Aku rasa pengalaman aku naik bas ni t'lalu byk, tp tak dpt la aku nak fight dgn org yg memang drebar bas hihihi...dia mmg la selalu naik bas sbb dia yg bawa. Hari tu aku balik Johor dr Terminal Bersepadu Selatan (TBS) naik bas Maju Express JMS 2083 kali ni aku balik ke UPM Serdang pun naik bas yg sama.
Lama juga aku dengan mak aku tunggu bas tadi dekat depan Sekolah Sri Tanjung, Benut. Maklum la bas ni nak masuk highway Simpang Rengam. Aku taip ni pun aku masih duduk dlm bas Maju. Punya la lucu ni bas siap b'henti beli air minum panas lagi. It's ok la kalau dia nak minum sbb nak hilangkan rasa m'gantuk dia m'mandu.
Aku naik bas ni tadi pukul4.00 petang. S'benarnya bas ni dari Bandar Pontian pukul3.30petang. Setengah jam juga la dia nak sampai ke pekan Benut tu. Takpe la aku dengan mak aku tunggu awal janji tak terlepas bas mcm minggu yg aku balik cuti Raya Haji tu. Nasib baik sempat kejar.
Bas ni pun ok juga, selesa la senang cakap. Ada bantal kecil kat kepala tempat sandar belakang. Kerusi pun ok. Aku duduk kat seat 3A, hari tu aku balik ke Pontian naik bas ni jugak tapi duduk seat 4A. Tp aku rasa aircond ni mcm ada bocor sikit la sebab ada air m'nitis2 atas laptop aku.
Drebar bas ni suka pasang lagu yg ala2 80-an so mmg layannn la sgt2 lagu mcm ni. Apa2 pun harap aku sampai di Hentian Serdang nanti dengan selamat. Aku tak turun sampai kat TBS sbb dah Hentian Serdang tu dekat dgn UPM tinggal keluar je dr pagar boleh ambil teksi dan hanya bayar RM5 utk sampai ke kolej.
Esok hari selasa aku takde class, so aku tak tau lagi apa perancangan utk esok tp yg pastinya aku takkan sia2kan masa yg ada. Lusa ada ujian mcm2. Aduhai berat la kepala otak aku ni nak hafal2 semua benda, nak kena ingat semua benda. Tp aku pasti setiap p'mulaan ada p'akhiran cuma kita sahaja tak tahu bila semuanya akan berakhir. Papai...see u again!!
No comments:
Post a Comment