S'panjang aku praktikal tu yg tinggal dirumah hanya 3org je iaitu mak, aku and adik bongsu aku yg masih b'sekolah form5. So, kami ni selalu la sgt keluar b'tiga pergi mana2 pun. Kakak aku yg sulung ketika itu sedang m'nuntut di Politeknik Johor Bahru, adik lelaki pula m'cari ilmu di GiatMara Benut, dan bapa aku pula ketika itu m'guruskan p'niagaan warongnya di Ayer Baloi, Pontian dan tinggal b'sama adik lelaki aku. Ada sekali sekala atok aku dtg dr kampung nak tengok cucu2 dia. Kampung atok tak jauh dr rmh aku nak kata dekat pun tak la juga.
Nak kata sunyi kat rmh tidak la juga sbb aku ni byk ckp mak pun layankan je aku, adik pula akan cakap kalau dia rasa dia patut b'suara. Boleh dikatakan tiap hari la p'milik RXZ biru akan dtg rmh aku sbb mak ni rajin sangat m'masak so mak pelawa la dia dtg makan dirumah. K'betulan dapur dia mmg tak b'asap sbb masak air pun pakai kettle, kwn2 satu rmh sewa dia semuanya makan dikedai. So pakai tunjuk je la kat kedai lauk mana yg mereka nak makan hanya tinggal bayar shj.
Petang tu dia ada hantar mesej bagitau dia ada lawan bola kat padang univ. so dia tak dpt dtg rmh aku. Aku cakap takpe la sbb kalau dia datang pun aku byk diam je sbb tak tahu nak ckp apa. Mak la yg selalu layan tetamu, dah mcm polis pencen interview mcm2. Hahahaha nasib la siapa2 pun yg dtg rmh aku confirm akan disoal mcm2 dgn mak aku. S'benarnya mak aku ni peramah yg amat2 la. Kadang aku sendiri pun tak sempat nak kenal dgn kawan2 aku tp mak aku dah kenal dia lebih2 plak. Adoi...kadang2 aku malu tp mak aku pandai b'bual bicara.
Hujung minggu tu aku dgn mak dan adik bongsu pergilah padang univ. igt kan nak tgk dia main bola, tp hampeh tak nampak bayang dia langsung. Kalau nak mesej dia confirm la dia tak balas sbb dia main bola. Kami pulang dgn perasaan yg tak hampa langsung sbb mak aku belanja makan ayam. S'benarnya kami ni tak selalu makan2 di luar coz mak akan masak apa juga yg kitaorg nak makan. Mak tak pernah ajar kitaorg makan di kedai sbb makan kat rmh lg jimat katanya. So kami dah biasa la makan dirumah. Perancangan mak mmg bagus utk masa depan.
Tiba2 aku dpt mesej dr dia katanya kaki dia t'seliuh masa main bola. Jadi apa kena m'gena dgn aku. Aku just bgtau kat emak je ttg kaki dia. Dah tu mak kata suruh dia datang rumah. Kenapa pulak kaki dah t'seliuh nak datang rumah aku. Mcm mana nak jalan, gerak sikit je dah sakit ni kan pulak nak bawa motor. Alahai susahnya mcm tu. Tp dah arahan dr emak so aku sampaikan je la. Lgpn bila aku tanya dia dah makan ke belum dia jawab belum. So mak lagi la marah sbb dia kata nanti perut masuk angin. K'betulan ayam yg mak beli td banyak lebih.
Tak sampai 10 minit dia dah ada kat depan rmh aku. Kalau tak silap jam10 mlm juga dia dtg rmh aku. S'patutnya pukul 10mlm tu dia mmg dah balik ke rmh dia kalau dr rmh aku tp kali ni t'balik pulak. Kaki punya pasal la ni, dia kena dtg mlm2. Aku intai dr cermin tingkap, tiba2 mak aku cakap "cepat tolong dia tongkatkan motor dia." Aaiiikkk aku pulak yg kena tongkatkan motor dia tak pasal2. Humm aku ikut je la ckp mak. T'lari2 aku keluar rumah hanya kerana nak tongkatkan motor. Patut la dia lambat2 nak turun dr motor rupa2nya dia tak tahan sakit kaki.
Time aku dtg kat motor dia tu, aku ckp la "mak saya suruh saya tongkatkan motor." Dah ditongkat motornya takkan la aku pulak nak jadi tongkat dia. Tak sanggup aku nak papah dia, so dia jalan sendiri p'lahan2. Aku tgk je dr belakang huhuhu jahatnya aku ni... dulu kaki aku t'seliuh aku minta tolong kwn2 aku papahkan aku, tp kwn2 aku tu semua perempuan bkn lelaki so halal boleh pegang2. Dia lelaki takkan la aku nak pegang2 dia, haramkan dlm islam pegang2 bkn muhrim. Ssh ooo... Hemm no komen la tak dpt nak kata apa.
Lps mak hidangkan dia makanan tu apa lg dia pun makan la takkan nak tolak rezeki depan mata kan...aku tengok tv je. Tak sanggup nak m'hadap muka dia sbb kalau aku tgk muka dia aku jd kelu tidak t'kata walhal suara aku ni kalau kat rmh mmg b'gegar. Tapi kali ni bukan b'gegar tapi b'getar tak tentu pasal. Sengal la aku ni. Lps dia habis makan tu, aku la juga yg kemaskan sbb dia kan kawan aku. So sikit2 itu je la layanan yg aku dpt bg pd tetamu yg dtg kat rmh. Nak memasak mmg tak pro setakat masak air masih boleh lagi la.
Masing2 m'layan cerita di kaca TV, tiba2 aku dengar mak aku tanya dia mcm mana boleh t'seliuh. Dia kata masa dia nak sepak bola tu dia salah step. Terus mak aku cakap "agaknya masa nak sepak bola tu t'ingat buah hati yg kat kampung tak?" Hahahaha ambik ko sebijik...tak ada lapik2 lg mak aku ni cakap. Dia ketawa je, aku pulak dengarkan je la. Hish!!! korang silap nilai, apa korang igt aku jelous ke. Mana ada aku jealous sikit pun tak. Aku cuma kawan je dgn dia. Aku tak pernah tanya pun kat dia sama ada dah ada awek ke belum. Mak aku la yg buka mulut tanya dia, so dia jawab dah ada. Fuh!! lega aku dengar tp dia ada cakap lagi......(biarlah rahsia).
Mak aku tanya, kaki s'belah mana yg sakit dia cakap kiri. Aku tgk mmg ada bengkak sikit. Mak aku suruh aku ambil minyak urut. "Mak nak urut kaki dia ke?" aku tanya. Bukan mak yg nak urut tp wahid la yg tolong urutkan kaki dia. Kan wahid pandai urut. Haahh!!!! Ala kenapa pulak wahid yg kena urutkan. Mana boleh pegang2 lgpn wahid bukannya reti sangat urut2 ni. Actually aku mmg reti sikit2 urut2, baru aku pegang je dah sedap apatah lagi bila aku dah mula urut mmg org akan ckp sedap, kenapa tak cakap sakit. Pelik aku pelik.
Aku tolak juga bila mak aku suruh urutkan kaki dia. Ada ke patut mak aku boleh cakap tak apa sbb ni tengah darurat. Adoiii!!!! tak sanggup aku. Dah tu mak aku dgn atok aku yg k'betulan ada kat rmh pandang2 aku. Aku mulanya buat slumber je. Tp dia ketawakan aku. Dah tu mak aku boleh takut2 kan aku dia ckp biarkan je la kaki kawannya tu bengkak dah tu silap2 ada yg patah baru wahid puas hati agaknya. Aduhai mak bukan itu maksud wahid taknak tolong tp wahid mana pernah urut mana2 lelaki kecuali abah.
Lps tu mak aku ckp kalau aku tak berani nak urutkan mak suruh aku pegang2 je kat tmpt sakit tu supaya ambil berkat. Aik berkat apa pulak pegang2, ingat aku ni ada magik ke boleh sembuhkan sakit org dgn pegang2 je. Lepas beberapa kali aku dipujuk dgn mak and atok aku. Aku pun dgn muka monyok yg mmg tak suka nak urut2 kan org lelaki ni, dgn p'gerakkan yg sengaja aku lambat2kan akhirnya aku capai juga minyak urut tu. Muka aku terus b'ubah masa tu dgn memek muka yg serius dan tak suka. Lps tu mak aku dgn atok aku boleh ketawa2 kan aku. Geram aku tau...
"Kat mana yg sakit?" tanya aku dgn suara2 ala2 marah. Hahahaha sengalnya aku time tu. Org sakit kok nak dimarah2. Lps dia tunjuk kat tmpt yg sakit tu aku terus la sapu minyak kat kaki dia. S'belum tu aku ada la baca2 sikit. Bukan jampi2 tau tp baca la ayat2 suci al-quran yg mana2 aku tahu. Apa igt aku cincai ke nak urut2 org ni. Mak dan atok aku boleh cakap kat aku "hah dia dah mula, dia baca jampi2 tu" sambil ketawa2 kan aku. Terus aku b'henti. Aku ckp kalau mak dgn atok ketawa2, wahid taknak la urutkan kaki dia. Biar sakit. Padan muka. Slumber derk je aku cakap macam tu. Terus mak dgn atok aku diam. Emmm tau pun...
Mcm biasa aku urut p'lahan2 dulu sbb nak cari kat mana tmpt yg sakit. Walaupun dia dah tunjuk kat aku td tmpt sakit tu tp aku tetap cari tmpt sakit yg lain. Ala aku bukan serius pun urut kaki dia tu aku main2 je. Disebabkan aku td asyik kena ketawa je aku tak puas hati la, aku sengaja je urut kuat2 kat tmpt yg sakit tu. M'raung dia k'sakitan. Last2 aku pulak yg kena tegur dgn mak aku "pelahan2 wahid, kaki org tu sakit" terus aku ketawa. Aku cakap "biarlah sakit, tmpt sakit tu la kena urut kuat2 sikit" sambil tangan aku ni picit2 geram kat kaki dia yg sakit tu hahaha. "Mak dgn atok tak payah la tgk wahid urut2 kaki dia ni". Diaorg semua ketawa sbb aku malu.
Tgh aku urut2 kaki dia tu, mcm2 yg t'lintas kat kepala otak aku ni, cakap kaki dia besar la, kaki dia kasar sikit dari kaki aku lembut, jari kaki dia panjang2 mcm jari kaki aku. Kaki dia putih sikit dari kaki aku gelap banyak hahaha. Tiba2 tgh aku urut2 tu aku t'tengok jari kaki dia ada bulu. Yg bengongnya aku ni boleh pulak t'cakap "kat jari kaki pun ada bulu juga"...sumpah mmg dia malu mlm tu sbb aku ckp mcm tu. Tp dia slumber je cakap "biar la ada bulu kaki, itu namanya normal". Nasib la mak dgn atok aku tak dengar sbb diaorg pergi dapur buat air untuk minum malam. Hahahahaha aku t'gelak time tu tp dlm hati.
Tgh aku urut kaki dia tu, aku perasan dari ekor mata aku yg dia tenung aku. Aku igt dia tenung Tv tp dia tgk aku rupanya dlm diam. Berani dia curi2. Ada yg nak kena ni dlm hati aku, nahhh!!! ambil ko aku urut kuat2, t'kejut dia. Lps tu aku ketawakan dia aku cakap "kita sengaja". Aku dulu2 dah simpan dlm hati yg aku takkan urut mana2 lelaki kecuali suami aku, tp tak kuat mana pun kata2 aku tu sbb mlm tu aku kena urut org lelaki yg bukan muhrim aku. Terpaksa la, mak aku kata darurat, hemmm ada juga namanya darurat...
Aku tak tahu la apa yg dia rasa masa aku urut dia, aku tak urut serius pun. Nti t'silap langkah aku juga yg susah. Bkn susah apa, susah sbb t'buat anak org lagi sakit sbb kena urut dgn aku. Hihihi...nasib la. Air dah dihidangkan kat depan dia, sambil aku urut2 kaki dia tu mak aku jemput dia minum. Atok aku ni pun mcm mak aku juga peramahnya. Atok tanya aku, aku panggil dia apa? aku cakap la panggil nama je. Lah kenapa tak panggil 'abang' kan umur dia lagi tua dari wahid. Panggil nama je, tak hormat langsung atok aku cakap.
"ABANG" eeee taknak la, nak sebut pun geli. Tak pandai nak panggil abang2 ni. Aku tarik muka masam masa tu tp aku kena gelak lg dgn mak, atok dan dia pun gelakkan aku juga. Kenapa la mlm tu aku kena jd bahan. Entah la aku ni mmg berat nak bahasakan "ABANG". Aku pun kalau b'balas mesej dgn dia aku ckp je awak, kalau tak pun aku tak sebut langsung nama ke apa ke. Aku pulak bahasakan diri 'kita'...biarlah org nak kata kita tu b'maksud dua org.
Atok aku ni tak agak2 la nak suruh aku panggil dia abang. Aku bukannya ada abang pun. Kalau pun satu hari nanti suami aku suruh aku panggil abang, barulah aku belajar sebut p'kataan tu. Kelu beb lidah aku ni kalau sebut abang dah tu s'luruh darah dlm badan aku ni m'galir laju tak pasal2 aku ni m'geletar panggil abang. Kalau lps ni sesiapa yg jd suami aku kena la b'sabar dgn aku kalau aku tak panggil abang. Kalau dah t'desak baru la aku berani nak panggil abang. Setakat ni aku panggil 'Encik' pd org lelaki yg lebih tua dr aku. Skema kan aku ni. Sengal....
Agak letih la juga aku urut kaki dia tu, aku pun b'henti. Aku bagitau mak aku penat. Dia pun aku tgk diam je mcm lg suka aku lama2 urut kaki dia sbb dia dah tak m'gaduh mcm td. Mcm bdk kecik je dia nak sakit2. Dah tu mak aku suruh aku balutkan kaki dia kat tempat bengkak tu. Adoiiii aku lagi yg kena...t'paksalah aku balut kaki dia. Aku balut ketat2 padan muka dia. Dah la kain balut tu panjang t'paksa la aku pegang kaki dia lama2. Berat tak t'tanggung aku dibuatnya.
Dekat 1jam juga aku urut kaki dia. Dr hujung jari sampai p'gelengan kaki. Dah tu aku t'cakap lagi, "kaki pun nak ada bulu jugak ke..." aku perli dia sbb time tu aku t'urut sampai sikit lg nak ke betis. Tp aku masih tahu lg batas2. Sikit2 je aku betul2 kan urat kat kawasan situ. Takde maknanya aku nak ambil kesempatan t'hadap diri dia. Siapalah dia dlm hidup aku hanya kawan yg sementara je tak kekal lama. Kalaupun t'putus hubungan silaturrahim itu semuanya Tuhan yg telah tentukan. Manusia hanya merancang tp Tuhan yg tentukan s'gala2nya.
Selesai aku balut kaki dia dan dia pun m'habiskan air minumannya, tak lama tu dia pun minta diri nak balik. Rumah dia tak la jauh sgt dgn rmh aku cuma yg m'bezakan adalah taman yg b'lainan tetapi masih di kawasan yg sama. Aku cakap dgn dia jangan lupa p'gerasnya kalau tidak aku pula yg dpt sakit kakinya nti. Aku ni entah kenapa kalau takde dpt p'geras dr org yg aku urut tu aku pula yg akan dpt sakitnya. Aku dah lalui so aku boleh la cakap demikian, tak kira la sakit di manapun kaki ke, bdn ke, kepala ke. Ikut la pd tmpt yg aku urut org tu. Aku tak kisah kalau nak bagi p'geras s'biji gula2 pun aku terima.
Time dia nak balik tu aku la yg tolong angkat tongkat motor dia. Mak suruh aku undurkan motor dia, startkan motor dia. Adoi...semuanya aku. Aku ni mana la larat sangat, berat pulak tu motornya. Tong minyaknya full agaknya. Mula tu dia dah duduk atas motor, tp motornya belum dihidupkan lagi. Aku pun cuba la hidupkan motornya, kenapa pulak ssh nak hidupkan. Alahai dah la aku kena b'diri dekat dgn dia kat motor tu lg la susah nak hidupkan. Last2 dia yg hidupkan sendiri. Konon nak manja2 sampai motor pun suruh aku yg hidupkan. Tengah mlm juga masa tu dia balik, nasib la takde org lalu lalang. Kalau tak mahu diketawakan dek org.
Tak lama aku dpt mesej dr dia. Dia ckp terima kasih. Dia kata tak tahu pulak aku ni pandai urut. Eleh nak puji lebih2 pula dia tu. Td kat rmh taknak bual2 ni dah balik baru la nak mesej2. Bazir kredit je. Tp aku pun layan juga mesej dia sampai jam1 pg kot. Tak boleh lama2 sbb aku dah penat m'gurut dan m'gantuk sangat2. Well sbb aku tidur tu aku ada la nyanyi lagu ni yg aku kira best song in the world. Jom layan lagu ni sama2 mesti korang t'hibur.
Bukan Cinta Biasa
Artist: Siti Nurhaliza
Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa
Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya
Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya
Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa
Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata
Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa
Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya
Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya
Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa
Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata
Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan
No comments:
Post a Comment