engkau boleh !!

Sunday, January 26, 2014

Hebatnya Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Kes Ketiga



Wida ni selalu la juga rasa berdebar kalau nak presentation. Bila Wida adukan pada mak Wida dia akan kata "Hai takkan dah banyak kali present berdebar lagi?". Emmm...makkkkkk tiap presentation tu lain perasaannya, walaupun dah banyak kali. Susah tu takde la tapi entah la. Wida selalu juga la hadapi rasa macam perut memulas2, rasa nak terbuang air la, rasa tapak tangan basah la, tangan sejuk la....uhhh rasa apa2 semua ada dalam diri ni. 


Alkisahnya Wida selalu dengar senior2 and my classmate talk, susah kalau nak presentation FYP (Final Year Project) ni. Sekarang masanya telah tiba. Wida sekarang sedang mengambil FYP dan sebelum final exam tu kena bentangkan la tentang projek yang Wida buat. 


Punya la Wida ni risau dan takut bila pensyarah yang menilai Wida tu orang kata serius dan tegas. Kalau dia nak tembak tanya soalan memang Wida mati la time tu. Dari malam tu sampai la keesokkan hari yang ditunggu untuk presentation FYP tu Wida tak henti2 berzikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir sambil niat moga pensyarah yang menilai presentation Wida tu terima apa yang Wida present. 


Masanya telah tiba. Wida tak sedia lagi sebenarnya. Sebelum Wida present Wida masuk kuliah seperti biasa. Memandangkan presentation Wida sudah dijadualkan pada pukul 12 tengahari itu yang Wida rasa lagi berdebar. Lepas Wida masuk bilik untuk presentation tu giliran Wida pun tiba. Wida perkenalkan diri. First2 lagi dah ditegur pasal tajuk sebab apa yang Wida tulis lain dengan apa yang ada di dalam slide presentation. Aduhai macam mana boleh tersilap ni. Sengal la Wida ni.


Dalam hati still lagi berdoa untuk selamatkan presentation Wida tu. Penilai masa tu macam tak dengar je Wida present. Seorang je yang masa tu mendengar. Wida pun lega la bila habis slide present. Ada la satu soalan yang dia tanya Wida tak dapat nak jawab. Wida pun sebenarnya tak sure dengan jawapan Wida. Ada la satu dua komen untuk Wida perbanyakkan slide dan penerangan. Alhamdulillah, takde yang terbeban dengan soalan yang bukan2. Lega dah hati Wida time tu.


Allah maha mendengar dan dia meringankan kesengsaraan yang Wida lalui tentang hati dan perasaan Wida ni. Ya Allah syukur sangat2. Semuanya dah selesai pada fasa 1. Ada banyak fasa lagi dan paling mendebarkan untuk tunggu semester depan perbentangan projek akhir.


Sesungguhnya setelah kita berusaha kita perlu la tawakal. Wida mengakui bahawa zikir ini memberikan 1001 rahsia dan penyelamat. Ya Allah hamba Mu ini melalui kesukaran dan bantuan Mu amatlah bermakna kepada hamba Mu ini. Amin

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :