Assalammualaikum & Salam Dari Bumi Kenyalang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Setibanya kami semalam dari airport Kuching, Judith kawan Wida yang belajar kat UPM kebetulan cuti dan balik ke kampung, maka dia la yang menjemput Wida di Airport Kuching dan terus hantar kami ke hotel yang dia dah tempah. Hotel bajet je, tak sampai hati nak masukkan gambar kat sini. Sorry...
Malam tu lepas check in hotel, Wida dengan mak terus tidur. Tapi sebelum tidur tu kami cari tahu arah kiblat sebab esok nak solat subuh. Dalam bilik tu langsung tak ada arah kiblat, so macam mana nak solat esok kan. Wida tanya orang dekat kaunter tu tapi dia tak tahu. Emm...tak boleh jadi ni. Wida tetiba teringat nak cari piring astro sebab orang kata astro ni kan dipasang mengikut arah kiblat.
Bila Wida tanya dengan pekerja tu "kedai mana ada astro?" pekerja tu cuma geleng kepala je. Hampeh betul la. Wida senyap2 keluar dari hotel tu dan pergi dekat bangunan yang rata-ratanya memang semuanya hotel kat area situ. Mula-mula tu takut juga bila berjalan sorang2 kat lorong2 tu, tapi demi nak mencari kiblat Wida teruskan juga pencarian.
Akhirnya dalam kegelapan malam Wida nampak dari jauh ada piring artro. Wida berjalan semakin dekat dengan bangunan tu sebab tak nampak sangat arah yang dipasang piring tu. Bila dah nampak tu terus Wida lari balik ke hotel sebab Wida takut ada beberapa orang yang baru keluar dari pub area hotel tu.
Pagi sabtu tu dah janji dengan Judith nak keluar ke Serikin pukul7.30 pagi. Rasa macam awal lagi kan... tapi kalau kat Sarawak dan Sabah waktu dia berbeza dengan semenanjung. 7.30 pg tu dah macam pukul 8.30 pagi kat semenanjung. Tunggu punya tunggu, akhirnya Jue guna waktu disemenanjung juga iaitu pukul 8.30 pagi baru dia sampai kat hotel Wida duduk tu.
Ingatkan kami berempat je termasuk kawan Jue tapi rupa-rupanya mak Judith pun nak ikut sama sekali dengan adik-adik dia. Kami pergi sarapan dulu sebelum pergi Serikin. Alas perut la dulu kan.
Wida tak ingat apa nama kedai tu. Kena tanya Jue la kalau nak tau tempat yang Wida sarapan ni.
Dapat teka ini apa??? Inilah yang dinamakan LAKSA SARAWAK.
Laksa Sarawak dia gunakan mee hoon. Bukan macam laksa kat semenanjung besar-besar warna putih. Boleh diperah limau dan tambah lada jika mahu.
Ini la yang Wida order time sarapan tu. Kat Sarawak ni diaorg makan Laksa Sarawak sebagai sarapan mereka. Kalau kat semenanjung samada Laksa Penang atau Laksa Johor jarang sangat dimakan pada waktu pagi. Selalunya menjadi pilihan pada waktu petang ataupun kebanyakkan dimajlis makan2. Tapi sekarang ni dah tak peduli tak de waktu untuk menetapkan sesuatu makan tu dimakan pada waktu bila.
Wida tak tahu nak komen macam mana. Pada Wida semuanya sedap sebab Wida menghayati. Tak semua makanan menepati citarasa kita betul tak. Masing2 ada citarasa sendiri untuk menilai sesuatu makanan tu. Bagi Wida yang pertama kali cuba laksa Sarawak tu, boleh tahan la rasanya.
Ok yang ini pula MEE KOLOK. Wida pun tak sempat tanya apa makna KOLOK tu.
Siapa orang Sarawak yang baca boleh la terangkan sikit tentang kolok tu apa. Mak Wida order mee kolok ni sebab asyik dok dengar kat tv je tentang makanan Sarawak ni, so hari ni baru la dapat rasa macam mana tu mee kolok.
Mee kolok ni ada disertakan macam kuah sup. Wida pun tak tahu sangat cara makan dia macam mana. Kata kawan Wida, sup tu boleh dimasukkan terus dalam mee dalam mangkuk tu atau makan mee je and than sup tu hirup2 macam tu. Mak Wida apa lagi terus je masukkan sup tu dalam mangkuk mee kolok tu. Senang nak makan katanya. Hihihi... kelakar la mak Wida ni.
Nampak macam menyelerakan kan bila tengok makanan ni. Memang la tengok macam sedap. So, kalau nak tahu rasanya macam mana datang la Sarawak. Harganya tak tahu pulak berapa sebab mak Judith yang bayar time tu.
Lepas sarapan kami bertolak menuju ke destinasi seterusnya yang dinamakan Serikin. Mengambil masa tak sampai satu jam bila kawan Judith yang drive. Memang laju la dia bawa kereta. Hihihi...maklum la lelaki mana boleh bawa kereta perlahan-lahan.
Sepanjang perjalanan tu, Wida tengok pemandangan je. Banyak hutan-hutan dan tak nampak rumah langsung sepanjang perjalanan tu. Ada rumah pun jauh jaraknya.
Serikin, Sarawak
Ok akhirnya kami sampai juga di sini. Perjalanan sepanjang ke sana tak berapa ok sangat sebab jalannya berlopak-lopak. Terpaksa redah je. Serikin ni sempadan dengan Indonesia. Macam-macam yang dijual kat sini. Cuaca mulanya redup je, naik ke pukul11 pagi tu dah mula panas. Wida pun rasa banyak juga Wida beli air botol kat sana, dahaga sangat.
Kalau kat semenanjung kami panggil pasar pagi je. Tak ada nama saintifik sebab semuanya menjual pelbagai barang.
Apa yang Wida dapat lihat kebanyakkan pengunjung yang datang kat pasar ni ramai pelancong dari semenanjung. Ala setakat orang semenanjung tengok muka je dah tau. Cakap apatah lagi macam2 loghat ada. Kedah bunyi utara, Johor bunyi jawa, Kelantan dengan kecek sokmo.
Bumbung tu unik so Wida sempat tangkap gambar sambil jalan. Mungkin ada simbolik atau apa2 tanda pada mereka di sana.
Ingat kat semenanjung je ke ada kerepek, kat Sarawak pun ada kerepek juga. Ini namanya kerepek belinjau Wida panggil. Rasanya pahit-pahit sedikit. Cara pembungkusan kat sana macam tu la. Belakang bungkusan tu kita nampak macam akuarium iaitu tempat kerepek tu diletakkan sebelum dibungkus mengikut kehendak pelanggan.
Tengok gambar je la ya...
Banyak pakaian yang diaorg jual.
Beg cantik-cantik, harga pun cantik. Wida tak beli beg pun.
Ini Wida tak tau apa benda. Wida main snap je gambar ni.
Ok berehat sekejap, penat berjalan tak tahu berapa KM. Belakang Wida tu nampak tak apa bendanya?? Itu la macam tikar gulung yang orang suka gunakan. Harganya belas-belas, tak ingat pulak nak tanya.
Inilah Judith kawan Wida kat UPM. Judith orang bidayuh.
Family Judith. Adik dia yang pakai baju pink and beg belang-belang tengah dok cari cermin mata. Mak Judith yang pakai baju hitam tu.
Khairul kawan Jue...pilih cermin mata juga.
Tata a.k.a adik Judith tengak pilih cermin mata yang dia suka.
Apa nama tempat ni...entah la mungkin dewan kot untuk diaorg berkumpul.
Itulah antara yang sempat Wida snap2.
Bergambar dulu sebelum nak balik. Wida tak beli banyak pun kat sini. Mak kata macam kat semenanjung je barangnya. Lagipun kami tak ambil bagasi lebih.
Antara Makanan Yang Dijual
Macam kat semenanjung pun ada jual itu juga. So, kami tak beli la.
Kami tinggalkan Serikin, Sarawak dengan tapak kasut kami disana hihihi...tak tahu bila lagi dapat sampai ke situ.
Kami menuju jalan pulang ke Kuching, tapi kami tak ikut laluan yang sama macam masa pergi tadi. Wida pun tak tahu la kawan Judith tu ikut laluan mana. Wida tak faham pun jalan kat sana.
Sempat lagi singgah sekejap kat Gua Angin.
Tapi Wida cuma kat kawasan parking kereta je. Tak sempat la nak masuk sebab cuaca tak berapa nak ok. Hujan panas.
Peace Yoo!!
Itu je yang sempat Wida snap gambar. Kalau nak tau apa yang ada di sana kena la datang sendiri dan lihat. Wida tak berkesempatan nak masuk sebab masa tak mengizinkan lagipun naik kereta orang. Kalau Wida yang sewa kereta lama-lama pun takpe.
Petang tu kami singgah di rumah Judith. Rehat sekejap sementara tunggu hujan reda sebab kereta mak Judith tiba-tiba aircond problem pula.
Lepas diaorg hantar Wida dengan Mak ke hotel kami siap-siap bersihkan diri dan solat maghrib lepas tu kami pergi keluar makan malam. Kedai yang kami nak pergi tu tutup la pulak. So, makan kat kedai sebelah yang tutup tu. Baru la Wida nak rasa nasi itik, nampaknya tak kesampaian pulak
Tempat yang kami pergi makan ni namanya Kubah Ria. Katanya tempat ni baru dan perniaga kat sini pun baru pindah dari kawasan yang sebelum ni mereka berniaga, Wida pun tak tahu kat mana diaorg berniaga.
Aisya adik Judith...panjang sebenarnya nama dia. Mula tu macam malu-malu tapi bila dah kenal baru la nak main-main dengan Wida.
NASI AYAM PENYET ala Sarawak
Masa untuk makan. Wida orderkan mak Wida nasi ayam penyet. Tak tau la
apa yang dipenyetkannya. Mak kata ayamnya keras...nasib la labu. Tapi sambal dia sedap. Terangkat la.
Kat sini la kami order makanan tu.
Mesti tertanya-tanyakan apa nama makanan ni. Kalau orang Sarawak memang dah tahu ni nama makanan ni. Nampak menyelerakan betul tak???
Memang selera sangat la. Harga dia boleh la. Nasi putih je kan. Sampai hati...sayur sekeping dua pun takde. Inilah cara masakan orang Sarawak. Wida dengan Judith order makanan ni la.
RICE AND BUTTER CHICKEN
Lepas makan nak bawa kereta pulak si Aisya ni. Hihihi...
Inilah antara pemandangan Kubah Ria dari dalam bangunan and kubah yang besar.
No comments:
Post a Comment