Assalammualaikum & Salam Ingatan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Gelap betul macam tak nampak apa2 kan...Hihihi kat situ la ada boyfriend saya. Emm...tak nampak ke? Memang la tak nampak sebab malam kan. Alahai handphone canggih sangat sampai tak jelas.
Kes kedua
Sebenarnya kat situ la Wida parking kereta setiap hari selepas Wida tak dapat nak parking kat dalam kawasan kolej serumpun. Kesian kan Wida (sebenarnya takde siapa pun kesian kat Wida ni). Apa guna ada kawasan parking kereta yang banyak dalam kolej tapi terpaksa parking jauh gila dari blok. Kalau duduk kat dalam kawasan kolej kan rasa lena dan tenang je bila berada kat bilik. Ini tidak setiap hari rasa risau yang menebal dalam diri kerana memikirkan keadaan kereta.
Bagus sangatkan peraturan di kolej ni sampai nak parking dalam kawasan kolej pun tak dibenarkan. Kata nak kena ada stiker kolej baru boleh masuk ke kawasan dalam kolej. Huh minta ampun la ya...Wida ni rajin turun naik ke pejabat kolej semata-mata nak tanya "bila ya boleh mohon stiker kolej untuk kenderaan?" punya la sopan bertanya. Dan jawapannya always "Adik pelajar master ke degree? Tunggu ada tampal memo untuk mohon stiker baru la boleh mohon stiker kolej untuk kenderaan".
Dengan penuh yakin menjawab. Tahu tak dah nak habis semester kot sekarang ni, balik2 itu je jawapannya. Cakap je la untuk pelajar degree belum boleh mohon lagi, so Wida ni tak payah la bazir masa nak pergi pejabat je. Macam dah takde kerja lain asyik ke sana je. Wida ikut peraturan kolej dan tidak ingin sesekali melanggar peraturan. Tapi beginikah nasib Wida. Beza sangat ke pelajar degree dengan master or PHD. Kita manusia juga la jangan ingat kita tak ada timbang rasa atau tolak ansur.
Mereka mungkin tidak rasa apa yang kami semua rasakan bila parking kereta dikawasan luar kolej. Rasa bersalah sudah semestinya sebab meletakkan kereta dibahu jalan dan menghalang lalu lintas bas dan kenderaan lain. Tapi cuba, jika selesaikan masalah itu dengan cara aman membenarkan meletakkan kenderaan dikawasan kolej. Tak kan la sampai penuh dan bersesak dalam kolej. Tak cuba tak tahu kan. Wida rasa sebab tu la ramai yang langgar peraturan sebab peraturan ketat sangat. Cuba peraturan tu longgarkan sedikit takkan ada yang melanggar peraturan. Kita pun dapat fikir la.
Bila malam terfikir kereta takut bergesel dengan kenderaan lain atau tayar kena clamp sebab parking kat situ. Tak pun kena saman. Inilah yang Wida nak cerita sebenarnya. Wida selalu berzikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir sambil niat dalam hati "Ya Allah engkau lindungilah harta benda aku daripada segala perkara atau musibah dan sebagainya". Lepas tu berzikir la sebanyak2nya dalam hati.
Alhamdulillah Tuhan melindungi. Ini betul2 makbul dan Wida bersyukur sangat2. Satu hari tu, Wida keluar dari pintu kolej nak pergi ke fakulti, so Wida pun berjalan la menuju ke kereta. Wida nampak dari jauh ada orang pakai baju putih berdiri dekat kereta yang parking kat bahu jalan. Ya Allah polis trafik tengah keluarkan saman. Punya Wida terkejut masa tu terus terfikirkan kereta, apa lagi Wida cepat2 lari pergi kat parking kereta nak tengok ada kertas saman ke tak.
Ya Allah Ya Allah Ya Allah dalam hati Wida mengucap panjang bila sampai kat kereta sebab kereta Wida tak kena saman. Kereta lain semua kena saman. Aduhai...berdebar hati Wida ni. Wida terus masuk kereta tak sempat nak panaskan enjin, hidupkan enjin terus je Wida jalan. Khuatir bila Wida lama2 kat situ, tiba2 dia tahan Wida. Confirm la kena saman kan. Wida bukan nak langgar peraturan tapi tu la susah sangat nak dapat stiker kolej tu. Terpaksa la macam ni.
Hidup selama satu semester dengan perasaan risau dan berdebar-debar. Ok fine maybe inilah yang mereka mahukan dari kami. Tapi takpe Wida tak nak balas apa2 sebab Allah kan maha adil lagi maha bijaksana. Allah balas lagi setimpal. So, Wida menunggu je la sampai stiker kenderaan kolej dikeluarkan. Sekarang kita yang merasainya tapi jangan lupa satu masa nanti Tuhan hadiahkan benda yang sama untuk seseorang itu turut merasai apa yang orang lain rasa cuma masanya je belum sampai.
Kelebihan dari berzikir tu Wida selalu berharap ada kekosongan diruang bahu jalan tu untuk Wida parking kereta kat situ. Ternyata kekuasaan Tuhan itu benar berlaku, Wida bersyukur sangat sentiasa ada satu kekosongan untuk Wida parking kereta kat situ. Nak parking kat tempat lain semuanya jauh. Ada sekali tu jemput kawan di LRT Sg. Besi. Dalam hati ni "Ya Allah kau kosongkan tempat aku parking ni sehingga aku balik semula kesini dengan selamat" sambil berzikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya mutakabbir berulang kali.
Alhamdulillah memang betul2 ada satu parking kosong. Wida pun apa lagi terus la masuk ruang tu. Ada beberapa kali la juga terjadi benda yang sama. Wida jemput kawan di Desa Serdang dan masa tu malam. Kalau malam selalunya susah nak dapat parking kereta kalau dah keluar. Sekali tu,Wida terperanjat memang ada satu ruang kosong untuk Wida parking. Ya Allah besarnya kekuasaan mu dan Wida bersyukur Tuhan memakbulkan permintaan Wida walaupun hanya niat didalam hati dan berzikir.
Ada sekali tu pun sama Wida keluar untuk cari makan kat Sri Serdang. Waktu malam juga masa tu. Wida dah niat dari melangkah keluar pintu bilik lagi. Moga2 ada kosong untuk Wida bila Wida keluar. Bila Wida balik tu, hampa...tempat yang Wida parking tu dah ada orang lain parking. Wida pun parking jauh sikit kat belakang ada ruang kosong sikit. Entah macam mana masa Wida stay dalam kereta sambil2 nak tutup radio dan aircond.
Tiba-tiba kereta yang parking kat tempat Wida tu keluar. Ya Allah....Wida apa lagi start enjin semula bagi signal terus parking kat tempat Wida parking mula2 tu. Ya Allah kebesaran Mu teramat indah Wida rasakan. Sampaikan tangan Wida ni mengigil lepas tu sejuk satu badan. Lihat itu kuasa Tuhan. Kita manusia yang kerdil ingat la bahawa kekuasaan itu pada yang Maha Esa. Tinggi mana pun kita berada lihat pada yang bawah. Pandai mana juga kita pasti ada bodoh dimana2. Bodoh mana seseorang itu, pasti ada kepandaiannya. Ingat tu...selalu bersyukur setiap apa yang ada.
Perkara ni banyak kali dah terjadi selama Wida dalam semester ni. Takpe la belum dapat stiker kereta tu maknanya belum rezeki Wida. Sabar itu adalah sebaik-baiknya. Menimbulkan masalah itu, tidak sesekali. Semua benda boleh berlaku hanya dari Allah.
31 Disember 2013 ni start final exam untuk dua paper. Bersambung semula 6hb dua paper dan 8hb Januari 2014 last dua paper. Wida exam dua tahun tau. Hebat tau. Mana ada orang periksa sampai dua tahun. Dalam sejarah la ni. Macam mak Wida pergi menunaikan haji selama dua tahun sebab mak pergi akhir bulan 12 dan balik semula ke tanah air Malaysia pada bulan dua tahun hadapannya. Maka dua tahun la juga tu kan. Emmm...faham ke apa yang Wida taip tu? Kalau tak faham abaikan je la. Lambat pick up.
Lepas habis exam 31hb Dis tu malam so Wida nekad lepas exam tu Wida terus nak balik Johor. Adik Wida yang bongsu dah selamat bersalin. Jadi takde siapa yang boleh membantu di sana, Wida rasa tanggungjawab Wida ada dua. Satu untuk peperiksaan dan satu lagi untuk keluarga tersayang. Wida rela berkorban semuanya janji semuanya selamat dan dapat membantu.
Wida berdoa agar apa yang Wida korban kan dari segi masa tenaga wang ringgit dan segala-galanya hanya Tuhan sahaja yang membalasnya dengan apa cara sekalipun. Memang la jangan mengharap ganjaran atau apa2 atas pertolongan kita. Tapi pada Wida Allah telah menentukan semuanya. So, Wida tak perlu risau. Andai terjadi apa2 Wida tak mahu menyesal dikemudian hari hanya kerana mementingkan diri sendiri. Biar la Wida berkorban untuk adik-beradik serta keluarga Wida. Itu yang lebih berharga.
Kemanisan itu ada jika kita merasai dengan hati walaupun kita penat ataupun tercabar. Jika ada kepahitan dalam satu-satu perkara itu, percayalah pasti ada hikmah dimasa akan datang. Macam biasa memandu pulang ke kampung berseorang sudah menjadi hobi Wida. Tuhan ada sentiasa menemani dan melindungi Wida InsyaAllah. Muhasabah diri sendiri atas segalanya agar mata hati kita terbuka untuk menilai semuanya.
Johor I'am coming soon
No comments:
Post a Comment