engkau boleh !!

Tuesday, June 3, 2014

Study Week Final Year Student

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Tekun tak kui kui kui terpaksa buat sebab semua taknak buat. Bagus2...



Al-kisahnya Wida dah nak final exam. Emm...taknak la rasa berdebar2 sangat. Rasa nak buat biasa2 je and cool. Alah cool la sangat kan. Wida rasa kalau nak rasa debar2 sangat pun buat kita punya fikiran rasa tak tenang. Banyak yang kita nak fikirkan. Lagi2 fikirkan kita belum study banyak dalam semua bab dan subjek yang kita ambil untuk semester ni.



Kualiti Air untuk Final Year Project (FYP)

Wida nak habis2an study. Biarlah orang kata kita nampak sempoi tapi Wida nak kan result yang gempak. Tapi bukan gempak sebab tak lulus, gempak yang lulus dengan usaha Wida sendiri. Tak mau tiru2. Buruk padahnya ya wahai kawan2. Sekarang memang kita bahagia dengan result kita tapi kalau akhirnya susah dapat kerja....haaa...dah terima balasan yang setimpalnya dengan Tuhan.



Sebaik2nya kita usaha la atas daya kita sendiri kan. Biar kita tahu akan tahap kemampuan kita sampai mana. Betul tak??? Ini tidak asyik mengharapkan nak tiru je.


Collection Insect untuk subjek kemerosotan kayu


Wida ni selalu dapat carry mark rendah. Tapi ada satu masa tu Wida buat sungguh2 atas sebab carry mark tu rendah. Akhirnya Wida dapat B+ so dari situ Wida tahu sebenarnya disaat akhir Wida mampu mengubahnya. Macam pensyarah Wida bagitahu dulu "Pasti ada cahaya dihadapan untuk kamu". Terima kasih doktor atas nasihat dan kata2 mutiara itu. 



Betul sebenarnya cuma kadang kala kita ni suka sangat enjoy lebih2. Tak sedar diri masa study week ni la kita berhempas pulas. Ini je masa yang ada sebelum nak lalui final exam. Ini tidak sempat jalan2 ke sana sini, lepak situ sini. Tidur kalahkan orang kerja angkut balak. 


Ini Wida cakap diri Wida sendiri. Bukan orang lain. Hihihi. Wida pun manusia biasa juga yang selalu melakukan kesilapan dan alpa. Tapi Wida nekad sem akhir ni Wida nak buat sehabis baik. Nak lulus semua subjek. Kenapa Wida cakap nak lulus bukan cakap nak A dalam semua subjek...betul tak?? 


 
Budak gumuk tidur dalam kelas 


Emm...konon duduk tegak tapi mata mengantuk lagi

Sebenarnya Wida sedar tahap dan kemampuan Wida. Wida tidak minta lebih, cukup la sekadar lulus untuk subjek2 yang killer tu. Ok la nak sambung study. Good luck untuk semua yang bakal menduduki peperiksaan akhir tahun. Moga dapat menjawab dengan tenang dan semua jawapan dapat dipenuhi dengan jawapan yang tepat. Amin amin amin.


Sekian, terima kasih. 


Nota Tepi : Sorry kalau salah eja atau salah ayat dalam perengan di atas.


Semporna Sabah



No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :