engkau boleh !!

Sunday, January 26, 2014

Gerak Hati


Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Wida with my sister Mira and my brother in law Rasol
During the Eid Mubarak at Mira husband house


Emm...semenjak cuti semester ni Wida pun cuti juga la untuk menceritakan apa yang Wida rasa dan lalui. Wida tak ambil kesempatan cuti ni untuk bekerja sebab Wida dah ada kerja tanpa gaji sepanjang cuti semester ni. Wida jadi babysitter. Best tu...Wida tolong Mira jaga anak dia Nur Wafa Adriana. Sekurang2nya dapat la pengalaman untuk Wida praktikkan bila Wida ada anak kelak. Hihihi...


Sebenarnya pasal tajuk Wida gerak hati tu adalah apa yang berlaku dalam hidup kita seharian tanpa kita sedari. Gerak hati sebenarnya dirasai oleh semua orang dan kita akan membuat kesimpulan disetiap apa yang kita rasa melalui gerak hati.


Ada satu hari tu Wida, Emak, Mira dan Baby Wafa nak pergi rumah mak mertua Mira. Wida ni gelisah and banyak fikir macam mana Wida nak hantar pos express Wida untuk Ikin classmate Wida. Dokumen tu penting sebab Wida dengan dua orang classmate Wida apply untuk pergi praktikal di luar negara. Tempat tak sure lagi sebenarnya di mana antara di Korea, Jepun or Thai. Memandangkan negara Thai sedang dalam pergolakkan so maybe negara lain la. Well, perkara ni pun sebenarnya tak confirm lagi.


Wida nak try go to Thai memandangkan Wida dah masuk kelas belajar bahasa Thai, tapi disebabkan insiden yang berlaku di Thai rasanya kami tukar tempat la. Wida tak nak bagi tahu lagi pada family Wida sebab perkara ni tak jelas lagi. Wida fikir nak bagitahu family bila dah confirm dapat pergi.


Ok back to story...dalam kereta tu puas Wida fikir macam mana nak hantar dokumen tu. Wida tak mahu mak Wida tanya itu ini. Gerak hati Wida rasa macam ada yang akan bantu Wida saat itu. Tiba2 masa Wida undur kereta Wida keluar dari garaj kereta ada motor posmen lalu belakang kereta Wida dan Wida tengok posmen tu laju je lalu belakang kereta, Wida apa lagi angkat handbreak terus keluar dari kereta menjerit "Abang Posmennnnn...." sekuat suara Wida sambil lambai2 tangan kearah posmen tu.  


Tak kisah dah malu ke apa time tu. Rasa masa tu Tuhan nak selamatkan Wida. Kalau Wida nak hantar dokumen tu sendiri ke pejabat pos tak sama arah laluan kami nak ke rumah mak mertua Mira. Alhamdulillah selamat dah dokumen tu nak dihantar ke pejabat pos. Terima kasih pada Tuhan dan pada posmen juga. Senyum je dia bila Wida minta tolong dia pos kan dokumen Wida tu. Alasan Wida "sorry nak cepat, so tak sempat pergi pejabat pos".


Dalam kereta mak Wida dah mula soal dari A-Z. Emm...banyak la Wida kena soal jawab. Tapi Wida tak bagitahu pun mak pasal hasrat Wida tu. Tunggu masa yang sesuai bila dah dapat result. 


Keesokkan harinya adik Wida si Mira tu cakap la "semalam dekmi mimpi Wahid pergi jauh, aku hantar pergi airport. Lepas tu aku rasa aku tak dapat tiket penerbangan. Wahid je yang pergi". Wida masa tu terdiam je la. Dalam hati seronoknya kalau mimpi dekmi tu jadi kenyataan pada Wida. 


Wida pun sebenarnya pernah mimpi sebelum ni yang Wida pergi ke luar negara. Antaranya Melbourne kalau tak silap Wida la dalam mimpi tu. Wida teringin sangat nak pergi tapi kalau boleh biarlah dengan cara yang halal dan selamat. Tak mahu la kalau dengan cara yang tak betul dan diperbodoh2kan. 



No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :