engkau boleh !!

Saturday, November 12, 2011

Genting Highland Midnight


"SELAMAT DATANG!!!"

Wow3!!! Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Genting Highland pada umurku 24 tahun. Kesiankan aku ni, dah besar baru la dapat pergi ke sana sini. Sama Juga dengan kawan aku sorang ni si Clarisha sbb dia dari Sarawak. Sumpah aku memang tak pernah pergi sini. Selama ni aku cuma dok dengar cerita kawan yang pernah pergi sana dan aku hanya tengok suasana di Genting Highland melalui kaca TV.

Hari jumaat 11/11/2011 jam 12 tengah malam kami bertolak Serdang ke KL sbb kawan aku nak jumpa member dia. Lebih kurang pukul 1 pagi baru kami teruskan perjalanan kami ke PAHANG.

Kami pergi empat orang naik kereta kancil kawan aku. Punyalah laju dia bawa sbb dia dah biasa jalan area ke Pahang. Part simpang antara Genting Sempah dan Genting Highland tu aku dah rasa telinga aku ni berdenggung-denggung. Pergh!!! bakal kurang pendengaran sbb makin kita berada ke atas puncak makin la telinga aku ni kurang pengengaran. Clarisha biasa je, itu yg aku pelik. Kenapa dia tak macam aku. Hurmmm....



Me with Nadia. Saja je dia tu nak ambil kesempatan manja2...Aku suka tgk gambar ni =)

First sampai tu kami tengok pemandangan dari atas ke bawah memang cantik sbb nampak lampu termasuk lampu kereta. Emm...mcm tak kena je aku cerita ni. Kitaorg pun tak tahu nak buat apa sbb semua tempat tutup. Maklum la pagi kami sampai sana memang la semua tempat dah tutup. Kami just ambil angin malam je.

Pergh!!! Sumpah memang sejuk gila...patut la ramai org 'ehem2' kat sana... Ehem2 tu honeymoon la konon2nya. Mesti dah agakkan aku nak cakap benda ni. Hem...sbb aku taktau nak cakap apa. Dah itu yg aku t'fikirkan saat ini.

Memang sesuai la kalau nak honeymoon kat sini. Tempatnya pun ok. Tak dapat nak lari mana, balik2 pun sesat and pusing2 kat situ je. Hihihi...tempatnya mcm pulau pulak...tp nun jauh kat atas awan lagaknya.


Duduk lepak dengan Nadia. Tup2 ada anjing kat situ...Nah b'lari kami b'tiga. Org yg tengok kami t'gelak je...semua buka langkah 1000 lari.

Driver kata ngantuk and nak tidur so kami bertiga round2 la kat dalam bangunan yg ada segala permainan tu tapi kami tak dapat main apa2 sbb semuanya dah tutup. Kalau datang waktu siang ok la juga sbb dapat cuba semua permainan yg ada kat sana. Emmm...takpe la mungkin kami akan datang lagi. Malam tu pun kami cuma niat nak jalan2 makan angin je, takde niat nak tidur sana. Member aku kata mungkin lain kali kami akan tidur di sana.

Pemandangan kat Genting Highland




Akhirnya, aku dah sampai kat Genting Highland. Hihihi...ala tak dpt main apa2 kat sana pun takpe janji aku ada kenangan di sana bersama kawan2 aku. Siapalah aku ni nak pergi sana dgn org istimewa, boyfriend pun takde family pulak tak mau pergi jalan2 bak kata abah aku "duduk rumah lagi bagus boleh tengok tv, baring2, makan2 kat rumah, tak membazir duit". Hurm..nasib la aku ni jalan dgn kawan2 kalau tidak memang aku tak pergi mana2.



Banyak sangat ulat bulu hijau ni kat sana. Mcm unik sbb tu b'gambar dgn benda alah tu.



Penat dah kitaorg jalan naik turun tangga. Dr tangga tu bergerak sampai tangga tu dah tak b'gerak lagi. Round la segala tempat kat sana walaupun tempat tu dah tutup.


Pemandangan yg ada kat sana. Ni kerja si Clarisha la dok snap2 semua gambar. Bila dia malu aku la jadi mangsa dia utk tolong ambil kan gambar apa2 pun.



Pemanadangan pada waktu malam ni cuma meriah dengan lampu2 yg ada je la. Selain tu ada juga la orang b'siar2 kat sana. Nama pun makan angin so round2 la sampai sakit kaki.



It's my friend Clarisha AK Ange dari Bintulu Sarawak



Aku ni yg memang minat dgn bowling kat mana2 pun aku ambil gambar kecuali aku takde kamera memang aku tak tangkap gambar la...Nak tunggu ada DSLR la baru best snap pic.


Sempat kami lalu kat sini tapi kami tak dapat nak masuk sebab dah tutup. Huhuhu...

Apa2 pun saya berterima kasih pada kawan saya Nadia kerana membawa saya jalan2 di Genting Highland. Malam tu memang sejuk sangat2 sampai kita b'tiga cakap pun ada keluar asap2. Suasana kat sana pun mcm best je kan. Ok tak nak cerita lebih2, hope satu masa nanti saya akan dapat pergi ke sana lagi.

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :