Assalammualaikum
& Salam Ingatan
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Siapa
si dia yang baik hati??? Kalau nak tahu baca la dulu. Tetiba teringat peristiwa
yang berlaku kat TBS semasa Wida nak tunggu bas untuk balik ke kampung.
Selalunya Wida balik seorang je, tak pernah berteman. So, kalau dah seorang tu
pastinya semua sendiri. Berjalan seorang, makan seorang, termenung pun seorang.
Kalau rajin tegur orang yang sama-sama naik bas baru la ada perbualan. Jika tiada
memang Wida akan senyap je.
Selalunya
Wida naik bas Maju Express sebab bas tu Wida rasa selesa la untuk sampai ke
Pontian. Sebelum pukul 9 mlm tu Wida dah tunggu bas kat gate satu tiba-tiba
terasa nak membuang pulak. Nasib baik Wida duduk sebelah orang lelaki tu. Wida
pun minta dia tolong tengokkan beg Wida sementara Wida pergi ke tandas. Masa tu
dah hampir pukul 9 mlm. Dalam hati kata tak apa la bukan jauh pun dekat je gate tempat
menunggu tu.
Wida
pun dengan slumber keluar dari tandas tu sebab dalam kepala otak ni tiba-tiba
tergerak hati ‘kalau la orang tu ambil beg aku dan naik bas siapa nak tahu’. Sangkaan
Wida meleset bila Wida keluar dari tandas dan menuju ke gate 1 Wida still Nampak
dia lagi duduk jaga beg Wida. Tapi jauh sedikit la bukan dekat sangat pun. Tu
la jangan fikirkan yang negative, batter fikir positif je bagus.
Belum
5 minit Wida duduk kat kerusi tu dan ucap terima kasih pada lelaki tu, Wida
raba poket Wida macam rasa sesuatu yang tak ada. “Ya Tuhan!! Handphone Wida
tertinggal kat toilet…”. Aduh menyesal pulak kerana menganggap yang bukan-bukan
tentang lelaki tu terus Tuhan balas dengan kelalian Wida tertinggal handphone
kat situ. Apa lagi Wida pun terus berlari tiba-tiba macam orang gila ke tandas.
Biar lah orang nak tengok Wida time tu.
Time
Wida sampai toilet tu, ada orang kat dalam. Wida tunggu orang tu keluar dan tanya
dia ada nampak handphone Wida atas rak tu. Dia jawab tak nampak. Wida dah mula
risau. Takkan Wida nak tahan orang yang keluar toilet tu dan buat spot check
kat dia. Nanti dia kata apa pulak. Dalam hati ni dah dup dap dup dap rasanya
sebab handphone tu macam nyawa kita. Bila tak ada susah la nak buat panggilan
pada family nanti.
Terus
Wida terfikir untuk call handphone Wida tu dan berharap ada orang angkat dan
pulangkan semula handphone Wida tu. Ada la seorang perempuan tengah bersolek
terus Wida explain kat dia and pinjam handphone dia. Nasib baik dia bagi
pinjam. Wida pun terus call no handphone Wida tu. Berdebar-debar juga bila
menunggu panggilan Wida tu di sambut. Ya Allah Ya Allah Ya Allah bantulah hamba
Mu ini...itu la yang berulang kali Wida sebut.
Tiba-tiba
ada dengar suara perempuan kat hujung talian menyambut panggilan Wida. “Awak
itu telefon saya tertinggal kat toilet tadi. Awak kat mana? Saya ada kat depan
toilet”. Confirm la perempuan yang jawabkan sebab toilet perempuan. “Saya dah
nak naik bas. Kejap-kejap awak tunggu kat sana, saya datang sekarang”. Itulah ayat-ayat
perempuan tu yang masih segar dalam ingatan Wida dan takkan pernah lupa hingga
kini.
Lepas
ucap terima kasih pada orang yang memberi Wida guna handphone dia tu Wida
tunggu depan toilet. Tiba-tiba Wida nampak ada seorang perempuan ni macam tercunggap-cunggap
lari tak cukup tanah. Itulah orangnya yang jumpa handphone Wida kat toilet tu.
Bila dia tunjukkan handphone Wida tu Wida rasa nak peluk je dia time tu, tapi
tak sampai hati pulak. Rasa over la pulak.
Berkali-kali
Wida ucapkan terima kasih pada dia. Time tu memang Wida tak ada apa-apa
langsung termasuk duit ditangan Wida sebab Wida hanya ada duit cukup-cukup
untuk beli tiket tambang balik ke kampung. Dalam beg pun ada la duit syiling
seposen dua. “Sorry saya tak ada apa-apa nak bagi pada kamu, saya doakan yang
baik-baik sahaja untuk kamu”. Dia pun minta izin sebab bas dia dah nak
bertolak. Langsung tak ingat nak minta no tel dia.
Wida
terkilan juga sebab tak tanya nama dia. Memang tak sempat nak tanya apa-apa
time tu. Otak beku. Actually, dia dah call kakak Wida guna telefon Wida tu
untuk mention yang dia jumpa handphone Wida kat toilet. Kakak Wida sempat
bagitahu dia yang Wida ada kat gate 1 naik Maju Express. Maybe time dia call
kakak Wida tu, Wida dah menuju ke toilet. Ya Allah nasib baik Wida ingat
tentang handphone Wida tu. Kalau dah jauh tertinggal tak leh buat apa la.
Pandai
juga dia cari nama kakak Wida tu. Wida save nama ‘AIN KAKAK AKU’. So, maybe
sebab itulah dia berani call and bagitahu pada kakak Wida. Syukur sangat-sangat
hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa dia. Pengajaran untuk Wida sendiri,
make sure 1) ingatan tu kuat agar tidak pelupa. 2) sebelum tinggalkan tempat
yang kita duduk atau apa pun please toleh kebelakang walaupun seketika supaya
tiada barang atau apapun yang tertinggal. Itu untuk memastikan yang kita tak
tinggal apa-apa benda yang berharga ataupun tidak.
Macam
masa tu, Wida tak toleh kebelakang, Tup-tup stokin Wida tertinggal dekat
tempat duduk gate 4 masa Wida nak balik kampung, tapi bukan pada hari yang sama
Wida hilang handphone. Alamatnya sejuk la Wida dalam bas time tu, dah la Wida
ni memang selalu naik bas waktu malam. Maklum la kelas habis pukul 6 petang, Takut terkejar-kejar nak sampaikan TBS tu lambat jadi Wida beli tiket pukul9
malam, lepas solat isyak Wida turun ke ruang menunggu di bawah.
Andai
kata perempuan yang telah menolong Wida tu membaca entri Wida ni, please
tinggalkan masej pada Wida kat sini. Harapan agar dapat bertemu kembali dan
kalau ada rezeki Wida nak beri sesuatu. Itu andai kata kita berjumpa. Terima kasih
yang tidak terhingga, terima kasih juga kepada Tuhan kerana memberi peringatan dan
kesedaran kepada Wida atas kelalaian Wida sendiri. Semuanya pasti ada hikmah
disebalik apa yang tidak kita ketahui.
No comments:
Post a Comment