Assalammualaikum & Salam Dunia
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Ingat lagi gambar ni, teruja sangat bila dapat pegang lebih dari 1000 ekor lebah. Pengalaman yang sangat menarik dan hanya Wida serta dua rakan Wida dapat melaluinya.
Apa ni????
Ini adalah getah daripada tumbuhan yang didebungakan oleh lebah. Kalau tak silap Wida la. Lama dah ni. Wida baru nak refresh semula. Getah ni ditinggalkan oleh lebah di bahagian tepi kotak dimana sebelum lebah masuk ke dalam frame untuk meletakkan madu, lebah tersebut meninggalkan getah ini diluar atau ditepi2 kotak sarang tersebut.
Actually, getah ni boleh dimakan dan mempunyai khasiat tertentu.
Menurut sumber Pak Ali madu lebah datang dalam pelbagai perasa ini kerana madu lebah hasil dari ladang Pak Ali sedikit rasa masam2 manis kerana lebah mendapatkan sumber madu daripada ladang nanas. Madu lebah Pak Ali rasa ke arah buah nanas.
Story Pak Ali
"Ada satu hari kawan saya telefon 'datang ladang ternakkan lebah saya, mesti Pak Ali terkejut besar' " kata si pemanggil iaitu kawan Pak Ali. Pak Ali fikir kenapa la dia suruh datang.
Bila sampai di ladang kawannya Pak Ali terkejut sebab semua pokok durian kawannya bertongkat kerana berat. Hampir kesemua pokok durian kawannya berbuah dengan lebat.
Syukur sangat2 sebab dengan adanya lebah yang diternak oleh kawannya itu mendatangkan hasil yang lain selain madu lebah. Buah durian cantik berbuah dan sangat lebat. Rupa2nya lebah yang diternak tu telah mendebungakan kesemua pokok buah durian yang ditanam oleh kawan Pak Ali.
Rasa madu lebah juga seperti rasa manis2 buah durian.
Kami terpaksa pulang awal. Hujan membasahi bumi. Alhamdulillah sedikit sebanyak kami mendapat manfaat daripada lawatan yang kami pergi.
Alat pemegang yang memusingkan bahagian dalam untuk mengeluarkan madu lebah.
Tinggi bekas pemprosesan madu lebah tu adalah paras2 pinggang kawan Wida si Mastura.
Bahagian dalaman ni boleh memuatkan 5 bingkai sarang lebah contohnya.
Ianya dijalankan secara manual dan memerlukan tenaga kepakaran kerana semasa ianya berpusing, Pastikan madu lebah tersebut berada di bahagian bawah bekas tersebut.
Ianya akan dituang sedikit kedalam bekas lain sekiranya didapati sudah penuh.
Ini adalah getah buatan dimana memudahkan untuk lebah membina sarang di dalam frame. Ianya berwarna kuning seperti warna propolis.
Getah ini mampu digunakan dalam jangka masa panjang. Ianya mudah untuk dibersihkan dan boleh digunakan berulang kali.
Saiz seperti kertas A4. Ianya agak mahal.
Produk tersebut diimport daripada negara jiran.
Sebelum kami bertiga balik Pak Ali hadiahkan kami sebotol madu lebah. Alhamdulillah dapat merasa kemanisan madu lebah asli dari Pak Ali.
Jika ada yang berminat untuk mendapatkan madu lebah secara pasaran boleh dapatkan dialamat berikut.
Disinilah tempat lebah menghasilkan madu. Sumber makanan yang lebah dapati adalah daripada kawasan ladang tanaman nanas.
Dengan berakhirnya trip subjek hasil hutan bukan kayu ini, Wida memperoleh keputusan A dalam peperiksaan. Wida dan rakan Wida telah membuat pembentangan dihadapan semua pelajar kelas Wida dan dihadapan beberapa penilai yang terdiri daripada pensarah dan juga pembantu makmal.
Sekian Terima Kasih
Berbudi pada tanah ada hasilnya begitu juga berbudi pada tumbuhan dan haiwan ada manfaatnya
No comments:
Post a Comment