Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Signboard menuju ke Padang Golf Universiti Putra Malaysia
Pada 25 Mei 2013 bersamaan hari sabtu, Wida ada join program yang dianjurkan oleh pelajar yang mengambil kokurikulum golf. LPG Tour Putra Albatross nama program mereka.
"Dreaming of playing golf? Now is your change"
Wow!!! mcm tak percaya, ada peluang ni nak cuba main golf ni. Bila lagi kan nak ada peluang cuba permainan ni. Excited sangat nak cuba. Terus comment lepas baca post tentang golf ni dalam fb pelajar yang ambil koko golf. Kebetulan Wida kenal dgn pelajar tu, nama dia Anas Arami. Wida kenal dia time join skate dlm group Soul In Motion UPM.
Tiket untuk peserta selepas mendaftar
Setelah deal dgn Anas Arami, Wida daftar kat internet dan buat bayaran RM10. Murahkan penyertaan ni. Selalunya org nak main golf ni habis beratus-ratus tau, tapi Wida bayar RM10 je untuk main golf. Ala lebih kurang je harga dengan Wida main bowling hari tu kat South City Plaza RM11 termasuk kasut so berbaloi la. Lagipun mak Wida sokong dari jauh.
Mula tu tertanya-tanya juga permainannya macam mana. Setelah Anas Arami explain yang diaorg adakan bengkel pada awal pagi dan selepas tu baru la dimulakan dengan Mini Putting Tournament kepada para peserta baru la Wida faham.
Tempat khas berkumpul sebelum memulakan program
Pukul 7.30 pagi Wida dah tunggu bas untuk ke padang golf UPM. Lebih kurang 10 minit Wida tunggu sampai juga bas yang nak bawa Wida ke sana. Ada seorang urusetia ni tanya pada Wida "join golf?" Wida angguk dan terus masuk dalam bas yang disediakan untuk peserta golf. Kalau nak pergi padang golf ni kena naik bas ke Fakulti Pertanian. Baru Wida tahu, jalan nak masuk ke kawasan golf tu punya la jauh. Semput juga la kalau nak jalan kaki.
Bila dah masuk dalam bas tu, takde la ramai sangat pesertanya. Tapi ada seorang peserta perempuan yang duduk belakang tu macam Wida kenal la. Aduh...tapi Wida tak ingat pula siapa dia. Rasanya macam pernah kenal dan tegur. Takpe la nanti dah turun bas tanya dan berkenalan lagi.
Alhamdulillah pagi tu cuaca cerah dan biasalah bila jam merangkah ke angka 9 pg memang panas la cuaca masa tu. Semua pakat duduk bawah khemah dan mengelak dari sinaran cahaya matahari. Peserta lelaki mengalahkan perempuan bila kena panas. Mengelak bukan main lagi. Wida relaks je stay kat tempat duduk Wida yang asal termasuk seorang peserta perempuan yang sama2 ada dalam bas tadi.
Sesi Pendaftaran Peserta LPG Tour
Ini namanya Buggy...encik yang duduk kat situ la yang mengajar pelajar2 koko golf.
Wida tak berapa ingat nama dia En Rosli ke apa nama dia. Maaf ya encik. Orangnya macam kelakar2 sikit. Tapi yang bestnya dia beri Wida bola golf extra. Best2 hihihi.
Peserta masih beratur untuk mendaftar. Kalau tak silap Wida penyertaan seramai 60org. Tapi Wida tak sure la ada berapa orang. Seingat Wida ada 12 flight. Dalam setiap flight ada 4 org.
So, kali je la 12x4 = 48 kot. Wallahualam...
Setiap pelajar diberi paper beg yang mengandungi air mineral, roti, bola golf and score card untuk catatan berapa kali kita pukul bola untuk masukkan dalam lubang. Hush...excited betul bila dapat ni terus ambil gambar. Hihihi..kenangan la katakan.
Selepas peserta sarapan pagi dan selesai sesi pendaftaran. Kesemua peserta mengambil tempat duduk bagi mendegarkan taklimat dari urusetia.
Gambar yang Wida snap sepanjang program berlangsung
President
Muhammad Hanafi Bin Ibrahim
Briefing daripada En Rosli selaku pengajar dalam kokurikulum sukan golf
Antara peserta yang join tournament
Introduction to golf set by Jim
Ada cara untuk letak bola supaya mudah dipukul dan mengikut keselesaan pemain untuk memukul bola.
Peserta khusyuk mendengar penerangan
Azman Abdul Talib
Tak tahan panas la tu...
Time to visit around the golf course
Golf lesson
Location one at putting green
Kat sini la terdapat 9 lubang yang perlu kami masukkan bola. Memang mencabar la pada kami sebab tanah tak rata. Ada pulak tu sampai bola boleh melompat.
Rumputnya sekata je. Kalau ada macam ni kat rumah Wida kan best. Hihihi
Demo before we starting the putting tournament
Dia beritahu pada bola tu ada no
Bola yang bakal dipukul untuk dimasukkan dalam lubang.
Yeah bola masuk lubang!!! hahaha seronok sangat dengar bunyi bola golf masuk lubang tu...
Ada skill tak. Target2...hihihi
Wida tengok dia pukul kuat sangat la sampai keluar garisan. Kalau dah keluar garisan dah dikira 2 markah. Sebenarnya pukul perlahan je pun dah ok. Wida pukul pun tak kuat sangat. Lagi satu lutut bengkokkan sedikit dan tak perlu kangkangkan kaki luas sangat, asal rasa selesa dah kira ok la tu.
Ni budak2 flight Wida. Kami 4 orang. 3 lelaki dan 1 perempuan iaitu Wida. Ok what diaorg ni sporting...so tak kisah la flight mana2 pun. Janji semua buat pukulan sebab semua dah bayar RM10.
Kenalan baru Wida. Wida perkenalkan nama dia Yana, dia pelajar pemakanan. Duduk kolej 17.
Dia pun sporting, senyum je bila Wida tegur dia buat pertama kali. Tak macam peserta perempuan yang lain. Mentang2 la datang dengan kawan2. Yana, Wida dan termasuk lagi sorang tu datang sendiri sebab tu pandai bawa diri masing2 untuk cari kenalan.
Testing2...ini flight 6-12. Kesian diaorg main waktu tengahari. Panas kot. Wida je main waktu pagi muka dah berbelang. Tangan dah ereng (hitam) kata orang jawa. Muka Wida dah kobong (terbakar dek sun burn). Muka dan kulit Wida ni cepat makan panas, mula la berbelang bila buka tudung, tp takpe la.
Ok ni time flight kami nak driving range.
Time ni la kami nak tunjuk aksi pukul bola ikut gaya masing2 sebab ada yang pukul angin. Ada pulak tu gaya semangat nak pukul bola tapi bola dipukul jatuh depan mata je, tak pergi jauh mana pun. Itu yang masing2 gelak2 je tu. Hihihi...pengalaman betul la. Seronok. Tapi setakat ni alhamdulillah la takde sakit2 badan lepas main. Maybe sebab kami semua warm-up terlebih dahulu yang diketuai oleh Anas Arami Aziz.
Sini la kawasan bola jatuh selepas dipukul. Ada juga bola pergi ke pokok atau tempat yang tersembunyi. Ada pulak tu terus tak nampak bola dipukul ke arah mana. Aduhai ketawa je kami. Tapi sebenarnya tak boleh bising2. Pemain perlu ada fokus pada apa yang ditarget.
Hanafi menunjukkan skill pukulan kepada peserta
Ok Sekarang Giliran Peserta Pula
Ini la dia kawan yang Wida cerita tadi jumpa dalam bas dan dah pernah berkenalan juga dalam bas masa nak pergi fakulti. Nama dia Ili Hanisah. Pelajar fakulti sains kalau tak silap Wida. Dia baru tahun satu sem dua. Dari tadi tak nampak muka dia kan. Nanti la Wida tunjuk.
Harapan negara ni. Bakal mewakili UPM hihihi...bakat pukul jauh dah ada dah tu.
Yana - Wida - Ili
Last sebelum Wida balik, Wida sempat ambil gambar dengan kenalan baru Wida ni. Tukar no telefon juga itu yang paling penting. Nanti kalau nak main golf ada geng. Dah nampak muka Ili. Dia la orang yang Wida berkenalan dalam bas dan tak sangka boleh jumpa semula kat padang golf.
Dia pengingat yang baik sebab dia ingat lagi nama Wida, dia panggil Kak Ida. Dia tahu Wida fakulti perhutanan. Hihihi...thanks Ili sebab ingat saya. Saya ingat muka awak cuma saya tengah recall siapa awak time saya duduk dalam bas kat bahagian depan tu. Awak duduk jauh sangat kat belakang dalam bas tu.
Emm...ok setakat ni je kot, tp nanti dulu....sabar belum habis lagi. Mesti nak tahu kan apa kesudahannya. Nanti Wida update lagi. Belum tahu keputusannya kan. Wida rahsiakan dulu ok...sebab sebabnya sebab Wida dah balik awal tak sampai majlis penutup.
Nanti baca lagi ok. Ini je dulu buat masa sekarang.
*Kita tidak ketahui kebolehan diri kita setakat mana jauhnya kita boleh pergi, tapi percayalah jika kita ada usaha kita boleh pergi jauh walaupun kita tahu kadang-kala kita tidak mampu untuk melakukannya. Bila kita berjaya kita akan rasa puas tetapi ingat jika kita tidak berjaya kita tetap dapat pengalaman daripada apa yang kita lakukan. Cuma ingat dalam pertandingan usahlah ada sifat busuk hati untuk menjatuhkan orang lain. Lebih baik bersaing secara sihat.
Jika seseorang itu peroleh kemenangan yakin la bahawa itu adalah rezeki dan nasib mereka pada hari itu. Mungkin nasib dan rezeki kamu dikemudian hari siapa pun tidak ketahui.
Renung-renungkanlah.

No comments:
Post a Comment