engkau boleh !!

Friday, June 13, 2014

Majlis Kesyukuran Aniq Naufal

Assalammualaikum & Salam Kasih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Mengasihani


Tarikh : 1 Mei 2014 (Cuti hari buruh)
Tempat : Rumah Anuar kat Muar


Akhirnya dapat juga Wida jumpa dengan sahabat Wida yang sama2 belajar di Politeknik Sabah dulu. Wida kenal dia sebab dia satu bilik dengan kawan Wida.


Mula2 tu terfikir juga samada nak attend or tak sebab Wida tunggu cuti lama untuk Wida balik ke Johor. Alhamdulillah akhirnya, berkesempatan juga. Awal pagi juga Wida gerak dari UPM. Macam biasa drive sorang2. Keluar tol Tangkak terus sampai di Muar dan cari rumah mak mertua Ayu Natasya berdasarkan pelan rumah yang digambarkan.


Takde la susah mana nak cari rumah dia. Cuma keliru sikit sebab semua rumah bumbung sama je warnanya. Lebih kurang pukul 10 pagi Wida sampai di rumah mak mertua Ayu. Terus mesej Ayu yang Wida dah sampai depan rumahnya. Terus dia dapatkan Wida ditempat parking.


Tepat pukul11 pagi majlis pun bermula. Ramai la juga jemputan yang datang dari kalangan jiran sekampung.


Berselawat beramai-ramai





Dekat sini Wida dapat jumpa ibu Ayu yang datang dari Tawau Sabah. Ayu memang berasal dari Tawau Sabah. Berkahwin dengan Anuar yang berasal dari Muar Johor. Diaorang ni berkawan dan berkenalan semasa belajar sama2 dia Politeknik Sabah dulu. Kalau dah jodoh tak ke mana. 



Majlis bacaan yassin dan doa selamat. 



Ini je yang Wida mampu hadiahkan untuk Aniq Naufal



Emm...petang juga Wida balik dari rumah Ayu sebab Wida tunggu Syasya (baju biru terqoise). Kami bertiga kenal masa di Politeknik Sabah dulu. Syasya duduk Segamat. Lama dah tak jumpa dia. Wedding dia pun Wida tak dapat nak attend. 



Okey nak balik dah. 



Aniq menangis. Dah penat sangat la tu.



Sumber dari facebook Ayu Natasya. Alhamdulillah rezeki Aniq. 

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :