engkau boleh !!

Tuesday, June 7, 2011

Aku dan RXZ Biru

Aku mmg tak pernah mimpi naik motor RXZ tapi inilah kali pertama aku naik motor RXZ dgn lelaki pulak tu, aiikk takkan naik dgn perempuan pulak kan. Hehehe...emm s'benarnya aku tak la t'ingin sgt naik motor RXZ sbb aku segan la nak naik motor lagi2 dgn lelaki. Bayangkan la kalau naik motor dgn lelaki, nak pegang kat mana? kat baju dia, kat bahu dia, kat pinggang...wow!!! no no no tidak sesekali dlm s'umur hidup aku. Ambil kesempatan atas lelaki. Hahahaha tak pasal2 senak perut dia kena peluk. Aku rasa nak pegang besi tapi motor RXZ mana ada besi kat blkg tmpt duduknya. Jadi nak tak nak aku letak tangan aku atas peha...hahahaha...jgn salah sangka pulak, aku s'benarnya letak atas peha aku sendiri kuang3. Malu la beb nak letak atas peha dia tak pasal2 motor yg aku naik tu tak jalan2. Mana tahu dia m'gigil tak tentu arah...kecian dia.

Entah mcm mana aku boleh naik motor dgn dia ni aku pun tak tahu pucuk pangkalnya. Satu hari mak aku cakap pergilah teman dia jalan2 kat Batu Pahat. Aku cakap nak naik apa. Yg lucunya mak aku sendiri suggest naik motor dgn dia. Aduh!!! Naik motor dgn lelaki. Ini la first time mak aku bagi green light yg aku sendiri tak sangka2 dan aku tak pernah minta pun. Ingatkan dia nak suggest naik kereta ke, naik bas atau teksi ke. Time tu mmg aku belum ada lesen m'mandu sbb aku masih dalam lesen L lagi belum dapat lesen P.

Malam tu aku penat fikir esok nak pakai baju apa, seluar apa, tudung warna apa, kasut lagi. T'fikir nak bawa beg tangan ke tak. Adoi!!! mmg lucu ni t'fikir2 sampai mcm tu sekali. Aku mana pernah keluar dgn lelaki b'dua-duaan la kononnya. Huhuhu....s'lama ni kalau keluar pun dgn mak, kakak dan adik je la. Dgn bapak aku pun tak pernah keluar sbb bapak aku bkn jenis nak keluar jalan2, dia kata baik duduk2 kat rumah lagi best dari jalan2 penat je yg dpt.

Disbbkan mak aku yg suruh aku keluar dgn dia aku pun puas la tanya mak aku nak pakai apa. S'memangnya mak aku ni mmg la t'sangat sporting, dia suruh aku pakai baju yg ala2 sopan. Emmm takkan la nak pakai baju kurung pulak naik motor. Mmg nak cari sebab la kalau mcm tu. Mak aku ni cukup jaga p'makaian aku dgn adik-beradik aku. Kalau pd mata dia tak kena mmg dia akan suruh tukar baju walaupun time tu dah nak gerak keluar dr rumah. Penampilan kitaorg mmg dia jaga s'penuhnya la. Maklum la mak yg byk belikan kitaorg baju.

Hr yg dijanjikan ala2 "DATING" tu akhirnya b'laku juga. Aku yg s'memangnya sempoi hanya pakai seluar hitam yg nak dikatakan ketat tak la sangat tp agak2 la ketatnya tu m'bentuk peha aku jugak time tu. Baju kemeja lengan panjang mcm biasa yg ada jalur2 sesuai dgn seluar sbb baju tu tak la singkat sangat tp aku ni asyik dok tarik2 je. Terasa mcm t'naik2 je baju tu bila aku b'gerak walaupun sedikit. Pakai tudung hitam tak hitam sgt la. Huh tak tau nak cakap warnanya tp mmg smart la time tu. Hahaha isi bakul angkat sendiri aku ni. Kasut aku pakai yg sarung je sbb malas nak pakai selipar. Takut aku kalau2 t'cicir tgh jalan nanti. Malu je kalau nak patah balik s'mata2 nak ambil selipar yg jatuh atas jalan. Aku akhirnya t'paksa bawa handbeg sbb seluar aku takde poket. So mcm mana nak bawa IC, hanset dan yang lain2, takkan la nak pinjam poket dia.

Lepas dia minum air s'cawan yg mak hidangkan kitaorg pun nak b'gerak la ke bandar. Tapi mmg kitaorg tak plan nak jalan pergi mana sbb ini plan mak yg mahu aku bawa dia jalan2. Aku cakap kat dia jalan2 kat Summit Parade je la sbb time tu hanya ada 1 shopping complex je yg ada kat bandar tu. Mak hantar aku sampai depan pintu. Aku sempat cakap kat mak supaya cepat2 tutup pintu rumah. S'benarnya aku tak nak la mak tengok aku duduk atas motor RXZ biru tu. Rupa2 nya mak intai aku dari tingkap sbb time dah nak gerak tu aku nampak mak lambai2 tangan dia dari celah cermin tingkap rumah. Aku ketawa dalam hati sambil m'balas juga la lambaian tgn mak aku tu. Heheheheh....emak emak.

Masa naik motor tu aku betul2 kan helmet sbb helmet yg aku pakai tu tak selesa la. Mcm besar sgt je. Takut pulak kalau2 t'tanggal helmet tu. Aku dah pesan kat dia jangan bawa motor laju2 sbb aku takut. Alhamdulillah dia bawa motor tu punya la sopan tak tahu aku nak cakap berapa k'lajuan dia bawa sbb aku tak nampak pun. Nak intai meter motor takut la pula sbb kalau aku t'kedepan sikit je alamatnya aku dgn dia b'tembung la. Aduh!!! tak sanggup aku.
Aku biarkan je la dia bawa motor tu berapa meternya janji aku selamat. Tapi sejak aku duduk atas motor RXZ tu mmg jantung aku b'debar2. Mana aku pernah naik motor dgn lelaki. Kalau part dia break tu mmg aku b'hati2 sgt la. Takut b'tembung.

Bayangkanlah tmpt duduk motor RXZ tu kan mcm gunung. Tmpt duduk yg blkg lagi tinggi dari tmpt duduk bahagian depan. Ish3 siapa lah yg reka mcm tu bikin org b'degup jantung je naik motor RXZ. Kalau org yg dah kahwin takpe la dihalalkan tp utk org yg blm b'kahwin... nak dikatakan halal tak boleh haram la jawapannya. Aku ni cukup jaga la posisi aku kat tempat duduk tu sbb aku takut tiba2 aku t'kedepan dgn tiba2. Mmmm sah mmg aku t'rasa aku mcm dah t'kedepan sikit sbb aku raba tangan aku kat belakang mcm ada ruang, nak kata besar tak la juga tp ruang yg aku kira masa aku naik tadi takde pun ruang tu.

Disebabkan k'sopanan dia m'nunggang motor tu dan k'jauhan destinasi yg aku nak pergi tu t'paksa la aku b'tahan duduk atas motor tu. S'kejap2 aku paling s'belah kiri, bila takde kereta aku paling s'belah kanan. Sakit ooo kepala aku ni, berat bawa helmet lg kat atas kepala aku ni. Hum...takpelah demi k'selamatan aku gagahi juga walaupun berat. Kalau naik kereta kan tak perlu pakai2 helmet segala, hanya duduk dan pakai tali pinggang je. Apa boleh buat plan mak so t'paksa la ikutkan. Yg aku pelik kenapa la tiap kali aku toleh ke kanan ada je kereta yg jalan seiring dgn motor dia. Adoiiii!!!! aku malu la sbb p'numpang dlm kereta tu semua dok p'hatikan dan senyum2 kat aku. Dia tu mmg la tak nmpk sbb dia tgk jalan didepan.

Dlm hati aku ni b'doa2 tau, moga2 cepat la sampai. Sakit pinggang aku sbb s'panjang p'jalanan aku duduk tegak je. Aikk!! takkan duduk nak sandar ke depan. Itu mmg nak cari nahas je tu. Tuhan tahu tau...hehehe. Fuh!! hati aku b'bunga riang sbb destinasi kami dah sampai juga akhirnya. Aku tak payah la nak duduk tegak mcm tadi. Cepat2 aku turun dari motor sbb aku segan kalau org nmpk aku turun dari motor dia. Bukan apa kalau ada org confirm org akan tunggu sbb diaorg nak tengok la muka awek yg naik motor. Dah faham sangat la perangai org2 bandar ni. Aku pun apa lagi cepat2 tanggalkan helmet dan bagi kat dia sbb nak letak kat seat motor dia. Takkan nak b'jalan dalam shopping complex nak bawa helmet juga. Sah2 la org nampak kitaorg naik motor.

S'panjang jalan b'dua dgn dia aku ni dok toleh kanan kiri mcm duduk atas motor td tapi kali ni beza sikit sbb aku taknak t'serempak dgn org yang aku kenal masa aku jalan2 dgn dia. Biasa la kalau dah jalan b'dua tu tentu la ada gosip2 yg m'gatakan kami ni pasangan kekasih la kononnya. Walhal...emmm no komen (jawapan artis). Kami round2 dlm shopping complex tu ada la dekat setengah jam sbb tak tahu arah tujuan yg s'benarnya. Maka dah penat kami pusing2 mcm gasing opppsss!!!! akhirnya t'serempak pulak dgn kawan lama satu sekolah dulu. Dia senyum je dari jauh tengok aku. Tapi aku ni tak sedap la kan dah nampak kawan yg lama dah tak jumpa takkan aku nak biarkan je so aku pergilah dapatkan kawan aku tu and kitaorg b'salaman. B'bual ada la dalam seminit dua.

Ada juga dia bisik2 kat aku tanya siapa dia. Aku t'cakap lelaki tu s'pupu aku baru datang sini jadi aku bawa la jalan2 kat summit ni. Emm..hope dia tak dengar la apa yg aku explain kat kawan aku tu. Kawan aku cakap, dia ingat lelaki yg jalan dgn aku tu pakwe aku. Dia kata orgnya boleh tahan juga hensem. Hahahaha t'gelak aku dalam hati. S'belum b'larutan kata2 kawan aku tu cepat2 aku minta diri dan b'edar dr situ. Entah kenapa s'panjang b'jalan2 tu aku mcm t'rasa dia nak pimpin tangan aku tapi aku tak izinkan. Tuhan nampak tau...tak boleh bohong. Aku bukan budak kecik lagi yg nak kena pimpin masa jalan. Hua hua hua...b'lagak.

Lepas tu aku dah tak igt aku dgn dia buat apa sbb peristiwa ni dah lama sangat. Memory kepala otak aku tak dapat nak save s'lebihnya, al maklum la byk lagi yg nak kena fikirkan so aku delete sikit apa2 yang tak penting dlm kepala otak aku ni. Well, semua tu tetap menjadi kenangan aku sampai bila2. Yg aku igt tu time nak balik dia pergi singgah kat pam minyak mcm biasa la nak isi minyak motor. Aku dengan slumber turun dari motor. Tiba2 dia gelakkan aku. Aku pelik la, kena pulak nak gelakkan aku tiba2. Dia tanya kenapa turun dari motor? Aku jawab la, kalau saya tak turun dari motor mcm mana nak isi minyak.

Dia gelakkan aku lagi sambil hulur duit kat pekerja pam minyak tu. Dia cakap "Cik Ida, tong minyak ni kat depan jadi tak payah la nak turun dari motor." Adoi!!! aku lupa yg motor RXZ kan tong minyaknya di depan bukan kat bawah tempat duduk mcm motor2 yg lain. Malu gila aku time tu, so aku cover la. Saya tak biasa duduk atas motor yg tengah diisi minyak. Dia senyum2 je kat aku. Lps hbs isi minyak cepat2 aku naik. S'panjang p'jalanan pulang tu aku gelak dalam hati sbb sengal juga aku ni tak tahu motor RXZ tong minyaknya kat depan. Aku pastikan kali ni aku duduk tak kedepan lagi mcm tadi.

Aku dedikasikan lagu ini di atas nukilan yang aku masih ingat insan2 yg pernah hadir dalam hidup aku walaupun seketika cuma kerana aku manusia yang diberikan Tuhan pancaindera serta ingatan yang tidak kurang hebatnya. InsyaAllah panjang umur kita akan b'jumpa satu masa kelak kerana Malaysia ini kecil sahaja dalam peta dunia.

Francessca Peters (Manan Ngah / Lukhman S)

Sekadar Di Pinggiran

Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu meyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan

Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka

1
Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...

Tidak kusampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Ku bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...

Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh! sayang
Sewaktu ku kesunyian...

( ulang dari 1 )







No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :