Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Semalam kami dah pergi Serikin, hari ni kami tak plan pergi mana-mana, just jalan sekitar waterfront tengok apa yang ada di sana. First kami sarapan dulu. Mula2 tu tak tahu nak sarapan kat mana tapi bila tanya orang yang lalu lalang kat tepi jalan tu dia tunjuk la ada satu kedai makan ni. Wida dengan mak main redah je pergi situ.
Yum3...nyaman. Lihat la agak2 apa nama makanan ni???
Inilah dipanggil MEE JAWA ala Sarawak
Antara bahan-bahan yang ada dalam ni seperti yang kita dapat lihat ada tauhu, telur rebus separuh, lada hiris, taugeh dan yang paling penting tentu la mee kuning serta kuah mee jawa ni.
Nescafe 1 cawan untuk Wida 1 utk emak, minuman sarapan kami.
Oppsss!!! lepas habis mee jawa kami nampak sate ni macam sedap je....hihihi. Apa lagi tak melepaskan peluang untuk mencuba
Harga dia kalau tak silap RM2 utk 5 cucuk.
Pergh!!! Nyaman betul...kuah sate dia mengancam la. Sate dia tak liat.
Panas2 lagi dia hidangkan untuk kami...Terbaik!!!
Emm...tengok je la ya walaupun gambar sate ni same je. Wida suka nak masukkan gambar ni semua.
Ok kalau kamu nak tahu kedai tu berada di mana. Ianya deretan kedai yang terletak berhadapan dengan Muzium Sejarah Cina berdekatan Waterfront Kuching. Kalau nak masuk muzium tu percuma je. Boleh la tahu apa2 perkembangan tentang cina.
Emmm kat sini la yang berdekatan dengan Muzium Sejarah Cina dan kedai yang Wida makan sarapan tu. Nampak bangunan warna-warni tu, Wida duduk hotel area2 situ la.
Sini la pintu masuk Muzium Sejarah Cina tu. Masuk dalam tu tak boleh ambil gambar. So, Wida tak ambil gambar la. Lagipun Wida jalan sekitar luar tu je tak masuk dalam pun.
Thanks to camera man from Indonesia
Dari tempat Wida berdiri ni nampak la Hotel Hilton yang menghadap ke waterfront
Ok jalan2 tengok sampan pulak
Kalau nak naik sampan ni untuk keseberang hanya perlu bayar 50 Sen je. Jika tambang untuk waktu malam adalah RM1.00 dari pukul berapa tak sure la sampai pukul12 malam.
Apakah ini...Sila baca :)
Pemandangan dari sini hanya nampak separuh. Kalau nak pergi sana naik sampan juga. Tapi tak sempat nak tanya bayaran dia macam mana untuk ke seberang sana.
Ada signboard maka boleh dijadikan penunjuk arah.
Apa ini??? Baca lagi... :)
Ehh...itu kasut Wida tu...bukti yang Wida sudah menjejakkan kaki di sana
Ok masa untuk naik sampan ke seberang
Reaksi emak sedang bersembang dengan orang Sarawak :) kita satu Malaysia kan.
Begitulah keadaan di dalam sampan semasa kami nak ke seberang. Majoriti penumpang adalah penduduk di Kampung Boyan dan kawasan sekitar.
Pengalaman menaiki sampan di Sarawak. Ini kali laaa...
No comments:
Post a Comment