Assalammualaikum & Salam Ingatan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Lagi
berapa hari je lagi dah nak habis semester. 3 paper only and after that finish
my semester. Dalam kepala otak ni macam2 fikir, nak minta sponsor daripada
pelbagai pihak. Maklum la duit dalam tangan belum mencukupi untuk dibawa ke
luar Negara. Banyak kot perbelanjaan tapi pada Wida selagi Wida boleh berjimat
Wida akan jimat sehabis baik. Taknak la membazir. Pergi sana sebulan je
bukannya lama mana pun.
Baru2
ni Wida ada mendaftar untuk menyertai program keusahawanan. Nama program tu
TRADEC. Wida pergi interview tapi tak tahu la kalau Wida terpilih untuk
mengikuti program tersebut yang diadakan selama 7 hari di UPM. Semua orang dah
balik lepas exam tapi Wida tambah lagi seminggu untuk stay kat sini. Itu pun
kalau Wida terpilih la sebagai salah seorang peserta program TRADEC.
Sesi temuduga oleh pegawai UCTC
Isi borang permohonan
Emm...serius dan berangan hahaha
Banyak
cabaran sebenarnya kalau menyertai program apa2 pun sebab salah satunya mesti ada
komitmen yang kita akan berikan dari awal hingga akhir. Kalau dari mula kita
bersemangat insyaAllah sampai ke penghujungnya kita akan semangat tapi kalau
pada permulaan kita dah feed up, no wonder la kita akan bermalasan2.
Salah
satu sebab Wida join program ni sebab nak sahut cabaran dan cabar diri Wida
sendiri untuk mengumpulkan seberapa banyak hasil yang Wida mampu lakukan. Pada
Wida masa ini lah Wida nak berhempas pulas dan menaikkan semula perniagaan
Wida. Wida rasa dah lama sangat kedai Wida tu tutup. Bak kata orang hidup segan
mati tak mahu. Hahahaha...
Jadi
apa guna ada akal dan fikiran, ada kaki untuk berjalan, ada mata untuk melihat
dan ada tangan untuk melakukan perkara yang sebaik2nya. Bila Wida fikir banyak
yang kena buat semangat Wida akan datang dengan berkobar-kobar.
Bila difikir2kan, bulan
7 ni pulak road tax kereta tamat tempoh untuk kali yang pertama. Lesen memandu
juga kena renew. Oh, itu semua kena guna duit. Mana datangnya duit kalau bukan
dari diri kita sendiri. Takkan nak harapkan pada mak bapa lagi. Kereta kita
guna sendiri takkan nak guna duit orang lain pulak.
Maka dah sampai tempoh kena
servis pulak. Ohhhh...banyak kena buat.
Lepas
balik dari luar Negara nanti terus praktikal di Kolej Vokasional. Mesti dari
sekarang dah rangka nak buat apa nak cakap apa. Sekurang2nya kena sediakan
rangka kerja supaya setiap hari tidak menghabiskan masa begitu sahaja. Wida
kalau boleh nak buat yang terbaik selama berada di alam pekerjaan yang
sementara. Maklum la lepas praktikal nanti belum tentu Wida ni bekerja sebagai
apa.
Bidang
Wida di dalam Sains Teknologi Kayu banyak cabangnya. Walaupun orang memandang
sebelah mata tapi Wida tahu tahap untuk mencari kerja tidak la sesukar mana.
Dalam bidang ni semuanya berkaitan. Cuma diri sendiri je nak atau tidak untuk
melakukan kerja. Memang Wida dah tanamkan dalam diri tidak akan memilih kerja
sebab lepas je 6 bulan Wida akan bayar semula PTPTN. Itu tanggungjawab Wida.
Wida harap Wida dapat selesaikan dalam jangka masa yang disarankan.
Mak
Wida selalu mahukan Wida ni bekerja sebagai pendidik. Maklum la mak Wida
sepatutnya seorang pendidik tetapi disebabkan tawaran dulu dia tolak terus dia
tak dapat nak jadi pendidik. So, dia mahukan anak dia sambung semula apa yang
dia cita2kan. Wida belajar peringkat ijazah ni pun salah satu daripada impian
dan cita2 mak Wida. Dalam masa yang sama cita2 Wida juga. Mana2 Wida bawa je
nama mak Wida sebab dia la yang banyak memberi sokongan dan dorongan.
No comments:
Post a Comment