Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Pastinya anda semua pernah merasai keenakkan otak-otak dimana2 sahaja. Tetapi anda belum pernah ketahui bagaimana cara2 membuat dan segala proses penyediaan. Jom intai2 entri Wida kali ni sebab ini adalah salah satu trip Wida untuk menyempurnakan tugasan dalam subjek hasil hutan bukan kayu.
Apa yang Wida maksudkan hasil hutan bukan kayu??? Dalam perkaitan dengan makanan otak-otak ini adalah daun yang digunakan untuk meletakkan isi ikan dan dibungkus menggunakan daun nipah. Kebanyakkan sedia maklum pastinya menyangka daun yang digunakan adalah daun pokok kelapa kan... tapi ini bukan, otak-otak ni menggunakan daun pokok nipah.
Bahagian luar daun nipah
Bahagian dalam daun nipah yang diletakkan isi ikan
Pihak pembekal daun nipah akan memotong daun nipah mengikut saiz yang dikhendaki
Daun nipah masih segar dan tidak layu
Bancuhan isi ikan telah disediakan terlebih dahulu.
Satu meja ada 3 orang pekerja. Seorang pekerja akan menyediakan daun, seorang lagi akan meletakkan isi ikan, dan yang akhir seorang pekerja akan menutup dan mencucuk lidi pada daun nipah.
Seorang daripada pekerja yang berada dimeja yang sama akan menletakkan isi ikan pada bahagian sebelah sahaja dipermukaan dalam daun nipah. (faham ke apa yang Wida terangkan ni?? Wida pun binggung nak cakap macam mana hahaha)
Pekerja yang duduk berhadapan dengan pekerja yang meletakkan isi ikan pada daun nipah tadi akan mula meletakkan lagi sekeping daun nipah untuk ditutup dan akan dicucuk dengan menggunakan lidi yang kedua-dua hujungnya tajam.
Lidi pencucuk tersebut ditempah daripada negara jiran memandangkan permintaan yang tinggi Malaysia sudah berkurangan dalam penyediaan pencucuk lidi tersebut.
Kesemua tugas ada skill masing2. Bukan senang nak cucuk lidi kecil yang tajam tu. Pekerja pada bahagian ini harus cepat.
Otak-otak yang sudah siap dicucuk akan dimasukkan ke dalam bakul sebelum dikira untuk dimasukkan ke dalam plastik dan seterusnya di masukkan ke dalam plastik setelah dikira kuantitinya sebanyak 50 keping.
Ini contoh daun yang rosak. Proses pemilihan daun yang berkualiti amatlah dititik beratkan.
Bakul yang diletakkan bekas plastik akan dimasukkan otak-otak yang telah siap dicucuk. Selepas itu, pekerja akan mengikat plastik tersebut sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk beku. Skill mengikat juga perlu ada bagi memastikan kedudukan otak-otak sekata dan mendapat penyejukkan yang sempurna
Meletakkan otak-otak didalam peti sejuk beku juga memerlukan skill. Ianya diletakkan menegak bukannya melintang. Ini kerana pengaliran air didalam daun tersebut mampu untuk memastikan otak-otak tidak basi dan cepat rosak.
Jika musim perayaan, syarikat otak-otak Batu Pahat dapat menampung permintaan pelanggan. Mereka akan meletakkan dibilik sejuk beku selain daripada peti sejuk beku yang berwarna putih tadi. Bilik ini mampu menampung keperluan dan kehendak pelanggan pada musim perayaan setiap tahun.
Berikut adalah sistem pengiraan apabila selesai diproses. Pekerja akan menandakan di white board apabila mereka telah mencapai target yang diperlukan. Semakin cepat mereka melakukan kerja semakin tinggi target yang mereka capai. Semakin tinggi gaji mereka hihihi.
Ok gambar kumpulan. Sebenarnya Wida 4 orang dalam satu kumpulan tetapi lagi dua orang tidak dapat ikut bersama. Mereka pulang ke kampung sebab Wida pergi sini masa cuti pertengahan semester. Fendi je yang pulang ke kampung maka Fendi datang ke Johor dan ikut trip ni.
Bergambar kenangan bersama En. Shukor selaku bos otak-otak Batu Pahat di Parit Kuda.
Sebelum kami pulang kami dihadiahkan dengan seplastik otak-otak yang didalamnya terdapat 50 keping otak-otak.
Untung la kami, moga dimurahkan lagi rezeki En. Shukor sekeluarga. Sebelum pulang juga kami dibawa ke kedai makan bagi menjamu mee bandung. Sedap sangat. Berlipat2 kali ganda kami dapat. Terima kasih lagi sekali kepada En. Shukor. Moga Allah memberi berlipat-lipat kali ganda rezeki kepadanya.
Satu untuk Wida, satu untuk Fendi dan satu untuk Mastura. Sedap sangat2.
Bila dah sampai rumah apa lagi makan otak-otak (isi ikan) sepuas-puasnya. Lagi sedap makan ramai2 dengan keluarga. Kawan Wida nama Mastura tak reti sangat makan otak-otak ni. Fendi la makan banyak siap bawa balik ke kolej lagi. Maklum la kat kolej mana ada tempat nak bakar.
Wida suka bakar dalam oven. Dulu Wida bakar atas dapur lepas tu macam hangus la sebab daunnya terbakar sekali dengan isinya juga terbakar a.k.a hangus la macm tu. So, tak sedap la kan nak makan kalau dah hangus.
Kalau takde oven guna kuali bulat macam orang guna untuk buat roti jala tu atau guna kuali orang bakar daging burger tu. Senang cuma perlu kawal api je. Tak hangus sangat. Masak pun sekata je. Api tak perlu besar just nice. Baru la nikmat dapat makan otak-otak.
Macam ni la rupa otak-otak yang dah masak. Isi ikan tidak melekat pada daun nipah. Kalau rasa masih ada air atau daun lembap lagi better panaskan lagi. Khuatir kalau dimakan juga akan mendatangkan sakit pada perut.
Rasa otak-otak yang menggunakan daun nipah berbeza dengan otak-otak yang menggunakan daun kelapa. Tak percaya cuba la. Sebelum makan otak-otak tu lihat dulu daunnya macam mana.
Warna daun kekuningan. Kalau masuk dalam oven.
Jemput makan semua
Anggaran harga pasaran sekeping otak-otak 70sen. Macam sate pula. Tapi makan ni lagi sedap.
No comments:
Post a Comment