Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya akhirnya Wida dah dapat tempat praktikal. Tau kat mana...kat sekolah lama Wida yang dulu dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat tapi sekarang dah naik taraf kepada Kolej Vokasional Batu Pahat.
Semua kawan2 Wida buat praktikal kat tempat2 yang ada gaji. Tapi Wida buat kat kerajaan dan tak dapat gaji. Tapi baru2 ni Wida ada minta pengesahan praktikal, lepas tu pengarah kolej tu kata dia akan usahakan untuk bagi elaun. Tapi Wida tak mengharapkan la sangat andai kata kalau ada tu alhamdulillah rezeki Wida.
Tapi ada satu yang menjadi kekeliruan pekerja pejabat
"Dik, kenapa pengarah tanda YA pada ruang memberi penginapan ni? Selalunya pihak kami takkan beri tempat penginapan" jelas kakak yang bekerja dalam pejabat kolej tu.
"Maaf puan saya tak tahu pasal tu, nanti puan tanya dengan pengarah ya kenapa dia bagi penginapan pada saya" slumber Wida beri jawapan.
Aikkkk takkan la saya yang memaksa pengarah untuk bagi saya penginapan. Cuma pengarah sempat bagitau Wida "Awak duduk dalam je la Wahida. Senang sikit".
Sekarang ni tak prepare apa2 pun sebab tak tahu tugas apa yang bakal dilaksanakan dan bentuk yang macam mana sebab tak bajet pun dapat praktikal kat kolej tu sebab Wida pernah tanya pengarah tu "saya takde background education boleh buat praktikal ke kat sini?" bila pengarah kata boleh Wida pun apa lagi terus la minta pihak fakulti perhutanan buatkan surat dan hantar ke sana.
Name tag dah sedia. So, sedia je la untuk menjalani praktikal. Pastinya banyak cabaran dan dugaan yang akan menunggu Wida. Tapi InsyaAllah dengan berbekalkan pengalaman masa Wida praktikal di UTHM Wida akan manfaatkan semuanya.
Nanti kalau dah sampai kolej tu kalau student dia tanya nak panggil apa ??? Wida masih fikir2 lagi ni. Takkan nak panggil Cikgu Wahida. Tak rock la kan. Panggil Cikgu Wahid sempoi. Tapi kalau tiba2 kat sekolah tu ada nama Cikgu Wahid terpaksa la cancel la panggilan tu. Emm...suruh diaorg panggil
MISS WIDA la...cute sikit. Muahahahaha berangan Wida ni.
Takpe kita tunggu dan lihat apa yang akan dia org panggil. Ni kan kat kolej takkan nak panggil cikgu lagi mesti la panggil puan encik cik. Baru la naik taraf sikit.
Nak menghadapi student2 ni satu hal juga nanti sebab Wida tak tahu perangai budak sekarang macam mana. Mesti over dari Wida dulu2. Wida dulu2 sempoi dan berani tak berani sangat la. Wida kan budak baik buekkkkk!!! Baik la sangat. Emmm kurang2 Wida ni tak la jahat sangat. Pengawas mana boleh jahat2 sangat. Jahat sikit2 je boleh.
Ok la continue story....
1 oktober 2014 hingga 31 disember 2014 Wida akan praktikal di KVBP. Tak lama 3 bulan je. InsyaAllah everything must be okey.
No comments:
Post a Comment