Assalammualaikum & Salam Kasih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Berangan Dalam Bot Nak Pergi Kg Boyan, Kuching
Entah dekat mana, entah bila waktunya, tapi yang Wida pasti Wida nampak rapunzel Wida setompok kat sana setompok kat sini bila Wida berdiri lepas Wida bangun dari tidur. Masa tu takde la gelap sangat sebab seingat Wida, Wida masih lagi nampak hitam-hitam panjang warna rapunzel Wida. OMG!!! Betul ke Wida nampak tu rapunzel Wida yang seakan-akan sudah digunting??? Tapi siapa yang berani gunting tanpa izin Wida??? Memang orang ni nak kena belasah dengan Wida ni (berlagak je nak marah).
Masa tu apa lagi Wida rasa nak menangis la sebab nampak rapunzel Wida terhurai setompok-setompok bila Wida berjalan bangun. Wida pun pelik dan sampai kat satu bahagian tu Wida lalu depan cermin Wida nampak rapunzel Wida macam tangga. Dapat bayangkan tak??? Yang bahagian belakang rapunzelnya panjang lagi tapi makin ke depan dan ke atas rapunzel Wida macam tangga digunting. Kurang asam betul la.
Tak kreatif langsung kalau nak dandan rapunzel Wida. Semborono je dibuat.
Wah!!! apa lagi macam nak jerit bergegar satu rumah (cukup la tu kan, nanti kalau jerit satu dunia bergegar melampau pulak aku ni). Hua hua hua...bukan rapunzel lagi namanya ni. Ini dah macam tangga bergerak lagaknya. Kalau macam tangga alamatnya jatuh tergelincir la orang kalau lalu sebab rapunzel Wida licin macam kertas A4 (so kalau renyuk A4 paper tu macam tu la kusutnya rapunzel Wida).
Nak kena cari juga siapa orang yang perlu bertanggungjawab mengalas kesalahan yang berbakul lagi berguni yang Wida nak bagi ni. Hurm...Wida tau la kalau Wida tidur tu mesti Wida leraikan sanggul dan lepaskan rapunzel jatuh dari katil ke bawah lantai. Kalau ada pun yang terpijak Wida maafkan lagi tapi ini tidak, apa salahnya rapunzel Wida tu lalu diluahkan bakat dandanannya. Entah sekolah mana dia belajar Wida pun tak tahu. Itu bukan cutting layer ok.
Tiba-tiba tengah dok melepaskan geram tu Wida dengar bunyi ringtone handphone Wida menjerit-jerit macam ni (dengarkan la korus lagu Armada Band – Kekasih Yang Tak Dianggap)
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah
Aduh menganggu betul la. Dalam geram tu meraba-raba bawah bantal dan selimut mencari handphone Wida yang mana entah Wida campak ( buekk macam la ada boyfriend nak sorok handphone dalam selimut and bawah bantal). Yes jumpa!! terus Wida tengok pengirim SMS tersebut. Yeah yeah kelas cancel (rasa nak tarik selimut lagi sambung tidur).
Tapikan macam ada je yang tak kena dengan Wida tadi bila Wida sedar selepas baca sms tu. Oh ya rapunzel ku apa cerita ya. Emm...mesti tertanya-tanyakan apa cerita Wida pasal rapunzel Wida tadi. Actually, Wida mimpi sebenarnya yang rapunzel Wida kena potong. Berani la kalau siapa yang buat betul-betul kecuali Wida sendiri yang merelakan rapunzel Wida dipotong. Hihihi. Mohon jangan rasa tertipu ya. Tapi ini betul-betul kenyataan mimpi Wida tau, Wida tak bohong. Macam tu la jalan cerita mimpi Wida tu.
Kata Dato' Siti Nurhaliza "Percayalah..."
* Rapunzel = Rambut hihihi :)
No comments:
Post a Comment