engkau boleh !!

Friday, December 27, 2013

Hebatnya Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Meja study yang serabut. 


Walaupun Wida sekarang dalam minggu ulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akhir semester, Wida ambil kesempatan untuk berehat di blog Wida ni. Wida mana ada kawan nak berbual. Kalau di FB tu nanti orang perli cakap "dah penuh ilmu di dada ke sempat lagi berfacebook". So, untuk mengelakkan orang tu berkata2 sedemikian Wida pun taip kat sini la. Sebelum ni Wida ada pernah berkongsi tentang zikir Ya Latiff...iaitu Maha Lembut. Sekarang Wida nak share pula zikir...

Ya Aziz Maha Gagah
Ya Jabbar Maha Perkasa
Ya Mutakabbir Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran

Semua ini ada dalam Asmaaul Husna. Dulu Wida ni banyak cakap tapi Wida ganti dengan berzikir pula sekarang ni. Bukan nak menunjuk2 tapi Wida nak share je apa kehebatan dan apa yang telah terbukti dengan berzikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir. Wida nak senaraikan dengan zikir tersebut telah terbukti apa yang Wida pohon dan Wida katakan semuanya termakbul. 


Suatu masa ketika berada dirumah mak Wida bagitahu. "Sebelum ni Wahid zikir Ya Latif je kan? Cuba lepas ni Wahid berzikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir" pesan emak. Wida pun ingat apa yang mak pesan dan Wida amalkan zikir tu. Kuasa Allah maha hebat tiada bandingan. Amin amin amin...


Kes Pertama


 Hari yang Wida perlu berjumpa dengan penyelia Wida untuk tunjukkan proposal dan slide presentation final year project (FYP) tu tak dapat disiapkan sepenuhnya (kalau Prof. saya baca ni, saya minta maaf ya Prof. bukan saya sengaja). Wida gelisah dah masa tu. Wida fikirkan macam mana la nak jumpa esok dengan tak siap lagi proposal tu. Malam tu Prof Wida masej "esok pagi pukul 8 jumpa saya di pejabat kolej ya". Aduhai seram sejuk dah Wida malam tu lepas baca masej Prof. Wida cuma balas masej 'Ok Prof.'

Malam tu apa lagi tak tidur la menahan mata untuk siapkan proposal dan slide presentation. Lebih kurang pukul 3 pagi Wida dah tak larat terus Wida tidur. Nasib la esok kena marah dengan Prof. Redha je la. Pagi lepas solat subuh Wida terus niat dalam hati memohon supaya Prof tak marah. Sambil tu Wida berzikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir tak henti2. Wida pun siap2 la nak pergi jumpa Prof. Jam menunjukkan lagi 5 minit menjejak ke pukul 8 pagi. 


Pejabat kolej tak jauh mana pun dengan kolej Wida. Lepas Wida minum quaker oat tu Wida pun siap2 la nak keluar bilik. Satu minit lagi nak pukul 8.00 Wida dapat dapat masej Prof "Kita jumpa tengahari la ya di pejabat saya kat fakulti". Ya Allah Ya Allah Ya Allah Wida mengucap panjang. Itulah yang Wida harapkan sebenarnya dalam zikir Wida agar ada keajaiban. Wida pun beritahu ok je la dengan Prof. Dia kata ada kena attend meeting. Alhamdulillah....bersyukur sangat2 masa tu.


Lepas tukar baju Wida sambung lagi siapkan proposal dengan slide presentation tu. Sampai la ke pukul9.30 pg. Wida berhenti sebab pukul 10 ada kelas Thai di KAA. Wida bajet lepas habis kelas pukul12 tghr la Wida pergi jumpa Prof. Manusia hanya merancangkan tapi Tuhan lebih berhak menentukan. Tengahari tu pun tak dapat Wida jumpa Prof sebab dia dah keluar pejabat. Dia suruh datang petang. Sebelum masuk kelas pukul 2.00 petang tu Wida jumpa Prof. 



Hati ni berdebar-debar ya ampun. Minta nyawa rasanya. Takut dengan reaksi Prof. Lepas Wida tunjuk slide presentation kat komputer dia, dia diam. Lepas dia meneliti semuanya dia yang tolong repair kan ayat2 Wida yang tunggang terbalik tu. Dia tambahkan apa yang perlu. Ya Allah bersyukur sangat. Prof pun tak marah2 seperti yang Wida jangka. Dia cool je time tu. Hampir pukul 2.00 ptg tu Wida minta izin untuk masuk ke kelas. Zikir itu still lagi terkumat-kamit dimulut dan hati Wida ni sepanjang dari lepas subuh hingga berjumpa Prof. Wida bersyukur sangat Tuhan membantu Wida walaupun dengan cara itu ianya menyelamatkan Wida. 

Cuba la amalkan zikir ini. Berzikir la seberapa yang anda mampu. Tidak perlu dihitung berapa kali biarlah hanya Tuhan yang ketahui seberapa banyak. Dia yang Maha Adil.

17 comments:

Mommy Nia said...

wida tq atas prkongsian kisah sndr. bila trbukti dgn kisah2 cmni la rasa lebih smangat n yakin dgn Allah

wahid wida said...

Wlcm #Mommy Nia. Betul..rasa lbh smgt n yakin :) berzikir la walaupun hanya dalam hati Allah maha mengetahui... Peace :)

KakSuey said...

Tq atas perkongsian..inshaAllah akan cuba amalkan jugak.

Alang cell said...

Salam kenal...maha besar allah tiada daya dan upaya selain kehendak allah.saya juga mengamalkan.sekarang saya tambah amalan dengan membaca bismillahirahmanirahim 2kali tiap hari.

Alang cell said...

Makasih salam kenal.

Alang cell said...

Salam kenal.hanya kepada allah kita dapat mengadu dan minta pertolongan.

Unknown said...

Zikir ni mmg ade kelebihannye ..demi allah sy mngalaminya sndri

Unknown said...

GOOD INFO...TQ WIDA

Unknown said...

GOOD INFO...TQ WIDA

wahid wida said...

Wlcm Adah Awie... :) free2 baca la blog kita dan komen

Unknown said...

Qobiltu, izin mengamalkan juga....

Unknown said...

Qobiltu, izin mengamalkan...

sibieha said...

Asmlkm Wida...akk minta izin bkongsi posting wida nie yer...cuz selama nie duk zikir tp x tau mknanya...nie dah tahu Alhamdullilah....

sibieha said...

Asmlkm akk minta izin share yer

wahid wida said...

Alhamdulillah btl3

wahid wida said...

Welcome ;)

wahid wida said...

Waalaikummussalam ye boleh kak. X salah nak share

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :