Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Pokok Bucida putih (Bucida mulineti spp.)
Masa ni Wida dengan dua orang sepupu Wida on the way nak balik ke UPM Serdang dan dua orang sepupu Wida balik Shah Alam. Petang sangat dah kami gerak balik ke Selangor sepatutnya dalam perancangan akan bertolak pada pukul 2 petang tapi disebabkan dua orang sepupu Wida ni melawat nenek dia kat hospital, so haruslah Wida tunggu mereka pulang ke rumah dulu untuk ambil beg.
Kebetulan Wida balik Selangor bawa kereta, maka diaorg pun naik sekali la. Sepanjang perjalanan tu Wida la jadi driver diaorg. Kami sempat singgah di R&R Pagoh ni sebab nak isi minyak kereta and diaorg nak solat.
R&R Pagoh ni merupakan hentian rehat yang terakhir dalam negeri Johor kalau tak silap Wida. Tapi tol yang last sekali tentunya susur keluar Tangkak, Muar dan Segamat. Wida selalu nampak signboard. Itupun bertuah kalau nampak, maklum la bas laju je dan Wida selalu tidur dalam bas.
Kiranya ini la pertama kali Wida drive seorang je tanpa berganti-ganti dengan sepupu Wida. Steady je memandu, tak penat mana pun. Bawa la dengan kelajuan yang semaksima yang boleh, cuma kadang-kala sepupu Wida ada juga tegur Wida sebab memandu agak laju sedikit. Mana taknya kalau nak memotong kereta depan mestilah laju sikit kan, takkan tak laju. Hihihi
Sementara tunggu dua org sepupu Wida solat Wida pun apa lagi keluarkan kamera snap sana sini.
Apa yang menarik di situ adalah nama saintifik pokok. Wida kan budak kos kayu kat UPM tu haruslah mengambil tahu nama-nama pokok dan kenal spesies pokok yang ada kat Malaysia ni.
Lepas diaorg solat kami jalan sekitar ruang makan kat situ, tapi kami tak makan pun. Saja cuci mata, kebetulan laluan nak turun perlu lalu ikut situ. Ruangan makan ni bahagian atas, kena naik tangga bergerak tu.
Besar juga ruangan makan kat sini. Makanan pun banyak, pengguna tol boleh pilih apa sahaja yang ada kat sini yang penting mesti la ada duit untuk bayar. Tengok tempat duduk pun selesa dan bersih.
Kedai makanan ringan ni berada pada aras bawah. So, senanglah pembeli nak beli makanan yang ringan-ringan. Kalau nak makanan yang berat boleh naik tingkat atas. Tudung kuning sebelah kiri tu a.k.a sepupu Wida yang nak beli makanan ringan la tu...
Oh...dia beli buah and beli air untuk Wida. Sedap jugak boleh makan-makan dalam kereta sambil memandu. Tak de la terasa mengantuk. Memang buah tu lastnya Wida yang habiskan.
See, ramai orang kan kat sini. R&R Pagoh ni jadi tumpuan juga kepada pemandu yang ingin berehat setelah penat memandu jauh. Time kat sini, Wida ada la nampak pelancong dari luar negara tu beli buah. Tau tak dia beli buah apa??? Orang tu beli buah durian dan yang Wida perhatikan dia gunakan lidi sate untuk cucuk buah tu.
Adoiiii....rasa nak ketawa terguling-guling kat situ bila tengok orang tu cucuk buah durian tu. Tang mana dia nak cucuk buah tu, rasa kelakar pulak tengok orang tu terkial-kial nak makan durian. Penjual tu pun satu, kalau buah durian tu makan pakai tangan kan senang. Kalau tak ya pun guna la sudu kecil untuk kaut isi durian tu. Alahai sengal juga. Durian dah la mahal takut je sia-sia tak dimakan dengan cara yang betul hingga bersih dan hanya buang biji saja.
Ok la Wida tinggalkan kenangan kat sini. Tak sure bila boleh singgah di sini lagi sebab bas selalunya taknak berhenti kat hentian yang besar macam ni. Dikhuatiri penumpang leka dan melambatkan masa disitu untuk meneruskan perjalanan seterusnya.
Bila naik kereta je boleh singgah kat sini. Kalau Wida naik bas memang kirim salam la nak singgah R&R macam ni.
Selamat Jalan Dan Sampai Ke Destinasi Yang Dituju
No comments:
Post a Comment