Assalammualaikum & Salam Keinsafan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
3/4/2013 Rabu bertempat di bilik Wida kat kolej serumpun. Wida pun sebenarnya tak tahu apa kena dengan diri Wida hari ni. Wida fikir macam2, nak siapkan assignment yang diberi pensyarah sebelum cuti pertengahan semester. Fikir nak pergi Sarawak dengan mak tapi macam tak ada hala tuju. Serabut nak kemas barang supaya tak ada yang tertinggal.
Tengah Wida nak pindahkan gambar dari memory card camera ke dalam laptop. Wida pun buka hard disk dimana Wida dah masukkan semua maklumat belajar Wida dan gambar2 penting dalam tu sebab Wida nak format laptop. Wida rename kan memory card dengan hard disk tu dengan no handphone Wida supaya berharap jika ianya hilang ada orang yang dapat menghubungi untuk dipulangkan.
Hard disk dengan memory card tu Wida letak no handphone yang sama. Entah macam mana, dalam hati nak format memory card tu sebab perasan ada virus. Wida dengan yakinnya click la kat no handphone tu, dan click ok. Tiba2 Wida rasa lain macam dalam hati
Terus la buka hard disk tu. YA ALLAH!!! jantung Wida tiba2 berdegup-degup, tangan mengigil, badan terus kaku sebab Wida tengok kosong dalam tu tak ada apa2.
Aduh!!! Sedih gila. Sampaikan Wida menangis tiba2 sebab fikirkan semua dalam tu hilang sekelip mata. Mustahil apa yang hilang terformat tu Wida akan dapat kembali. Wida berharap agar benda tu ada dan kembali kerana Wida amat2 memerlukannya hingga akhir hayat Wida.
Lepas ni Wida taknak dah buat macam tu lagi. Bukan bidang Wida dan Wida akan serahkan pada yang pakar. Wida rasa terkilan sangat dengan tindakan Wida sendiri. Bila difikir-fikirkan, apa silap Wida sampai macam tu sekali Tuhan hendak menguji.
Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Itulah yang selalu Wida fikirkan dan berfikiran positif atas semua yang berlaku atas bumi ini walaupun ianya perkara negatif. Sampai waktunya kita akan dapat tahu juga kenapa semua itu berlaku. Ya Allah Bantulah Hambamu Ini. Berikan petunjuk agar ia kembali dan aku dapat memanfaatkan ilmu yang aku perolehi yang aku simpan di dalam itu. Sesungguhnya hambamu ini tidak dapat mengingati kesemuanya kerana hambamu ini insan yang lemah. Kembalikan la ia jika ia menjadi milikku yang mutlak. Amin amin amin.
No comments:
Post a Comment