Assalammualaikum & Salam Ingatan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Ok la cukup 4 box untuk 5 orang makan. Satu hari tu Fathin classmate Wida ni mesej tanya Wida free ke tak. Bila Wida kata free dia terus la bgtau niat dia nak belanja makan. Lepas tu dia ajak la geng lain 3 org lagi. Maka kami 5 orang naik kete Wida. Alkisah ni diawal2 semester 5. Maklum la jumpa kembali selepas cuti semester. Tak sangka la juga Fathin nak belanja makan kat Dominos Pizza. Yuhuuuu sedapnya.
Fathin suruh Wida buat pilihan nak makan pizza perisa apa...so, Wida ni yang sengal2 alam pilih la berdasarkan kepada gambar yang menarik perhatian Wida dan yang mana ada perkataan mushroom mesti itu la yang menjadi pilihan hati Wida. Hohoho...diaorg kena makan apa yang Wida order.
Sebelah kiri mata terpejam tu la Fathin yang belanja kami makan. Sebelah dia Najwa. Kami satu fakulti.
Tak sabarnya nak makan dan rasa semua ni. Wida teruja juga dengan dessert yang ni. Pizza ada kaya dan pisang. Sedap sangat. Boleh la cuba kalau nak tau rasanya macam mana. Memang sedap la. Tak menyesal beli. Kawan2 Wida kata ianya manis tapi Wida suka la.
Posing dulu dengan makanan sebelum semua tu kami makan. Hahahaha. Muka gelap macam anak orang asli. Maklum la bapak saya hitam legam so anaknya tak berapa nak putih la. Ikut kulit bapaknya. Anak orang jawa la katakan.
Ini Fatehah. Entah la tak tau macam mana nak eja nama dia. Dia sama fakulti dengan Wida tak sama kos. Tapi kira kenal la juga. Macam biasa ambil gambar dulu sebelum melahap kesemua yang terhidang didepan mata. Ohhh!!! Sungguh melampau ayatnya melahap. Emm...maksudnya makan dengan tahap tak ingat dunia.
Lepas makan2 kami singgah sekejap di mana ea lupa pulak kat Balakong tu. Alah yang tepi jalan besar tu. Emm...esok la cari tau kat mana. Jalan2 kat sana tu saja je cuci mata. Tengok ada orang buat persembahan so snap2 la gambar.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Fathin sebab sudi belanja makan. Moga murah rezeki dan dilanjutkan usia. Amin3...
Good Luck pada sesiapa yang ada final exam esok. Moga dapat buat yang terbaik dan jangan ada tinggal tempat kosong. Penuhi saja jawapan diruang kertas yang telah disediakan. InsyaAllah ada markah disitu yang akan diberikan oleh penanda kertas jawapan.
No comments:
Post a Comment