engkau boleh !!

Tuesday, January 28, 2014

Hebatnya Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Kes 4


Wida selalu drive balik dari Johor ke UPM sendiri. Takde teman pun yang naik kereta dengan Wida. Hati ni memang la selalu risau dan yang paling Wida risau bila Wida rasa mengantuk. Maklum la memandu sendiri cuma bertemankan lagu radio je la. Nama nak berbual dengan orang sebelah tu memang takde la dah namanya sendiri kan...Sepanjang perjalanan tu Wida berzikir je Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir. Niat supaya perjalanan Wida selamat sampai ke destinasi dan yang paling penting dapat parking kereta. 


Selalunya Wida gerak dari rumah selepas asar. Mak pesan kalau nak keluar biarlah lepaskan solat dulu. Tak kisah la mana2 waktu 5 solat tu. Lagipun kalau dah solat hati tenang nak memandu. Wida dah kira2 kalau perjalanan Wida ambil masa 4 jam, Wida akan sampai UPM antara hujung maghrib atau tiba di UPM bila nak masuk waktu isyak kalau jalan jem. 


Wida ni kalau kat highway tu kadang2 fikir nak cepat sampai je tapi Wida selalu juga tengok meter dan signboard. Kadang2 selalu sangat motong2 kereta lain. Dalam masa yang sama fikirkan pasal parking kereta kat kolej. Kalau lambat memang tak dapat parking kereta la. 


Wida tengok jam dah nak masuk waktu maghrib tapi satu R&R pun Wida tak nampak nak berhenti. Wida berharap Wida dapat solat maghrib di bilik memandangkan Wida dah nampak signboard Kajang. Wida tengok kenapa la semua kereta lambat je ni. Walhal takde plak kereta berderet-deret. Wida pun apa lagi potong la semua kereta yang lambat2 tu.


Tiba2....Click! Macam ada cahaya lampu kamera ambil gambar Wida. Terkejut Wida tetiba je ada flash camera macam tu. Terus Wida beristifar saat tu juga. Wida terus niat Ya Allah jangan la kereta aku kena saman. Aduhai...apa la salah Wida ni. Emm...Wida tak perasan pulak berapa tahap kelajuan kat situ, Wida fikir nak solat maghrib je time tu.


Bila sampai kat tol UPM Serdang tu Wida tanya dengan pekerja tol masa nak buat bayaran tu. "Maaf bertanya, tol sini ada surau tak?" Pekerja tu geleng kepala. Aduhai nak berkejar ke kolej pulak ni nak solat maghrib memandangkan waktu solat belum habis waktu. Terus Wida pecut memandu ke kolej lepas buat bayaran.


Sesampai je kat kolej tu Wida terus cari parking. Emm...hampa la sebab apa yang diharapkan takde. Cari punya cari ada satu tempat kosong tapi sempit. Wida yang kononnya terror ni try la juga masuk kat tempat kosong tu. Pergh!! muat2 tapi terjojol kereta Wida. Fikir punya fikir takkan nak biarkan macam tu kan sia2 je kalau kena gesel dengan bas or kenderaan lain.


Waktu solat maghrib dah nak habis ni. Zikir pun tak henti2 mengharapkan agar ada tempat parking yang kosong lagi yang lebih selamat. Lepas Wida matikan enjin dan kemas2 barang untuk dibawa ke bilik Wida perasan ada satu kereta keluar dari celah2 parking sederet tempat tu. Wida apa lagi, start kereta terus masuk kat parking yang kosong tu. Alhamdulillah syukur sangat2. 


Kekuasaan Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir. 

Terima kasih Allah di atas segala-galanya. Amin

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :