Assalammualaikum
& Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Berhenti di Hentian Ayer Bemban
Hampir
pukul 3.00 petang tu sudah ada beberapa orang yang menunggu untuk menaiki bas
yang sama dengan Wida. Lama juga Wida tunggu di terminal tu, satu batang hidung
pelajar UPM pun Wida tak kenal dan tak nampak kelibat mereka. Tak lama tu, Wida
nampak ada pelajar Chinese pakai baju lambang UPM terus Wida senyum pada dia.
Dia dengan mak dan adik dia datang berhampiran dengan tempat Wida duduk dari
pukul 1 lebih tu.
Lebih
kurang pukul 3.15 petang ada bapa pelajar yang sama-sama menunggu bas beritahu
anaknya yang bas kami menunggu di depan Restoran Marry Brown. Emm…jenuh la kami
jalan ke sana pulak. Orang lain ok lagi tapi Wida emm jangan geleng kepala la
tengok dengan banyak beg kanan kiri. Nasib baik ada yang baik hati sudi
membantu. Wida tahu orang Johor semuanya baik hati dan budi pekerti.
Terima
kasih kepada yang membantu tu tapi lupa pulak apa nama dia tadi. Bila dapat
naik bas tadi Wida saja pilih untuk duduk di bawah. Untuk makluman bas yang
Wida naik ni bas dua tingkat. Hari jumaat nak balik ke kampung tu Wida dah
merasa duduk ditingkat atas dan yang paling best tu Wida duduk depan sekali
pulak tu. Emm…terasa macam Wida pulak yang memandu bas tersebut. Maklum la,
teruja sangat bila dapat naik bas free.
Ada
juga beberapa orang yang duduk dibahagian bawah macam Wida tu. Yang duduk di
atas ramai juga. Cuma ada beberapa tempat duduk kosong sahaja. Seingat Wida ada
10 orang pelajar yang naik dari Batu Pahat dan selebihnya naik di Muar. Wida
tak pilih untuk tidur, sebab Wida tak ngantuk layan novel yang Wida baru beli
bertajuk ‘Meh, Sandar Pada Aku!’ karya Aifa Batrisya. Jalan ceritanya seronok
sampai Wida tak lalu nak tidur dalam bas. Sesekali menjengah juga ke tingkat
atas. Nasib boleh naik turun.
Sempat
Wida berbual dan berkenalan dengan adik-beradik yang menetap di Tongkang Pecah.
Seorang namanya Maisarah dan kakaknya tak ingat pula namanya. Kakaknya ambil jurusan
ekonomi dan adiknya Wida tak sure ambil jurusan apa. Masa Wida naik atas tu Wida
tengok semua pelajar tidur untuk sampaikan ke Muar. Masing-maasing ambil
kesempatan untuk kumpul tenaga semula.
Wida
ni cepat mesra bergantung kepada keadaan seseorang itu menerima perbualan Wida.
Kalau Wida tengok orang tu acuh tak acuh je memang Wida tak berbual lama la. Pelajar
Chinese lelaki seorang tu Wida tahu dia duduk Pontian, dan tak sangka dia duduk
Ayer Baloi sama tempat dengan rumah Wida tinggal sekarang. Sempat lagi
berbual-bual tanya dia.
Bila
dah sampai Bandar Maharani dan pelajar dari Muar naik bas, Wida terus duduk kat
bahagian bawah tempat dimana Wida letak beg tadi. Nama nak tunjuk jalan pada
driver memang tak la sebab Wida tak mahir sangat jalan kat daerah Muar ni.
Kalau BP tu ok lagi la, Wida boleh hidup hek hek hek.
Wida
sambung lagi pembacaan novel yang Wida tinggalkan sebentar tadi sebab
bersembang dengan orang yang duduk di tingkat atas. Destinasi akhir ambil
pelajar kat tol Tangkak, dan bas teruskan perjalanan selepas masuk tol Tangkak.
Wida pun tak dengar lagi suara-suara dari tingkat atas maknanya mereka sedang
lena bermimpi indah dalam bas Suasana Edaran. Maklum la eksekutif la katakan.
Ada
juga sekali berhenti kat hentian Ayer Bemban rasanya, Wida pun ambil kesempatan
turun dari bas. Ambil angin luar sebab dah sejuk rasanya Wida duduk dalam bas
tu. Lepas ke toilet Wida saja singgah lori jualan yang ada kat hentian tu.
Berbekalkan seringgit yang ada dalam poket ni, nak tengok la buah apa yang boleh
dibeli. Tiba-tiba driver bas tu kata ambil la, abang bayar. Aku pun ucap la
terima kasih. Dalam bas punya la Wida makan sopan bagai sebab mangga yang Wida pilih
tu ranggup. Krap krup krap krup.
Kat
susur keluar area Senawang, Seremban & Kuala Pilah mula sesak. Aduhai… perlahan
je pergerakkan bas. Entah sampai pukul berapa la keadaan akan surut, maklum la
semuanya pulang ke Bandar, dan yang ada juga pulang dari kerja pada waktu-waktu
kemuncak sekitar pukul 5 petang. Harap bersabar je la. Wida ni memang tak reti
duduk diam juga kadang-kala, Wida intai-intai pemandu2 yang lalu sebelah bas Wida. Ada
yang tersenyum lihat Wida, Wida pun balas la senyuman mereka sebab Wida tengok
flat kereta J. Huruf J for Johor ok. JNB kalau tak kabur pandangan Wida tadi.
Semua penumpang dalam kereta tersenyum tengok Wida.
Tepat
pukul7.15 petang akhirnya kami sampai UPM dan driver dropkan kami di Fakulti
Bahasa. Semua pelajar dari BP & Muar turun disitu. Masing-masing perlu
tukar bas untuk balik ke kolej. Wida macam biasa la perlu naik bas ke kolej
serumpun. Lama juga kami tunggu hampir 7.40 ptg baru ada bas ke kolej serumpun.
Sempat lagi Wida berbual-bual dengan pelajar perempuan ni. Saja tanya-tanya.
Sebelum
tu Wida ada tegur seorang pelajar ni yang sama-sama naik bas dari BP juga. Nama
dia Fadhilah rasanya. Wida tanya dia kenapa nama dia takde syarifah sebab bapa
dia ada nama sheikh. Dia cakap keturunan tu dah jauh. So, mungkin itu sebab la
family dia tak letak nama syarifah. Cumil je orangnya. Duduk kat kolej 15.
Dalam
bas nak balik ke kolej pun Wida duduk sebelah dia. Macam-macam yang kami
bualkan. Dia pun sudi je mendengar. So, Wida pun bercerita la. Kami punya
pendapat lebih kurang sama juga, so boleh la buat kawan. Sempat lagi dia ambil
no Wida tapi sampai sekarang Wida tunggu-tunggu dia tak ada call Wida pun.
Hehehehe…maybe dia perlu rehat dan esok dia akan masej Wida juga tu.
No comments:
Post a Comment