Assalammualaikum & Salam Semangat
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Emmm...inilah bilik kuliah a.k.a tempat Wida exam first paper for this semester. Paling awal datang belum ada lagi pensyarah datang. Menunggu la nampaknya.
Semak dulu nama kat luar pintu sebelum masuk bilik peperiksaan. Make sure ada nama diri sendiri. Yang exam untuk subjek ni tak ramai...11 orang je.
Sedia untuk exam pulp and paper
Semester ni dua tahun ok Wida exam. Lama tak??? Mesti la lama kan kalau exam sampai dua tahun. Exam apa entah sampai dua tahun tu. Betul apa dua tahun 31 Disember 2013 sehingga 8 Januari 2014 kira dua tahun la juga tu kan.
Okkk... mohon jangan keliru dengan kata2 Wida tu. Emm...memang rasa sekejap je semester ni. Tup2 dah nak exam. Tak rasa terisi langsung semester ni. Tak tahu la kenapa. Maybe banyak berangan dan entah syok sendiri agaknya.
Semester ni ada 6 paper semuanya. Tarikh exam pun sangat awesome sebab tiap hari ada dua paper. Start final exam ni ok lagi. Paper pagi dan malam. Tup2 hari2 yang seterusnya tu gap sekejap je tak sampai berapa minit.
Exam paper Thai
Lepak dulu sementara menunggu turn masuk bilik peperiksaan kat Kompleks Akademik A (KAA) UPM. Ramai juga yang periksa malam tu. Tapi campur2 la ada yang exam bahasa korea, jepun and banyak lagi la. Tapi ada juga yang exam bahasa last day exam 11 hb nanti. Kalau exam kat KAA wajib bawa sweater. Memang sejuk gila la. Wida kebetulan lepas habis paper Thai terus nak balik Johor so, alang2 la pakai terus sweater supaya tak sejuk bila jalan malam.
Maklum la kalau drive sorang2 dari UPM ke Johor kadang2 Wida malas nak buka air-cond. Wida turunkan tingkap cermin sikit. Tapi sejuk juga la pada Wida.
Time duduk2 kat sini ada la Wida nampak sorang budak ni yang ada pernah komen di blog Wida. Tapi tak berani la nak tegur dia. Dia pun masuk bilik exam yang sama dengan Wida. Wida perasan dia duduk tepi dinding. Wida duduk bahagian tengah hampir2 meja di depan.
Peace Nadia...dia classmate Wida yang ambil bahasa Thai juga
Still menunggu untuk masuk dalam bilik exam...yang tudung kelabu tu terror bahasa Thai. Ada harapan dapat 4.00 la dia tu. Nama dia Hana.
Masuk-masuk je bilik peperiksaan Wida terus snap kertas soalan. Handphone dalam poket kan so curi2 la sekejap. Walhal berdebar la juga dalam hati nak jawab soalan tu. Totally in Thai ok soalannya. Wida ni bukannya ingat sangat. Tapi jawab je la.
Mas pun classmate Wida juga. Malu2 la tuuu....Dia paling awal keluar juga. Maybe dia jawab senang kot. Wida juga yang keluar lambat.
Aduh siapa ea nama dia ni??? tak pernah nak ambil tahu pun nama dia walhal dia sama class Thai dengan Wida. Dia duduk sebelah Wida time ni.
Start 8.30 sehingga 10.30 malam exam dijadualkan. Tapi Wida keluar awal pukul 9.55 sebab Wida dah bajet nak balik ke Johor malam tu juga. Tepat pukul 10 malam Wida masuk tol UPM dan meneruskan perjalanan ke Johor. Always sorang tanpa teman. Dah biasa kan nak buat macam mana.
Entah berapa laju Wida memandu tau2 je dah keluar tol Ayer Hitam pukul 12.45 tengah mlm. Ada la Wida berhenti sekali kat R&R Seremban untuk isi petrol sekejap. Tahan mata je malam tu walaupun penat.
Sampai di Parit Raja pukul 12.50 tengah malam. Sepatutnya kalau balik dari UPM ke Johor ambil masa 3 or 4 jam. Tapi Wida ni memandu tak ingat dunia tau2 je dah nak sampai rumah. Tepat pukul 12.55 la macam tu Wida sampai rumah di Taman Maju. Kali ni tak balik terus ke rumah Ayer Baloi sebab mak ada kat rumah Parit Raja. Mak jaga adik Wida yang dah bersalin tu.
Wida balik pun sebab ada gap untuk tunggu next paper 6 Jan. Apa lagi balik la. Masa study week tu Wida tak balik. Tapi bila dah dengarkan yang adik Wida bersalin secara operation Wida pun balik la. Bantu apa2 yang perlu. Hati dah lega juga la sebab 2 paper dah lepas kurang sikit beban dikepala den ni.
No comments:
Post a Comment