Tahniah !!! Selamat Pengantin Baru buat Norazmira dan suaminya Mohd Taufiq. Well, akhirnya mereka disatukan juga setelah lama b'cinta. S'ingat aku diaorg ni b'cinta ketika sama2 b'ada di Politeknik Shah Alam. Diaorg ni senior aku tp yg aku kenal s'benarnya adalah Norazmira, aku panggil dia Kak Mira. Kak Mira ni aku kenal masa aku pergi UiTM Jengka Pahang. Ketika itu kami student2 politeknik ada buat aktiviti di sana bagi pelajar2 semester 1 dan semester 2. Tiap semester la nak dikatakan kami pelajar teknologi berasaskan kayu akan m'jalani apa juga aktiviti b'dasarkan silibus pelajaran kami t'masuk m'genali tumbuhan di dalam hutan dara UiTM Jengka Pahang. Time tu Kak Mira jd fasilitator kami.
Mula2 tu aku tak kenal sgt dgn Kak Mira tp slps satu kejadian yg m'yebabkan kaki aku bengkak sebelah di situlah aku kenal dia. S'benarnya sblm aku pergi uitm tu kaki aku ni mmg dah bengkak dan tak boleh b'jalan sgt. Pasal kes aku t'seliuh la ni kat Biro Tatanegara yg aku ikut di Meru Klang. S'minggu lps pergi Meru kena pergi Jengka Pahang pulak, kalau tak pergi alamatnya aku takkan dpt markah dlm subjek yg akan kami buat kajian dan kehadiaran aku pulak tak dikira atas sbb tak m'ikuti ke UiTM Jengka Pahang.
Apa2 pun aku yg s'memangnya tak ingin lepaskan peluang ke mana shj dgn rasa semangat juang yg tinggi aku gagahkan juga pergi Pahang tu. Utk selamatkan aku punya markah dan k'hadiran dlm subjek t'sebut so aku pun pergilah juga. Cuma aku kena tahan sikit la sbb kaki aku yg sakit ni. Maklum la semua bdk class aku pergi takkan aku nak tinggal sendiri kat bilik kamsis. Fuh!! dr aku k'sepian baik aku ikut juga. Aku dah siap packing barang pun tinggal nak pergi je. Hehehe semangat gila!!! Sblm pergi tu s'benarnya aku dah urut kaki aku.
Nak dijadikan cerita, bila kaki aku dah bengkak tu Kak Mira ni la p'yelamat aku di sana. Dia yg baik hati tolong urutkan kaki aku utk kurangkan sedikit sakit di kaki aku. Esoknya kami ada program so aku kena la jaga sikit kaki aku ni. Start dr hari p'tama tu aku kenal dgn Kak Mira. Orgnya pun ok, sentiasa senyum je. Dia tak pernah m'rungut dgn tugas yg dia jalankan dan dia tak pernah pun m'gelakkan diri dr m'bantu aku. Semua org ingat aku ni m'gada2 tp diaorg tak lalui apa yg aku rasa sakit di kaki b'denyut2 dan makin bengkak apabila aku bawa b'jalan m'ikuti aktiviti yg dijalankan. Nasib aku ada bawa p'balut kaki dpt la juga kurangkan sikit sakit kaki aku yg b'denyut2.
Lps dr peristiwa di Jengka tu, kami terus rapat. Aku dah rasa happy sgt2 bila kenal Kak Mira ni. Start dr dia tolong urut kaki aku tu, kami dah mesra. Well, aku la yg buat gempak kat dia. Masa dia nak urut tu aku tujuk la tmpt yg sakit tiba2 aku m'jerit k'sakitan. T'kejut dia time tu. S'benarnya tak sakit pun sedap ada la sbb kena urut, lega sikit sakit kaki aku. Bila aku tengok muka dia time tu punya la lucu sgt2 sbb dia t'peranjat tambah lg muka takut2 sbb dia dengar aku m'jerit. Lps tu aku boleh gelakkan dia kat situ juga. Dia pun t'gelak juga. Dia ckp kat aku, "pandai ya buat lawak nak kenakan akak..." aku senyum je time tu sbb seronok.
Balik dr Pahang kami masih b'hubung sbb kami dah tukar no tel time kat Pahang. Kalau kami tak mesej pun aku akan nampak Kak Mira juga sbb kami satu jabatan. Kelas dia pun kadang kala s'belah kelas aku je cuma waktu kami saja b'beza. Dia senior semester 6 dan aku pulak baru semester 1. Buat masa tu, hanya Kak Mira la senior yg aku rapat sbb kami sama kursus. Ada juga senior kelas dia yg aku kenal tp aku lebih selesa m'genali Kak Mira dr yg lain2. Aku ni kenal senior pun sbb aku ni selalu sgt sedekahkan senyuman kat diaorg. Hehehehe...
Aku ni kerap juga la mesej dgn Kak Mira dan dia tak pernah tak balas setiap mesej2 yg aku hantar. S'boleh2nya dia akan hantar juga kalaupun dia sibuk dia akan beritahu aku. Tp dia pun s'benarnya happy bila mesej dgn aku sbb dia yg cakap sendiri. Sampaikan dia ckp dia lebih byk mesej dgn aku dr dia mesej dgn boyfriend dia aka suami dia skrg. Apa boleh buat aku kan selalu hiburkan hati org. Aku rasa aku mcm dah lama kenal Kak Mira walaupun pd hakikatnya baru berapa hari aku kenal dgn dia. Tgk muka Kak Mira aku jd tenang.
Kak Mira pernah tanya selalu aku pergi jalan2 di mana kalau hujung minggu. Aku ckp tak jalan pun sbb aku selalu duduk kat bilik je. Habiskan masa cuti di bilik sendiri. Aku ckp malas nak jalan, lagipun kalau b'jalan ni nanti kaki aku sakit lg. Aku ada ckp juga kalau tiap minggu tu aku hanya tengok je kawan jalan2 sbb diaorg tak pernah ajak aku jalan sama. Ala setakat kat Shah Alam tu aku dah puas b'jalan dan mmg hati aku pun tak pernah t'buka utk pergi jalan2 di mana2 pun. Cuma aku cakap kat dia aku t'ingin sangat nak pergi Mid Valley.
Kak Mira pun s'benarnya jarang juga keluar jln2, dia lebih suka duduk di bilik. Tp entah mcm mana satu pg tu awal2 lagi kami dah mesej2. Aku rindu s'benarnya nak mesej dgn Kak Mira itu pasal pg2 lagi aku dah mesej dia. Dia pun balas, t'nyata dia pun rindu aku juga. Hish!!! Kak Mira ni apa yg aku rasa semuanya pun dia rasai juga. Aku ada la t'gerak nak ajak dia keluar jalan2 cuma aku takut kalau2 dia ada date dgn boyfriend dia si Abg Taufiq. Tiba2 Kak Mira yg b'suara dulu. Dia nak ajak aku keluar sbb dia free hujung minggu tu. Aku pun apa lagi setuju la sbb ada org ajak jalan2. Best2!!! Aku pun tak tahu apa yg best tp hati aku b'bunga2.
Slps b'siap2 dan waktu yg dijanjikan kami pun m'mulakan langkah kaki kami. Aku pergi dapatkan Kak Mira di blok dia. Senyum je Kak Mira time tu nampak aku dr jauh. Aku pun senyum juga la balas kat dia. Kak Mira kata "kenapa Wida tak ckp nak pakai baju kemeja ni. Td akak pun dah nak pakai baju mcm Wida tau tp tak jadi. Kalau tidak tentu kita pakai baju yg sama". Aku senyum je la sbb aku malu s'benarnya keluar dgn Kak Mira tp aku cover sbb Kak Mira ni asyik tenung aku je. Segan la aku dgn dia. Dia dah la putih, cantik, comel, lemah lembut segala2nya la dia sbb tu aku suka tgk Kak Mira ni.
Kami naik teksi m'nuju ke stesen komuter Batu 3. Aku ni ikut je la langkah Kak Mira sbb aku ni nama naik komuter mmg jarang sgt2 sbb aku kan suka duduk di bilik dr keluar b'jalan2. Tp kali ni boleh juga dikatakan first time keluar jalan2 di tempat yg jauh. Kalau setakat Giant yg hampir dgn Stadium Malawati tu selalu juga la aku pergi sbb dekat sgt dgn politeknik hanya jalan kaki saja. So tak hairan la sangat. Dlm p'jalanan tu Kak Mira surprise kat aku dia ckp nak bawa aku jalan2 pergi Mid Valley. Hahahaha pandai Kak Mira nak happykan aku, cepat je dia makbulkan k'inginan aku. Thanks Kak Mira.
Masa nak beli tiket dua hala pergi ke Mid Valley Kak Mira ajar aku cara2 nak beli. Aku pun tengok la cara2 mcm mana nak beli sbb Kak Mira kata lps ni aku dah boleh beli sendiri kalau aku nak naik komuter. Kak Mira kata kalau nak pergi ke area Kuala Lumpur kena seberang ke bahagian sebelah drpd kaunter tmpt kami beli tiket tu. Naik jejantas la tu maksudnya. Mula2 tu agak pening2 jugak nak fahami tp lama2 dah dpt baca juga. Nama pun belajar dr pengalaman. Kalau tak naik komuter mcm mana nak ada p'galaman.
Tak lama aku tunggu cepat je komuter sampai, aku pun ikut la Kak Mira m'langkah ke dlm komuter. Fuhh!!! penuh la pulak time tu, so terpaksalah kami b'dua b'diri sbb dah takde tempat duduk kosong. Kak Mira tarik tangan aku pergi ke belakang dekat dengan pintu keluar masuk. Nasib la kat ruang tu takde orang langsung, hanya aku dgn Kak Mira b'dua je. Pandai betul la Kak Mira ni cari tempat yg jauh dr org. S'panjang p'jalanan tu kami b'bual mcm2 perkara dr A sampai Z. Kejap2 aku t'senyum, kejap2 aku nampak Kak Mira pulak yang t'senyum dengar apa yg aku ceritakan. Best sangat2 aku rasa masa tu.
Aku rasa masa tu kami pun tak kisah dah kalau kami tak dpt duduk sbb Kak Mira dgn aku duduk kat lantai dlm komuter tu. Ala bukan nampak org pun so kami dgn tak malu duduk la kat lantai sambil b'bual2 panjang. Ni la kali pertama aku buat mcm tu. Apa yg uniknya ttg Kak Mira ni aku suka tgk ekspresi muka dia sbb selalu sgt b'ubah2, pandai dia buat muka yg mcm2 gaya. Mungkin sbb itu Abg Taufiq suka kat Kak Mira ni. B'untung Abg Taufiq dpt Kak Mira. Kalau aku ada abang pun aku suruh abang aku jadikan Kak Mira kakak ipar aku. Tp aku mana ada abang. Aku je anak ke 2 dr 4 org adik beradik.
Aku rasa sampai area2 Pantai Dalam komuter dah mula penuh so aku dgn Kak Mira dah bangun sbb nak selamatkan diri. Aku sentiasa kat s'belah Kak Mira tak nak jauh2 sbb kalau apa2 b'laku susah la. Ruang yg kami lepak tadi pun dah penuh orang. Utk Ke Mid Valley kami kena tukar komuter di KL Sentral. Tp time tu aku bagitau Kak Mira aku nak pergi ATM sbb aku memang dah kering poket. Cucuk kat dinding keluar la duit. Senang je. Tambang teksi td pun Kak Mira yg bayar termasuklah aku punya tiket komuter ke Mid Valley.
Lps selesai cucuk dinding aku pun ikut ke mana Kak Mira pergi sbb Kak Mira dah pesan kat aku "wida ikut je akak dari belakang ok". Tiba2 masa kami sama2 nak naik komuter ke Mid Valley entah mcm mana Kak Mira dgn aku terpisah padahal time tu aku dgn Kak Mira dah b'diri sebelah2. Kak Mira ke kanan dan aku ke kiri sbb kat situ ramai yg b'rebut2 nak naik komuter. Bayang Kak Mira pun aku tak nampak masa tu, dah tu aku fikir aku dah nak keluar semula dr komuter tiba2 pintu pulak dah ditutup.
Ah sudah!!! aku binggung. Aku cepat2 la mesej Kak Mira tanya dia di mana...takut la aku kalau aku naik s'org dan Kak Mira t'tinggal kat KL Sentral. Aku ni kan org kampung mana biasa dgn komuter2 mcm ni. Dah tu tgk org2 yg ada kat dlm tu buat aku lebih takut. Tiba2 aku dpt mesej balas dr Kak Mira. Dia ckp dia dah masuk td, dia pun risau juga sbb dia pun tak nampak aku. Entah mcm mana kami boleh terpisah. Adoi!!! susah hati aku. Lps kami balas b'berapa mesej akhirnya aku nampak Kak Mira b'dasarkan 'klu' yg dia bagi. Dia pun dah nampak aku. Dia cakap "wida stay kat situ je tau nanti akak datang" dgn muka dia yg risau2.
Tak ada ruang langsung aku nak b'gerak ke tempat Kak Mira. Dlm pd tu sempat aku dpt mesej dr Kak Mira dia cakap "adik, jgn takut tau. Akak akan p'hatikan adik dr tmpt akak b'diri skrg". Aku just ckp ok je. Risau sgt Kak Mira ni, aku ok je sbb aku dah nampak dia kira ok la tu. Agak2 dah nak sampai Mid Valley Kak Mira mesej aku dia bagitu kena turun. Punya la ramai org nak turun dan masuk keluar dr komuter ni. Aku ni dah mcm apa la t'kedepan t'kebelakang. Adoii!!! sakit ooo. Tp nasib la bdn aku ni di tolak2 ke luar.
Tiba2 aku dpt rasa tangan aku ditarik org, tapi aku tak nampak siapa. Bila aku toleh rupa2nya Kak Mira yg tarik tangan aku dr celah2 org ramai tu. Dia pun tak peduli org2 yg ada kat situ, aku apa lagi habis semua org aku rempuh. "Sorry wida akak tak sengaja biarkan wida jalan belakang akak tadi". Aku ckp takpe la kak, dah benda nak terjadi. Lps dr tu s'panjang p'jalanan kami Kak Mira pimpin tangan aku sbb dia kata takut aku tertinggal lagi kat belakang dan dia tak nampak aku. Aku ikut je la sbb Kak Mira dah tarik tangan aku.
Kak Mira punyalah risau td sbb tiba2 dia tak nampak aku walhal dia fikir aku ikut belakang dia. Memang aku ikut belakang dia tp tiba2 kami terpisah sbb org dah tolak2 kami jd t'pisah la kat situ. Kami pun round2 la sekitar Mid Valley tu, dah sampai satu tahap aku penat dan minta Kak Mira cari mana2 tempat yg kami boleh duduk. S'benarnya Kak Mira pun dah penat b'jalan, dia pun sakit kaki juga. Last2 serentak kami tanya "kita nak makan kat mana?". Huhuhu masing2 ketawa. Apa la Kak Mira ni.
Dua2 putuskan utk mkn kat KFC je. Pandai Kak Mira pilih tempat duduk, jauh dari org lalu lalang dan t'sembunyi sikit tempat duduk tu. "Pandai Kak Mira pilih tempat duduk." Dia senyum je sambil ckp "akak tau wida malu sbb tu akak pilih tempat yg t'sembunyi sikit." Sambil tangan dia bukakan aku punya makanan. Semua dia buatkan utk aku t'masuklah buka sos paket tu dan cucukkan straw kat minuman aku. Hai!! b'tuah betul la keluar dgn Kak Mira ni, semua dia yg buatkan. Tinggal aku masukkan makanan dalam mulut je. Thanks again...
Aku kalau makan dgn org yg aku tak biasa keluar ni mmg aku tundukkan je muka aku. Kalau tak pun aku makan lambat2 smpi kadang2 org kena tunggu aku lama sbb aku nak habiskan makanan aku. Apa la aku ni, sengal betul. Emm....nak buat mcm mana dah diri aku memang macam ni sbb tu la aku tak pernah keluar makan. Mak aku tak ajar aku makan kat kedai, mak aku la selalu yg masak kat rmh. Aku pun tak t'ingin sgt nak makan kat kedai. Tp aku skrg jauh dgn mak aku so aku kena makan kat kedai.
Cepat betul Kak Mira makan, aku yg t'kial2 nak makan dia dah siap dulu. Aduh!!! Kak Mira kena tunggu aku la nampaknya mcm ni. Sorry Kak Mira kata aku dalam hati. Tp dia mcm tau je time tu sbb dia ckp kat aku makan slow2. Aku pun makan lg slow sbb dia dah kata mcm tu. Tiba2 dia cakap "Abg akak kirim salam kat wida. Dia kata suruh akak jaga wida baik2." Aik sampai mcm tu sekali abg syg Kak Mira pesan. Emm...rupa2nya dlm diam Kak Mira dah report kat abg dia sbb tu abg dia boleh pesan mcm tu pd Kak Mira. Aku t'senyum je masa Kak Mira tunjuk kat aku mesej yg boyfriend aka suami dia bagi.
Sampai mcm tu sekali org b'cinta ni, kalau aku b'cinta satu masa nanti mcm mana la agaknya hish!!! tak t'fikir dek akal aku ni. Siapa juga la nak dekat aku ni. Hahahaha...lupakan je la. Aku dgn Kak Mira b'jalan2 lagi dlm Mid Valley, lepas satu kedai ke satu kedai kami singgah. Sampai penat lagi kami b'jalan di sana. Bila masing2 tgk jam kat tangan hemm...lewat dah ni. Takut kalau sampai pagar politeknik dah tutup pulak, kami pun ambil kata sepakat balik sebelum pintu pagar tutup.
Nasib la balik tu agak mudah sikit dan yg paling risau Kak Mira, dia sentiasa pegang tangan aku dan dia akan pastikan aku ikut dia ke mana pun dia b'jalan. Mesti td Kak Mira ada ckp kat abg syg dia yg kami t'pisah dan hampir2 aku hilang dari pandangan mata dia kalau tidak kenapa mesti abg dia pesan kat Kak Mira supaya jaga aku baik2. Aku rasa tak puas b'jalan dgn Kak Mira tp takpe la mungkin ini je masa yg aku ada dgn Kak Mira. Terima kasih yg tidak t'hingga kepada Kak Mira bawa aku pergi jalan2.
Disebabkan Kak Mira dah beli tiket dua hala jadi kami tak perlu la beratur panjang2 nak beli tiket. Perjalanan pulang kami lancar dan balik tu kami dpt tempat duduk. So aku pun b'rehat la dlm komuter s'panjang p'jalanan pulang. Tp masih lagi aku b'bual dgn Kak Mira. Masing2 penat la lagaknya padahal bukan b'lari pun just jalan2 je. Tiba di politeknik kami pun b'pisah. Kami lain bangunan asrama. Thanks a lot to Kak Mira. Always make me happy. Hehehehe.
Kalau jumpa Kak Mira di jabatan awam kami masih b'tegur juga dan yg paling aku ingat aku dr jauh dah nampak Kak Mira cuma dia yg tak nampak aku. Jd aku fikir nak t'kejutkan dia. Aku sorok belakang pintu kat makmal sains, sampai je dia kat depan pintu tu aku sergah dia. Punya la dia t'kejut. "Akhirnya nampak juga akak senyum. Akak ni muka masam je kenapa. Senyum la sikit". Last2 dia senyum juga sbb nampak aku. Apa la Kak Mira ni buat lawak je dgn muka dia yg unik tu.
Walaupun kita dah b'pisah jauh Kak Mira tetap dlm ingatan wida sampai bila2. Wida hanya ada Kak Mira s'org saja sbb wida takde Kak Mira yg lain. Wida doakan moga Kak Mira b'bahagia disamping Abg Taufiq. Setia dia m'nunggu Kak Mira dan akhirnya m'langsungkan perkahwinan pd 19 Jun 2011. Wida turut gembira dgn p'kahwinan Kak Mira dan Abg Taufiq tp sayang wida tak dpt nak kongsi k'gembiraan b'sama mereka. t'lalu jauh utk ke sana m'raikan majlis bahagia kalian. Moga doa wida m'iringi k'bahagian kalian. Sekian...
Ku Bahagia
Artist: Melly Goeslaw
Di atas bumi ini ku berpijak
Pada jiwa yang tenang di hariku
Tak pernah ada duka yang terlintas
Ku bahagia
Ingin ku lukis semua hidup ini
Dengan cinta dan cita yang terindah
Masa muda yang tak pernah kan mendung
Ku bahagia
Dalam hidup ini
Arungi semua cerita indahku
Saat-saat remaja yang terindah
Tak bisa terulang
Ku ingin nikmati
Segala jalan yang ada dihadapku
Kan kutanamkan cinta tuk kasihku
Agar ku bahagia
No comments:
Post a Comment