Mimpi Yang Tak Sudah
Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi
Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman
( korus )
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang
Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah
( ulang korus hingga akhir )
Assalammualaikum...Saya anak ke-2 berasal dari Batu Pahat kini menetap di Pontian. Masih menuntut disalah sebuah universiti tempatan. Suka berangan, suka berbual dengan orang yang suka bercakap sbb kalau dia senyap mmg dia taknak berbual la tu, atau dia takde modal.
engkau boleh !!
Tuesday, June 14, 2011
Last Aku Dan RXZ Biru
S'belum dia balik ke negeri asal dia, mmg dia byk luangkan masa di rmh aku. Slps dia balik ke negeri dia belum tentu dia akan datang ke sini lagi. Dan yg aku pasti aku takkan jumpa dia lagi sampai bila2 sbb masa dan k'jauhan m'bataskan segala2nya. Mmg kwn selalu datang dan pergi tp aku rasa dia kawan yg entah datang dr mana aku pun tak pasti sbb dia tiba2 muncul dlm satu episod baru ketika aku sedang m'jalani praktikal. Aku kira dia kwn biasa tetapi betul2 m'berikan kesan bukan pd aku shj tetapi pada mak aku yg tersayang.
M'hitung hari k'berangkatannya aku tidak m'rasakan apa2 sbb aku sudah terbiasa dgn p'pisahan. Saat dia m'beritahu utk pulang ke tempat asalnya tidak m'gejutkan aku kerna aku tahu k'wajipan dia m'nimba ilmu di situ telah b'akhir dan dia perlu utk m'neruskan k'hidupan m'cari rezeki duniawi. P'siapan serta m'gemas segala2nya telah dilakukan dgn rapi dan dia pastikan tiada apa yg b'harga t'tinggal di sini. Aku siap pesan pd dia supaya check semua barang2 dia agar tidak t'tinggal.
Mak aku ni siap bekalkan dia makanan popular negeri Johor iaitu kerepek. Macam2 jenis kerepek yg mak belikan utk dia. Mak pesan supaya beri buah tangan pd org jauh. Bayangkan la dia m'bawa semua barang dgn m'naiki motor RXZ biru dia tu. Di tempat duduk belakang tentulah beg bajunya, ditambah lagi dengan beg sandang belakang dan beg sandang tepi. Penuh dan sarat dengan muatan tp dia tetap bawa. Adalah beberapa barang yg dia tumpang simpan di rumah aku. Katanya dia akan ambil ketika dia hadir ke majlis konvokesyen pd tahun depan.
S'belum dia pulang aku sempat makan tengahari buat kali t'akhir dgn dia b'sama keluarga aku iaitu mak dan adik aku. Kami sempat b'gurau dan ketawa gembira. Mak kata "lepas ni kalau dah balik kampung jangan la lupakan kami di sini. Kalau ada kelapangan datang la jenguk kami di sini, pintu rumah sentiasa t'buka utk terima k'hadiran kamu". Aku rasa mak m'luahkan kata2 itu dengan perasaan sayu dan sebak. Dia m'angguk dan dia kata "saya takkan lupa jasa baik makcik dan Ida sekeluarga. Saya akan ingat sampai bila2".
"Nanti masa konvokesyen saya datang lagi. Saya nak Ida pun ada juga masa saya konvokesyen. Kalau dia tak dpt nak balik saya akan jemput dia kat shah alam naik motor". Penuh yakin dia b'kata2, aku hanya m'jeling ketika dia b'kata b'gitu. Adakah itu satu janji atau sekadar kata2 manis di mulut sahaja. Aku dah bayangkan bila dia nak jemput aku di shah alam nanti. Kalau kawan2 aku semua tahu tentu aku jd bahan gelak kawan2 aku. Kawan2 aku ni mana pernah nampak aku keluar dgn mana2 lelaki sbb aku jarang keluar lepak2 dan enjoy2 habiskan masa.
Aku pegang kata2 dia walaupun bukan janji tp aku rasa ianya pasti. K'pulangan dia aku iringi di depan rumah. S'gala foto kenangan dia di sini aku serahkan kepadanya. T'lalu manis utk dikenang dan bila2 masa sahaja akan menjadi kenangan pahit buat aku. Kami m'lambai tangan di atas p'mergian dia m'ninggalkan kami saat itu. Dari wajah dia mmg tiada k'sedihan tetapi dlm hati dia siapa yg tahu, hanya dia yg m'rasai ketika itu. Dan AKU ah!!! tidak s'kali pun m'nitiskan air mata. "Kau tak sedih ke wahid dia dah balik" tanya mak aku. "kenapa nak sedih mak...biasa la p'temuan akan b'akhir dgn p'pisahan juga". Jawapan aku ringkas sambil b'siap2 utk ke tempat praktikal semula. S'benarnya aku nak lari dr p'soalan yg mak aku akan tanya b'tubi2.
S'panjang petang tu aku takde mood nak buat kerja, aku buat la apa2 yg aku rasa aku mampu lakukan tp yg pasti bukan kerja2 yg b'faedah. B'berapa jam lps tu aku dpt mesej dari dia yg m'gatakan dia sudah selamat sampai di kampungnya. Semua yg ada di kampungnya rindu akan dia kerana dia sudah lama tidak pulang ke kampung. S'belum ni, dia mahu pulang ke kampung tetapi kewangan yg m'bataskan segala2nya so dia tunda hasratnya itu setelah selesai p'gajiannya di sana. K'sempitan wang dan tiada pinjaman m'buatkan dia sukar utk pulang ke kampung.
Pada awal k'pulangan dia ada la dia m'hubungi aku tetapi entah kenapa esok, lusa dan hari2 m'datang langsung tiada khbr ttg dia. Apabila dpt dihubungi dia selalu shj m'gelak dan katanya tiada kredit. Apabila sudah di topapkan ada la sekali dua dia balas mesej aku lepas tu dia mcm m'gelakkan dan sering m'berikan alasan2. Ada ketikanya dia m'beri alasan dia ke padang b'main bola sepak b'sama rakan2nya dan ada kalanya dia m'beritahu tidak m'yedari panggilan masuk serta tidak m'yedari SMS yg aku kirimkan.
S'hinggakan pd satu tahap aku m'hantar b'berapa mesej seperti m'perli dia. Aku katakan pd dia sudah lupa dgn kami s'keluarga dan yg paling aku ingat mesej aku tu byk kepada ke arah negatif. Tidak perlulah aku tuliskan di sini kerana aku rasa org hilang k'sabaran shj yg boleh m'geluarkan kata2 seperti itu. Aku masih tidak faham kenapa dia buat macam tu pd keluarga dan pd aku sbg kawan dia. Perlukah nama kawan itu saling m'lupakan dan saling tidak m'ingati walaupun jauh.
S'minggu begitu, s'bulan begitu, setahun juga b'gitu dan akhirnya aku penat utk m'hubungi dia. Aku juga belajar terima hakikat di mana kawan itu sentiasa datang dan pergi. Pd satu malam entah kenapa semua ini m'gusik sanubari dan hati wanita aku hingga aku m'nangis dan m'nitiskan air mata hanya kerana s'org lelaki yg dikatakan kawan. Beginikah kawan namanya. Aku harap aku tidak akan m'punyai kawan seperti ini lagi cukuplah kamu s'orang yg sudah m'buatkan hati aku sedih tidak t'hingga. Sedih bukan kerana apa tetapi ttg satu hal ini...
Mak menangis bila t'pandang pinggan yg dia gunakan utk makan, dan apabila aku m'nemani mak tidur mak m'nangis seperti t'bayangkan wajahnya dan yang paling ketara ketika solat pun mak m'nangis. Sayu hati aku bila tengok mak m'nangis sbb mak dah anggap dia tu mcm anak mak sendiri dan mak bukanlah t'lalu taksub dgn dia cuma dia sedikit s'banyak m'bawa k'gembiraan pd mak aku s'panjang dia ada di sini. Mak lagi sedih dgn perbuatan dia yg tidak m'balas setiap mesej yg dihantar dan tidak m'jawab setiap panggilan. Puas aku pujuk mak hinggakan aku rasa bengang dgn situasi dlm rumah aku ketika itu. Penuh dgn k'piluan. Suram dan tidak ceria.
Aku tak boleh tengok mak yg aku sayang m'nangis hanya kerana s'orang kawan yg sudah mula m'lupakan aku. Aku mula m'gemas dan m'yimpan segala pinggan mangkuk yg digunakan ketika dia hadir kerana pada pandangan mak aku ianya akan m'buatkan mak aku sedih apabila terpandang semua itu. Kedudukan kerusi meja aku ubahkan pd bentuk yg b'beza. Supaya kelihatan semuanya lain dr yg sebelum ini. Semua ini sudah m'jadi sejarah dlm hidup kami.
Hari b'ganti hari, minggu b'tukar minggu, dan bulan b'ubah tibalah masa dia m'ghadiri majlis konvokesyen. Ketika itu aku sedang m'nuntut di shah alam sedang m'habiskan sisa baki kuliah aku di sana dan ketika aku sedang m'ikuti kelas aku terima mesej dr dia dan dgn gembiranya dia m'beritahu aku dia mahu m'hadiri majlis konvokesyen. Aku sekadar m'gucapkan tahniah pd dia. Berita itu telah pun aku ketahui semalam drpd mak sbb mak aku tanya dia ada mesej aku atau tidak. Mak ada cakap yg dia nak tumpang di rumah kami s'panjang majlis dia.
Ketika itu aku hanya m'beri jawapan supaya dia b'tanyakan kepada mak samada mak benarkan dia tumpang kerana rmh itu rmh mak bukan rmh aku. Aku s'benarnya dah berapa bulan tak balik ke kampung sbb komitmen yg b'mcm2 kat shah alam. Aku rasa mcm malas nak layan setiap mesej2 dia dan ada kalanya aku hanya biarkan shj mesej dia masuk tanpa m'balas. Aku nak dia rasa juga mcm mana rasanya bila kiriman mesej2 kita tidak dibalas. Dan aku terima satu mesej ni "kalau tak sudi saya tumpang pun tak apa saya lebih rela tidur di mana2 masjid". Begitulah bunyi mesej dia yg aku terima. Emm minta simpati atau apa itu aku tidak pasti.
Aku tak t'sentuh langsung dgn kata2 dia sbb aku rasa dia lelaki yg boleh b'dikari utk bawa diri. Dia lupa pd janji dia bahawa dia nak jemput aku kat shah alam utk sama2 hadir majlis konvo dia. Tp semua itu tinggal janji. Takpe la, aku bukan kemaruk sgt nak pergi majlis mcm tu. Tp aku masih waras dan beberapa ketika sblm majlis konvokesyen itu b'laku aku telah sediakan utk dia s'jambak bunga warna hijau yg aku minta mak aku sampaikan kepada dia. Walaupun dia lupa pd janji dia tp aku tak lupa hari kegembiraan dia utk m'nerima ijazah. Tahniah!!!!
Kata adik aku dia dtg naik kereta, semua barang2 yg dia tumpang kat rumah aku dia dah ambil. Mak dgn abah aku sbg wakil keluarganya yg masuk ke dewan utk m'yaksikan dia m'nerima ijazah masa tu keluarganya tidak s'orang pun yg hadir. Masa dia tumpang kat rumah aku tu dia rajin pulak hantar mesej kat aku tp disebabkan aku sibuk aku tak balas pun dan tiba2 dia buat andaian yg aku ni merajuk dgn dia. Ah!! takde maknanya aku merajuk, buang masa je.
Betul la kata mak aku, jauh di mata jauh la di hati. Aku rasa cukuplah sampai di sini aku penat utk m'lalui semua ini. Benda yg belum pasti dan hanya dtg seketika cuma. Kenangan biarlah ia b'lalu cuma s'kali sekala m'jengah diminda tidak la salah kerana susah utk dipaksa m'lupakan. Aku dedikasikan lagu ini yg aku kira amat m'dalam di dalam diri aku. Ada hikmah kenapa Tuhan datangkan dia pada aku ketika itu. Aku hargai dan m'nerima s'adanya keadaan ini. Selamat tinggal kenangan dan selamat b'bahagia hati ini utk selama2nya. Assalammualaikum...
Ibnor Riza
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Zone Wida Tersayang
LIKE
: Wida love to talk :: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :
No comments:
Post a Comment