Dari kecil aku memang selesa b'rambut pendek. Semua org igt aku ni lelaki ditambah pulak muka aku ni mcm lelaki masa kecil2 dulu dgn rambut pendek lagi. Nama je perempuan tp semua org panggil aku wahid. Wahid kan nama lelaki tp itulah yg selalunya org panggil kat aku. Aku pun dah selesa dgn panggilan nama tu sampai la sekarang. S'ingat aku, last aku potong rambut time aku darjah 5 kot sbb time tu aku ni suka tgk org yg b'rambut pendek so aku pun ikut2 la sbb nampak comel and ada style sendiri. Aku suka bila rambut aku disodok...
Bayangkan la kalau dr umur aku 11thn hingga umur aku skrg 24thn aku tak potong rambut agak2 panjang sampai mana???? Emm bayangkan la sendiri. Hehehehe =) well s'benarnya masa aku darjah 6 kot ada org tegur aku dia kata aku macam lelaki sbb rambut pendek. Perghh!!! aku pantang ni kalau org tak puas hati dgn aku, bukan apa, takde kena m'gena pun dgn org lain tiba2 rambut aku jd bahan pulak dipersoalkan.
Entah mcm mana aku nak buktikan pada org tu so aku pun rasa aku tak perlu potong rambut dan aku nak tunjuk kat org yg cakap aku macam lelaki tu. Aku memang tak perasan pun bila rambut aku mula panjang yg aku ingat aku terasa mcm nak ikat je rambut aku tiap hari bila rambut aku dah m'cecah paras bahu. Kalau ikutkan rambut aku ni susah nak ikat sbb aku ada pusar di depan sebelah kiri. Kalau dulu rambut aku pendek m'buatkan rambut yg b'pusar di depan tu s'olah2 mcm payung tutup dahi aku. Itu yg aku suka...
Mula tu aku tak kisah la pasal rambut ni sbb yg aku tahu aku dianugerahkan rambut yg lurus b'warna hitam + coklat2 bila tgk dari dekat. Bila aku b'ada di sek menengah ada la budak2 tegur aku dia kata "nama macam lelaki tapi rambutnya panjang". Ala aku tak kisah pun org nak kata apa2 pun yg penting aku ada rambut. Dulu aku lawan dgn kakak aku siapa rambut yg paling panjang dialah yg menang. Tup2 masa kakak aku ting.4 sek teknik dia suruh aku potong rambut dia, emm nampaknya terang2 kakak aku kalah dgn aku. Pendek gile aku potong rambut dia.
Mak aku punyalah marah time tu tp takleh nak kata apa la sbb rambutnya dah dipotong. Yahoo aku dah menang dan kakak aku kalah. Tp takde ganjaran apa2 pun yg kitaorg janji. Aku biarkan je la sbb aku yg potong rambut kakak aku tu. Aku ni kadang2 malas nak sikat rambut tp mak la yg selalu sikatkan rambut aku. Mak aku kata hidup kita ibarat rambut. Kadang kala rambut kita kusut dan seperti itulah hidup kita yg kadang kala kusut tiba2.
Rambut kita juga hidup, kalau tidak kenapa rambut kita makin hari makin panjang. Mak kata kalau kita dapat leraikan kekusutan rambut kita tu s'benarnya p'watakkan kita juga begitu yg boleh m'yelesaikan masalah. Kekusutan itu s'benarnya kan masalah. Oleh itu, kita s'benarnya b'jaya m'yelesaikan masalah kita sendiri apabila kita dapat meleraikan simpulan2 rambut yg m'buatkan ianya m'jadi kusut. Thanks mak...
S'karang rambut aku dah m'lepasi paras bawah lutut, aku rasa mcm belum nak potong lagi sbb terasa sayang pulak nak potong. Selama ni aku bawa rambut aku yg panjang ni ke mana2. Ramai kawan2 aku tanya tak susah ke nak jaga rambut panjang. Aku rasa tak susah la sbb aku sendiri yg uruskan bukan orang lain.
Dulu kat sek teknik ada la beberapa budak junior ni suka sangat sikatkan rambut aku. Kalau budak tu nampak je rambut aku basah dia cepat2 cakap "nanti kita nak sikatkan rambut kak wahid ye" yahoo....best2 sbb aku mmg suka kalau ada orang tolong sikatkan rambut aku yg semenangnya panjang ni. Aku sampai terlena bila diaorg sikatkan rambut aku. Last2, diaorg biarkan je aku tertidur kat katil diaorg.
Semua kawan2 aku jealous sbb aku rapat dgn junior2 aku time tu. Hehehe...sampaikan rambut aku pun diaorg nak tolong sikatkan. Terima kasih adik2 aku dorm Elok 3, kak wahid sayang sgt2 kat kamu semua. Aku tak pernah paksa tp diaorg sendiri yg rela hati nak sikatkan rambut aku.
Dulu aku pernah sekali mimpi rambut aku kena potong. Fuh!!! nasib baik mimpi je tau. Aku ni bangun2 je dari tidur aku rasa ada airmata aku m'galir kat pipi. Terus aku cakap kat mak yg aku mimpi rambut aku kena potong. Sedih giler la time tu. Tapi bila aku dah bangun dan aku pegang rambut aku ternyata masih panjang. Syukur alhamdulillah.
Mak aku suruh aku potong rambut time aku nak kahwin nanti. Mak aku kata time tu nanti tanyalah kat suami aku, dia nak lihat muka aku ni tiap hari dgn rambut yg panjang atau pendek. Kalau dia nak aku rambut pendek, aku potong la, kalau dia nak aku b'rambut sampai paras bahu aku potong la paras bahu. Huhuhuhu...tp apa2 pun boleh terjadi so aku tak m'gharap la suami aku nanti nak yg mcm mana. Kenalah terima aku seadanya.
Kalau dulu setiap tahun aku akan ambil gambar pada hari kelahiran aku iaitu 27 Julai. Saja nak tengok rambutnya sampai mana. Tp sejak kemera dah rosak aku dah tak ambil gambar lagi mcm dulu. Apa2 pun aku rasa selesa walau panjang mcm manapun rambut aku ni.
Kalau satu masa nanti aku nak potong rambut aku rasa nak rakam video pulak. Mana tahu masa kena potong tu b'jurai2 air mata ke. Hahahaha....mcm budak kecik pulak aku ni. Ala biarlah dah namanya rambut ni hidup dgn aku. So, aku nak nangis ke apa ke aku punya suka la.
Setakat ni, cuma kawan2 di hostel dan family je la tahu aku rambut panjang sbb aku kan pakai tudung. Mana orang lain nampak. Aku nak bagi sikit nasihat ni, mana2 orang yg terasa dia m'jaga maruahnya sbg s'orang umat Islam, tolong la pakai tudung walau ke mana2 pun. Aku ckp mcm ni bukan apa, aku ada kenangan sbb orang tengking aku disebabkan rambut dia dah dilihat oleh orang yg bukan muhrimnya walaupun di dalam gambar.
3 comments:
Jarang dah jumpa wanita berambut panjang skrg ni
Jarang dah jumpa wanita berambut panjang skrg ni
Jarang dah jumpa wanita berambut panjang skrg ni
Post a Comment