engkau boleh !!

Sunday, November 20, 2011

Bakti Siswa Group 27 The Best In UPM

Assalammualaikum & Salam Mesra

Bakti Siswa merupakan salah 1 subjek kokurikulum berkredit yang wajib diambil oleh setiap pelajar di UPM. Subjek Bakti Siswa QKK 2101 yang diambil tidak ditetapkan untuk pelajar tahun pertama mahupun tahun akhir. Bakti Siswa juga mempunyai beberapa kumpulan yang ditubuhkan. Ini kerana terdapat beratus-ratus pelajar yang akan mendaftar untuk subjek ini. Kadang kala pelajar akan berebut bagi menempatkan diri dalam kumpulan Bakti Siswa kerana ianya menjadi persaingan semasa mendaftar.

Wida salah seorang pelajar yang bernasib baik kerana ditempatkan di dalam kumpulan 27. Siapa sangka, setelah Wida membuat proses 'kursus digugurkan' dari kumpulan 27, bila Wida daftar balik ternyata memang kumpulan 27 la yang Wida terima semula. Wida ingat bila Wida gugurkan kursus tu Wida akan masuk kumpulan lain dan boleh join dgn kawan2 satu class Wida. Ternyata Tuhan tu telah menentukan segala-galanya. Wida still kat kumpulan 27 setelah mendaftar buat kali kedua.

Fasilitator saya Encik Ramdzan Radzi adalah orang yang akan memastikan kehadiran kami ada pada setiap hari sabtu jam3-6 petang. Seingat Wida tak pernah lagi Wida ponteng kelas Bakti Siswa ni sebab kehadiran tu wajib dan markah kehadiran akan dikira untuk mendapatkan 4.00 A dalam subjek ni.

Walaupun Wida berseorangan dan tiada kawan dari kelas yang sama dengan Wida dalam kumpulan ini, Wida rasa Wida mampu untuk membawa diri. Umur dah 24tahun takkan la nak berkepit dengan kawan2 kelas je. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dengan cara inilah Wida mendapat ramai kenalan baru dan yang paling best takde seorang pun dari fakulti yang sama dengan Wida.

Ada 1 hari tu, bilik kuliah yang selalu kami gunakan ada program universiti. So, kami terpaksa b'pindah mencari class lain. Punya jauh class kami tu di fakulti lain. Tp fasilitator kami baik, dia sanggup berulang-alik bawa kami semua. Kalau kami nak tunggu bas memang la lambat, bersesak pula dengan pelajar yang mahu pulang dr kelas koko yang lain.

Tup2 bila Wida naik kereta Encik Ramdzan tu dia ckp ada kejutan sikit sambil suruh Wida pangkukan satu kotak kek. Wah!!! Senyum besar masa tu sbb Wida salah seorang yang pertama naik kereta dia. Encik kami ni suka buat kejutan sebab tu kami selalu hadir kelas dia tiap petang sabtu. Kalau ikut orang lain memang membuta dalam bilik la kat kolej tu petang2 hujung minggu.
 

Sedappppnya kek ni 

Inilah kek BAKSIS 27 yang fasi kami bagi. Memang sangat sedap sebab free...sape yang taknak kan. Kami bahagi sama rata. Ketua kelas kami yang bantu, dia sememangnya ketua yang terbaik walaupun dia perempuan. Alhamdulillah, bdk2 kelas bakti siswa kumpulan 27 semuanya baik2 belaka. Sporting dan tak banyak karenah. Menurut perintah dan peramah. 


Walaupun petang tu kelas kami bermula agak lewat tapi fasi kami tetap mengajar seperti biasa. Diakhir pemelajaran barulah kami menikmati makanan. Ada pisang goreng, kek, coklat cadbury dan kerepek pedas tu Wida sponsor. Saja meriahkan lagi jamuan ringan kami. Everything ok. Semua nampak gembira.

Suka betul diaorang ni dari kiri Wani - Farah - Dayah dapat makan free



Alia dan Wani
Kawan baik ni, kemana-mana tak berpisah. Maybe diaorg kawan satu fakulti kot.


Fara Aqila with Hidayah

Diaorg ni walaupun diam2 je kat dlm kelas tp bila bercakap tu, ada isi. Maklum la, student universiti kan. Wida je terasa kerdil bila bergandingan dengan mereka. Wida belum cukup lagi ilmu sebab tu kadang-kala Wida rasa merendah diri. Tapi Wida tahu dari koko Bakti Siswa ni la Wida mendapat banyak ilmu pengetahuan dan semangat teman2 la membuatkan Wida lebih terbuka. Wida suka sangat2 BAKSIS 27. Bersama Selamanya :)

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :