Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alkisah Wida nak presentation dalam kelas untuk satu subjek ni. Wida risau sangat sebab Wida tak sempat nak beri komitmen pada kumpulan Wida untuk membuat slide presentation. Tapi hari pembentangan tu, Wida datang awal untuk membuat persiapan akhir dengan group member Wida. Wida berdua je dengan seorang pelajar lelaki ni. Pelajar lain semuanya mempunyai ahli seramai 5-6 org satu kumpulan tapi kami berdua dan kami membuat pembentangan diakhir sekali.
Lepas satu kumpulan satu kumpulan lagi maju ke hadapan untuk membentangkan hasil maklumat daripada apa yang mereka cari di internet mahupun bahan bacaan lain. secara jujur Wida tak dapat memberi komitmen dan rakan Wida tu la yang banyak buat slide presentation.
Wida tanya dia semuanya tentang apa yang ada dalam slide tu dan alhamdulillah dia terangkan dengan terperinci sehingga Wida rasa cepat benar Wida faham apa yang dia terangkan. Slide kami 2 muka yang ada ayat itu pun tak panjang dan slide kebelakang tu semuanya gambar dan kesimpulan juga hanyalah sekadar ditulis "Conclusion". That's all. Simple kan apabila mendengarkannya.
Yes memang simple sangat2 apa yang disediakan oleh rakan Wida tu. Berbeza sangat dengan kumpulan lain yang 6 group tu. Bila sampai giliran kumpulan kami, Wida terus ke depan dan memulakan bicara. Wida tak berapa nak confident untuk bercakap dalam bahasa inggeris so Wida memulakan pembentangan dengan memperkenalkan diri Wida serta rakan Wida tu.
Slide pertama dan kedua Wida terangkan serta beberapa gambar tentang kawasan perhutanan. Mengapa begitu mengapa begini. Masuk slide seterusnya adalah giliran rakan Wida tu, Wida ni yang sememangnya darah gemuruh boleh tersasul-sasul bila nak menjemput rakan Wida untuk menyambung semula pembentangan tu. Emm...alamatnya Wida time tu kena gelak dengan budak2 kelas. Time tu la lidah Wida ni terbelit-belit nak bercakap. Hish!!! Malu beb. Bak kata emak "aik macam mana boleh gagap pula, walhal dah banyak kali presentation". Wida cakap setiap presentation tu lain belaka.
Tiba kawan Wida presentation, semuanya mendengar sebab kawan Wida ni terror la juga speaking. Mak aiii....ingat cincai ke. Jangan lihat orang dari luaran tau, nah...sekali cakap tum tum tum tak berhenti untuk menerangkan semua yang ada dalam slide. Wow!!! respect la dengan dia. Dengan semangat dia presentation tu Wida rasa yakin la juga.
Selepas selesai dan mengucapkan terima kasih. Tiba2 pensyarah kami cakap
"Bagus, tahniah. Ringkas dan padat. Presentation macam ni la yang saya mahukan".
Alhamdulillah....Ya Allah syukur sangat2. Presentation kami diterima. Sebelum kami presentation tu Wida dari dalam bilik berdoa sangat agar pensyarah Wida tu terima presentation kami. Start dari dalam bilik hingga la Wida berdiri ke hadapan untuk presentation tu, Wida berzikir Ya Latif banyak kali. Tak putus-putus Wida berzikir sambil niat di dalam hati. Akhirnya Tuhan mendengar dan memakbulkan apa yang Wida niatkan. Jika kamu tak percaya try la Ya Latif banyak kali serta niatkan dalam hati. Jika niat yang baik, InsyaAllah Tuhan memakbulkan.
No comments:
Post a Comment