Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Akhirnya setelah lama tidak menaiki belon, ini kali la Wida dengan mak Wida naik belon lagi untuk bercuti ke Kuching Sarawak selama seminggu. Kebetulan Wida cuti semester selama seminggu so, kami berdua melancong la.
Time ni kami dah menunggu kat ruangan berlepas. Alhamdulillah proses check in berjalan lancar. Tinggal nak terbang je ni. Hihihi...tak sabar rasanya.
Ok tiket dah siap sedia. Kami naik Air Bus AK 5412. Penerbangan kami dijadualkan awal 20 minit ini bermakna kami pun tiba 20 minit awal la. Nasib baik dapat seat sebelah-sebelah.
Sebenarnya kami dah beli tiket ni lama dari tahun 2012 tapi baru sekarang dapat terbangnya. Maklum la beli tiket promosi. Murah la kan, bila lagi nak terbang dengan harga yang murah.
Berbaris menunggu giliran untuk masuk ke perut kapal. Senyum je mak Wida ni. Mak pun macam Wida juga pergi jalan untuk mencari pengalaman. Mak dulu-dulu tak berkesempatan untuk pergi jalan-jalan macam sekarang, so ada peluang mesti la tak lepaskan.
Tapi mak dah tak larat sangat nak jalan mak sakit kaki. Mak ada sakit sendi. Masa kami jalan menuju ke gate yang dinyatakan untuk ke Kuching tu entah macam mana tiba-tiba mak terjatuh kat lantai. Wida pun terkejut la sebab mak tiba-tiba dah terduduk kat lantai.
Wida puas tanya mak sakit kat mana-mana tak. Mana tahu terseliuh kaki ke. Wida sebenarnya berbelah bagi nak pergi Kuching tu sebab Wida dah rasa dari awal lagi yang hati Wida macam tak sedap je nak pergi Kuching tu. Petanda awal pun dah dapat lihat mak Wida jatuh.
Tapi apakan daya Wida dengan mak dah masuk balai berlepas dan sikit lagi dah nak terbang so, kami teruskan je la. Orang tua-tua ni kan hati dia lebih kuat mengatakan sesuatu kalau dia rasa apa dalam hati lebih-lebih lagi naluri seorang ibu.
Lepas Wida bantu mak bangun tu Wida terus bawa semua beg yang mak pegang. Biarlah Wida menanggung berat beg tu. Wida dah nak bawa beg pada mak awal-awal lagi tapi mak berkeras nak bawa juga. Dia kata boleh dan beg tu tak berat. Kesannya mak jatuh tu ada lebam kat tangan mak.
Sedih la Wida tengok mak jatuh dan sakit. Kalau Wida yang jatuh takpe sebab Wida muda lagi. Wida bayangkan ya kat sini, kalau budak2 kecil yang jatuh kadang-kala kita ketawa sebab kita rasa bila budak tu jatuh macam comel je, habis tu kalau orang tua jatuh dapat bayangkan tak??? takkan nak gelakkan.
Mak masih boleh tersenyum lagi bila apa yang telah terjadi kepada dia tadi. Lihat bertapa tabahnya hati seorang ibu. Dia perlu kuat untuk memberi kekuatan kepada anaknya ini. Mestilah Wida sayang mak Wida. Segala-galanya mak yang Wida dahulukan.
Ok kami dah nak terbang, macam biasa dapat seat dekat sayap kapal terbang. Mestilah happykan diri. Nak pergi jauh takkan nak sedih2 kan, so senyum la. Lepas pakai tali pinggang tu, kami pun berbual-bual la memenuhi topik yang selalu kami kongsikan sampai Wida rasa nak tidur dan mak pun mula mengantuk.
Perjalanan kami mengambil masa 1jam 25minit untuk ke Kuching, Sarawak. Disebabkan kami ambil penerbangan waktu malam kami tak dapat nak lihat apa-apa termasuk pemandangan, cuma kami dapat lihat cahaya dari lampu jalan.
Ambil gambar dulu sementara tunggu orang ramai yang berpusu-pusu nak keluar cepat dari flight ni.
Setelah berlalunya 1jam 25minit akhirnya kami sampai ke destinasi iaitu Kuching, Sarawak. Tinggal nak jejakkan kaki je kat tanah yang dinamakan Bumi Kenyalang ini. Wida ni pergi mana-mana sempoi je, baju tu juga yang Wida selalu pakai pergi kelas, baju tu jugalah yang Wida bawa sebab Wida selesa dengan penampilan Wida yang macam tu.
Masa ni pun sebenarnya Wida cuba happy2kan diri Wida setelah bersedih kerana Wida hilang segala maklumat belajar dan gambar2 yang ada dalam hard disk Wida. Wida bawa perasaan sedih tu ke Kuching dan Wida nak tinggalkan perasaan sedih Wida tu kat Kuching dan Wida berharap sekembalinya Wida ke Johor Wida hanya bawa senyuman. Wida fikir positif sahaja dan pasti ada hikmahnya atas apa yang berlaku. Hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Kuching, Sarawak AKU DATANG!!!!
No comments:
Post a Comment