Aku rasa tak elok la kalau nak lepas geram kat Facebook tu. Kalau ya pun tidak b'puas hati bukan macam tu nak luahkannya. Ini tidak, tulis kat status tu melepaskan kemarahan yg terbuku di hati. Benda boleh selesaikan kot tak perlu la nak minta perhatian dari org lain satu dunia kena tahu.
Aku bukan pantang tapi tak berapa nak suka sangat cara org macam ni. Kalau masa sekarang kau tidak dapat terima benda yg remeh temeh macam ni, tak mustahil kau boleh terima keadaan yg sama pada masa kau b'kerja nanti. Dugaan ni beb, manusia sentiasa di uji oleh Tuhan. Walaupun kau kata Tuhan kau dan aku berbeza.
Aku hormat kau sbg kawan aku tapi cuba kau fikir bila org perlukan kau saat kau sedang sibuk atau kau ada komitmen lain, apa alasan yg kau akan berikan. Mesti kau mengharapkan yg kawan kau akan memahami kau pada situasi yg kau alami sekarang.
Please la, kalau pun aku tak sama negeri dengan kau, jangan kau ingat aku tak faham serba sedikit bahasa kau. Ini namanya kau mengata dari belakang. Aku bukan terasa tapi ini pendapat aku yang tak sepatutnya b'laku. Memang apa yg kau akan tulis di status kau itu adalah hak kau. Tapi cuba kau jaga sikit maruah org lain sikit.
Sekarang kau boleh cakap mcm ni tapi satu masa nanti aku pasti kau juga akan mengalami benda yg sama. Kawan ingat kita seperti roda kadang kita di atas dan kau igt kadang kita di bawah. Kita kena terima itu semua. Bila dah terkena batang hidung sendiri kau jangan marah pula bila ada org komen pasal diri kau. Mungkin lebih teruk dari itu kau akan kena.
Aku dengan kau bukan sementara, kita lalui semua ni dalam tempoh yg lama beb. Kalau kau tak boleh terima kekurangan aku sebagai kawan kau aku rasa kau tak layak jadi kawan aku sbb aku nak kawan yg ada disekeliling aku adalah orang yg boleh terima segala kekurangan yg ada pada diri aku. Ingat tau kau juga punya kekurangan pada diri kau.
Tidak semua manusia sempurna dan PERFECT!!! tapi kau kena ingat walaupun seseorang itu ada kelemahan ttg dirinya tetapi disebalik yg kau tidak tahu dia m'punyai kelebihan yg luar biasa. Kau harus bersyukur kerana ada kawan yg boleh terima kau seadanya.
Sedih aku di dalam hati apabila kau mengata itu ini tentang kawan sendiri. Apa lah dosa yg besar sangat yg aku buat sampai kau mengata aku begitu. Tak apa la wahai kawan aku terima seadanya. Aku tahu Tuhan sedang m'guji kekuatan aku. Kalau kau rasa tak selesa b'kawan dengan aku, aku persilakan kau pergi dari hidup aku. Adios!!!! Bye
No comments:
Post a Comment