engkau boleh !!

Wednesday, June 29, 2011

Konvokesyen Come Back

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tak berapa hari saja lagi aku akan m'hadiri majlis konvokesyen ke-15 di Politeknik Kota Kinabalu. Aku akan berangkat ke Kota Kinabalu pd tanggal 17hb Julai 2011 dgn diiringi mak aku yg tersayang bersama makcik aku merangkap adik mak aku. Kami b'tiga je pergi sana sbb yg lain2 semua kerja. Lagipun sblm ni aku dah beli tiket utk family aku pergi pd bulan 4 yg kononnya nak dtg konvo aku tp bln 4 thn ni tak jd konvo so ditunda pd bln 7. Nasib la diaorg tak dapat ikut kali ni. Huhuhu.

S'benarnya ni kali kedua aku konvokesyen sebelum ni aku dah konvo kat Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Dulu aku konvo time aku sijil teknologi berasaskan kayu tp kali ni aku konvokesyen diploma teknologi berasaskan kayu pulak. Perasaan mestilah happy sbb dpt habiskan belajar walaupun bkn jd pelajar cemerlang. Apa pun aku b'syukur aku dpt tamatkan p'gajian aku kat sana. Mana2 tempat belajar sama je s'benarnya cuma b'gantung pd kita sendiri utk m'corakkan segala2nya.

Aku risau s'benarnya m'mikirkan tempat utk kami b'malam. Aku ada juga makcik di sana dan tak jauh dr politeknik tp rasa mcm susahkan dia, lg pulak dia baru dpt baby so takut t'ganggu. S'belum konvo tentu ada raptai so taknak la susahkan dia nanti nak hantar dan ambil aku kat politeknik. Aku ingat nak cari rumah utk disewakan, tp aku fikir mcm takde je. Ssh oo hati aku. M'mikirkan lagi mak aku dgn makcik aku tu bukannya larat sgt nak b'jalan2 ni, jenuh diaorg sakit kaki lagi2 mak aku yg baru sembuh dr sakit kaki.

Mcm s'belum ni aku konvo kat shah alam tu, aku sewa bilik kat kamsis dgn bayaran RM5 satu malam. So aku, mak, kakak dan adik bongsu aku duduk satu bilik Time tu katil cuma dua dan s'patutnya kena daftar m'ikut kepala tp aku ni dah tak cukup bajet so aku cuma daftar utk dua nama saja. Ok la tu satu bilik RM10 utk dua org. Kat luar tak boleh dpt mcm ni.

Alangkah senang sekiranya masalah aku ni dapat diselesaikan jika politeknik kota kinabalu b'buat demikian rupa. Tak perlu jauh utk ke dewan. Nak cari tempat makan pun tak susah cuma ada dalam cafe kat poli je. Kenderaan pulak tak perlu sewa. Bukan apa masalah ni susah utk pelajar dr semenanjung. Penempatan tiada disediakan utk kami. Bukan kami saja s'benarnya tetapi masalah juga pd p'duduk sabah yg duduk jauh dr kota kinabalu seperti di tawau, sandakan, lahad datu dan s'bagainya.

Aku ada suarakan juga kat facebook tp takde respon yg positif. Mungkin benda ni akan ada k'sedarannya selepas ada s'suatu yg b'laku barulah semua baru nak buka mata. Mcm pepatah m'gatakan dah t'hantuk baru nak t'ngadah...hei!!! dah t'lambat la kalau nak sedar sbb semuanya tak boleh diputarkan semula. Sbb itu la s'belum b'laku apa2 tolong la buka mata utk m'yelamatkan keadaan dan m'gembirakan serta m'muaskan hati org yg hadir.

Kalau bukan begitu bantulah dr segi lain s'perti m'yediakan p'khidmatan p'gangkutan utk tidak m'yesakkan laluan kerana pernah b'laku di politeknik shah alam dimana ada pelajar yg t'kejar2 utk masuk ke dewan konvo pd pagi t'sebut t'babit dalam kemalangan. Dan apa yg aku dengar pelajar perempuan tu dgn ada kesan darah ditubuhnya tetap masuk ke dewan dan naik ke pentas utk menerima diploma yg selama ini dia idam2kan. Kata pelajar2 lain dia pakai jubah sbb tu tak nampak langsung kecederaan beliau. Pandai dia cover tp kesakitan yg dia alamai aduh!!!

S'benarnya semua bdk semenanjung m'galami situasi s'perti aku. Diaorg pening nak tinggal di mana selama m'ikuti majlis t'sebut. Harap ada la p'nempatan utk kami nanti di sana. Aku b'doa moga dibukakan pintu hati utk m'bantu kami...

Aku rindu nak jumpa semua junior aku yg duduk kat Blok G dulu. Antara org2 yg rapat dgn aku ketika itu. Harap kalian sudi terima kehadiran aku di sana nanti. Utk yg m'benci dan tidak m'yukai aku, aku rasa jauh2 kan diri kau dgn aku sbb aku rasa tiada guna juga kita dekat2 dan aku mula m'lupakan org2 yg benci dgn aku. Moga Tuhan saja yg balas segala2nya sbb Tuhan lagi Adil dlm m'nilai setiap p'buatan manusia.

Aku rasa lagu ni sesuai kot dgn harapan aku...Jd aku dedikasikan tajuk kali ini dgn lirik2 lagu ini. Jom nyanyi walaupun suara tak berapa nak sedap bukan ada org dgn pun, nyanyi sendiri. Yo Peace !!! Smile walau hati t'luka....

Berhenti Berharap

Artist: Sheila On 7

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo...

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Haa...
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua...

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat

Tak ada cinta kudapat

Wednesday, June 22, 2011

my hair...

Dari kecil aku memang selesa b'rambut pendek. Semua org igt aku ni lelaki ditambah pulak muka aku ni mcm lelaki masa kecil2 dulu dgn rambut pendek lagi. Nama je perempuan tp semua org panggil aku wahid. Wahid kan nama lelaki tp itulah yg selalunya org panggil kat aku. Aku pun dah selesa dgn panggilan nama tu sampai la sekarang. S'ingat aku, last aku potong rambut time aku darjah 5 kot sbb time tu aku ni suka tgk org yg b'rambut pendek so aku pun ikut2 la sbb nampak comel and ada style sendiri. Aku suka bila rambut aku disodok...

Bayangkan la kalau dr umur aku 11thn hingga umur aku skrg 24thn aku tak potong rambut agak2 panjang sampai mana???? Emm bayangkan la sendiri. Hehehehe =) well s'benarnya masa aku darjah 6 kot ada org tegur aku dia kata aku macam lelaki sbb rambut pendek. Perghh!!! aku pantang ni kalau org tak puas hati dgn aku, bukan apa, takde kena m'gena pun dgn org lain tiba2 rambut aku jd bahan pulak dipersoalkan.

Entah mcm mana aku nak buktikan pada org tu so aku pun rasa aku tak perlu potong rambut dan aku nak tunjuk kat org yg cakap aku macam lelaki tu. Aku memang tak perasan pun bila rambut aku mula panjang yg aku ingat aku terasa mcm nak ikat je rambut aku tiap hari bila rambut aku dah m'cecah paras bahu. Kalau ikutkan rambut aku ni susah nak ikat sbb aku ada pusar di depan sebelah kiri. Kalau dulu rambut aku pendek m'buatkan rambut yg b'pusar di depan tu s'olah2 mcm payung tutup dahi aku. Itu yg aku suka...

Mula tu aku tak kisah la pasal rambut ni sbb yg aku tahu aku dianugerahkan rambut yg lurus b'warna hitam + coklat2 bila tgk dari dekat. Bila aku b'ada di sek menengah ada la budak2 tegur aku dia kata "nama macam lelaki tapi rambutnya panjang". Ala aku tak kisah pun org nak kata apa2 pun yg penting aku ada rambut. Dulu aku lawan dgn kakak aku siapa rambut yg paling panjang dialah yg menang. Tup2 masa kakak aku ting.4 sek teknik dia suruh aku potong rambut dia, emm nampaknya terang2 kakak aku kalah dgn aku. Pendek gile aku potong rambut dia.

Mak aku punyalah marah time tu tp takleh nak kata apa la sbb rambutnya dah dipotong. Yahoo aku dah menang dan kakak aku kalah. Tp takde ganjaran apa2 pun yg kitaorg janji. Aku biarkan je la sbb aku yg potong rambut kakak aku tu. Aku ni kadang2 malas nak sikat rambut tp mak la yg selalu sikatkan rambut aku. Mak aku kata hidup kita ibarat rambut. Kadang kala rambut kita kusut dan seperti itulah hidup kita yg kadang kala kusut tiba2.

Rambut kita juga hidup, kalau tidak kenapa rambut kita makin hari makin panjang. Mak kata kalau kita dapat leraikan kekusutan rambut kita tu s'benarnya p'watakkan kita juga begitu yg boleh m'yelesaikan masalah. Kekusutan itu s'benarnya kan masalah. Oleh itu, kita s'benarnya b'jaya m'yelesaikan masalah kita sendiri apabila kita dapat meleraikan simpulan2 rambut yg m'buatkan ianya m'jadi kusut. Thanks mak...

S'karang rambut aku dah m'lepasi paras bawah lutut, aku rasa mcm belum nak potong lagi sbb terasa sayang pulak nak potong. Selama ni aku bawa rambut aku yg panjang ni ke mana2. Ramai kawan2 aku tanya tak susah ke nak jaga rambut panjang. Aku rasa tak susah la sbb aku sendiri yg uruskan bukan orang lain.

Dulu kat sek teknik ada la beberapa budak junior ni suka sangat sikatkan rambut aku. Kalau budak tu nampak je rambut aku basah dia cepat2 cakap "nanti kita nak sikatkan rambut kak wahid ye" yahoo....best2 sbb aku mmg suka kalau ada orang tolong sikatkan rambut aku yg semenangnya panjang ni. Aku sampai terlena bila diaorg sikatkan rambut aku. Last2, diaorg biarkan je aku tertidur kat katil diaorg.

Semua kawan2 aku jealous sbb aku rapat dgn junior2 aku time tu. Hehehe...sampaikan rambut aku pun diaorg nak tolong sikatkan. Terima kasih adik2 aku dorm Elok 3, kak wahid sayang sgt2 kat kamu semua. Aku tak pernah paksa tp diaorg sendiri yg rela hati nak sikatkan rambut aku.

Dulu aku pernah sekali mimpi rambut aku kena potong. Fuh!!! nasib baik mimpi je tau. Aku ni bangun2 je dari tidur aku rasa ada airmata aku m'galir kat pipi. Terus aku cakap kat mak yg aku mimpi rambut aku kena potong. Sedih giler la time tu. Tapi bila aku dah bangun dan aku pegang rambut aku ternyata masih panjang. Syukur alhamdulillah.

Mak aku suruh aku potong rambut time aku nak kahwin nanti. Mak aku kata time tu nanti tanyalah kat suami aku, dia nak lihat muka aku ni tiap hari dgn rambut yg panjang atau pendek. Kalau dia nak aku rambut pendek, aku potong la, kalau dia nak aku b'rambut sampai paras bahu aku potong la paras bahu. Huhuhuhu...tp apa2 pun boleh terjadi so aku tak m'gharap la suami aku nanti nak yg mcm mana. Kenalah terima aku seadanya.

Kalau dulu setiap tahun aku akan ambil gambar pada hari kelahiran aku iaitu 27 Julai. Saja nak tengok rambutnya sampai mana. Tp sejak kemera dah rosak aku dah tak ambil gambar lagi mcm dulu. Apa2 pun aku rasa selesa walau panjang mcm manapun rambut aku ni.

Kalau satu masa nanti aku nak potong rambut aku rasa nak rakam video pulak. Mana tahu masa kena potong tu b'jurai2 air mata ke. Hahahaha....mcm budak kecik pulak aku ni. Ala biarlah dah namanya rambut ni hidup dgn aku. So, aku nak nangis ke apa ke aku punya suka la.

Setakat ni, cuma kawan2 di hostel dan family je la tahu aku rambut panjang sbb aku kan pakai tudung. Mana orang lain nampak. Aku nak bagi sikit nasihat ni, mana2 orang yg terasa dia m'jaga maruahnya sbg s'orang umat Islam, tolong la pakai tudung walau ke mana2 pun. Aku ckp mcm ni bukan apa, aku ada kenangan sbb orang tengking aku disebabkan rambut dia dah dilihat oleh orang yg bukan muhrimnya walaupun di dalam gambar.

Monday, June 20, 2011

Kak Mira Selamat Pengantin Baru =)

Tahniah !!! Selamat Pengantin Baru buat Norazmira dan suaminya Mohd Taufiq. Well, akhirnya mereka disatukan juga setelah lama b'cinta. S'ingat aku diaorg ni b'cinta ketika sama2 b'ada di Politeknik Shah Alam. Diaorg ni senior aku tp yg aku kenal s'benarnya adalah Norazmira, aku panggil dia Kak Mira. Kak Mira ni aku kenal masa aku pergi UiTM Jengka Pahang. Ketika itu kami student2 politeknik ada buat aktiviti di sana bagi pelajar2 semester 1 dan semester 2. Tiap semester la nak dikatakan kami pelajar teknologi berasaskan kayu akan m'jalani apa juga aktiviti b'dasarkan silibus pelajaran kami t'masuk m'genali tumbuhan di dalam hutan dara UiTM Jengka Pahang. Time tu Kak Mira jd fasilitator kami.

Mula2 tu aku tak kenal sgt dgn Kak Mira tp slps satu kejadian yg m'yebabkan kaki aku bengkak sebelah di situlah aku kenal dia. S'benarnya sblm aku pergi uitm tu kaki aku ni mmg dah bengkak dan tak boleh b'jalan sgt. Pasal kes aku t'seliuh la ni kat Biro Tatanegara yg aku ikut di Meru Klang. S'minggu lps pergi Meru kena pergi Jengka Pahang pulak, kalau tak pergi alamatnya aku takkan dpt markah dlm subjek yg akan kami buat kajian dan kehadiaran aku pulak tak dikira atas sbb tak m'ikuti ke UiTM Jengka Pahang.

Apa2 pun aku yg s'memangnya tak ingin lepaskan peluang ke mana shj dgn rasa semangat juang yg tinggi aku gagahkan juga pergi Pahang tu. Utk selamatkan aku punya markah dan k'hadiran dlm subjek t'sebut so aku pun pergilah juga. Cuma aku kena tahan sikit la sbb kaki aku yg sakit ni. Maklum la semua bdk class aku pergi takkan aku nak tinggal sendiri kat bilik kamsis. Fuh!! dr aku k'sepian baik aku ikut juga. Aku dah siap packing barang pun tinggal nak pergi je. Hehehe semangat gila!!! Sblm pergi tu s'benarnya aku dah urut kaki aku.

Nak dijadikan cerita, bila kaki aku dah bengkak tu Kak Mira ni la p'yelamat aku di sana. Dia yg baik hati tolong urutkan kaki aku utk kurangkan sedikit sakit di kaki aku. Esoknya kami ada program so aku kena la jaga sikit kaki aku ni. Start dr hari p'tama tu aku kenal dgn Kak Mira. Orgnya pun ok, sentiasa senyum je. Dia tak pernah m'rungut dgn tugas yg dia jalankan dan dia tak pernah pun m'gelakkan diri dr m'bantu aku. Semua org ingat aku ni m'gada2 tp diaorg tak lalui apa yg aku rasa sakit di kaki b'denyut2 dan makin bengkak apabila aku bawa b'jalan m'ikuti aktiviti yg dijalankan. Nasib aku ada bawa p'balut kaki dpt la juga kurangkan sikit sakit kaki aku yg b'denyut2.

Lps dr peristiwa di Jengka tu, kami terus rapat. Aku dah rasa happy sgt2 bila kenal Kak Mira ni. Start dr dia tolong urut kaki aku tu, kami dah mesra. Well, aku la yg buat gempak kat dia. Masa dia nak urut tu aku tujuk la tmpt yg sakit tiba2 aku m'jerit k'sakitan. T'kejut dia time tu. S'benarnya tak sakit pun sedap ada la sbb kena urut, lega sikit sakit kaki aku. Bila aku tengok muka dia time tu punya la lucu sgt2 sbb dia t'peranjat tambah lg muka takut2 sbb dia dengar aku m'jerit. Lps tu aku boleh gelakkan dia kat situ juga. Dia pun t'gelak juga. Dia ckp kat aku, "pandai ya buat lawak nak kenakan akak..." aku senyum je time tu sbb seronok.

Balik dr Pahang kami masih b'hubung sbb kami dah tukar no tel time kat Pahang. Kalau kami tak mesej pun aku akan nampak Kak Mira juga sbb kami satu jabatan. Kelas dia pun kadang kala s'belah kelas aku je cuma waktu kami saja b'beza. Dia senior semester 6 dan aku pulak baru semester 1. Buat masa tu, hanya Kak Mira la senior yg aku rapat sbb kami sama kursus. Ada juga senior kelas dia yg aku kenal tp aku lebih selesa m'genali Kak Mira dr yg lain2. Aku ni kenal senior pun sbb aku ni selalu sgt sedekahkan senyuman kat diaorg. Hehehehe...

Aku ni kerap juga la mesej dgn Kak Mira dan dia tak pernah tak balas setiap mesej2 yg aku hantar. S'boleh2nya dia akan hantar juga kalaupun dia sibuk dia akan beritahu aku. Tp dia pun s'benarnya happy bila mesej dgn aku sbb dia yg cakap sendiri. Sampaikan dia ckp dia lebih byk mesej dgn aku dr dia mesej dgn boyfriend dia aka suami dia skrg. Apa boleh buat aku kan selalu hiburkan hati org. Aku rasa aku mcm dah lama kenal Kak Mira walaupun pd hakikatnya baru berapa hari aku kenal dgn dia. Tgk muka Kak Mira aku jd tenang.

Kak Mira pernah tanya selalu aku pergi jalan2 di mana kalau hujung minggu. Aku ckp tak jalan pun sbb aku selalu duduk kat bilik je. Habiskan masa cuti di bilik sendiri. Aku ckp malas nak jalan, lagipun kalau b'jalan ni nanti kaki aku sakit lg. Aku ada ckp juga kalau tiap minggu tu aku hanya tengok je kawan jalan2 sbb diaorg tak pernah ajak aku jalan sama. Ala setakat kat Shah Alam tu aku dah puas b'jalan dan mmg hati aku pun tak pernah t'buka utk pergi jalan2 di mana2 pun. Cuma aku cakap kat dia aku t'ingin sangat nak pergi Mid Valley.

Kak Mira pun s'benarnya jarang juga keluar jln2, dia lebih suka duduk di bilik. Tp entah mcm mana satu pg tu awal2 lagi kami dah mesej2. Aku rindu s'benarnya nak mesej dgn Kak Mira itu pasal pg2 lagi aku dah mesej dia. Dia pun balas, t'nyata dia pun rindu aku juga. Hish!!! Kak Mira ni apa yg aku rasa semuanya pun dia rasai juga. Aku ada la t'gerak nak ajak dia keluar jalan2 cuma aku takut kalau2 dia ada date dgn boyfriend dia si Abg Taufiq. Tiba2 Kak Mira yg b'suara dulu. Dia nak ajak aku keluar sbb dia free hujung minggu tu. Aku pun apa lagi setuju la sbb ada org ajak jalan2. Best2!!! Aku pun tak tahu apa yg best tp hati aku b'bunga2.

Slps b'siap2 dan waktu yg dijanjikan kami pun m'mulakan langkah kaki kami. Aku pergi dapatkan Kak Mira di blok dia. Senyum je Kak Mira time tu nampak aku dr jauh. Aku pun senyum juga la balas kat dia. Kak Mira kata "kenapa Wida tak ckp nak pakai baju kemeja ni. Td akak pun dah nak pakai baju mcm Wida tau tp tak jadi. Kalau tidak tentu kita pakai baju yg sama". Aku senyum je la sbb aku malu s'benarnya keluar dgn Kak Mira tp aku cover sbb Kak Mira ni asyik tenung aku je. Segan la aku dgn dia. Dia dah la putih, cantik, comel, lemah lembut segala2nya la dia sbb tu aku suka tgk Kak Mira ni.

Kami naik teksi m'nuju ke stesen komuter Batu 3. Aku ni ikut je la langkah Kak Mira sbb aku ni nama naik komuter mmg jarang sgt2 sbb aku kan suka duduk di bilik dr keluar b'jalan2. Tp kali ni boleh juga dikatakan first time keluar jalan2 di tempat yg jauh. Kalau setakat Giant yg hampir dgn Stadium Malawati tu selalu juga la aku pergi sbb dekat sgt dgn politeknik hanya jalan kaki saja. So tak hairan la sangat. Dlm p'jalanan tu Kak Mira surprise kat aku dia ckp nak bawa aku jalan2 pergi Mid Valley. Hahahaha pandai Kak Mira nak happykan aku, cepat je dia makbulkan k'inginan aku. Thanks Kak Mira.

Masa nak beli tiket dua hala pergi ke Mid Valley Kak Mira ajar aku cara2 nak beli. Aku pun tengok la cara2 mcm mana nak beli sbb Kak Mira kata lps ni aku dah boleh beli sendiri kalau aku nak naik komuter. Kak Mira kata kalau nak pergi ke area Kuala Lumpur kena seberang ke bahagian sebelah drpd kaunter tmpt kami beli tiket tu. Naik jejantas la tu maksudnya. Mula2 tu agak pening2 jugak nak fahami tp lama2 dah dpt baca juga. Nama pun belajar dr pengalaman. Kalau tak naik komuter mcm mana nak ada p'galaman.

Tak lama aku tunggu cepat je komuter sampai, aku pun ikut la Kak Mira m'langkah ke dlm komuter. Fuhh!!! penuh la pulak time tu, so terpaksalah kami b'dua b'diri sbb dah takde tempat duduk kosong. Kak Mira tarik tangan aku pergi ke belakang dekat dengan pintu keluar masuk. Nasib la kat ruang tu takde orang langsung, hanya aku dgn Kak Mira b'dua je. Pandai betul la Kak Mira ni cari tempat yg jauh dr org. S'panjang p'jalanan tu kami b'bual mcm2 perkara dr A sampai Z. Kejap2 aku t'senyum, kejap2 aku nampak Kak Mira pulak yang t'senyum dengar apa yg aku ceritakan. Best sangat2 aku rasa masa tu.

Aku rasa masa tu kami pun tak kisah dah kalau kami tak dpt duduk sbb Kak Mira dgn aku duduk kat lantai dlm komuter tu. Ala bukan nampak org pun so kami dgn tak malu duduk la kat lantai sambil b'bual2 panjang. Ni la kali pertama aku buat mcm tu. Apa yg uniknya ttg Kak Mira ni aku suka tgk ekspresi muka dia sbb selalu sgt b'ubah2, pandai dia buat muka yg mcm2 gaya. Mungkin sbb itu Abg Taufiq suka kat Kak Mira ni. B'untung Abg Taufiq dpt Kak Mira. Kalau aku ada abang pun aku suruh abang aku jadikan Kak Mira kakak ipar aku. Tp aku mana ada abang. Aku je anak ke 2 dr 4 org adik beradik.

Aku rasa sampai area2 Pantai Dalam komuter dah mula penuh so aku dgn Kak Mira dah bangun sbb nak selamatkan diri. Aku sentiasa kat s'belah Kak Mira tak nak jauh2 sbb kalau apa2 b'laku susah la. Ruang yg kami lepak tadi pun dah penuh orang. Utk Ke Mid Valley kami kena tukar komuter di KL Sentral. Tp time tu aku bagitau Kak Mira aku nak pergi ATM sbb aku memang dah kering poket. Cucuk kat dinding keluar la duit. Senang je. Tambang teksi td pun Kak Mira yg bayar termasuklah aku punya tiket komuter ke Mid Valley.

Lps selesai cucuk dinding aku pun ikut ke mana Kak Mira pergi sbb Kak Mira dah pesan kat aku "wida ikut je akak dari belakang ok". Tiba2 masa kami sama2 nak naik komuter ke Mid Valley entah mcm mana Kak Mira dgn aku terpisah padahal time tu aku dgn Kak Mira dah b'diri sebelah2. Kak Mira ke kanan dan aku ke kiri sbb kat situ ramai yg b'rebut2 nak naik komuter. Bayang Kak Mira pun aku tak nampak masa tu, dah tu aku fikir aku dah nak keluar semula dr komuter tiba2 pintu pulak dah ditutup.

Ah sudah!!! aku binggung. Aku cepat2 la mesej Kak Mira tanya dia di mana...takut la aku kalau aku naik s'org dan Kak Mira t'tinggal kat KL Sentral. Aku ni kan org kampung mana biasa dgn komuter2 mcm ni. Dah tu tgk org2 yg ada kat dlm tu buat aku lebih takut. Tiba2 aku dpt mesej balas dr Kak Mira. Dia ckp dia dah masuk td, dia pun risau juga sbb dia pun tak nampak aku. Entah mcm mana kami boleh terpisah. Adoi!!! susah hati aku. Lps kami balas b'berapa mesej akhirnya aku nampak Kak Mira b'dasarkan 'klu' yg dia bagi. Dia pun dah nampak aku. Dia cakap "wida stay kat situ je tau nanti akak datang" dgn muka dia yg risau2.

Tak ada ruang langsung aku nak b'gerak ke tempat Kak Mira. Dlm pd tu sempat aku dpt mesej dr Kak Mira dia cakap "adik, jgn takut tau. Akak akan p'hatikan adik dr tmpt akak b'diri skrg". Aku just ckp ok je. Risau sgt Kak Mira ni, aku ok je sbb aku dah nampak dia kira ok la tu. Agak2 dah nak sampai Mid Valley Kak Mira mesej aku dia bagitu kena turun. Punya la ramai org nak turun dan masuk keluar dr komuter ni. Aku ni dah mcm apa la t'kedepan t'kebelakang. Adoii!!! sakit ooo. Tp nasib la bdn aku ni di tolak2 ke luar.

Tiba2 aku dpt rasa tangan aku ditarik org, tapi aku tak nampak siapa. Bila aku toleh rupa2nya Kak Mira yg tarik tangan aku dr celah2 org ramai tu. Dia pun tak peduli org2 yg ada kat situ, aku apa lagi habis semua org aku rempuh. "Sorry wida akak tak sengaja biarkan wida jalan belakang akak tadi". Aku ckp takpe la kak, dah benda nak terjadi. Lps dr tu s'panjang p'jalanan kami Kak Mira pimpin tangan aku sbb dia kata takut aku tertinggal lagi kat belakang dan dia tak nampak aku. Aku ikut je la sbb Kak Mira dah tarik tangan aku.

Kak Mira punyalah risau td sbb tiba2 dia tak nampak aku walhal dia fikir aku ikut belakang dia. Memang aku ikut belakang dia tp tiba2 kami terpisah sbb org dah tolak2 kami jd t'pisah la kat situ. Kami pun round2 la sekitar Mid Valley tu, dah sampai satu tahap aku penat dan minta Kak Mira cari mana2 tempat yg kami boleh duduk. S'benarnya Kak Mira pun dah penat b'jalan, dia pun sakit kaki juga. Last2 serentak kami tanya "kita nak makan kat mana?". Huhuhu masing2 ketawa. Apa la Kak Mira ni.

Dua2 putuskan utk mkn kat KFC je. Pandai Kak Mira pilih tempat duduk, jauh dari org lalu lalang dan t'sembunyi sikit tempat duduk tu. "Pandai Kak Mira pilih tempat duduk." Dia senyum je sambil ckp "akak tau wida malu sbb tu akak pilih tempat yg t'sembunyi sikit." Sambil tangan dia bukakan aku punya makanan. Semua dia buatkan utk aku t'masuklah buka sos paket tu dan cucukkan straw kat minuman aku. Hai!! b'tuah betul la keluar dgn Kak Mira ni, semua dia yg buatkan. Tinggal aku masukkan makanan dalam mulut je. Thanks again...

Aku kalau makan dgn org yg aku tak biasa keluar ni mmg aku tundukkan je muka aku. Kalau tak pun aku makan lambat2 smpi kadang2 org kena tunggu aku lama sbb aku nak habiskan makanan aku. Apa la aku ni, sengal betul. Emm....nak buat mcm mana dah diri aku memang macam ni sbb tu la aku tak pernah keluar makan. Mak aku tak ajar aku makan kat kedai, mak aku la selalu yg masak kat rmh. Aku pun tak t'ingin sgt nak makan kat kedai. Tp aku skrg jauh dgn mak aku so aku kena makan kat kedai.

Cepat betul Kak Mira makan, aku yg t'kial2 nak makan dia dah siap dulu. Aduh!!! Kak Mira kena tunggu aku la nampaknya mcm ni. Sorry Kak Mira kata aku dalam hati. Tp dia mcm tau je time tu sbb dia ckp kat aku makan slow2. Aku pun makan lg slow sbb dia dah kata mcm tu. Tiba2 dia cakap "Abg akak kirim salam kat wida. Dia kata suruh akak jaga wida baik2." Aik sampai mcm tu sekali abg syg Kak Mira pesan. Emm...rupa2nya dlm diam Kak Mira dah report kat abg dia sbb tu abg dia boleh pesan mcm tu pd Kak Mira. Aku t'senyum je masa Kak Mira tunjuk kat aku mesej yg boyfriend aka suami dia bagi.

Sampai mcm tu sekali org b'cinta ni, kalau aku b'cinta satu masa nanti mcm mana la agaknya hish!!! tak t'fikir dek akal aku ni. Siapa juga la nak dekat aku ni. Hahahaha...lupakan je la. Aku dgn Kak Mira b'jalan2 lagi dlm Mid Valley, lepas satu kedai ke satu kedai kami singgah. Sampai penat lagi kami b'jalan di sana. Bila masing2 tgk jam kat tangan hemm...lewat dah ni. Takut kalau sampai pagar politeknik dah tutup pulak, kami pun ambil kata sepakat balik sebelum pintu pagar tutup.

Nasib la balik tu agak mudah sikit dan yg paling risau Kak Mira, dia sentiasa pegang tangan aku dan dia akan pastikan aku ikut dia ke mana pun dia b'jalan. Mesti td Kak Mira ada ckp kat abg syg dia yg kami t'pisah dan hampir2 aku hilang dari pandangan mata dia kalau tidak kenapa mesti abg dia pesan kat Kak Mira supaya jaga aku baik2. Aku rasa tak puas b'jalan dgn Kak Mira tp takpe la mungkin ini je masa yg aku ada dgn Kak Mira. Terima kasih yg tidak t'hingga kepada Kak Mira bawa aku pergi jalan2.

Disebabkan Kak Mira dah beli tiket dua hala jadi kami tak perlu la beratur panjang2 nak beli tiket. Perjalanan pulang kami lancar dan balik tu kami dpt tempat duduk. So aku pun b'rehat la dlm komuter s'panjang p'jalanan pulang. Tp masih lagi aku b'bual dgn Kak Mira. Masing2 penat la lagaknya padahal bukan b'lari pun just jalan2 je. Tiba di politeknik kami pun b'pisah. Kami lain bangunan asrama. Thanks a lot to Kak Mira. Always make me happy. Hehehehe.

Kalau jumpa Kak Mira di jabatan awam kami masih b'tegur juga dan yg paling aku ingat aku dr jauh dah nampak Kak Mira cuma dia yg tak nampak aku. Jd aku fikir nak t'kejutkan dia. Aku sorok belakang pintu kat makmal sains, sampai je dia kat depan pintu tu aku sergah dia. Punya la dia t'kejut. "Akhirnya nampak juga akak senyum. Akak ni muka masam je kenapa. Senyum la sikit". Last2 dia senyum juga sbb nampak aku. Apa la Kak Mira ni buat lawak je dgn muka dia yg unik tu.

Walaupun kita dah b'pisah jauh Kak Mira tetap dlm ingatan wida sampai bila2. Wida hanya ada Kak Mira s'org saja sbb wida takde Kak Mira yg lain. Wida doakan moga Kak Mira b'bahagia disamping Abg Taufiq. Setia dia m'nunggu Kak Mira dan akhirnya m'langsungkan perkahwinan pd 19 Jun 2011. Wida turut gembira dgn p'kahwinan Kak Mira dan Abg Taufiq tp sayang wida tak dpt nak kongsi k'gembiraan b'sama mereka. t'lalu jauh utk ke sana m'raikan majlis bahagia kalian. Moga doa wida m'iringi k'bahagian kalian. Sekian...

Ku Bahagia

Artist: Melly Goeslaw

Di atas bumi ini ku berpijak
Pada jiwa yang tenang di hariku
Tak pernah ada duka yang terlintas
Ku bahagia

Ingin ku lukis semua hidup ini
Dengan cinta dan cita yang terindah
Masa muda yang tak pernah kan mendung
Ku bahagia

Dalam hidup ini
Arungi semua cerita indahku
Saat-saat remaja yang terindah
Tak bisa terulang

Ku ingin nikmati
Segala jalan yang ada dihadapku
Kan kutanamkan cinta tuk kasihku
Agar ku bahagia



Tuesday, June 14, 2011

Last Aku Dan RXZ Biru

S'belum dia balik ke negeri asal dia, mmg dia byk luangkan masa di rmh aku. Slps dia balik ke negeri dia belum tentu dia akan datang ke sini lagi. Dan yg aku pasti aku takkan jumpa dia lagi sampai bila2 sbb masa dan k'jauhan m'bataskan segala2nya. Mmg kwn selalu datang dan pergi tp aku rasa dia kawan yg entah datang dr mana aku pun tak pasti sbb dia tiba2 muncul dlm satu episod baru ketika aku sedang m'jalani praktikal. Aku kira dia kwn biasa tetapi betul2 m'berikan kesan bukan pd aku shj tetapi pada mak aku yg tersayang.

M'hitung hari k'berangkatannya aku tidak m'rasakan apa2 sbb aku sudah terbiasa dgn p'pisahan. Saat dia m'beritahu utk pulang ke tempat asalnya tidak m'gejutkan aku kerna aku tahu k'wajipan dia m'nimba ilmu di situ telah b'akhir dan dia perlu utk m'neruskan k'hidupan m'cari rezeki duniawi. P'siapan serta m'gemas segala2nya telah dilakukan dgn rapi dan dia pastikan tiada apa yg b'harga t'tinggal di sini. Aku siap pesan pd dia supaya check semua barang2 dia agar tidak t'tinggal.

Mak aku ni siap bekalkan dia makanan popular negeri Johor iaitu kerepek. Macam2 jenis kerepek yg mak belikan utk dia. Mak pesan supaya beri buah tangan pd org jauh. Bayangkan la dia m'bawa semua barang dgn m'naiki motor RXZ biru dia tu. Di tempat duduk belakang tentulah beg bajunya, ditambah lagi dengan beg sandang belakang dan beg sandang tepi. Penuh dan sarat dengan muatan tp dia tetap bawa. Adalah beberapa barang yg dia tumpang simpan di rumah aku. Katanya dia akan ambil ketika dia hadir ke majlis konvokesyen pd tahun depan.

S'belum dia pulang aku sempat makan tengahari buat kali t'akhir dgn dia b'sama keluarga aku iaitu mak dan adik aku. Kami sempat b'gurau dan ketawa gembira. Mak kata "lepas ni kalau dah balik kampung jangan la lupakan kami di sini. Kalau ada kelapangan datang la jenguk kami di sini, pintu rumah sentiasa t'buka utk terima k'hadiran kamu". Aku rasa mak m'luahkan kata2 itu dengan perasaan sayu dan sebak. Dia m'angguk dan dia kata "saya takkan lupa jasa baik makcik dan Ida sekeluarga. Saya akan ingat sampai bila2".

"Nanti masa konvokesyen saya datang lagi. Saya nak Ida pun ada juga masa saya konvokesyen. Kalau dia tak dpt nak balik saya akan jemput dia kat shah alam naik motor". Penuh yakin dia b'kata2, aku hanya m'jeling ketika dia b'kata b'gitu. Adakah itu satu janji atau sekadar kata2 manis di mulut sahaja. Aku dah bayangkan bila dia nak jemput aku di shah alam nanti. Kalau kawan2 aku semua tahu tentu aku jd bahan gelak kawan2 aku. Kawan2 aku ni mana pernah nampak aku keluar dgn mana2 lelaki sbb aku jarang keluar lepak2 dan enjoy2 habiskan masa.

Aku pegang kata2 dia walaupun bukan janji tp aku rasa ianya pasti. K'pulangan dia aku iringi di depan rumah. S'gala foto kenangan dia di sini aku serahkan kepadanya. T'lalu manis utk dikenang dan bila2 masa sahaja akan menjadi kenangan pahit buat aku. Kami m'lambai tangan di atas p'mergian dia m'ninggalkan kami saat itu. Dari wajah dia mmg tiada k'sedihan tetapi dlm hati dia siapa yg tahu, hanya dia yg m'rasai ketika itu. Dan AKU ah!!! tidak s'kali pun m'nitiskan air mata. "Kau tak sedih ke wahid dia dah balik" tanya mak aku. "kenapa nak sedih mak...biasa la p'temuan akan b'akhir dgn p'pisahan juga". Jawapan aku ringkas sambil b'siap2 utk ke tempat praktikal semula. S'benarnya aku nak lari dr p'soalan yg mak aku akan tanya b'tubi2.

S'panjang petang tu aku takde mood nak buat kerja, aku buat la apa2 yg aku rasa aku mampu lakukan tp yg pasti bukan kerja2 yg b'faedah. B'berapa jam lps tu aku dpt mesej dari dia yg m'gatakan dia sudah selamat sampai di kampungnya. Semua yg ada di kampungnya rindu akan dia kerana dia sudah lama tidak pulang ke kampung. S'belum ni, dia mahu pulang ke kampung tetapi kewangan yg m'bataskan segala2nya so dia tunda hasratnya itu setelah selesai p'gajiannya di sana. K'sempitan wang dan tiada pinjaman m'buatkan dia sukar utk pulang ke kampung.

Pada awal k'pulangan dia ada la dia m'hubungi aku tetapi entah kenapa esok, lusa dan hari2 m'datang langsung tiada khbr ttg dia. Apabila dpt dihubungi dia selalu shj m'gelak dan katanya tiada kredit. Apabila sudah di topapkan ada la sekali dua dia balas mesej aku lepas tu dia mcm m'gelakkan dan sering m'berikan alasan2. Ada ketikanya dia m'beri alasan dia ke padang b'main bola sepak b'sama rakan2nya dan ada kalanya dia m'beritahu tidak m'yedari panggilan masuk serta tidak m'yedari SMS yg aku kirimkan.

S'hinggakan pd satu tahap aku m'hantar b'berapa mesej seperti m'perli dia. Aku katakan pd dia sudah lupa dgn kami s'keluarga dan yg paling aku ingat mesej aku tu byk kepada ke arah negatif. Tidak perlulah aku tuliskan di sini kerana aku rasa org hilang k'sabaran shj yg boleh m'geluarkan kata2 seperti itu. Aku masih tidak faham kenapa dia buat macam tu pd keluarga dan pd aku sbg kawan dia. Perlukah nama kawan itu saling m'lupakan dan saling tidak m'ingati walaupun jauh.

S'minggu begitu, s'bulan begitu, setahun juga b'gitu dan akhirnya aku penat utk m'hubungi dia. Aku juga belajar terima hakikat di mana kawan itu sentiasa datang dan pergi. Pd satu malam entah kenapa semua ini m'gusik sanubari dan hati wanita aku hingga aku m'nangis dan m'nitiskan air mata hanya kerana s'org lelaki yg dikatakan kawan. Beginikah kawan namanya. Aku harap aku tidak akan m'punyai kawan seperti ini lagi cukuplah kamu s'orang yg sudah m'buatkan hati aku sedih tidak t'hingga. Sedih bukan kerana apa tetapi ttg satu hal ini...

Mak menangis bila t'pandang pinggan yg dia gunakan utk makan, dan apabila aku m'nemani mak tidur mak m'nangis seperti t'bayangkan wajahnya dan yang paling ketara ketika solat pun mak m'nangis. Sayu hati aku bila tengok mak m'nangis sbb mak dah anggap dia tu mcm anak mak sendiri dan mak bukanlah t'lalu taksub dgn dia cuma dia sedikit s'banyak m'bawa k'gembiraan pd mak aku s'panjang dia ada di sini. Mak lagi sedih dgn perbuatan dia yg tidak m'balas setiap mesej yg dihantar dan tidak m'jawab setiap panggilan. Puas aku pujuk mak hinggakan aku rasa bengang dgn situasi dlm rumah aku ketika itu. Penuh dgn k'piluan. Suram dan tidak ceria.

Aku tak boleh tengok mak yg aku sayang m'nangis hanya kerana s'orang kawan yg sudah mula m'lupakan aku. Aku mula m'gemas dan m'yimpan segala pinggan mangkuk yg digunakan ketika dia hadir kerana pada pandangan mak aku ianya akan m'buatkan mak aku sedih apabila terpandang semua itu. Kedudukan kerusi meja aku ubahkan pd bentuk yg b'beza. Supaya kelihatan semuanya lain dr yg sebelum ini. Semua ini sudah m'jadi sejarah dlm hidup kami.

Hari b'ganti hari, minggu b'tukar minggu, dan bulan b'ubah tibalah masa dia m'ghadiri majlis konvokesyen. Ketika itu aku sedang m'nuntut di shah alam sedang m'habiskan sisa baki kuliah aku di sana dan ketika aku sedang m'ikuti kelas aku terima mesej dr dia dan dgn gembiranya dia m'beritahu aku dia mahu m'hadiri majlis konvokesyen. Aku sekadar m'gucapkan tahniah pd dia. Berita itu telah pun aku ketahui semalam drpd mak sbb mak aku tanya dia ada mesej aku atau tidak. Mak ada cakap yg dia nak tumpang di rumah kami s'panjang majlis dia.

Ketika itu aku hanya m'beri jawapan supaya dia b'tanyakan kepada mak samada mak benarkan dia tumpang kerana rmh itu rmh mak bukan rmh aku. Aku s'benarnya dah berapa bulan tak balik ke kampung sbb komitmen yg b'mcm2 kat shah alam. Aku rasa mcm malas nak layan setiap mesej2 dia dan ada kalanya aku hanya biarkan shj mesej dia masuk tanpa m'balas. Aku nak dia rasa juga mcm mana rasanya bila kiriman mesej2 kita tidak dibalas. Dan aku terima satu mesej ni "kalau tak sudi saya tumpang pun tak apa saya lebih rela tidur di mana2 masjid". Begitulah bunyi mesej dia yg aku terima. Emm minta simpati atau apa itu aku tidak pasti.

Aku tak t'sentuh langsung dgn kata2 dia sbb aku rasa dia lelaki yg boleh b'dikari utk bawa diri. Dia lupa pd janji dia bahawa dia nak jemput aku kat shah alam utk sama2 hadir majlis konvo dia. Tp semua itu tinggal janji. Takpe la, aku bukan kemaruk sgt nak pergi majlis mcm tu. Tp aku masih waras dan beberapa ketika sblm majlis konvokesyen itu b'laku aku telah sediakan utk dia s'jambak bunga warna hijau yg aku minta mak aku sampaikan kepada dia. Walaupun dia lupa pd janji dia tp aku tak lupa hari kegembiraan dia utk m'nerima ijazah. Tahniah!!!!

Kata adik aku dia dtg naik kereta, semua barang2 yg dia tumpang kat rumah aku dia dah ambil. Mak dgn abah aku sbg wakil keluarganya yg masuk ke dewan utk m'yaksikan dia m'nerima ijazah masa tu keluarganya tidak s'orang pun yg hadir. Masa dia tumpang kat rumah aku tu dia rajin pulak hantar mesej kat aku tp disebabkan aku sibuk aku tak balas pun dan tiba2 dia buat andaian yg aku ni merajuk dgn dia. Ah!! takde maknanya aku merajuk, buang masa je.

Betul la kata mak aku, jauh di mata jauh la di hati. Aku rasa cukuplah sampai di sini aku penat utk m'lalui semua ini. Benda yg belum pasti dan hanya dtg seketika cuma. Kenangan biarlah ia b'lalu cuma s'kali sekala m'jengah diminda tidak la salah kerana susah utk dipaksa m'lupakan. Aku dedikasikan lagu ini yg aku kira amat m'dalam di dalam diri aku. Ada hikmah kenapa Tuhan datangkan dia pada aku ketika itu. Aku hargai dan m'nerima s'adanya keadaan ini. Selamat tinggal kenangan dan selamat b'bahagia hati ini utk selama2nya. Assalammualaikum...

Ibnor Riza


Mimpi Yang Tak Sudah

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

( korus )
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

( ulang korus hingga akhir )

Teringat Lagi RXZ Biru

Kalau nak diingatkan ttg pemilik RXZ Biru ni aku pun tak tahu nak kata apa. Kenapa dia b'kenalan dgn aku dulu tu pun sampai sekarang m'jd tanda tanya. Memang la nama kawan ni selalu datang dan pergi. Kadang kekal lama dan kadang hadir hanya seketika. Tp kawan yg mana pernah b'tandang ke rmh aku akan m'jadi ingatan buat aku dan s'keluarga sampai bila2. Ada la b'berapa perkara yg aku masih igt lg ttg pemilik RXZ Biru ni dan aku rasa mmg takkan dilupakan sampai bila2. Aku story sikit la mana2 peristiwa yg aku masih ingat.

Rmh yg aku duduk sekarang ni dia la yg tolong catkan. Mana tidaknya, setiap kali pandang dinding rumah t'ingat kat dia. Time tu kami b'dua cat rumah sama2 tp aku byk rehat sampai aku t'tidur2 k'penatan. Dia relax je cat sampai ke petang. S'benarnya k'betulan dia ada cuti jd mak aku ajak la dia balik ke kg di rumah kami yg baru ni, nak minta tolong dia catkan rumah. Mak aku bagi upah la lepas tu sbb dah gunakan khidmat dia. Yg aku kesal masa tu bila aku curi tulang, aku pergi bilik air kononnya aku nak rehat kejap. Entah mcm mana aku tiba2 dengar ada benda jatuh, alamak!!! hp aku t'jatuh dlm lubang tut.

Punya la dia gelakkan aku. Siap perli2 aku lg dgn buat2 tutup hidung. Kononnya hp aku tu b'bau. Kurang asam jawa btl dia. Sedih aku. Aku masih igt lagi mak aku cakap kat dia "makcik saja buat rmh besar sikit, nanti boleh la anak kamu dgn ida main basikal dalam rumah, nak main badminton kat dlm rumah pun boleh". Adoi!!! t'kejut aku masa tu dengar mak aku ckp mcm tu. Suka la mak aku ni buat gempak. Ada ke ckp mcm tu. Dia t'gelak je time tu. Pd aku, takde maknanya anak aku dgn dia. Kami hanya kawan saja tak lebih dr itu.

Ada sekali dia ikut kami pergi kenduri kahwin anak sepupu mak kat Felda Kledang so kami b'lima m'naiki kereta. Mak ajak dia sbb abah aku tak dpt pergi so dia sbg lelaki yg mak aku harap dia dpt jd peneman ketika ke sana. P'jalanan agak jauh la juga dan time tu aku kena duduk sebelah dia kat dlm kereta. Aku ni agak makan ruang juga la bila duduk tu. Kesian aku tgk dia mcm tak cukup ruang je nak duduk. Dah aku ni duduk kat tengah2, bila mak aku lalu selekoh tu saja je mak aku ni buat selekoh maut smpi org dlm kereta jadi m'giring ke kanan ke kiri.

S'panjang p'jalanan tak la kami b'bual sgt cuma kami saling b'bual di henset. Apa yg aku rasa aku nak cakap, aku akan taip kat dia dan bagi dia baca. Lps tu yg bestnya dia pun balas juga taip kat henset aku tu. Sengal betul la kitaorg time tu. Mak yg m'mandu time tu sekejap2 tengok cermin belakang. Eleh mak sebenarnya intai kitaorg tgh buat apa. Takkan la mak aku nak intai atok aku yg duduk kat sebelah aku tu, takde maknanya. S'belum naik kereta lg mak aku dah ckp suruh aku duduk tengah aka s'belah dia sbb mak aku kata atok duduk kat tepi supaya dpt b'sandar.

Jadi aku ni nak b'sandar kat mana. Takkan la aku nak b'sandar kat dia pulak kan tak main la. Tp dlm hati t'fikir juga, kalau aku sandar kat dia apa ea rasanya. Hahahaha....berangan la aku ni. Mak aku ni setiap kali sampai kat satu2 kawasan tu mak akan explain kat dia dan bila dia t'pandang signboard DESARU dia pun tanya la kat mak aku itu laut ke? Mak aku kata ya dan tiba2 mak aku ckp "kalau nak tengok desaru makcik boleh bawa kamu ke sana kita ambil2 angin tengok laut sekejap". Akhirnya mak aku betul2 pilih jalan ke desaru s'mata2 nak tunjuk kat dia.

Kami pun turun la dari kereta dan aku rasa mak aku penat m'mandu sbb tu dia kata nak singgah desaru s'kejap sbb mak nak rehat. Puas ni aku dgn adik aku tangkap2 gambar kat tepi laut tiba2 mak aku cakap "kenapa tak ambil gambar dgn dia?" Emm...nak tak nak aku pun b'diri la s'belah dia tangkap gambar sama2 dan adik aku time tu yg tolong tangkapkan gambar. Ada ke mak aku dgn atok aku jadi pemerhati tgkkan aku dgn dia gambar b'dua. Hmm...biarkanlah asalkan mak bahagia dan seronok. S'kurang2nya ada la kenangan aku tangkap gambar b'dua dgn dia.

Tak jauh p'jalanan kami sampai juga di rumah pengantin. Punya la riuh dan meriahnya kat sana. Entah mcm mana saudara2 aku ingatkan dia ni anak sulung mak aku. Dah semua saudara mara aku panggil dia abang. Aku t'gelak je dlm hati. Belum lagi kami p'kenalkan dia kat saudara mara. Nasib la kami ni saudara mara yg jarang b'temu so masing2 igt mak aku dah ada anak sulung lelaki yg dah besar. Mak aku pun tak byk cakap 'ye' kan aje lah kalau dah mcm tu.

Tp aku pun t'fikir juga s'benarnya kalau mak p'kenalkan pd saudara mara, mak nak bgtau yg dia tu siapa, anak mak ke, anak angkat ke, atau boyfriend aku ke. Kalau yg lain2 tau dia tu bkn anak mak aku mesti diaorg tanya kalau bukan anak takkan la sanggup bawa pergi sana sini. K'betulan s'minggu sblm tu mak bawa dia diam2 pergi jumpa adik beradik atok aku kat Felda Ayer Hitam. Rupa2nya rumah yg aku pergi tu anak pd atok yg duduk kat Ayer Hitam tu. Adoi!!!!

Aku panggil Atok Uteh je. Atok uteh tu asyik senyum2 kat aku je. Senyum penuh makna sambil mata dia pandang2 kat pemilik RXZ biru. Yg aku tak tahan tu Atok Uteh boleh ckp "itu calon suami wahida kan?" wow wow wow...tak sangka atok2 boleh cakap mcm tu. Aku igt nama atok2 ni takkan ckp mcm tu. Aku t'kesima s'kejap dan ada juga la rasa t'kejut. Memang aku tak sangka atok uteh nak ckp mcm tu. Aku senyum je sambil aku cakap 'agaknya la kot'. Hahahaha....

S'lama aku duduk kat rumah pengantin tu atok uteh asyik duduk sebelah aku dgn dia je. Eleh!! konon nak korek rahsia la tu. Haaaa betul tekaan aku. Mula dah atok tu soal mcm2. Tanya aku kenal dia kat mana, dia org mana dan yg paling best atok uteh ckp "atok b'kenan la kalau wahida kahwin dgn dia". Stright to the point takde simpang2 lagi. Ketawa aku kat situ juga. Aku ckp atok ni ada2 je la. "Atok Uteh suka dia. Kalau dia jadi suami wahida pun atok lagi suka".

Fuh!! nasib baik time tu mak aku panggil makan. Aku igt aku dpt la larikan diri dari atok uteh tp tak sangka pulak atok uteh boleh ikut aku juga. Pemilik RXZ biru pun ikut kat belakang aku juga time tu sbb dia pun belum makan. Atok Uteh tu siap suruh dia duduk sebelah aku lagi, suruh aku cedukkan nasi dan lauk utk pemilik RXZ biru. Adoiii!!! aku kena layan dia mcm dia tetamu kehormat la gayanya. Semua aku yg buatkan utk dia, nasib la aku tak kena suap dia makan.

Benda ni tak b'akhir lg di sini. Kami b'mlm kat rmh Mak Long anak Atok Uteh. Kat sini lg best sbb nak tidur malam. Hahaha fikir2 kan la kalau bab nak tidur ni. Gempak la juga. Lps kami bersihkan diri, solat maghrib dan isyak kami b'kumpul ramai2 sambil minum malam. Kat sini la mcm2 yg aku cover2. Duduk tu mulanya duduk jarak2 la tp tiba2 mak long tegur sbb dia duduk jauh2. So kat situ t'paksalah duduk dekat2. Part b'gurau tu mak aii...ada plak mak long nak jodohkan dia dgn anak mak long. Tiba2 pulak dia tgk aku. Aku pun angkat kening je =)

Dah lewat malam mata aku pun dah tak larat. Tiba2 mak long tanya dia nak tidur kat mana. Tidur dekat mak ke nak tidur kat tempat lain. Hahahaha gila kan. Eeee...ada hati pulak dia nak tidur dgn kami. Cepat2 dia cakap dia tidur kat depan TV. Pergh!! dia tidur tu tak jauh dr tempat yg aku tidur dgn mak, atok dan adik aku. Bilik semua dah penuh dgn sedara mara yg lain. B'sepah semua tidur asalkan selesa. Sempat aku mesej dia "Jangan mimpi pulak tidur t'golek2 sampai tempat kitaorg." Dia balas juga "kalau tak sengaja, takpe kan." Mmg cari pasal.

K'esokkan harinya, aku t'serempak dia keluar toilet dia baru lps mandi. Smart juga dia ni pakai kain pelekat nak solat subuh. Rambut dah siap sikat dr dlm bilik air. Hahaha...lucu, sampai ke situ pulak aku perhatikan dia. Masa dia keluar tu dia tak perasan aku dah tunggu depan pintu tp aku tunduk je la sbb muka baru bangun tidur takkan nak tunjuk kat dia. Hampeh nanti aku kena gelak dgn dia. Lepas aku bersihkan diri dan solat subuh, aku b'bual2 la dgn dia. Takkan nak buat tak nampak pula lagipun kesian la kalau dia tak dilayan. Nanti dia segan pulak. So aku cover dia.

Awal pagi kami b'siap2 utk ke majlis perkahwinan dua pupu aku tu. Al maklum la adat Johor ni selalunya mesti ada majlis khatam Al-Quran dan bacaan berzanji. So, atok aku dan mak aku ni selalu sgt ikut majlis2 ni lagipun mak dan atok dah biasa. Aku bantu la apa2 yg patut kat rumah pengantin tu. Dia pulak dah kena tarik dgn pak long supaya duduk kat luar tolong uruskan meja makan utk tetamu. "Pandai2 la ya jaga diri" aku mesej kat dia. Dia kata dia dah biasa so tak kisah la. Siap aku pesan kalau siapa2 tanya dia anak siapa jawab je anak Mak Long Tok Uda.

Sah mmg dia kena soal kat luar dgn semua sedara mara mak aku. Jenuh dia nak m'jawab tp reti juga sbb sedara mara mak aku ni cakap kat dia "kamu tak ingat la sbb masa kita jumpa kamu dulu kecil lagi. Bila dah besar jarang ikut keluarga ke sana sini" bila sedara mara p'kenalkan diri mereka pd dia. Emm tak sangka betul la. Pandai je dia cover2. Lps habis majlis bacaan Al-Quran dan berzanji kami sekeluarga pun m'jamu selera. Atok Uteh tu ada lagi, dia yg duduk dr tadi kat sebelah aku senyum penuh makna. Macam2 dia tanya lg pasal pemilik RXZ Biru ni. Adoi!!!!

Memang kami ni kenyang perut la masa kat rumah pengantin sbb macam2 makanan yg diaorg hidangkan pada kami. Dia pun asyik ckp kat aku yg dia kenyang makan kat Johor ni. Belum tengahari kami dah minta diri utk pulang sbb jauh p'jalanan kami. Ramai yg suruh tunggu pengantin sampai tapi kami tak dpt tunggu. Tiba2 mak t'jumpa kawan lama dia kat rmh pengantin dah tu kawan mak ajak singgah rumah dia pulak. So ikutkan je la.

Kami b'salaman la dgn saudara mara dan last aku salam Atok Uteh. Emm dia cakap lg "kalau dia jadi suami wahida atok setuju sgt la" sambil genggam tangan aku masa aku b'salaman. Hahahaha tinggi betul harapan atok uteh tu. Kami pun teruskan p'jalanan m'nuju rumah kawan mak aku yg tak jauh dr rumah pengantin tu. Sampai2 je rmh tu ada la suami dan anak dia perempuan down sindrom sambut kami. Entah kenapa masa nak melangkah masuk tiba2 anak kawan mak aku tu salam dan nak cium pemilik RXZ biru ni. Punya la dia t'kejut masa tu.

"Abang hansem" dalam pelat2 org down sindrom. Kitaorg gelak je kat dia. Budak tu pun nak duduk sebelah dia. Mula2 tu dia diamkan je sampai dia rasa tak selesa. Hahahaha...kesian. Padan muka ramai peminat. Kami minum2 lagi kat rumah kawan mak aku tu. Kwn mak aku ni pun b'minat dgn pemilik RXZ biru ni sampai dia cakap "boleh tak jodohkan anak aku si kakak dgn anak lelaki sulung kau ni". Tet....t'kesima aku m'dengar. Selalunya kalau org tua dah suka tu maka b'kenan la utk dibuat menantu. Emm...ada hati juga makcik ni dlm hati aku.

Beria2 makcik tu nak jodohkan dia dgn anak perempuannya yg nurse tu. Tp anak dia time tu takde kat rumah. Pergh!!! kalau anak dia ada kat rmh time tu mesti anak dia terima pilihan mak dia. Yg aku tak sure apa jawapan mak aku nak bagi. Tp mak aku pandai jawab dia kata "ala anak muda sekarang semua masih nak enjoy belum nak kahwin lagi. Masih belajar belum kerja lagi". Itulah jawapan selamat yg mak aku bagi. Last2 kawan mak aku diam je. Harap2 dia faham. Tak lama tu kami b'ansur pulang. Dalam p'jalanan mula la kami t'gelak2 kat dia. Dia pun ketawa juga.

Kalau tak silap aku dua kali dia potong kek hari kelahiran dia. P’tama di rumah taman, time tu kakak aku kerja kedai kek jd kakak aku balik cuti bawa kek terus mak aku suruh aku dia datang rmh kami sbb nak bagi surprise kat dia la utk potong kek. Mcm biasa dia dtg mlm tu tepat pd masanya. So, lps makan malam kami m’raikan hari ulang tahun kelahirannya. Ada la kami nyanyi lagu selamat kat dia. Mmg happy la mlm tu, makan2 kek sambil b’bual2 dan tengok tv.

Dia kata selama dia hidup dia tak pernah sambut hari lahir dia dgn potong kek. Emm...t’haru juga la dgr pengakuan dia. Kami adik-beradik selalu juga la potong2 kek tapi makan sendiri dgn ahli keluarga je. Muka dia aku tgk time tu ada la mcm sedih sedikit, mungkin saat itu dia teringatkan keluarganya yg entah di mana berada. Aku tak ambil port pun nak tanya pasal family dia sbb dia tak pernah cerita pada keluarga kami. So, biarkanlah mungkin dia ada sbb kenapa dia tak nak cerita.

Kali kedua kami sambut birthday dia kat rumah baru kami di kampung. Mak aku kata nak celebrate kat situ sbb dia dah tolong catkan rumah kami. Memang semua ruang dlm rumah kami dia yg catkan aku hanya tolong apa yg patut. Mlm tu mak buat laksa dan kami sama2 buat p’siapan utk makan malam kami sekaligus m’yambut kelahiran dia. Kali ni potong kek juga yg mak aku belikan khusus utk dia tp aku yg pilih sbb mak aku yg suruh. Mak aku ni ada je rancangan dia. Aku ikutkan je la.

Mlm tu cuma ada aku, dia, mak, abah dan adik bongsu aku. Kami siap b’gambar2 lg...emm kenangan je semua tu. Bukan ada niat apa2 pun. Yg kelakarnya dia ni, nak potong kek guna pisau pun t’balik. Adoi!!! Mmg la tak selalu potong kek tp nampak sangat mcm jarang pegang pisau. Ada ke nak potong kek guna belakang pisau dan bukan guna yg bahagian tajamnya. Hahahaha...apa la dia ni. Rasanya tiada dlm simpanan aku semua gambar ketika m’yambut hari kelahirannya. It’s ok sbb masih terakam lagi dlm minda walaupun ianya sudah b’lalu beberapa tahun yg lalu.

Ada sekali dia m’minta bantuan kami utk m’numpangkan s’org kawan perempuannya b’malam di rumah taman kami. Masa tu aku t’fikir siapakah kawan perempuan dia. Adakah kekasih hati dia. Dan masa yg dimaksudkan telah tiba. Kawannya datang b’kunjung ke rumah kami dan b’malam di rumah kami utk beberapa hari. Katanya dia dtg kerana ingin b’jumpa kawan lama di bandar. Tetapi yg aku pelik kenapa kawan perempuan dia tak tidur di rumah kawan lamanya.

Kami tetap m’yambut tetamu dan m’hormati sesiapapun tetamu yg hadir. Kehadiran kawannya m’gembirakan hati pemilik RXZ dan aku tak tahu kenapa aku tiba2 jealous dgn diaorg. Aku tgk mereka b’dua duduk rapat, b’gelak ketawa yg m’yakitkan telinga aku, dan yg paling aku ingat tak pernah org mkn kat rumah aku tambah nasi sampai 5 kali kot. Aku tak tahu yg diaorg tu makan ke atau apa. Diaorg mmg puji masakan mak aku sedap tp masa tu terus aku hilang selera nak makan sbb aku rasa lauk yg aku nak makan sudah hbs dimakan mereka b’dua. Terpaksa aku b’puasa.

Malam tu aku tidur dgn kawan dia. Tengah aku baring2, kawan dia tanya aku “adik ada apa2 ke dgn dia” emm cukup b’hati2 dia b’tanya. Aku tak tahu samada itu soalan dr kawan dia atau dia yg suruh kawannya tanya pd aku. “Saya dgn dia hanya b’kawan saja kak. Kami kenal pun secara tak sengaja dan rapat pun secara tiba2”. Aku tak b’niat nak b’terus terang dgn kawan dia atau sesiapa juga. “Itu adik tgh mesej dgn dia ke” tanya kawan dia. “Tak la kak, saya tengah main game” jawab aku ringkas.

Aku malas nak balas mesej dia malam tu, aku cuma cakap kat dia aku penat dan kredit dah nak habis. So, aku tidur malam tu dgn kawannya. Emm...terpaksa la sbb mak aku yang suruh teman, mana tahu kalau2 kawannya perlu apa2 aku boleh bantu. Diaorg dah buat janji bahawa esok pemilik RXZ biru kena hantar kawannya ke bandar utk jumpa kawan lamanya. Hurm...mestilah dia naik RXZ biru tu. Well, mmg betul sbb aku sendiri yg m’iringi kawan dia di depan rumah aku. Aku taknak komen apa2 sbb aku m’mandang dgn mata aku sendiri b’sama mak dan adik bongsu aku. Biarlah...

Aku harap semua ini b’akhir sbb aku sendiri tak dpt m’nanggung perasaan yg entah apa2 dlm hati aku. M’genangkannya m’buatkan hati aku sakit sbb tu aku tak berapa nak suka kalau sesiapa m’yakiti hati aku sbb aku cukup jaga hati aku agar tiada sesiapa yg boleh m’lukakannya. Tetapi akhirnya ada juga manusia yg m’lukakan hati aku dalam diam tanpa diketahui. It’s ok aku b’syukur sbb dihadiahkan dgn perasaan seperti ini dan aku rasa aku perlu cukup kuat utk m’hadapi semua ini akan datang.

Rasanya terlalu panjang apa yg aku cerita kali ini. S'benarnya ada lagi tetapi biarlah aku cerita setakat ini saja. Apa yg b'laku tidak boleh dikembalikan lagi dan biarlah ianya berlalu m'jadi cerita dlm hidup aku. Tidak aku terfikir semua ini akan b'putar kembali dan cukup2 la apa yg aku lalui dan b'kongsi segalanya dgn mak aku yg tersayang. Lagu ini aku dedikasikan utk sebuah cerita realiti bukannya fantasi. Yg ada hanyalah Rindu Bayangan...Terima kasih kerana penat m'baca apa yg t'catat di sini.

Rindu Bayangan – Carefree

Carefree Malaysia

Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi

Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lamakan berdarah kembali
Kini kecewa tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi

( korus )
Apalah yang hendak di kata
Sudah suratan takdir yang menentukan
Ooh..oh..inilah ragam manusia
Manis di bibir pandai bermain lidah

Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan air mata yang menitis
Pada bayangan di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan

Friday, June 10, 2011

First Time Aku Dan RXZ Biru

Akhirnya tiba juga hari yg aku nanti2kan penuh debar kerana aku tak sabar nak daftar utk m'mulakan praktikal yg wajib dilalui oleh semua student. Pg tu aku daftar di univ. yg aku dah pilih utk m'jalani latihan praktikal. Mak yg suggest aku utk buat di negeri Johor saja dan b'dekatan dgn rumah. Mak juga la yg b'susah payah turun naik pejabat supaya aku dpt lakukan praktikal di tempat yg aku kira boleh sesuaikan dgn kursus aku ambil iaitu teknologi berasaskan kayu di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Aku tak dpt balik ke Johor utk uruskan tempat praktikal aku sbb byk komitmen lain yg aku perlu lakukan lgpn aku tak sempat nak balik kampung. Aku agak ada la dlm 4 bulan aku tak balik ke kampung. Emak pun faham situasi aku ketika itu dan mak kata tak perlu la aku ponteng class semata-mata nak uruskan tentang tempat LI. Emak ada sedia utk m'bantu aku. Terima kasih pd emak yg tidak t'hingga sbb sanggup b'korban apa juga utk anak yg satu ini.

Pagi tu aku pakai baju yg mmg aku suka sgt2 iaitu baju kurung warna purple. Baju itu juga yg aku pakai masa aku mula2 m'jejakkan kaki m'daftar di Politeknik Shah Alam. Baju tu byk sgt kenangan so aku rasa biarlah kenangan kali ini aku pakai baju purple juga. Mlm tu aku dah sediakan satu fail dimana semua surat2 ttg tmpt LI aku agar semuanya b'jalan dgn lancar tanpa sebarang masalah.

Mak yg memang setia, m'hantar aku s'hingga ke bangunan p'daftaran. Aku bagitau mak supaya dia tidak perlu m'nunggu aku sbb aku rasa mesti lama kalau nak tunggu. Aku sampaikan pd mak supaya jemput aku tengahari nanti kerana aku akan makan di rumah sekali juga m'nunaikan solat zuhur di rumah. Belum lg biasa dgn keadaan di sekitar univ. kerana univ ni tempatnya luas, penat b'jalan lg. Jd aku terus m'nuju ke tempat yg dimaksudkan. S'tibanya di pintu pejabat aku nampak ada pelajar dr politeknik lain yg akan sama2 m'jalani latihan praktikal di univ. cuma kami masing2 akan ditempatkan di fakulti dan jabatan yg b'beza2 mengikut jurusan yg kami ambil di politeknik masing2.

Aku sempat b'kenalan dgn beberapa pelajar praktikal lain antaranya dr Politeknik Merlimau, Politeknik Dungun, Politeknik Johor Bahru dan yg aku ketahui hanya aku s'org shj dr Politeknik Shah Alam yg m'jalani latihan di situ. Lps kami diberi penerangan oleh staf di pejabat pendaftaran kami diberi tempat2 yg sesuai utk kami m'jalani LI. Ketika itu, aku ditempatkan di Fakulti Kej. Awam dan Alam Sekitar di bahagian makmal.

Aku pergi ke pejabat Fakulti utk daftarkan diri di sana sbb aku dah kira mcm staf. Walaupun aku rasa tak setaraf dgn staf2 yg lain. Jenuh aku m'cari fakulti yg di maksudkan rupa2nya b'sebelahan je dgn bangunan pendaftaran td. Penat je aku b'jalan dan t'pusing2 mcm gasing, jalan sorang2 pulak tu takde kawan. Akhirnya aku sampai juga dlm pejabat p'daftaran. Lama aku duduk kat sofa tu. Td aku dah bgtau org kat kaunter tp dia suruh aku duduk dulu. B'sabar la.

Aku p'hatikan semua student univ. keluar masuk pejabat uruskan segala masalah dan tiba2 aku t'nampak dgn org yg aku cukup2 kenal. Aku pun sapa dia. Dia selalu dtg rumah aku sbb dia kawan pd kakak angkat aku yg mmg student univ. juga. So aku ada la kawan utk b'bual sementara aku tunggu org di kaunter panggil aku. Kami sempat bbual dan b'tanya khabar. Tak sangka akhirnya jumpa lg. Mcm2 aku tanya pd kakak tu.

Tiba2 ada kawan dia dtg so dia b'bual la dgn kawan dia tu. Aku kat sebelah dengar je. Ada juga kakak tu kenalkan kawan dia pd aku. Tp aku tak ambil port sgt just say hai je. Huh!!! sombong betul aku ni...apa boleh buat. Masa aku tunggu tu, dia duduk la s'belah aku dan aku perasan kakak tu dah pergi. Dia bbual dgn aku sekejap. Mcm polis pencen byk sgt dia interview aku. Aku ckp la yg aku dtg nak buat LI kat situ. Dah tu aku mcm malas2 nak layan sangat. Sombong lg.

Harap2 la cepat aku dipanggil masuk dlm pejabat. Tak lama tu aku pun say bye kat kawan kakak tu. Aku masuk ke dlm slps aku dipanggil. Ada la juga aku dikenalkan dgn b'berapa org staf kat situ. Tapi aku tak m'gharap pun, bkn aku sombong tp aku rasa aku cuma pelajar praktikal bukannya staf tetap kat situ. Lps aku dah b'jumpa dgn pegawai yg uruskan latihan aku kat situ aku disuruh tunggu lg penyelia yg akan bawa aku ke makmal di mana aku ditempatkan utk m'lakukan tugas2 harian. Penantian itu suatu p'yeksaan.

Alhamdulillah akhirnya dah selamat aku kat pejabat td. Aku dah dibawa ke makmal yg aku kena buat tugasan2. Aku dikenalkan dgn beberapa staf lain yg ada dlm makmal. Td aku dah call mak aku awal2 supaya dia tunggu di tempat td dia hantar aku. Bukan apa aku taknak susahkan mak aku cari jalan ke makmal ni. Silap2 jalan mak aku boleh sesat pula. Pergh!!! penat gila aku b'jalan dr belakang ke depan. Aku igt tak jauh nak b'jalan rupa2nya jauh juga siap sesat2 juga la aku s'panjang p'jalanan tu. Tp aku ni pandai sikit sbb tak malu nak tanya org yg aku nampak.

Lama juga aku tunggu mak kat situ. Tiba2 aku ditegur dgn org lelaki kawan pd kakak yg aku tegur kat pejabat fakulti td. Dia tanya aku tunggu siapa, aku jawab la tunggu mak ambil. Siap tanya aku duduk mana...eleh kalau nak hantar takpe la juga ni cuma nak tanya je. Lps aku bgtau aku duduk kat mana dia mcm t'kejut sbb dia kata dia duduk satu taman dgn aku cuma dia duduk kat taman belakang aku duduk taman yg di depan. Siap dia tanya lg aku duduk jalan apa. aku pun bagitau je la yg aku duduk kat jalan cempedak. Dia lg t'kejut sbb dia kata hari2 dia lalu jalan situ cuma dia tak tahu rumah aku yg mana satu.

Aku cuma bgtau yg rumah aku pagar biru. Aku siap cakap lagi "lps ni kalau lalu dpn rumah saya jangan lupa hon2 sikit ea". Hahahaha sengal aku cakap mcm tu. Cari nahas je aku ni. Suruh org buat mcm tu. Aku tanya dia nak balik naik apa sbb kalau dia naik kereta boleh la aku tumpang. Aku ni mmg sembarang je siapa2 je aku nak tumpang, kenal pun baru berapa minit dah nak tumpang2 org. Dia kata naik motor je. "Nanti saya lalu depan ni naik motor RXZ biru." Dia tunjuk la kat aku jalan yg dia maksudkan. Aku cuma angguk je tak cakap apa2 pun. Lps tu dia pun say bye kat aku mcm aku say bye kat dia di pejabat fakulti td. Aku senyum je kat dia.

Tak berapa minit tu aku pun nampak dia lalu sbb dia kata dia naik motor RXZ biru. Siap hon2 kat aku lg. Hahahaha aku ketawa dlm hati. Mentang2 td aku cakap kalau lalu depan rumah nanti hon2 so kat situ juga dia hon aku. Malu beb!!!! nasib takde org nampak. Aku t'gelak la juga. Baru aku nak duduk mak aku pun sampai. Rupa2nya mak lambat sbb mak jemput adik balik sekolah.

Mlm tu aku dpt satu mesej ni "Awak nampak tak td saya naik motor biru?" Hish!!! mana pulak dia dapat no tel aku secepat itu. Adoi!! gawat2. Puas aku tanya dia. T'fikir ni mcm mana dia dpt no aku, takkan minta kat fakulti kot. Sengal je. S'ingat aku td mmg takde bg dia no tel aku pun pd dia. Jujur dia bgtau dia minta pd kawan dia yg dia jumpa di fakulti td. Maknanya dia minta dgn kakak yg aku kenal la tu, k'betulan kakak tu masih simpan no aku. Hemm...apa boleh buat aku tak sempat nak elak. Kakak tu dah bg dulu.

Sejak tu la aku kenal dia ni. P'tama kali aku kenalkan dgn family aku time aku jemput dia dtg birthday kakak aku sbb kitaorg ada makan2 besar. Tak sangka pula dia tu tak malu so dia pun datang la. Aku ni mmg semua kawan nak kenalkan pd family sbb aku tak suka sangat rahsia pd family dgn siapa pun aku b'kawan walaupun baru kenal. Yg dah lama pun kadang kala aku tak sempat nak kenalkan pd keluarga.

Lps dah kenal tu aku siap dah hafal lg bunyi motor dia. Kalau lalu dpn rumah aku tu confirm betul la sbb aku intai dr cermin tingkap. Dia bukan nampak pun aku intai dia dr cermin. Aku tak pernah bgtau dia pun. Adik aku pun dah dpt teka bunyi motor dia kalau dia lalu dpn rmh aku. Semua tu hanya tinggal kenangan sbb skrg ni tak pernah lagi aku nampak kat mana2 ada RXZ warna biru. Kalau ada pun aku tak mahu ambil tahu siapa p'miliknya. Biarlah yg lepas tetap jd sejarah dan apa juga perkara yg akan dtg pula aku lalui dgn penuh tabah.

S'sungguhnya SERIBU BAYANGAN ini aku dedikasikan dalam p'temuan p'tama dan t'akhir aku dgn RXZ Biru. P'mintaan aku di dlm hati, janganlah dia singgah lg dlm hidup aku walaupun sekejap sbb aku tak dpt nak tanggung apa yg akan b'laku s'kiranya dia hadir juga tanpa diundang kerana Allah yg akan m'hantarkan dia seperti dahulu kala. Sekian...

Damasutra

Seribu Bayangan


Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti

Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya hempedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya

Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya

Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina

Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa

Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi




Thursday, June 9, 2011

Lagi-lagi Aku dan RXZ Biru

S'panjang aku praktikal tu yg tinggal dirumah hanya 3org je iaitu mak, aku and adik bongsu aku yg masih b'sekolah form5. So, kami ni selalu la sgt keluar b'tiga pergi mana2 pun. Kakak aku yg sulung ketika itu sedang m'nuntut di Politeknik Johor Bahru, adik lelaki pula m'cari ilmu di GiatMara Benut, dan bapa aku pula ketika itu m'guruskan p'niagaan warongnya di Ayer Baloi, Pontian dan tinggal b'sama adik lelaki aku. Ada sekali sekala atok aku dtg dr kampung nak tengok cucu2 dia. Kampung atok tak jauh dr rmh aku nak kata dekat pun tak la juga.

Nak kata sunyi kat rmh tidak la juga sbb aku ni byk ckp mak pun layankan je aku, adik pula akan cakap kalau dia rasa dia patut b'suara. Boleh dikatakan tiap hari la p'milik RXZ biru akan dtg rmh aku sbb mak ni rajin sangat m'masak so mak pelawa la dia dtg makan dirumah. K'betulan dapur dia mmg tak b'asap sbb masak air pun pakai kettle, kwn2 satu rmh sewa dia semuanya makan dikedai. So pakai tunjuk je la kat kedai lauk mana yg mereka nak makan hanya tinggal bayar shj.

Petang tu dia ada hantar mesej bagitau dia ada lawan bola kat padang univ. so dia tak dpt dtg rmh aku. Aku cakap takpe la sbb kalau dia datang pun aku byk diam je sbb tak tahu nak ckp apa. Mak la yg selalu layan tetamu, dah mcm polis pencen interview mcm2. Hahahaha nasib la siapa2 pun yg dtg rmh aku confirm akan disoal mcm2 dgn mak aku. S'benarnya mak aku ni peramah yg amat2 la. Kadang aku sendiri pun tak sempat nak kenal dgn kawan2 aku tp mak aku dah kenal dia lebih2 plak. Adoi...kadang2 aku malu tp mak aku pandai b'bual bicara.

Hujung minggu tu aku dgn mak dan adik bongsu pergilah padang univ. igt kan nak tgk dia main bola, tp hampeh tak nampak bayang dia langsung. Kalau nak mesej dia confirm la dia tak balas sbb dia main bola. Kami pulang dgn perasaan yg tak hampa langsung sbb mak aku belanja makan ayam. S'benarnya kami ni tak selalu makan2 di luar coz mak akan masak apa juga yg kitaorg nak makan. Mak tak pernah ajar kitaorg makan di kedai sbb makan kat rmh lg jimat katanya. So kami dah biasa la makan dirumah. Perancangan mak mmg bagus utk masa depan.

Tiba2 aku dpt mesej dr dia katanya kaki dia t'seliuh masa main bola. Jadi apa kena m'gena dgn aku. Aku just bgtau kat emak je ttg kaki dia. Dah tu mak kata suruh dia datang rumah. Kenapa pulak kaki dah t'seliuh nak datang rumah aku. Mcm mana nak jalan, gerak sikit je dah sakit ni kan pulak nak bawa motor. Alahai susahnya mcm tu. Tp dah arahan dr emak so aku sampaikan je la. Lgpn bila aku tanya dia dah makan ke belum dia jawab belum. So mak lagi la marah sbb dia kata nanti perut masuk angin. K'betulan ayam yg mak beli td banyak lebih.

Tak sampai 10 minit dia dah ada kat depan rmh aku. Kalau tak silap jam10 mlm juga dia dtg rmh aku. S'patutnya pukul 10mlm tu dia mmg dah balik ke rmh dia kalau dr rmh aku tp kali ni t'balik pulak. Kaki punya pasal la ni, dia kena dtg mlm2. Aku intai dr cermin tingkap, tiba2 mak aku cakap "cepat tolong dia tongkatkan motor dia." Aaiiikkk aku pulak yg kena tongkatkan motor dia tak pasal2. Humm aku ikut je la ckp mak. T'lari2 aku keluar rumah hanya kerana nak tongkatkan motor. Patut la dia lambat2 nak turun dr motor rupa2nya dia tak tahan sakit kaki.

Time aku dtg kat motor dia tu, aku ckp la "mak saya suruh saya tongkatkan motor." Dah ditongkat motornya takkan la aku pulak nak jadi tongkat dia. Tak sanggup aku nak papah dia, so dia jalan sendiri p'lahan2. Aku tgk je dr belakang huhuhu jahatnya aku ni... dulu kaki aku t'seliuh aku minta tolong kwn2 aku papahkan aku, tp kwn2 aku tu semua perempuan bkn lelaki so halal boleh pegang2. Dia lelaki takkan la aku nak pegang2 dia, haramkan dlm islam pegang2 bkn muhrim. Ssh ooo... Hemm no komen la tak dpt nak kata apa.

Lps mak hidangkan dia makanan tu apa lg dia pun makan la takkan nak tolak rezeki depan mata kan...aku tengok tv je. Tak sanggup nak m'hadap muka dia sbb kalau aku tgk muka dia aku jd kelu tidak t'kata walhal suara aku ni kalau kat rmh mmg b'gegar. Tapi kali ni bukan b'gegar tapi b'getar tak tentu pasal. Sengal la aku ni. Lps dia habis makan tu, aku la juga yg kemaskan sbb dia kan kawan aku. So sikit2 itu je la layanan yg aku dpt bg pd tetamu yg dtg kat rmh. Nak memasak mmg tak pro setakat masak air masih boleh lagi la.

Masing2 m'layan cerita di kaca TV, tiba2 aku dengar mak aku tanya dia mcm mana boleh t'seliuh. Dia kata masa dia nak sepak bola tu dia salah step. Terus mak aku cakap "agaknya masa nak sepak bola tu t'ingat buah hati yg kat kampung tak?" Hahahaha ambik ko sebijik...tak ada lapik2 lg mak aku ni cakap. Dia ketawa je, aku pulak dengarkan je la. Hish!!! korang silap nilai, apa korang igt aku jelous ke. Mana ada aku jealous sikit pun tak. Aku cuma kawan je dgn dia. Aku tak pernah tanya pun kat dia sama ada dah ada awek ke belum. Mak aku la yg buka mulut tanya dia, so dia jawab dah ada. Fuh!! lega aku dengar tp dia ada cakap lagi......(biarlah rahsia).

Mak aku tanya, kaki s'belah mana yg sakit dia cakap kiri. Aku tgk mmg ada bengkak sikit. Mak aku suruh aku ambil minyak urut. "Mak nak urut kaki dia ke?" aku tanya. Bukan mak yg nak urut tp wahid la yg tolong urutkan kaki dia. Kan wahid pandai urut. Haahh!!!! Ala kenapa pulak wahid yg kena urutkan. Mana boleh pegang2 lgpn wahid bukannya reti sangat urut2 ni. Actually aku mmg reti sikit2 urut2, baru aku pegang je dah sedap apatah lagi bila aku dah mula urut mmg org akan ckp sedap, kenapa tak cakap sakit. Pelik aku pelik.

Aku tolak juga bila mak aku suruh urutkan kaki dia. Ada ke patut mak aku boleh cakap tak apa sbb ni tengah darurat. Adoiii!!!! tak sanggup aku. Dah tu mak aku dgn atok aku yg k'betulan ada kat rmh pandang2 aku. Aku mulanya buat slumber je. Tp dia ketawakan aku. Dah tu mak aku boleh takut2 kan aku dia ckp biarkan je la kaki kawannya tu bengkak dah tu silap2 ada yg patah baru wahid puas hati agaknya. Aduhai mak bukan itu maksud wahid taknak tolong tp wahid mana pernah urut mana2 lelaki kecuali abah.

Lps tu mak aku ckp kalau aku tak berani nak urutkan mak suruh aku pegang2 je kat tmpt sakit tu supaya ambil berkat. Aik berkat apa pulak pegang2, ingat aku ni ada magik ke boleh sembuhkan sakit org dgn pegang2 je. Lepas beberapa kali aku dipujuk dgn mak and atok aku. Aku pun dgn muka monyok yg mmg tak suka nak urut2 kan org lelaki ni, dgn p'gerakkan yg sengaja aku lambat2kan akhirnya aku capai juga minyak urut tu. Muka aku terus b'ubah masa tu dgn memek muka yg serius dan tak suka. Lps tu mak aku dgn atok aku boleh ketawa2 kan aku. Geram aku tau...

"Kat mana yg sakit?" tanya aku dgn suara2 ala2 marah. Hahahaha sengalnya aku time tu. Org sakit kok nak dimarah2. Lps dia tunjuk kat tmpt yg sakit tu aku terus la sapu minyak kat kaki dia. S'belum tu aku ada la baca2 sikit. Bukan jampi2 tau tp baca la ayat2 suci al-quran yg mana2 aku tahu. Apa igt aku cincai ke nak urut2 org ni. Mak dan atok aku boleh cakap kat aku "hah dia dah mula, dia baca jampi2 tu" sambil ketawa2 kan aku. Terus aku b'henti. Aku ckp kalau mak dgn atok ketawa2, wahid taknak la urutkan kaki dia. Biar sakit. Padan muka. Slumber derk je aku cakap macam tu. Terus mak dgn atok aku diam. Emmm tau pun...

Mcm biasa aku urut p'lahan2 dulu sbb nak cari kat mana tmpt yg sakit. Walaupun dia dah tunjuk kat aku td tmpt sakit tu tp aku tetap cari tmpt sakit yg lain. Ala aku bukan serius pun urut kaki dia tu aku main2 je. Disebabkan aku td asyik kena ketawa je aku tak puas hati la, aku sengaja je urut kuat2 kat tmpt yg sakit tu. M'raung dia k'sakitan. Last2 aku pulak yg kena tegur dgn mak aku "pelahan2 wahid, kaki org tu sakit" terus aku ketawa. Aku cakap "biarlah sakit, tmpt sakit tu la kena urut kuat2 sikit" sambil tangan aku ni picit2 geram kat kaki dia yg sakit tu hahaha. "Mak dgn atok tak payah la tgk wahid urut2 kaki dia ni". Diaorg semua ketawa sbb aku malu.

Tgh aku urut2 kaki dia tu, mcm2 yg t'lintas kat kepala otak aku ni, cakap kaki dia besar la, kaki dia kasar sikit dari kaki aku lembut, jari kaki dia panjang2 mcm jari kaki aku. Kaki dia putih sikit dari kaki aku gelap banyak hahaha. Tiba2 tgh aku urut2 tu aku t'tengok jari kaki dia ada bulu. Yg bengongnya aku ni boleh pulak t'cakap "kat jari kaki pun ada bulu juga"...sumpah mmg dia malu mlm tu sbb aku ckp mcm tu. Tp dia slumber je cakap "biar la ada bulu kaki, itu namanya normal". Nasib la mak dgn atok aku tak dengar sbb diaorg pergi dapur buat air untuk minum malam. Hahahahaha aku t'gelak time tu tp dlm hati.

Tgh aku urut kaki dia tu, aku perasan dari ekor mata aku yg dia tenung aku. Aku igt dia tenung Tv tp dia tgk aku rupanya dlm diam. Berani dia curi2. Ada yg nak kena ni dlm hati aku, nahhh!!! ambil ko aku urut kuat2, t'kejut dia. Lps tu aku ketawakan dia aku cakap "kita sengaja". Aku dulu2 dah simpan dlm hati yg aku takkan urut mana2 lelaki kecuali suami aku, tp tak kuat mana pun kata2 aku tu sbb mlm tu aku kena urut org lelaki yg bukan muhrim aku. Terpaksa la, mak aku kata darurat, hemmm ada juga namanya darurat...

Aku tak tahu la apa yg dia rasa masa aku urut dia, aku tak urut serius pun. Nti t'silap langkah aku juga yg susah. Bkn susah apa, susah sbb t'buat anak org lagi sakit sbb kena urut dgn aku. Hihihi...nasib la. Air dah dihidangkan kat depan dia, sambil aku urut2 kaki dia tu mak aku jemput dia minum. Atok aku ni pun mcm mak aku juga peramahnya. Atok tanya aku, aku panggil dia apa? aku cakap la panggil nama je. Lah kenapa tak panggil 'abang' kan umur dia lagi tua dari wahid. Panggil nama je, tak hormat langsung atok aku cakap.

"ABANG" eeee taknak la, nak sebut pun geli. Tak pandai nak panggil abang2 ni. Aku tarik muka masam masa tu tp aku kena gelak lg dgn mak, atok dan dia pun gelakkan aku juga. Kenapa la mlm tu aku kena jd bahan. Entah la aku ni mmg berat nak bahasakan "ABANG". Aku pun kalau b'balas mesej dgn dia aku ckp je awak, kalau tak pun aku tak sebut langsung nama ke apa ke. Aku pulak bahasakan diri 'kita'...biarlah org nak kata kita tu b'maksud dua org.

Atok aku ni tak agak2 la nak suruh aku panggil dia abang. Aku bukannya ada abang pun. Kalau pun satu hari nanti suami aku suruh aku panggil abang, barulah aku belajar sebut p'kataan tu. Kelu beb lidah aku ni kalau sebut abang dah tu s'luruh darah dlm badan aku ni m'galir laju tak pasal2 aku ni m'geletar panggil abang. Kalau lps ni sesiapa yg jd suami aku kena la b'sabar dgn aku kalau aku tak panggil abang. Kalau dah t'desak baru la aku berani nak panggil abang. Setakat ni aku panggil 'Encik' pd org lelaki yg lebih tua dr aku. Skema kan aku ni. Sengal....

Agak letih la juga aku urut kaki dia tu, aku pun b'henti. Aku bagitau mak aku penat. Dia pun aku tgk diam je mcm lg suka aku lama2 urut kaki dia sbb dia dah tak m'gaduh mcm td. Mcm bdk kecik je dia nak sakit2. Dah tu mak aku suruh aku balutkan kaki dia kat tempat bengkak tu. Adoiiii aku lagi yg kena...t'paksalah aku balut kaki dia. Aku balut ketat2 padan muka dia. Dah la kain balut tu panjang t'paksa la aku pegang kaki dia lama2. Berat tak t'tanggung aku dibuatnya.

Dekat 1jam juga aku urut kaki dia. Dr hujung jari sampai p'gelengan kaki. Dah tu aku t'cakap lagi, "kaki pun nak ada bulu jugak ke..." aku perli dia sbb time tu aku t'urut sampai sikit lg nak ke betis. Tp aku masih tahu lg batas2. Sikit2 je aku betul2 kan urat kat kawasan situ. Takde maknanya aku nak ambil kesempatan t'hadap diri dia. Siapalah dia dlm hidup aku hanya kawan yg sementara je tak kekal lama. Kalaupun t'putus hubungan silaturrahim itu semuanya Tuhan yg telah tentukan. Manusia hanya merancang tp Tuhan yg tentukan s'gala2nya.

Selesai aku balut kaki dia dan dia pun m'habiskan air minumannya, tak lama tu dia pun minta diri nak balik. Rumah dia tak la jauh sgt dgn rmh aku cuma yg m'bezakan adalah taman yg b'lainan tetapi masih di kawasan yg sama. Aku cakap dgn dia jangan lupa p'gerasnya kalau tidak aku pula yg dpt sakit kakinya nti. Aku ni entah kenapa kalau takde dpt p'geras dr org yg aku urut tu aku pula yg akan dpt sakitnya. Aku dah lalui so aku boleh la cakap demikian, tak kira la sakit di manapun kaki ke, bdn ke, kepala ke. Ikut la pd tmpt yg aku urut org tu. Aku tak kisah kalau nak bagi p'geras s'biji gula2 pun aku terima.

Time dia nak balik tu aku la yg tolong angkat tongkat motor dia. Mak suruh aku undurkan motor dia, startkan motor dia. Adoi...semuanya aku. Aku ni mana la larat sangat, berat pulak tu motornya. Tong minyaknya full agaknya. Mula tu dia dah duduk atas motor, tp motornya belum dihidupkan lagi. Aku pun cuba la hidupkan motornya, kenapa pulak ssh nak hidupkan. Alahai dah la aku kena b'diri dekat dgn dia kat motor tu lg la susah nak hidupkan. Last2 dia yg hidupkan sendiri. Konon nak manja2 sampai motor pun suruh aku yg hidupkan. Tengah mlm juga masa tu dia balik, nasib la takde org lalu lalang. Kalau tak mahu diketawakan dek org.

Tak lama aku dpt mesej dr dia. Dia ckp terima kasih. Dia kata tak tahu pulak aku ni pandai urut. Eleh nak puji lebih2 pula dia tu. Td kat rmh taknak bual2 ni dah balik baru la nak mesej2. Bazir kredit je. Tp aku pun layan juga mesej dia sampai jam1 pg kot. Tak boleh lama2 sbb aku dah penat m'gurut dan m'gantuk sangat2. Well sbb aku tidur tu aku ada la nyanyi lagu ni yg aku kira best song in the world. Jom layan lagu ni sama2 mesti korang t'hibur.

Bukan Cinta Biasa
Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya

Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya

Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata

Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan

Wednesday, June 8, 2011

Aku dan RXZ Biru Lagi

S'panjang aku b'gelar student praktikal aku pergi kerja tak pernah bawa kereta. Dah pastinya mak k'sayangan aku la yg paling setia hantar dan ambil aku pergi dan balik kerja. Bukan aku nak susahkan mak aku tapi dah takde cara lain yg m'bolehkan aku pergi kerja so emak la yg akan hantar aku. Lgpn sblm aku start practical emak mmg dah sanggupkan dirinya utk hantar aku tiap pagi slps dia hantar adik aku yg bongsu pergi sekolah menengah form5 mak balik semula ke rmh ambil aku. Aku pergi kerja lewat sikit dari budak2 sekolah kononnya nak elakkan dari traffic dan jalan sesak tp tak boleh juga sbb kitaorg t'paksa pulak b'sesak2 dgn student univ. yg nak pergi kuliah tiap2 pagi sblm jam8 pagi. Hemm...terpaksalah b'korban masa.

Kalau time tghr mmg mak akan ambil aku balik sbb makan kat rmh lagi jimat dan aku boleh la solat kat rmh bila time zuhur. Kalau solat asar tu mmg aku buat kat rmh la lps balik dr kerja. Satu hari ni, lps mak aku ambil aku kat univ. tu pd waktu tghr mak aku kata dia taknak hantar aku semula pergi kerja. Aaiiikkk!!! pelik bin hairan. Jd aku ni kena pergi kerja semula naik apa? takkan la nak naik bas. Adoi...taknak la. Bkn tak sudi tp tak larat nak menapak b'jalan jauh2 ke bengkel yg aku buat praktikal tu. Jauh la juga kalau dr pintu utama nak smpi kan ke pintu bengkel tu. Kalau aku b'lumba dgn semut confirm kalah, semut yg sampai dulu sbb lalu short cut aku ikut long cut.

Tiba2 mak aku ni dalam diam dah janji dgn p'milik RXZ biru suruh hantar aku ke bengkel tmpt aku praktikal. K'betulan time tu dia ada kuliah petang. Baliknya pun sama waktu juga dgn aku. Adoiii kena naik motor RXZ lg. MALUUU!!!! Kalau boleh mmg tak nak la naik tp mak dah suruh so apa boleh buat t'paksa la juga gagahkan naik motor. Kenapa la mak aku ni sporting sgt. Smpi suruh aku tumpang motor org pergi kerja. Ni kali ke dua kot aku naik motor dgn dia lps aku dgn dia pergi bandar jalan2.

Hr tu aku pakai helmet yg ada kat rmh aku, helmet yg mmg lama ada dlm gerobok kat rmh aku tu abang aku punya tp dia suruh simpankan. Rmh aku ni mmg 1 motor pun takde. Taknak la aku pakai helmet yg dia bagi sbb tak selesa. Konon nak pakai helmet sendiri hah ambik aku!!! helmet sempit gile...saiz apa aku pun tak tahu, sakit telinga aku t'sepit, kepala aku ni pun pening2 bila turun dr motor. Padan muka aku yg b'lagak ni. Hemmm....dah mmg aku tak suka pakai helmet kali ni t'paksa pakai pulak. B'tahan je aku bila duduk atas motor RXZ tu.

Mcm dah jadi kebiasaan, lps aku duduk atas motor dia aku check dulu ruang tmpt duduk aku tu make sure takde ruang kosong kat belakang tmpt duduk aku. Itu maknanya aku duduk tak la terkedepan sgt. Ada la juga ruang tengah biar angin dapat lalu kat tengah2 celah antara tmpt duduk aku dan dia. Hahahaha. Sengal alam...apa igt aku nak sgt ke duduk rapat2 atas motor ni. Kalau org dah kahwin takpe la. Mak aku mcm biasa la intai kat cermin tingkap, mak siap lambai2 tgn kat aku lagi time tu.

Sblm jam2 ptg aku kena masuk bengkel dan dia masuk kuliah, kitaorg dah sampai. Aku saja suruh dia cepat. Lps aku tunggu dia habiskan makan kat rmh aku tu, cepat2 aku siap supaya lps dia habis je makan terus kitaorg gerak dari rumah. S'benarnya aku cuak juga kalau kena tahan dgn pak guard sbb dah ada amaran pelajar tak dibenarkan b'boncengan antara perempuan & lelaki. Tapi hari tu kami t'lepas, nasib baik. Dia pun cepat2 hantar aku sampai depan pintu bengkel. Aku s'benarnya takut juga kalau t'serempak dgn student2 and staf2 kat area bengkel tu. Tak pasal2 ada pulak gosip2 yg aku dapat. Nasib baik time tu line clear.

Tp ada juga time tu s'org staf k'betulan lalu kat situ dia senyum je. Bila staf tu t'serempak dgn aku dia mula la tanya "pakwe ke yg hantar td?" adoiiii malunya aku. Aku senyum je tak nak komen apa-apa bila jadi tanda tanya. Lgpn staf tu sporting tak mcm staf2 yg lain semuanya pandang aku ni mcm org takde perasaan je. Sedih hati aku sbg student praktikal. Aku ingat dpt la kawan tp rupa2nya aku dapat lawan. xpela aku redha, siapa la aku yg kecil ni kat mata staf2 yg lain. Apa pun aku selesaikan tugas aku sbg student praktikal.

Ok...stop cerita tu, aku tak sanggup nak ingat2 lagi luluh hati aku ni. S'panjang nak habiskan sisa baki kerja petang tu aku ni tak buat kerja pun sbb aku dah selesaikan awal2 lagi. Petang tu aku hanya m'jaga pelajar yg buat projek kat bengkel. Jd ada masa t'luang tu aku masej2 dgn pemilik RXZ biru. Aku bagitau dia supaya balik lewat2 sikit sbb tak nak org nampak aku naik motor dgn dia. K'betulan dia kata dia mmg kena keluar kelas lewat sikit. Alhamdulillah selamat.

Jadi aku suruh dia ambil aku kat tmpt aku punch card. Mcm biasa la student praktikal pun mcm staf lain juga perlu punch card masuk dan balik kerja. Dr bengkel aku jalan kaki m'nuju ke bangunan pentadbiran univ. sbb kat situ la kena punch card. Tak jauh pun bangunan tu so aku jalan kaki je ke sana. Jd aku dah bagitau dia bahawa aku tunggu dia dkt bangunan yg aku maksudkan. Dia pun faham so m'mudahkan la urusan. Aku dah pesan kat dia, kalau dia dah sampai kat bangunan tu aku minta dia masej aku je.

Aku mcm org apa je kat bangunan tu sbb tengok org punch card. Ada yg senyum ada pulak yg sombong. Huh ingat aku ni bukan manusia ke, takpe aku masih sabar lagi dgn org2 mcm tu. Mungkin takde gigi kot sbb tu diaorg taknak senyum. Aku fikir positif je time tu malas nak fikir yg negatif. Agak lama la juga aku berdiri sbb aku tak dapat lagi masej pemilik motor RXZ biru. Lps aku rasa kawasan bangunan tu lenggang takde org, baru la motor RXZ sampai sbb aku nampak dia dari jauh dah b'henti kat ruang parking motor.

Aku pun b'jalan dapatkan dia. Tapi time tu aku siap2 pakai helmet dari depan bangunan sbb aku make sure takde org nampak aku yg naik motor tu. Hahahaha bijak tak aku...kuang3... aku yg sengal. Ni lagi satu hal, nak lalu kat gate univ. ni...takut kena tahan dgn pak guard. Emmm tak kan la nak b'lakon sbg suami isteri yg aku konon2nya pegang pinggang dia masa lalu keluar gate univ. tu. Tak pasal2 dapat dosa lagi hari tu. Cukup2 la dosa naik motor dgn bukan muhrim. Tapi Tuhan nak selamatkan aku, kali ni aku t'lepas lagi. Alhamdulillah amin...

Dia bawa motor laju juga la sbb kitaorg masing2 nak kejar solat asar takut t'tinggal. Kali ni aku tak sempat pula nak check ruang tempat duduk sbb aku rasa dah selamat kat gate tadi so aku terus lupa la yg aku patut check ruang tmpt duduk. Sampai kat selekoh nak masuk ke taman tempat tinggal aku tu baru aku terasa kali ni aku memang2 dah "TERKEDEPAN" sbb aku terasa lain sgt2. Ada panas sikit2. Aduh....gila2!! mcm mana aku boleh tak perasan yg aku dah masuk ruang tmpt duduk dia. Aku mmg tau ruang tmpt duduk blkg motor RXZ tu mmg tak besar mana pun. Cukup2 je muat punggung aku duduk tau. Hehehehe...

Sampai je depan rumah, dah turun dari motor aku mmg tak tanggalkan helmet aku. Aku dgn muka slumber yg mmg dia pun tak nampak muka aku macam mana rupanya terus masuk rumah. Bila dah tutup pagar aku cuma lambai2 tangan kat dia je. Lps tu aku dah tak pandang belakang lagi. Malu la sbb aku dah duduk t'kedepan tadi. Malu sangat2 dlm hati je...hihihi. Mak pun tak perasan aku balik time tu, aku senyap2 je buka pintu rumah.

Lps solat asar aku masej sbb nak ucapkan terima kasih sbb hantar aku tadi. Ada ke patut dia boleh ungkit pasal td aku t'kedepan...malunya aku. Aku ckp la tak sengaja...dah dia bawa motor laju sgt so aku tak dpt nak kukuhkan kedudukan aku time tu. Lgpn aku leka fikir apa entah time tu, pasal tu la leh t'jadi mcm tu. Lps ni aku taknak lg naik motor dgn sesiapa pun lepas peristiwa aku t'kedepan tu, sedap2 je dia duduk depan aku yg kat belakang ni sengsara tidak sedar.

Sampai sekarang aku tak pernah lagi naik motor RXZ sbb semua tu hanya tinggal kenangan, kali ni aku t'ingin pulak nak naik motor besar yg b'kuasa tinggi tong minyak kat depan. Entah kenapa dari dulu aku minat sangat dgn motor2 besar ni. Aku panggil motor2 besar tu "motor tong minyak kat depan". Tapi siapa nak bawa aku. Adakah aku berani naik motor besar. Aku pernah t'fikir nak ambil lesen motor b'kuasa tinggi tp ada halangan dari mak aku. Emm...takpe la maybe ada hikmahnya aku tak dpt ambil lesen motor besar maybe hikmahnya aku dpt suami yg ada motor besar. Dapat bawa aku jalan2 keliling negeri pun ok la. Hahahaha berangan je aku ni. Mimpi je la aku ni smpi bila2.

Utk hiburkan hati aku sendiri aku dedikasikan lagu ini utk RXZ Biru sbb aku rasa aku tak akan b'sua tanpa wajah dgn dia lagi, tiada lg bicara aku dgn dia sbb aku selalu m'bisu apabila b'temu dia dahulu kerana aku rasa dalaman aku b'getar apabila aku m'mulakan bicara dan hanya senyuman yg dapat aku sedekahkan kepada dia sbb aku adalah insan yg hanya t'senyum dlm apa jua perkara. Sedih pun aku masih lagi mampu t'senyum sbb aku rasa Tuhan maha m'getahui bahawa aku mampu m'harungi apa jua yg DIA berikan kepada aku. Hingga kini tiada lg nama dia yg aku sebut sbb dia hilang dlm memory kepala otak aku yg aku dah tak dpt nak save lagi. Sorry....

Renungan Terakhir

Artist: Nora

Sebelumnya kau pergi
Renunglah ku di sini
Kerna mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini
Mungkin yang terakhir
Dan tak usah
Kita kesali
Atas apa yang terjadi

Banyaknya pengorbanan
Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa
Untuk itu maafkanku
Kiranya menggangu ketenagan
Dalam hidup mu yang tak perlu kehadiranku

Dugaan...
Inikah dugaan untukku
Hujungnya yang tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu
Mudahnya berlaku
Mengapa begitu
Berubah layu
Aku menerima
Salam perpisahan
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impian kan berlalu dengan mu



Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :