerit pgl abah tp abah x dgr. Abah kat luar meracun rumput. Mak kata mak macam pengsan sekejap. Bila mak rasa mak dpt bgn mak ngesot g bilik, ambil hp utk call abah yang masih meracun rumput kat tepi rumah.


 Bila abah msuk rmh, abah smpai b'istighfar pjg tgk mak dlm keadaan mcm tu. Abah bersihkan muntah darah mak. Abah kata ada kaca warna biru masa abah bersihkan muntah darah mak tu. Abah simpan benda yang abah jumpa tu buat bukti tunjuk kat aku. Aku tanya samada ada barang kaca pecah atau tidak sebelum tu kat kawasan mak jatuh? Mak kata mak baru je lepas menyapu kat situ. 


Maknanya bersih la diruang mak jatuh tu. Jadi apakah maknanya serpihan kaca berwarna biru itu?? Sungguh menjadi persoalan dalam hati aku. Aku rasa mesti ada yang tak kena dengan mak.
Kami baru je blk bercuti dari sarawak. Kiranya aku balik UPM hari ahad petang, hari isnin petang mak jatuh sakit. 


Kakak aku tanya aku dengan mak makan apa kat sarawak masa bercuti disana. Aku cakap makan biasa2 la, apa yang aku makan mak aku pun makan juga. Kalau mak sakit aku pun sakit juga. Bila dapat bercakap dengan emak masa tu Wida dah nak sampai ke fakulti maknanya dah nak turun dari bas. Aku cakap dengan mak minta kakak aku hantarkan ke klinik.


Malam tu kakak aku telefon semula "Wahid mak masuk hospital kat Pontian. Kejap lagi mak naik ambulance pergi ke hospital Johor Bahru. Mak kena operation". Masa tu aku rasa dunia ni gelap gelita. 
Maaaakkkkkk!!!!!jerit aku dalam hati, air mata dah bergenang, kenapa boleh jadi macam tu sekali kata aku dalam hati. Saat itu juga aku meminta pada Tuhan agar menyelamatkan emak kerana aku tak sanggup untuk kehilangan mak.  


Mak kekuatan aku selama ini, jika tiada emak aku tak tahu apa yang akan aku lalui demi hari2 mendatang. Aku mula risau bila mak dah dimasukkan ke hospital. Sampai la hari kedua baru aku dengar suara mak aku. Itupun mak curi2 telefon. Kakak yang buat panggilan untuk mak agar emak dapat bercakap dengan aku. Sayu aku dengar suara mak dari jauh. Walaupun di telinga dekat mendengar suaranya. 


"Mak macam mana ok ke?" lidah aku sememangnya sukar sangat untuk mengungkapkan perkataan rindu walaupun dalam hati aku bergunung-gunung kerinduan pada emak. Dipaksa pun susah untuk menyebutnya. Dalam hati hanya Allah saja yang tahu. 

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :