engkau boleh !!

Friday, June 20, 2014

Habis Exam!!! Semester Break

Assalammualaikum & Salam Kasih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Alhamdulillah semalam 20/6/2014 menjadi sejarah menjawab kertas peperiksaan statistik untuk semua yang mengambil subjek Statistik Untuk Sains Gunaan. Memandangkan Wida salah seorang student sains so wajib la mengambil subjek ni. Sebenarnya Wida boleh buat pengecualian untuk subjek ni tapi Wida tak past, masa diploma dulu tak dapat banyak A untuk subjek kira2, maka Wida la seorang tercampak kat dalam group 3 untuk ambil subjek ni. Kawan2 semua gelakkan Wida ambil statistik.



Pensyarah statistik tu cakap selamat maju jaga moga kita tidak bertemu lagi untuk semester hadapan. Wida pun kalau boleh subjek statistik tu lulus walaupun tak cemerlang sebab Wida tau Wida bukan pelajar pintar bab kira2 ni. 



So, habis je exam Wida terus pergi International Officer untuk hantar surat Wida ke luar negara. Wida pergi cuci kain kat Sri Serdang. Nak cuci kereta tapi banyak kereta pulak kat tempat cuci tu, so Wida tangguh untuk cuci waktu petang. Huhuhu...dah kilat dah pakwe Wida tu. Mama2 sebenarnya nak buat tapi kepala dah pening balik dari mencuci terus tidur.


Petang nak pergi cuci kereta lepas tu singgah sebentar di Pasar Malam Sri Serdang dengan roommate Wida seorang tu Cik Intan Diana. Tak pusing mana pun, cari kasut, beli makanan lepas tu balik semula ke kedai cuci kereta.



Malam tu lepas kawan hantar barang ke bilik Wida, terus la Wida packing baju nak pergi program Tradec'14. Tak jauh mana pun kolej 11 je. Tapi seminggu la program tu. Huhuhu...barang2 dalam bilik ni tak kemas lagi. Entah la, macam susah je nak mengemas2 barang ni.


Balik ke bilik sambung lagi bersembang dengan kawan Cik Intan Diana. Wida panggil dia Cik Ila. Apa entah namanya tak ingat pulak. Tak sempat nak berkenalan dengan lebih rapat. Roommate Wida dengan kawan dia tu pelajar PHD. Wow!! sekali diaorg menyembang memang tak boleh nak menyampuk la sebab diaorg ni penuh ilmu didada. Semua bab diaorang tahu. Wida ni tau apa??? tau blogger je. Hampeh betul Wida ni.


Bersembang dengan Cik Ila sampai pukul 2 pagi. Dia dah ngantuk2 tapi Wida ni la yang banyak mulut cerita itu ini. Tapi Wida tengok dia pun gelak2. Walhal bukan kelakar sangat pun Wida cerita tapi pada dia best kot dengar Wida cerita tu yang dia dok gelak2 je. Lepas ni dah tak jumpa lagi dah sebab Wida dah habis belajar. Praktikal pulak 4 bulan.


Ok la Wida nak packing2 barang lagi. Macam perlukan lori je ni untuk dibawa balik semua barang. Hahahaha ternyata banyaknya barang saya ni. Tapi bukan Wida seorang je tau sebab Wida hari tu nampak ada lori angkat barang student ni. Punya la banyak barang dia. Tapi senang la mengangkut guna lori. Maybe angkut motor sekali kot.


Lepas ni takde story tentang student lagi. Wida story and share perkara lain pulak. Wassalam

Wednesday, June 18, 2014

Program Cuti Semester

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Anak Johor Pasti BOLEH!!!





Satu malam Wida tak tidur gara-gara nak siapkan tesis Wida yang tak siap2 lagi tu. Sikit lagi hampir kesemuanya selesai. Moga2 dapat la Wida selesaikannya sebelum balik ke Johor.
Bila dah bersengkang mata dari tengah malam hingga la ke pagi lepas solat subuh tu kononnya nak tidur la kejap. Huh takde maknanya sekejap. Sekejap Wida tu pukul10 pagi baru tersedar. 


Itupun kalau handphone Wida tak bunyi confirm tengahari pukul 12 baru Wida bangun. Inilah salah satu kelemahan student. Kalau dah tidur tu tidur mati tak ingat dunia. Tapi solat tak tinggal ya. Kewajipan sebagai umat islam perlulah dilaksanakan. 


Pukul 10.12 pagi tu Wida dapat satu mesej :

Salam. TAHNIAH kerana telah terpilih untuk menyertai program TRADEC' 14!
Program akan bermula pada 21 Jun 2014 bertempat di Kolej Kesebelas UPM.
Masa pendaftaran adalah pada jam 1.45 petang dan program akan bermula pada jam 2.30 petang.
Mohon semua peserta dapat membawa laptop, salinan SSM, salinan ic, gambar berukuran pasport serta pakaian yang bersesuaian. Harap maklum.


Mata masih mamai masa tu. Wida ingatkan mesej apa la cakap tahniah. Ohhh rupa2nya terpilih juga untuk sertai program TRADEC. Program yang diaorg semua kata mencabar dan kiranya ala2 pertandingan tau ni. So, berlawanan la kami dalam masa 2 bulan.


Wida sepatutnya pergi dengan kawan Wida tapi kawan Wida tu tolak dan tarik diri daripada menyertai program ni. So,macam biasa sendiri2 la Wida nanti. Tapi takpe dapat kawan baru yang sama2 suka berniaga. Program ni tentang keusahawanan. 


Bila Wida bagitau kawan Wida yang tarik diri tu, dia siap pesan "Ko settlekan dulu ko punya FYP Wahid. Jangan nanti FYP ke mana TRADEC yang ko dulu kan".
Terima kasih kawan kerana mengingatkan aku. InsyaAllah semuanya dalam keadaan terkawal lagi. 


So, berkampung lagi la Wida kat UPM ni selama seminggu lagi. Moga dipermudahkan semua urusan. Cabaran tetap disahut walaupun perjuangan itu belum bermula. Aku tetap aku yang akan menguji diri aku semana kemampuan aku untuk aku mencapai tahap kejayaan. Jika berlandasakan kepada jalan Allah aku percaya apa yang aku lalui dan lakukan adalah kerana Dia. Dia yang mengetahui semuanya dalam dunia ini. Wassalam

Tuesday, June 17, 2014

Outing With Syazwina & Izzati

Assalammualaikum & Salam Keusahawanan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Wida tudung hitam, yang tengah tu Syazwina dan lagi sorang tu Izzati.


Emm...lama dah kot plan nak kuar sama2, lepak2 la konon. Wida kenal diaorg ni lepas balik dari Kem Lab Minda Keusahawanan di Tanjung Bidara Beach Resort. Actually, masa kat sana takde la kenal pun, nampak diaorg pun tidak. Nampak diri sendiri je time tu. Huh ternyata saya yang sombong. 


Izzati dengan Wina satu class kat fakulti ekonomi UPM ni. Why not la diaorg rapat. 
Seorang asal Bangi seorang lagi asal Kajang. Diaorg rapat kot. Tapi masa kem tu Wida lebih kenal dengan Wina sebab dia ada pernah buat khidmat dengan group Wida. 


Kami decide pergi Alamanda selepas dah tak tahu kat mana nak pergi lagi. Alamanda dengan UPM just ambil masa 15 minit kot. Wida pun tak pasti la. Wida pun bukannya pakar sangat jalan2 kat Putrajaya tu. Izzati la tunjuk jalan.


Makan2 kat food court. Macam2 yang kita orang cakapkan sampaikan Wida ni terlebih cakap. Kesian Wina tak dapat cakap. Izzati lagi la asyik gelak dan senyum2 je sebab tak dapat nak cakap. Macam2 kitaorg story. 



Last kitaorg pergi Sri Serdang jalan2 kat HVC Bundle tengok barang2 jaulan Wida kat situ. Kesian dekat Izzati sebab hari rabu dia ada paper. Beria-ia dia bawa nota law dia pergi outing ni. Wida doakan moga dia lulus dengan cemerlang.  


Wida happy la kawan dengan Syazwina and Izzati. Walaupun perkenalan kita tak berapa nak lama, tapi Wida suka ada kawan2 yang macam korang. Sempat lagi Wida hantar diaorg ke pejabat kolej sebab diaorg tak dapat duduk kolej semester depan. Diaorg kena tendang dan macam biasa kolej serumpun adalah salah satu sasaran budak2 dari kolej2 lain. 


Macam Wida ni lain la, memang dari semester satu lagi Wida dah stay kolej serumpun. Pada Wida serumpun ok lagi sebab tak dipaksa untuk ikut aktiviti. Kita kalau nak ikut sangat aktiviti tapi pelajaran kita terabai baik tak payah macam tu. Hope diaorg dapat la stay kat kolej serumpun. Biarlah dari mana kita datang kita tetap satu UPM.


Ada masa kita lepaking lagi...outing lepas ni pergi jauh2 sikit. Setakat Alamanda je dah biasa la. Tapi biarlah masa yang menentukan kami untuk berjumpa dan we go out together again. I miss you Wina and Izzati. Zati sporting and Datin Wina sempoi. 



 Group Izzati.
Zati kiri sekali.


Ini Group Syazwina.
Wina tu yang pakai tudung hitam.



Ini group Wida. 
Kami lah JUARA Lab Minda Keusahawanan 03 UPM
Tak sangka pulak group kami menang. Tengok sempoi2 je kan semuanya. Tapi kami ada strategi tersendiri dalam penjualan barang dan perkhidmatan. 
Wida semangat pegang teh o bungkus, bos kami bawakan kami bekal.


Terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menerima kedatangan kami. 

Sunday, June 15, 2014

Mak Aku Pesan

Assalammualaikum & Salam Ingatan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Mak dah lama tak call Wida sebab mak punya handphone rosak. Mak kata mak taknak beli baru memandangkan anak dia yang sorang ni dah nak balik ke Johor so, dia tunggu aku balik la untuk borak2 sepuas hati kami. Nak tidur pun berborak, nak masak pun berborak, nak buat apa je mesti nak berborak. Itu la mak saya.


Wida ingat pesan2 mak 

1. Tebus segalanya pada semester ni
2. Buat je apa yang Wahid rasa nak buat
3. Fikirkan masa depan
4. Cari suami sebelum balik Johor

Waaaahhhhh!!! itu susah sikit mak. 3 lagi Wida boleh la buat yang lagi satu tu dah try buat tapi tak reti la. Biarlah datang sendiri. Dia kan mencari pemilik tulang rusuk kirinya. 


Mak tau anak mak yang sorg ni sayang dekat mak sangat2 so apa2 pun anak mak ni akan buat. Hahahaha...dengan izin-Nya InsyaAllah mak. 


Wida masih ditengah-tengah...entah bila akan duduk kat sebelah kanan tu. 
Wedding my sister :)

Friday, June 13, 2014

Cuti Hujung Minggu Final Year Exam

Assalammualaikum & Salam Istirehat
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Hari sabtu macam biasa cuti umum di negeri Selangor. Wida kat bilik je habiskan masa untuk siapkan thesis, study untuk dua paper exam hari isnin 16hb 6 nanti. Kawan2 Wida pastinya semua dengan hal masing2, Wida pun kat dalam bilik sorang je so, buat hal sendiri je la.


Tapi teringat kat kereta Wida yang Wida parking di lot kereta orang lain sebab pihak kolej kata diaorang nak tebang pokok kat area2 tempat selalu Wida parking tu. Emm...hope takde apa2 la sebab masuk hari ni dah dua hari Wida tak tengok kereta Wida. Apa la khabarnya. Moga dilindungi segala harta benda Wida. 


Apa yang terfikir dalam kepala otak Wida sekarang ni macam2. Itu ini semuanya berlegar2. Rasa dalam hati pun macam2 ada. Entah la sukar untuk digambarkan. Lepas habis exam ni tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan. Puasa la umat islam semuanya.


Wida yang pastinya berpuasa di rumah bersama mak dan abah. Macam biasa lepas ni nak jumpa geng masjid Wida yang terdiri dari makcik2 satu kampung, budak2 kecil anak orang kampung, dan yang pastinya sorang budak yang bertuah pada Wida. Tak sabar nak jumpa dia. Asalkan balik kampung selalu tak dapat jumpa dia.


Pagi tadi baring2 sempat lagi buka wassapp so terbaca kata2 seseorang "kalau awak datang awal jadi kawan saya mesti saya dah masuk meminang awak dah"... dan jawapan Wida "sebab saya datang lambat la saya jadi kawan awak je". That's all for today bye...

Majlis Kesyukuran Aniq Naufal

Assalammualaikum & Salam Kasih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Mengasihani


Tarikh : 1 Mei 2014 (Cuti hari buruh)
Tempat : Rumah Anuar kat Muar


Akhirnya dapat juga Wida jumpa dengan sahabat Wida yang sama2 belajar di Politeknik Sabah dulu. Wida kenal dia sebab dia satu bilik dengan kawan Wida.


Mula2 tu terfikir juga samada nak attend or tak sebab Wida tunggu cuti lama untuk Wida balik ke Johor. Alhamdulillah akhirnya, berkesempatan juga. Awal pagi juga Wida gerak dari UPM. Macam biasa drive sorang2. Keluar tol Tangkak terus sampai di Muar dan cari rumah mak mertua Ayu Natasya berdasarkan pelan rumah yang digambarkan.


Takde la susah mana nak cari rumah dia. Cuma keliru sikit sebab semua rumah bumbung sama je warnanya. Lebih kurang pukul 10 pagi Wida sampai di rumah mak mertua Ayu. Terus mesej Ayu yang Wida dah sampai depan rumahnya. Terus dia dapatkan Wida ditempat parking.


Tepat pukul11 pagi majlis pun bermula. Ramai la juga jemputan yang datang dari kalangan jiran sekampung.


Berselawat beramai-ramai





Dekat sini Wida dapat jumpa ibu Ayu yang datang dari Tawau Sabah. Ayu memang berasal dari Tawau Sabah. Berkahwin dengan Anuar yang berasal dari Muar Johor. Diaorang ni berkawan dan berkenalan semasa belajar sama2 dia Politeknik Sabah dulu. Kalau dah jodoh tak ke mana. 



Majlis bacaan yassin dan doa selamat. 



Ini je yang Wida mampu hadiahkan untuk Aniq Naufal



Emm...petang juga Wida balik dari rumah Ayu sebab Wida tunggu Syasya (baju biru terqoise). Kami bertiga kenal masa di Politeknik Sabah dulu. Syasya duduk Segamat. Lama dah tak jumpa dia. Wedding dia pun Wida tak dapat nak attend. 



Okey nak balik dah. 



Aniq menangis. Dah penat sangat la tu.



Sumber dari facebook Ayu Natasya. Alhamdulillah rezeki Aniq. 

Midnite at Putrajaya

Assalammualaikum & Salam Kejauhan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Kami...omg aku nampak sangat giginya yang tak berapa nak putih tu


Kami senget...sebab camera senget.



Nasib baik ada tripod camera dalam kereta Wida.



Seminggu sebelum cuti study week. 


Smile



Tabik



Setting2 camera
Of course la aku takde dalam ni kan sebab aku ni camerawomen



Ah korang ni asal aku nak bergambar korang pun menyelit je kan...sampai aku nak tumbang



Jauh dari Kelantan nama dia Qamariah Norhidayah. Dulu student Civil Engineering tapi tukar kos dah bila sampai UPM ambil kos Wood Science Technology. Dia terror tekwando. Jangan main2 ada tali pinggang hitam ni. Dia banyak menaikkan nama UPM juga. 




Ini Wida. Bajet2 je tu. Wida pernah pakai baju ni pergi pasar. Lepas tu ada sorang pakcik jual buah ni dia nampak Wida lalu depan gerai dia terus dia cakap "Askar Amerika lalu". Wida pun toleh ke arah pakcik tu dengan slumber Wida cakap "Ini Askar Johor la". Terus Wida berlalu sambil gelak2 dengan kawan Wida. Alahai Pakcik nasib baik saya tak malu. Kalau saya malu saya terus pergi gerai pakcik. 



Ini Suhaila. Dia kiranya best student juga la kat Fakulti Perhutanan. Maklum la 3.5 pointer dalam genggaman dia every semester. No wonder la dia bijak kan. Dia orang Pahang.



Yang ini sempoi nama dia Mastura. Asal dari Sabah dan menetap di Labuan. Wida kenal dia sejak Wida belajar di Politeknik Shah Alam sebab Wida pernah ajar dia Kawad Polibriged, masa tu dia junior Wida kos Sains Teknologi Kayu. Lepas tu dia jadi senior Wida pulak masa Wida ambil diploma Sains Teknologi Kayu kat Politeknik Kota Kinabalu. Dunia macam roda sekejap diatas sekejap dibawah. Ini baru betul. Bila sambung ijazah kami satu kelas. 



Cek asal orang Kedah no. Nama Liyana. Student UiTM Jengka Pahang. Wida tengok dia ni tak naik2 badannya maintain je dari sem 1 sampai sem 6. Kedah dia pekat. Kalau cakap tu confirm2 bunyi loghat Kedah je. Its ok that's your identity. 



Tudung hijau tu Puan Nadia. Dah kahwin ok. Masa dia kahwin tu dia semester 4 kot. Wida pergi juga wedding dia. Nasib baik dekat je dengan UPM. Kalau jauh memang tak pergi la. 



Qamariah memang tinggi dari diaorang berdua ni




Ni pun orang Kedah. Nama Fathin Farhana. Dia pun bakal2 Puan juga. Habis exam je lepas raya dia kahwin. Maaf no, cek tak dapat datang wedding ang. Cek doakan moga ang berbahagia dengan pasangan ang. Nanti kita sama2 pergi Korea okey. 



Ashikin orang nogori sombilan. Tapi tak dengar sangat loghat dia. Kadang2 je dia speaking Negeri Sembilan. Dia gamble orangnya. Semua dia redah je. Dia pun pernah jadi fasilotator kem hutan Wida. Garang la jugak. Hahahaha...



Akhirnya dapat juga keluar sama2. Naik dua kereta. Last ni kami balik kolej lepas tu kena tulis nama di pondok guard pintu nak masuk dari padang kawad UPM. Padan muka kitaorang. 




Sorang sibuk dengan gajetnya. Sorang lagi nak senyum je. Tau la tu maksudnya minta diambil gambar. Hahaha...layan je. Ni je masa yang kita ada sebelum kita habis degree.



Masjid Putrajaya



Tak dapat nak naik



Ah korang ni berdrama pulak





Ini pun sibuk dengan gajet



Kat Putrajaya ni memang famous dengan berbasikal. Tu semua basikal untuk disewa. Wida tumpang naik je. 






Peace





Ok snap pic before going back to UPM



Wida pun nak rasa duduk kat situ



Dah2 jom kita balik



Sempat lagi


Tengah jalan la beb, apa main tepi2 ni






Ok Jom Balik

Balik ke kolej jam dah nak masuk pukul 1 pagi. Alamatnya kena tulis nama la sebab lambat balik ke kolej.

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :